BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 1, 2010

Moga Diganti Dengan Yang Lebih Baik



Firman Allah s.w.t :
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?Dan sungguh Kami menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahawa mereka aka luput dari (azab) kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.Barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang.Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.Dan barang siapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri.Sungguh, Allah Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam).Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, pasti akan Kami hapus kesalahan-kesalahanya dan mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan..,”               Al-Ankabut : 1-7.
Tanggal 2 November 2010, tarikh tarbiyah bagi saya. Bilik saya di block A Kolej Kediaman Kinabalu (8th) telah diceroboh. Suspek penceroboh tidak dapat dikenalpasti. Tapi, yang pastinya, saya telah kehilangan barang-barang berharga antaranya sebuah laptop Acer, sebuah handset Nokia dan wang Rm50. Turut juga diambil cooler laptop. Kesemua kerugian mencecah rm2500. Berikut adalah kronologi fasa-fasa kecurian tersebut bermula fasa sebelum, semasa dan selepas.
 1 November 2010 (ISNIN)
Malam itu saya stay up hingga lewat malam juga. Hingga 2.30 pagi. Laptop memang saya hidupkan dengan bacaan surah Al-Baqarah. Akhir-akhir ini memang biasa saya biarkan laptop terpasang dengan bacaan al-Quran sehingga ke pagi. Lebih-lebih lagi ketika saat romate tiada di bilik dan saya berseorangan. Laptop dan kalamNya menemani. Alhamdulillah, terasa Allah ada di sisi.
Keesokkannya saya bersedia ke API untuk menduduki exam bagi subjek Teknologi Pendidikan Islam bertempat di DK3, APIUM. Exam ini diadakan di luar tempoh exam kerana majoriti kerja khususnya perlu disiapkan di dalam makmal. Jadi, kami perlu menduduki exam ini untuk mendapatkan 20 markah lagi dan menghantar esimen modul pada tarikh penghantarannya. Alhamdulillah, selesai exam, saya pulang ke bilik. Malam itu, selepas isya’, sesudah menyelesaikan beberapa urusan, saya membelek-belek seketika nota untuk ulangkali exam Penilaian Bahasa Arab pada esok malam. Penilaian Bahasa Arab antara 1 lagi subjek yang perlu kami (SMPI tahun 4) duduki bukan dalam tempoh peperiksaan akhir di Bangunan Peperiksaan. Membelek nota seketika. Mata mula mengantuk. Jam saat itu baru menunjukkan jam 10 malam. Beberapa kali saya minum air, tapi tak membantu juga. Mungkin juga sebab letih tidur lewat stay up malam tadi agaknya. Saya menutup laptop dan membiarkannya di atas meja. Biasanya saya memang tinggalkan laptop saya di meja sahaja samada terpasang atau tidak. Cuma malam itu, laptop tidak saya biarkan terpasang.
Entah kenapa lama saya pandang laptop itu. Sambil melayan rasa mengantuk, fikiran menerawang seketika. Banyak kenangan saya dengan laptop saya ni. Saya pandang pula handset saya. Kedua-duanya merupakan aset berharga saya dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah. Handset saya itu menenami saya sejak berada di bumi tarbiyah Nilam Puri lagi. Manakala laptop pula sudah menjadi teman rapat saya sejak saya berada di bumi tarbiyah kampus UM ini lagi. Hampir 4 tahun bersama. Beli dari duit pinjaman PTPTN semasa tahun pertama di UM. Ya, handset dan laptop ini sentiasa menemani saya ke mana sahaja saya pergi. Mereka adalah aset yang saya gunakan untuk menyumbang kepada gerak kerja dakwah, gerak kerja tarbiyah dan akademik saya.
Beberapa hari sebelum itu, ada juga adik-adik seangkatan dalam kerja tarbiyah mengingatkan saya agar jaga elok-elok laptop saya tu. Aset besar. Macam-macam ‘emas’ ada dalam laptop itu. Saya tersenyum menerima teguran itu. Terdetik di hati, ‘’Moga Allah menjaga segala barang-barangku.Aku tidak akan dapat menjaga harta2ku jika bukan dengan izin Allah.Andai sudah tiba masanya Dia mengambil balik apa yang menjadi milikNya, maka aku redha.Kerana harta yang ada padaku bukan milikku, hatta nyawa, darah dan diriku juga bukan milikku. Satu hari nanti aku akan kehilangan barang-barang ini cuma tidak tahu bila masanya.Allah pasti mengambil semula apa yang menjadi hakNya”..
Saya mengulum senyuman sendiri. “Ya Allah, moga aku masih terus diizinkan untuk menjaga barang-barangku ini ya Allah. Andai aku sudah tidak mampu menjaganya, hanya Kau Sebaik-baik Penjaga..”
Biasanya saya orang terakhir yang akan kuncikan pintu sebelum saya dan romate saya tidur. Romate pula biasanya tidur lebih awal dari saya. Memang tak pernah saya tidur area jam 10. Tapi malam tu rasa mengantuk sangat-sangat. Saya dah baring di katil saat jam dah menginjak ke jam 11 malam. Romate keluar dari bilik sekejap. Katanya dia keluar pergi mengambil buku nota kat bilik kawan dia. Tak apalah. Saya terlelap seketika. Namun, saya kembali terjaga apabila tersedar romate masuk bilik semula. Dia terus ke meja studynya. Handset saya letak di sebelah kanan saya. Memang selepas bacaan al-Mulk, saya akan terus terlelap. Tapi malam tu nak baca al-Mulk pun saya boleh terlupa. Bahana mengantuk yang teramat sangat. Astagfirullah..
2 November 2010 ( Selasa)
Mulanya cadang nak bangun dalam jam 3.30 pagi. Tapi tidak terbangun pula malam tu. Malam terasa panjang sahaja. Sehinggalah dalam area jam 5.10 pagi saya terbangun. Memang biasanya, walaupun saya tidak alarm jam untuk bangunkan saya, saya akan terbangun sendiri jam 5 pagi. Jadi saya bangun dan cari handset. Tengok kiri kanan, tiada. Beberapa kali saya angkat bantal, cari bawah katil. Tiada juga. Hati dah berdebar-debar. Saya tengok juga di bawah katil. Tiada. Di celahan debar itu, saya membilang takbir berulangkali. Saya berjalan ke meja study. Rasa pelik sendiri. Rasa macam ada kekurangan di situ. Tapi apa yang kurang? Jam ada, buku-buku ada, laptop?? Saya mengurut dada. Takbir makin kuat di hati. Senafas saya terluah takbir di bibir. Terdetik di hati juga, mungkin pencuri masuk bilik saya. Terluncur ucapan tahmid di bibir. Alhamdulillah, saya dan romate saya tidak diapa-apakan. Memang saya tak sedar langsung.
Allahhu Akbarr.. Saya duduk sekejap. Detikan hati semalam kembali terngiang di hati saya.
 ‘’Moga Allah menjaga segala barang-barangku.Aku tidak akan dapat menjaga harta2ku jika bukan dengan izin Allah.Andai sudah tiba masanya Dia mengambil balik apa yang menjadi milikNya, maka aku redha.Kerana harta yang ada padaku bukan milikku, hatta nyawa, darah dan diriku juga bukan milikku. Satu hari nanti aku akan kehilangan barang-barang ini cuma tidak tahu bila masanya.Allah pasti mengambil semula apa yang menjadi hakNya”..
Ya, Allah sudah mengambil kembali apa yang memang menjadi hakNya. Saya tidak tahu nak gambarkan apa perasaan saya saat itu. Tapi, saya langsung tidak ada rasa apa-apa perasaan saat itu. Memikirkan mungkin bilik saya telah dimasuki pencuri, saya teringatkan purse dalam beg sandang. Ada duit dalam purse tu. Duit terakhir untuk beli tiket balik kampung beraya. Duit saya pinjam dari seorang rakan. Saya tak beli tiket lagi waktu tu memikirkan ada agenda gerak kerja tarbiyah yang perlu saya bereskan. Sesudah bereskan, barulah nak beli tiket tu. Saya cepat-cepat buka beg sandang. Senafas tahmid meniti di bibir bila tengok purse ada kat dalam beg. Bila buka, semua kad-kad bank ada, IC semua ada. Tapi, duit tiket saya, RM50 tiada..
Saya tengok jarum jam dah menginjak ke jam 5.30 pagi. Teringat pada amanah yang belum saya lakukan. Kembali pada niat asal, tiap-tiap kali bangun sebelum subuh. Saya menyarung tudung, mencapai kunci bilik, ingin ke bilik air. Namun, bila saya sentuh tombol pintu, rupanya tidak berkunci. Senafas terkeluar suara saya, “pintu tak berkunci, patut la pun..,”. Saya kuncikan pintu dan keluar ke tandas. Jadi saya simpulkan pencuri masuk sebab pintu bilik tidak berkunci. Kadang-kadang, kita menjadi mangsa kerana kelalaian orang lain. Lebih teruk jika kita menjadi mangsa kerana kelalaian diri sendiri. Tapi bagi saya, saya lebih mengertikan apa yang sedang saya lalui ini adalah tarbiyah dari Allah. Ya, tarbiyah Allah. Satu kekesalan lagi apabila saya melihat pintu floor juga tidak berkunci. Tanggungjawab siapa selaku ketua di floor ini? Biasanya saya tidur lewat malam, saya akan kuncikan pintu floor itu. Tapi malam semalam... arghh.. benda dah nak jadi. Macam-macam la.. Saya terus kuncikan ia lalu teruskan langkah ke tandas. Mengejar waktu yang kian melambaikan fajar.
Selesai berwuduk, saya kembali ke bilik. Romate dah bangun. Dia tanya saya, “kenapa kak?”. Saya jawab soalannya dengan persoalan. “Adik kunci pintu tak malam tadi bfre tidur?,”. Dia serba salah nak jawab. “Rasa macam tak,”. Dia kelihatan mencari-cari sesuatu. Saya pakai telekung solat. Dinihari kian sampai ke penghujungnya. Fajar sidiq bakal menyinsing. Sudah hampir waktu subuh. “Akak rasa macam bilik kita kena masuk pencuri la dik.Barang-barang akak hilang.Laptop, handset dan duit,”. Dia terpempan. “Kite rasa, handset kite pun kena curi juga kak.Tak ada!,” terdengar juga dia melepas raung seketika. Handsetnya baru sahaja dibeli. Tak sampai 10 bulan katanya. Saya teruskan dengan qiam saya. Saya yakin ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan pada saya. Besarnya hikmahNya yang perlu saya fikirkan secara halus. Ya, Allah sedang perhatikan saya. Allah sedang menilai saya dengan tarbiyahNya.
Astagfirullahh.. Allahhu Akbarr..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...