BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 10, 2010

Di Sebalik Kembara Jihad 1 Muharam 1432

 

Lewat petang kami bergerak ke bumi Che Siti Kembang, Kelantan Darul Naim. Urusan untuk duduk semeja membincangkan soal gerak kerja tarbiyah bersama 2 orang murabbi jadi matlamat kami. Semoga Allah permudahkan urusan ini. Sepanjang berada dalam perjalanan, lagu haraki dimainkan. Suntingan lirik dendangan jihad shoutulharakah bertajuk ‘Ini Langkahku’ saya hayati sambil berbual dengan sahabat-sahabat di dalam kereta. Aqil dan Hazman bergilir-gilir jadi pemandu. Di sisi saya, Yana dan Fatin.
“aa...ini langkahku..terus melaju..aa..ini langkahku..bangkitkan jihad..
Ini langkahku yang kankuhayun..walaupun payah..tak akan jera..
Ini langkahku terus melaju setegar karang, bangkitkan jihadku..
Aral rintangan datang menghalang, tapi syurga di bawah kilatan perang..
Hancurkan kezaliman, tegakkan keadilan..”

“Fatin, enti ambik kos apa?,”soalan Aqil jadi fokus kami.
Zul Aqil ni memang peramah orangnya. Itu metod dakwah yang ada padanya. Dengan sikap dan kepimpinan itu juga dia disegani ramai sahabat-sahabat dan mad’u.
“Ana ambik kos Syariah Ekonomi ustaz,”
“Oohh..baguslah.. nanti enti boleh jadi jutawan.Banyak buat duit.Enti memang minat ekonomi ke?Ayah kerja apa?,”
“Ayah ana pegawai bank,”
“Oohh..patutlah enti pun minat ekonomi,”
“Yana?Enti kos apa?,”
“Ana Usulfiqh ustaz,”
“Hmm..nanti enti nak kerja apa?,”
Yana menggeleng-geleng sendiri.
“Tak plan lagi la ustaz,”
“Hmm..mana boleh tak plan lagi.Kita sebagai orang yang aktif dalam gerak kerja tarbiyah ni kena pandai merancang dari awal lagi. Sekecik-kecik perkara kita kena rancang untuk Islam.Kak im, kos apa?,” saya tersenyum mendengar kata-kata Aqil. Bersetuju saya dengan pandangannya. Hazman ralit memandu. Fokus. Walaupun Aqil mahu merancakkan perbualan, agar Hazman tidak mengantuk menjelang tengahmalam, namun saya tahu, Hazman memasang telinga terhadap apa yang kami bualkan.
“Ohh.. akak PI..pendidikan Islam, pengajian Islam,”
“Oohh..jadi ustazah la nanti kan kak,”
“Insya’allahh..,”ujar saya, sempat juga mengenang ada satu lagi baki semester saya di bumi UM.
“Hmm..baguslah.. bidang ekonomi, bidang pendidikan, kedoktoran, semuanya membukakan peluang besar pada kita untuk gerakkan kerja Islam melalui bidang pekerjaan tu.Tiap-tiap kali dapat gaji, kita dah bahagikan peruntukan untuk gerak kerja Islam.Macam khaskan 20%  dari gaji kita untuk sumbangkan gerak kerja Islam pusat.Penting tu.Setiap ahli gerakan perlu diingatkan tentang tu.Demi kemaslahatan dan survival gerak kerja Islam akan datang nanti.Siapa lagi yang nak tolong Islam walaupun kita.Nanti kalau dah kerja, walaupun tak ada kesempatan untuk turun padang, dah ok dapat sumbangkan dana untuk mereka yang dapat turun padang,”
Panjang lebar Aqil mengupas soal survival gerak kerja Islam. Ya, saya setuju dengan Aqil. Setiap ahli gerakan perlu meletakkan target masing-masing terhadap gerak kerja Islam yang akan mereka teruskan bila dah menjejak langkah keluar dari medan kampus. Baik secara kewangan ataupun perlu rancang lebih awal untuk tetapkan misi gerak kerja kita selepas berada di luar kampus. Agar kita terus konsisten dalam gerak kerja Islam. Tidaklah jadi senyap bila keluar dari kampus. Hanya sibuk bekerja tanpa sumbangkan apa-apa pada gerak kerja Islam.
“Hmm..saya respect dengan batch senior-senior kita. Mereka ada perancangan yang strategik. Mereka kumpulkan kesemua aktivis-aktivis dan cerakinkan ikut bidang pekerjaan masing-masing. Lalu mereka letakkan target gerak kerja Islam yang akan dijalankan melalui bidang kerja masing-masing. Ini untuk strategi jangka masa panjang. Untuk survival gerak kerja Islam. Contohnya, dalam masa 5 tahun, aktivis-aktivis yang bekerja sebagai doktor akan membuka primis kedoktoran sendiri. Primis kedoktoran yang diuruskan secara Islamic. Jadual bertugas ikut waktu solat. Pemakaian doktor, jururawat dan pesakit pun ada etika auratnya. Pesakit yang mengidap penyakit-penyakit kronik macam Aids, Hiv tu diajarkan bertaubat dan melazimi ibadah, seperti solat berjemaah, puasa, bacaan alQuran dan sebagainya. Hingga ada kes, pesakit aids sembuh kerana tahajud setiap malam sahaja. Subhanallah, Allahhu Akbarr,”ujar Aqil teruja dengan kebesaran Allah.
Saya turut membesarkan Allah di dalam hati. Ya, memang matlamatnya perlu dicapai begitu. Saya juga ada memikirkan penerusan gerak kerja selepas ini. Khasnya dalam bidang perguruan. Memang sangat peluangnya.
“Bidang perguruan, lagilah penting.Peluangnya lagi cerah.Guru sendiri boleh sampaikan fikrah Islam kepada para pelajar.Guru sendiri berdamping dengan pelajar-pelajar yang bermasalah.Guru bukan bekerja untuk makan gaji.Tapi guru bekerja untuk islahkan anak-anak pelajar jadi generasi yang celik fikrah Islamnya. Atleast, pelajar tu tahu nak beribadah, solat lima waktu dan baca al-Quran.Guru-guru kita dah biasa dilatih dengan tarbiyah.Baik dalam tamrin atau gerak kerja Islam macam dalam program tarbiyah, jadi kebiasaan buat benda-benda susah tu akan jadikan kita sebagai guru yang kuat dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai guru tu lebih dari orang biasa.Itulah lebihnya kita dari orang lain yang tidak berkecimpung dalam dakwah,”
Saya mengangguk-angguk. Sangat bersetuju. Panjang lebar betul Aqil menghuraikan. Alhamdulillah, pengisian usrah yang Aqil sampaikan pada kami itu akan bagi manfaat pada kita bersama. Sentiasa kita perlu berfikir tentang masa depa Islam. Masa depan gerak kerja Islam.
“Hmm..pastu, penerusan gerak kerja Islam dalam konteks lain selain bidang pekerjaan adalah BaitulMuslim.Kita pun kena caturkan setiap batch pegang ahli sendiri.Atau kak Im ada pendapat sendiri pasal kahwin ni?,”
Saya tersenyum. Topik yang buat semua orang dalam kereta ni segar bugar walaupun saat itu sudah menginjak ke jam 11 malam.
“Bagi akak, muslimat perlu dipegang oleh muslimin yang berfikrah Islam.Agar muslimat tu boleh menjamin penerusan gerak kerja Islamnya walaupun selepas dah berkahwin.Tapi, muslimin jika boleh, tetaplah menjaga muslimat juga.Ikat dengan muslimat yang faham gerak kerja Islam.Tapi, tak ada masalah jika muslimin nak jadi muslimat yang tak ada view tentang kerja Islam.Sebab apa-apa pun muslimat akan taat pada suami.Jadi, suami boleh bimbing kefahaman dia.Tapi, muslimat ahli gerakan, jika dah diikat dengan muslimin yang tak ada fikrah Islam dan tak tahu tentang gerak kerja Islam, susah tu.Risiko pada muslimat tu.Mungkin selepas kahwin, suaminya dah tak benarkan dia terus bergerak kerja.Tu bagi suami yang memang tak faham la..Jadi, susah la bagi muslimat tu untuk terus istiqamah dalam gerak kerja Islam.Kan sayang macam tu.Hmm..jadi, jadi tanggungjawab muslimin yang faham la untuk cari muslimat yang faham kerja Islam dulu.Kalau dah tak ada sangat, tak apalah nak cari muslimat yang tidak ada view tentang kerja Islam pun,”
“Kalau muslimin tak pilih muslimat yang faham kerja Islam, jadi apa kak?,”sengaja Aqil mahu menduga saya.
“Hmm..Kesannya, kalau muslimat tu dapat muslimin yang tak faham, kan jadi satu kerugian pada gerak kerja Islam juga kan?Rugi muslimat tu faham, tapi tak dapat nak teruskan gerak kerja tu atas sebab halangan suami,”
Aqil mengangguk. Mungkin sedikit sebanyak dia bersetuju dengan pandangan saya tu. Namun, sangat mengecewakan jika ahli gerakan yang sama-sama ada fikrah dan faham gerak kerja Islam tapi berhenti dari gerak kerja selepas sama-sama kahwin. Itu salah siapa pula? Hmm..sebenarnya tak ada jaminan pun kahwin dengan sesama ahli gerakan atau tidak. Tapi, kehendak nak teruskan gerak kerja Islam tu sebenarnya dari diri kita sendiri jugak. Samada kita ‘nak’ atau ‘tak nak’ teruskan walau apa pun situasinya.
Perjalanan malam itu kami teruskan dengan bermacam-macam lagi topik hangat yang menjadi modal usrah perkongsian kami. Siapa kata usrah hanya dalam bentuk bulatan dan halaqah? Tidak. Apabila anda bercakap tentang Islam, ada kefahaman dan penghayatan, maka itu dah dinamakan usrah.
Namun, saat kami tiba di jalan menghala ke Gua Musang, jalan ditutup. Ada insiden lori terbalik. Jadi, kamu terpaksa berpatah balik ke Kuala Lipis. Bermalam di surau berhampiran bandar Kuala Lipis. Ada beberapa orang lelaki yang menunggu di pondok menunggu di situ. Peranan dia memberitahu pada semua kenderaan yang lalu di situ agar berpatah balik. Saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah, lelaki itu pun sedang buat kerja Islam. Sudah tentu keselamatan pengguna jalan raya pada malam itu terancam jika dia tidak korbankan masanya untuk menunggu di situ. Semata-mata menunggu di situ untuk memberitahu orang ramai tentang insiden yang berlaku. Terima kasih encik yang prihatin. Moga Allah balas setimpal dengan tadhiyahnya. Moga Allah juga berikan hidayah padanya.
Kembara kami bersambung selepas subuh keesokannya. Alhamdulillah, hikmah dari insiden lori malam itu adalah agar kami berehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan. Paling penting, Allah menjaga kami untuk berqiamullail di surau juga. Caskan ruh jihad dulu sebelum teruskan perjalanan. Alhamdulillah, 1 Muharam 1432 kami sambut dalam keadaan sedang dalam kembara jihad pada malam dan pagi itu.
Duduk semeja bersama dua orang murabbi harakiyah, amat-amat menyerapkan ketenangan pada hati kami. Banyak masalah-masalah gerak kerja yang diperbincangkan bersama. Kami mengambil pendapat mereka yang lebih berpengalaman dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah.
Saya teringat, tulisan buku Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah karangan Allahyarham Fathi Yakan. Ada menitipkan,
“Setiap orang yang bermusafir mestilah mempunyai bekalan yang diperlukan di dalam perjalanan. Dengan itu, dia menyediakan sebab-musabab yang membolehkan dia meneruskan perjalanan agar dapat menuju matlamatnya. Dia juga membuat pertimbangan terhadap apa yang akan berlaku di dalam perjalanannya. Kemungkinan berlaku sesuatu yang menghadang jalannya dan menghalangnya meneruskan perjalanannya. Adakalanya berlaku suatu yang menjauhkannya dari matlamat atau sekurang-kurangnya mencacatkan perjalanannya.Jalan da’wah adalah segala-galanya di dalam kehidupan seorang da’i kepada Allah, ia adalah jalan yang paling utama untuk diberikan perhatian. Mestilah ada bekalan yang memelihara dari terpesong, terhalang, terhenti, terbantut atau tergelincir di jalan; hingga menyebabkan kerugian yang nyata dan hilangnya kebaikan dan kejayaan yang besar.
Pertama sekali, bekalan ini terdapat di dalam keimanan yang kuat dan ketaqwaan kepada Allah. Ini merupakan bekalan yang terbaik. Setelah itu, bantuan-bantuan lain seperti persahabatan yang baik dan pembimbing yang menunjukkan pengalaman dan percubaan, serta lain-lain perkara-perkara yang dapat memperbaharui keupayaan dan keazaman, dan mengelakkan dari penyelewengan dan kesalahan.

Dalil yang menunjukkan kepada kemestian dan kepentingan bekalan ini ialah: Jika sesebuah kereta yang digunakah oleh orang yang bermusafir kehabisan minyak ketika perjalanan dan tidak mempunyai minyak yang mencukupi, maka jadilah ia seperti potongan-potongan besi yang tidak dapat membantunya untuk bergerak walaupun selangkah. Demikianlah juga orang yang mengharungi jalan da’wah, apabila bekalan iman dan taqwanya berkurangan atau kehabisan tanpa diperbaharui atau ditambah, maka jadilah ia seperti jenazah yang kaku atau or­ang yang sakit dan tidak berdaya untuk bergerak. Benarlah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?…..
(Surah Al-An’am: Ayat 122)

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dihimpunkan.
(Surah Al-Anfal: Ayat 24)

Bekalan iman dan taqwa kepada Allah ini terpancar dari sumber yang baik di dalam jiwa dan melahirkan tenaga, menaikkan semangat dan keazaman. Maka pergerakan menjadi mudah, tarikan keduniaan berkurangan, halangan dapat ditempuhi, liku-liku boleh diharungi dan petunjuk di sepanjang jalan jelas kelihatan. Lahirlah kebenaran, keikhlasan, keazam­an, keteguhan dan juga mewujudkan pencapaian yang hampir menyerupai mu’jizat dapat dibuktikan di jalan da’wah..”
-Allahyarham Fathi Yakan, Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah..
Alhamdulillah, urusan kami bertemu murabbi, berbincang soal gerak kerja dakwah dan tarbiyah berjalan lancar. Banyak yang kami dapat ambik sebagai iktibar dan teladan untuk gerak kerja seterusnya. Semoga Allah terus tsabatkan hati-hati kita untuk sejuta lagi musim perjuangan.
“Ya Allah..Semoga jejak langkah di awal muharam ini menjadi jejak permulaan kepada jihad yang membawa kaki ini mengorak langkah mujahadah sehingga bertemuMu ya Allah..,”
Sepanjang perjalanan pulang, kami beriringan pula dengan dendangan lagu IzzatulIslam, tekad. Sama-sama hayati maksud di sebalik perjuangan dan hayati makna perjuangan. Hidup adalah perjuangan.
Kami sedari jalan ini.. kan penuh dengan onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan, jua serahkan dgn tekad di hati.
Jasad ini..darah ini..sepenuh redha di hati..
Kami adalah panah-panah terbujur,
Yang siap dilepaskan dari busur..tuju sasaran walau siapapun pemanahnya..
Kami adalah pedang-pedang terhunus,
Yang siap terhayun menebas musuh..tiada peduli siapa pemegangnya..
Asalkan ikhas di hati, tuk hanya redha Ilahi..Rabbii..”
“Kami sedari jalan ini.. kan penuh dengan onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan, jua serahkan dgn tekad di hati.
Jasad ini..darah ini..sepenuh redha di hati..
Kami adalah tombak-tombak berjajar,
Yang siap dilontarkan dan menghujam..menebus dada lantaran keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru,
Yang siap ditembakkan dan melaju..dan mengoyak menumbang kezaliman..
Asalkan ikhlas di hati..tuk jumpa wajah Ilahi..Rabbi..
Kami sedari jalan ini.. kan penuh dengan onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan, jua serahkan dgn tekad di hati.
Jasad ini..darah ini..sepenuh redha di hati..
Kami adalah anak pena yang tajam,
Yang siap menuliskan kebenaran..tanpa ragu ungkapkan keadilan..
Kami pisau belati yang selalu tajam,
Bak kesabaran yang tak pernah padam..tuk harungi dakwah ini jalan panjang..
Asalkan ikhlas di hati..menuju jannah Ilahi..Rabbi..
-izzatulIslam- tekad
Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
9 Disember 2010, 8.11 p.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...