BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 26, 2010

Hikmah Menjadi Hamba Yang Terpilih





Selepas selesai meeting program pada petang itu, sedang saya ralit meneliti KKD program terbaru, Nurul adik junior yang sama-sama dalam gerak kerja dakwah di kampus menghampiri saya. Nurul baru sahaja dimaklumkan taklifan padanya sebagai Kd Pengisian program dakwah yang terbaru dalam meeting tadi. Sejak dalam meeting tadi lagi Nurul mendiamkan diri.
"Akak busy ke?,"
Saya tersenyum padanya. Biasanya soalan itulah yang paling susah untuk dijawab. Tak berani nak mengaku busy atau free. Insya'allah, 24 jam 1hari nikmat yang Allah bagi pada tiap-tiap manusia, tak ternilai harganya. Cuma gerak kerja dakwah lebih banyak dari waktu yang ada. Namun, hikmahNya Allah mahu kita lebih efektif dan berdisiplin dalam mengatur masa. Jadi, kita sendiri yang perlu pandai merancang dan menyusun masa. Manusia yang paling berdisiplin adalah penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana kalau kita cuba merangka disiplin masa kita sehabis baik. Insya'allah, pengurusan masa kita akan lebih efektif dan tersusun. Tak mustahil segala kerja dapat diselesaikan dengan baik dan on time.
"Masa akak bukan milik akak..Insya'allah, akak cuba bantu.Ada apa Nurul?,"
Nurul mendaratkan duduk di sebelah saya. Wajahnya resah. Serba salah pun macam ada jugak.
"Akak..Boleh ke Nurul jadi Kd Pengisian program ni?Nurul rasa tak layak,"wajahnya semakin murung.
Saya tersenyum. Makin fokus menatap wajah Nurul. Oo..Jadi isu 'tak layak' jadi masalahnya.
"Kenapa pula Nurul rasa tak layak?,"
Suasana hening seketika. Rata-rata rakan-rakan seprogram semuanya sudah pergi meninggalkan kami. Hanya kami berdua sahaja yang tinggal di meja Block C, APium ini. Saya biarkan dia diam. Biar dia memberi masa pada dirinya untuk meluah 'apa yang tidak kena' dengannya saat itu.
"Akak, kenapa Nurul yang kena jadi Kd Pengisian program ni?Kenapa bukan kakak-kakak yang lebih senior dari Nurul?,"
Saya tersenyum.
"Kenapa Nurul tak nak terima kerja ni?Nurul ada musyaqoh lain ke?,"
Persoalan Nurul saya jawab dengan persoalan. Nurul terdiam.
"Tapi, Nurul pun tak biasa dengan kerja-kerja ni kak.Tak pernah lagi Nurul pegang Kd Pengisian program sebelum ni.Nurul tak ada pengalaman,"
Sekali lagi saya tersenyum.
"Nurul, inilah tarbiyah Allah untuk Nurul.Allah mahu Nurul belajar.Biasakan diri dengan kerja-kerja dakwah.Bila lagi Nurul nak belajar buat kerja dakwah ni.Bukankah Allah sedang memberi peluang pada Nurul belajar tentang gerak kerja dakwah sekarang ni?Allah sedang mentarbiyah Nurul,"
Kali ni, dia pula yang terdiam. Saya menunggu bicaranya disambung. Seperti ada sesuatu yang masih tersimpan di hatinya. Disekat dalam minda. Terkulum di peti suara.
"Akak, Nurul ni banyak buat salah.Banyak buat dosa.Banyak tak jaga mesej dan ikhtilat. Banyak tak jaga pandangan.Banyak buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah.Nurul rasa tak layak sangat nak jadi Kd Pengisian untuk program dakwah terdekat ni.Nurul sendiri tak betul, macam mana Nurul nak handle program dakwah untuk orang lain kak?,"
Wajahnya bertambah sugul. Akhirnya terkuar juga masalah pokoknya. Saya tersenyum lagi. Jadi, itulah masalah sebenarnya rupanya.
"Nurul, kalau semua orang fikir macam Nurul fikir tanpa apa-apa tindakan pengislahan, siapa yang nak buat kerja-kerja dakwah ni?Cuba bersangka baik dengan Allah.Nurul bertuah menjadi insan yang terpilih,"
Dahi Nurul berkerut.
"Apa maksud menjadi insan yang terpilih tu kak?,"
"La yukallifullahhunafsan illa wus'aha..Allah tidak membebankan hamba kecuali dengan kemampuan hambanya.Nurul bertuah menjadi pilihan Allah.Ini beerti Allah sedang mahu mentarbiyah Nurul,"
Nurul semakin pelik. Masih gagal menangkap maksud saya.
"Nurul, Allah sedang mentarbiyah Nurul untuk menjadi hamba yang lebih taat.Allah taklifkan kerja dakwah ini pada Nurul sebagai wasilah teguranNya pada Nurul.Nurul kena cakna pada hidayah Allah.Jangan anggap kerja dakwah yang Allah berikan itu sebagai satu beban.Tapi kerja-kerja dakwah itu juga sebagai satu wasilah untuk kita islah dan perbaiki diri.Nurul dah sedar Nurul banyak buat dosa, salah dan silap kan sebelum ni.Jadi, jangan terus biarkan Nurul berada dalam dosa, salah dan silap itu.Sebenarnya di situ Allah sudah pun menyuluhkan hidayah ke hati Nurul, agar Nurul berubah menjadi hamba yang lebih baik.Allah sedang membukakan ruang dan peluang pada Nurul untuk baiki diri Nurul,"
Lambat-lambat Nurul mengangguk. Wajah penuh keresahan tadi sudah beransur tenang.
"Oohh..Rupanya Allah memilih Nurul untuk menegur kesalahan Nurul, agar Nurul baiki diri. Selain Allah mahu mendidik Nurul agar bertanggungjawab dan amanah terhadap gerak kerja dakwah ini, Allah juga mahu Nurul baiki diri.Subhanallah,besar hikmah Allah rupanya ya kak,"
Saya tersenyum lagi. Dalam hati berulang-ulang mengucap tahmid padaNya. Alhamdulillah, Nurul akhirnya sudah dapat memahami, bahawa 'dia telah menjadi hamba yang terpilih'.
"Ya Nurul..Allah sangat sayangkan Nurul, sebab tu Allah pilih Nurul,"tambah saya.
Senafas terdengar bisikan tahmid dari bibirnya. Nurul meraup wajah kemudian dia mengangkat wajah dan kami berbalas senyuman..

Note :
1-Hidayah Allah ada dalam setiap hikmahNya.Carilah hikmah Allah seperti kita mencari barang yang hilang..
2-Berdoalah semoga hati-hati kita sentiasa tergolong menjadi hamba Allah yang terpilih untuk mendapat hidayah, tarbiyah dan kasih sayang Allah.
Kolej Kediaman Kinabalu (8th), Universiti Malaya
26 November 2010, 4.35 p.m.
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...