BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 6, 2010

Mencari Sekeping Hati (adakah akan kutemui?..insya'allah..)


Mencari sekeping hati, adakah akan kutemui hati seperti itu?..
Saya menggaru-garu kepala yang tak gatal. Macam nak terkuar otak, memaksa otak berfikir. Puas fikir. Puas membayangkan wajah. Puas juga membayangkan karakter dan karisma yang dimiliki wajah-wajah yang terbayang di minda. Sekejap-sekejap saya menggeleng. Sekejap-sekejap saya mengangguk. Pantas jari menaip mesej, tapi hampa kemudiannya. Kemudian, difikir lagi. Dibayangkan lagi. Timbul satu wajah, pantas jemari saya menekan keypad call. Salam saya berjawab.
“Ada apa kak, call pagi-pagi ni?,”
Hmm..Macam busy ja bunyinya.
“Maaf akak ganggu Saif. Akak nak tanya, Saif lapang tak dalam 2 minggu ni?,”
“Kenapa kak?Ada program ke?Bila tu kak?,”
“Akak nak minta Saif jadi pengarah program, boleh ke?Insya’allah tarikhnya dalam tempoh dua minggu ni la.Cuma di pihak akak, nak cari pelaksana dulu,”
“Ohh..jadi pengarah kak?Alamak..Ana tak free la kak.Banyak esimen.Banyak kerja lain lagi time cuti ni,”
Hampa saya bukan kerana dia menolak. Tapi hampa saya kerana diberi alasan tentang ‘banyak’ komitmen lain. Talian berakhir. Saya mendail satu lagi nombor. Salam saya berjawab.
“Ada apa kak?,”
“Akak nak ajak Mazidul join program ni.200 orang peserta.Insya’allah dalam tempoh cuti ni.Boleh tak?,”
Lama dia terdiam. Entah fikirkan apa.
“Hmm..Mintak maap la kak.Cuti ni saya ada beberapa kenduri kahwin la kak,”
“Laa.. Kenduri kahwin tu, enta yang kahwin ke?,”
Dia tergelak.
“Taklah..Sapalah yang mau dengan saya ni kak.Umoq muda lagi.Kenduri kawan-kawan.Nanti tak pi, depa kecik hati,”
“Hmm..Tak apalah.Terima kasih la..Selamat berkenduri,”
Saya termangu sekejap. Masuk ni dah dekat 5 orang muslimin yang saya call dan folow up dengan mesej. Tapi masih tak dapat cari muslimin yang dapat jadi pengarah untuk program terdekat ini. Unit-unit pelaksana lain sudahpun terisi. Cuma, jawatan pengarah sahaja masih kosong. Ya Allah, permudahkanlah ya Allah. Walau terpaksa menghubungi 30 orang pun, andai pencarian ini berhasil mendapatkan seorang pengarah yang berjiwa tarbawi, seorang yang tadhiyah kerana Allah dan perjuangan Islam, saya akan cuba hingga dapat. Sampai ke lubang cacing saya cuba cari, dengan izin Allah. Program tarbiyah perlu digerakkan oleh mereka yang berjiwa tarbawi. Tak kisah la jika susah nak cari muslimin yang betul-betul berjiwa tarbawi. Sentimen hatinya, ‘sayang nak tolak kerja jemaah’. Adakah muslimin ahli gerakan yang berjiwa tarbawi sebegini? Insya’allah, saya akan teruskan pencarian ini. Mencari sekeping hati yang berjiwa tarbawi. Mencari sekeping hati yang di jiwanya mencanang cinta kepada Allah. Mencari sekeping hatinya tidak sampai hati mahu menolak ‘seruan jihad’. Yang di hatinya malu mahu menolak ‘undangan Allah’, sedangkan Allah dah janjikan kemudahan terhadap kerja yang bakal dilakukan. Sedangkan Allah dah berjanji, menolong hambaNya yang membantu agamaNya.
Bercakap tentang kenduri kahwin, teringat saya pada sahabat saya, akh Zul dan ukhti Salmah yang akan berwalimah dalam masa terdekat ini. Sungguh saya tidak dapat memenuhi jemputan mereka. Entah cuti semester ini saya akan balik rumah di kampung entah tak. Teringat beberapa hari lepas, saya call mak.
“Pereksa adik dah abih ke?Adik balik bila?,”
“Mak, adik mintak maaf.Adik tak boleh balik lagi.Kerja-kerja kat sini perlukan komitmen adik.Banyak benda gak nak kena setle ni mak.Minta maaf mak, adik tak boleh balik lagi dalam masa cuti terdekat ni.Insya'allah, adik cuba balik hujung bulan 12 ni mak,”
Allah sahaja Yang Tahu bagaimana perasaan saya tatkala menuturkan ayat itu. Mak saya diam. Sebelum ini, hari raya hari tu, ada juga family plan untuk ke Langkawi. Melawat kakak dan bangteh saya di Padang Matsirat. Sejak kakak saya dah dapat ikut suaminya bertukar mengajar ke Langkawi dari Sarawak, kami memang tak pernah lagi menjejak ke rumah mereka di Langkawi. Ayah dan mak cadang nak pergi 1family ke Langkawi. Tapi mungkin mereka akan pergi tanpa saya.
“Hmm..Tak pa la..Nak buat macam mana, hang tu selalu banyak gheja.Jaga diri baik-baik,”
Saya tersenyum. Terima kasih mak dan ayah kerana faham anakmu ini. Semoga mereka menunggu kepulangan saya dari kembara saya kali ini. Setiap kali saya ‘merantau’, saya akan buka cerita perantauan saya itu kepada ayah dan mak. Mereka pula jenis yang suka dengar saya bercerita. Pernah beberapa bulan lalu, saya turun ke program yang diadakan di dalam hutan. Pulang dari program itu, saya diganggu 3 malam berturut-turut, hingga mak saya temankan saya setiap malam. Berikutan dari gangguan itu, saya jatuh demam. Demam bersanad, lebih 3 bulan. Memang tarbiyah Allah untuk saya. Berikutan kejadian itu, untuk program seterusnya, saya tidak dibenarkan untuk turun memandangkan saya masih dalam demam. Tapi saya berkeras juga. Saya berjanji makan ubat banyak-banyak untuk memastikan saya tetap dapat turun program seterusnya yang memerlukan komitmen pada saya selaku perencana program. Alhamdulillah, akhirnya saya sembuh tanpa rasa pernah demam sehari sebelum program seterusnya bermula. Jadi, mak ayah saya membenarkan saya turun ke program. Kadang-kadang demam ini sebagai ujian juga pada kita. Nak tengok, di mana aulawiyat kita.
Teringat dalam satu program, ketika seorang penceramah tu membentangkan tentang tajuk fiqh aulawiyat. Riuh rendah juga ceramah itu. Penceramahnya berjiwa mujahid.
“Ustaz, apa yang perlu diaulawiyatkan antara pergi kelas dengan pergi program tarbiyah?,”
“Kalau antara kelas dan program motivasi, kamu kena la tengok masa jugak.Kalau hujung minggu kamu ada kelas, kamu pergilah kelas dulu.Lepas tu, habis kelas, balik, pergilah ke program tarbiyah tu.Dua-dua ada kepentingannya.Kelas, untuk survival akademik kamu.Porgram tarbiyah pula, untuk menyediakankan kamu menjadi amilin yang akan gerakkan gerak kerja dakwah dan tarbiyah, yang maslahahnya untuk ummah dalam fasa jangka panjang,”
Bangun pula lagi sorang lagi penyoal.
“Ustaz, contoh la kan..Kalau ustaz kenduri kahwin dengan demonstrasi aman mengutuk kekejaman Israel, mana satu yang ustaz pilih?,”
Soalan itu dijawab dengan hilai tawa peserta-peserta lain. Tambahan pula, penyoalnya menyoal soalan itu dengan gaya skema. Ustaz itu tersenyum. Tergelak sendiri. Saya juga ikut tergelak. Soalan cepu mas tu.
“Hmm..Kalau kenduri tu, ana yang kahwin, dah tentulah ana aulakan kenduri kahwin ana.Takkan ana nak kahwin, pergi demonstrasi aman pulak?Kang huru-hara kenduri, pengantin lelaki hilang.Menangis pengantin perempuan nanti.Lagi teruk kalau pengantin lelaki kena tahan pula time kat demo tu, lagi teruk.Kalau bukan kenduri ana, kalau tak ada musyaqoh lain, mungkin ana akan pergi demonstrasi aman tu. Demonstrasi aman tu juga untuk melambangkan kesatuan suara ummat Islam dalam merespon isu-isu dalam agama.Kita perlu tunjukkan rasa sense kita pada Islam,”
Bangun lagi seorang.
“Ustaz, kalau antara kenduri kahwin sahabat-sahabat dengan program tarbiyah, mana lagi penting ustaz?,”
Saya melirik senyum. Kalau mula-mula tadi, nampak ada juga yang tersengguk-sengguk. Tapi, kini semua mata peserta dah segar bugar. Isu kahwin jadi pengubat ngantuk rupanya.
“Hmm.. kalau antara kenduri kahwin sahabat-sahabat dengan program tarbiyah, tentulah pilih program tarbiyah.Kenduri tu akan terus berlangsung walau kamu tak hadir.Tapi, program tarbiyah, kalau kamu tak ada, rugi besar la kamu.Terlepas pengisian-pengisian yang penting.Yang penting, jangka masa panjang, kesan dari program tarbiyah itu adalah untuk survival kerja-kerja Islam akan datang.Siapa yang nak buat kerja Islam kalau bukan kamu yang ditarbiyah?,”
Persoalan penceramah itu menjawab persoalan peserta. Berbalik kepada kisah pencarian saya ini. Alhamdulillah, lewat malam itu, saya bersolat istikharah. Solat istikharah sudha menjadi amalan lazim dalam hidup saya. Memandangnya saya akan membuat banyak keputusan berkenaan gerak kerja dakwah dan tarbiyah. Jadi, saya memerlukan satu keyakinan dan penetapan hati untuk setiap keputusan yang saya buat itu, paksi utamanya pada ketentuan Allah. Allah tentukan setiap keputusan itu melalui keyakinan dalam hati saya. Istikharah bukan sekadar nak memilih jodoh. Tapi bagi saya setiap pendokong ahli gerakan perlu melazimi solat istikharah. Moga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan penyelesaian untuk setiap permasalahan dan menetapkan hati dalam membuat keputusan serta bertawakal kepada Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya reeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu,”          - ayat 2-3 : A-Talaq
Selesai solat istikharah, saya membilang nama-nama yang dah saya folow up sebelum ini. Semuanya ada musyaqoh masing-masing. Musyaqoh yang memang dah tak boleh nak dirundingkan. Saya berfikir panjang. Terdetik satu wajah itu. orangnya sangat tarbawi dalam gerak kerja tarbiyah. Saya ingin bertanyakan dia, samada ada kelapangan masa atau tidak. Namun, saya serba salah sendiri. Jika saya offer pada dia, sudah tentu dia akan mencari sekecil-kecil ruang untuk meloloskan dirinya ke ruang itu.
Bagi saya, dia antara yang mantap tarbawinya di kalangan junior. Belum pernah lagi dia menolak undangan saya ke mana-mana program atau pengisian. Saya dapat membaca gerak langkah tarbawinya. Dia sedang mahu melatih diri untuk menerima tarbiyah Allah. Subhanallahh..Allahhu Akbarr.. semoga Allah terus memberikan tsabat padanya di jalan ini.
Setelah puas menghubungi nama-nama lain, tapi masih juga tidak dapat. Debar di hati saya masih detikkan adik junior tadi. Lalu dia saya hubungi.
“Ohh kak im rupanya, apa khabar?Maaflah kak.Selepas kejadian kecurian di kolej akak tu, ana tak berpeluang nak ucap takziah pada akak.Tak tahu nak contact dengan nombor mana.Baru jak dapat nombor baru akak,”
“Ohh..tak apa.Ni, akak nak tanya Afnan ni.Akak nak ajak Afnan join program dakwah terdekat ni.Kapasiti peserta, insya’allah dalam 200 orang.Nak statekan Afnan jadi pengarah program,”
Dia terdiam seketika. Terdengar bunyi selakan kertas.
“Sekejap kak, ana tengok taqwim ana sekejap,”
Saya beri masa pada dia.
“Hmm..bila tarikhnya kak?,”
“Insya’allah, dalam hujung minggu depan,”
“Ohh..Insya’allah saya cuba kak.Cuma, mungkin sehari sebelum program tu, saya excuse dari sebarang meeting, sebab time tu saya ada paper exam lagi kak.Paper last,”
Saya tersenyum. Kan saya dah agak. Jarang dia menolak.
“Ohh..tak apa.Keperluan pengarah adalah membuat keputusan dalam perencanaan program dan semasa program berlangsung.Jadi, kalau hari Afnan exam tu, insya’allah timbalan pengarah boleh takpart handle meeting.Tak ada masalah,”
“Ok kak.Cantik tu kak..Insya’allah, saya cuba buat yang terbaik.Cuma, nanti saya nak minta kak maklumkan pada ana, maklumat tentang program, KKD, adhoc-adhoc pelaksana yang lain dan hal-hal berkaitan la ya kak,”
“Insya’allah, akak sendkan semua maklumat tu ke emel Afnan malam ni ya,”
“Baik kak.Kak, doakan ana juga ya kak.Esok ana ada paper exam,”
“Insya’allah..Kita bantu agama Allah, pulangannya Allah jamin kehidupan kita.Allah jaga hidup kita.Itu janji Allah untuk hamba-hambaNya yang membantu agamaNya,”
“Insya’allah kak.Syukranjazilan kak,”
Ucapan salam mengakhiri kalam kami. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat akhiri pencarian ini. Mendapat komitmen dari adik junior yang berjiwa tarbawi dengan izin Allah. Moga program tarbiyah kali ini berjalan dengan baik. Menjanjikan satu lagi pengalaman tarbiyah bekerja dengan junior-junior yang tarbawi, icon kepada muslim.
“Ya Allah, hati berjiwa tarbawi itu cintakan gerak kerja Islam, demi mencari redhaMu.Dia mengekang waktu hanya untuk beribadah padaMu. Maka, Kau permudahkan urusanNya sesuai dengan janjiMu ya Allah.. Tsabatkan dia di jalanMu ini.. Moga dia menjadi intisor tegar di jalanMu.. aminn,”
Firman Allah s.w.t :
“Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..,”                          -Ayat 7 : Muhammad

Kolej Kediaman Kinabalu (8th),
6 Disember 2010, 9.10 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...