BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 2, 2010

Moga Diganti Dengan Yang Lebih Baik (Bhg.2)


sambungan dari Bahagian 1..
Sementara saya qiam, romate saya keluar ke bilik kawan-kawannya. Selesai menyembah sujud, meluah resah padaNya, saya dah bersiap bertelekung untuk turun balai Islam, solat subuh. Terpacul pula pak gat kat depan pintu. Pak gat checkkan pintu sekejap. Tombol pintu pun boleh disalahkan. Ada juga beberapa andaian lagi yang beliau buat. Sempat juga pak gat bagi nasihat. Saya turun ke surau. Namun, saya pelik. Bila saya sampai ke tangga block A200 nak turun ke A100, ada 1handset yang tercicir. Handset itu dah dioffkan. Elok terletak di kiri saya di tangga. Saya tidak membuat apa-apa spekulasi. Azan subuh kedengaran. Saya bergegas ke surau. Sewaktu melintasi pejabat kolej, mahu turun ikut tangga yang ke surau, saya perasan ada 2 orang lelaki sedang duduk di ruang legar antara pejabat dan kedai fotostat. Waktu itu belum lagi jam 6, siapa pula mereka? Apa mereka buat pagi-pagi begini? Hmm..staf-staf kolej kot. Saya tidak mahu membuat apa-apa spekulasi. Selesai solat subuh di balai Islam, alhamdulillah rasa tenang. “Ya Allah, tenangkan hatiku dalam meniti tarbiyahMu,”. Itu doa saya.
“Kak im, boleh saya minta maklumat ringkas diri akak?,”tanya seorang adik ajk Balai Islam. Dia mahu mengajak saya untuk jadi pengajar membaca al-quran untuk sem depan untuk balai Islam. Saya cuma cakap, ‘insya’allah, akak cuba’..jadi, saya memenuhkan maklumat diri saya seperti nama, no bilik dan no kad matrik.
“Akak, nak nombor telefon,”
Saya tersenyum padanya.
“Ohh..nombor telefon nanti dulu dik.,” dia hairan.
“Kenapa kak?Selalu tukar nombor ke?,”dia membalas senyuman saya.
“Tak..Hmm..pagi tadi pencuri masuk bilik akak.Dia ambik laptop, handset dan duit akak.Jadi,akak tak pasti lagi akan ada handset ke tak,”
Adik itu terkejut. Macam tak percaya. Saya senyum pada dia.
“Pagi tadi??Pencuri masuk bilik akak?Flor mana?Akak ok?,”
“Flor A200.. alhamdulillah, akak ok,”
“Kak, sabar ya kak,”dia buat muka serba salah. Sempat juga dia usap bahu saya.
Saya membalas senyumannya.
“Insya’allah, nanti kalau akak dah ada handset, akak bagi nombor fon akak pada adik ya,”
“Baik kak,”
“Ok, akak minta diri dulu,”
“Banyak bersabar kak,”
“Terima kasih dik..,”
Saya mengangguk. Melanjutkan langkah kembali ke bilik. Sewaktu melalui tangga untuk naik ke block A200, handset yang saya tengok tadi masih di situ. Saya berhenti sekejap. Lama saya pandang handset itu. Mula mengagak, mungkin ia tercicir. Kebetulan pula dengan kes pencerobohan di bilik saya pagi itu. Pencuri yang tercicirkan ke? Saya tersenyum sendiri. Pencuri boleh cicirkan handset yang dicuri? Pencuri tak dapat PHD lagi kot dalam bab curi mencuri ni. Hmm.. Saya berlalu ke block A200. Mahu kembali ke bilik saya. Fikiran menerawang sekejap pada laptop saya. Teringatkan kerja-kerja untuk program terdekat. Elok-elok sahaja saya dah merangkakan KKD program awal-awal. Alhamdulillah, semua KKD itu telah saya sendkan pada pelaksana-pelaksana program. Tak apa. Insya’allah, saya boleh dapatkan semula KKD-KKD itu dari pelaksana-pelaksana tersebut. Fikiran menginjak pula pada esimen-esimen penting yang masih belum siap. Alhamdulillah, dalam caturan fikiran saya, kesemua esimen-esimen saya dah siap. Dah siap submit pada pensyarah. Cuma tinggal 1,2 subjek lagi ja. Tak apa. Masih ada masa. Boleh disiapkan dalam tempoh masa yang ada ini. Tak ada laptop, boleh pinjam pada sahabat-sahabat. Namun, bila mengimbas wajah ayah dan mak. Hati saya jadi nanar. Bukan sebab mengenangkan saya akan dimarahi. Tapi, duit pembelian laptop itu juga adalah dari penat lelah ayah dan mak juga. Walaupun bercampur dengan duit PTPTN. Hati mula rasa sebak. Terbayang wajah ayah yang berkeringat membajak di sawah. Terbayang wajah mak yang selalu berjimat cermat demi menyimpan duit.
“Ayah, mak. Maafkan adik.. Adik lalai. Tak pandai jaga harta. Teruk ayah dan mak carikan duit untuk adik. Moga kebaikan dari gerak kerja Islam ini membiaskan ruang untuk ayah dan mak ke syurga Allah nanti..Aminn,”bisikku mengulangkan doa yang sentiasa kulazimi di dalam hati ketika berpencak di medan tarbiyah. Serentak jemari mengesat lelehan air mata yang sudahpun merembes. Allahh..
“Im..jangan menangis selain kerana Allah..,” ulangku pada hati. Sekali lagi aku mengesatnya. Kali ni dengan hujung kain telekung.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”
Terjemahan ayat 2 surah Al-Ankabut itu tiba-tiba tercetus di dada.
“..Allahhu Akbarr. Aku tidak akan menjadi intisorMu yang tsabat jika tidak dikuatkan dengan ujian-ujianMu Ya Allah..,”
Hidup ini tidak akan rencah perisanya jika tidak bergelumang dengan rencah ujian, mehnah dan tribulasi. Apa yang diuji pada saya hanyalah ujian kecil. Ujian ini adalah ‘hadiah’ Allah pada saya. Allah mahu menyediakan saya untuk lebih kuat mendepani ujian yang lebih besar. Allah sedang memerhatikan saya.. Allahhu Akbarr..
Saya tiba di floor. Terpacul sahabat saya Aninah. Dia dari pantri. Saya senyum padanya. Senyum yang penuh erti. Senyuman selepas meresap bahang tarbiyah Allah. Lama saya pandang wajahnya. Wajah yang sering membungakan ketenangan di hati saya.
“Anii..,”
“Im..baru balik dari surau?Ramai ke yg turun subuh?,”
“Alhamdulillah, ada adik-adik balai Islam buat qiam pagi ni. Ada la 2,3 orang muslimat,”
“Alhamdulillahh..,”
“Anii..,”sekali lagi saya pandang lama ke wajahnya. Saya tundukkan wajah.
“Im, kenapa?,”
“Ani, ada berita kurang baik,”
Ani terkejut. Berkerut-kerut dia menunggu respon saya. Sengaja saya mahu dia berteka-teki sendiri. Saya memeluk tafsir al-Quran ke dada. Kain telekung saya sisipkan ke lengan. Takut meleret ke lantai. Saya leret-leretkan senyuman padanya.
“Kenapa Im?,”
“Ani, Allah dah mengambil apa yang menjadi hakNya.Pagi tadi, ada orang masuk bilik saya.Saya tak sedar langsung.Terjaga lebih kurang jam 5.15, semua barang dah hilang.Laptop, handset dan duit RM50. Dah la duit RM50 tu saya pinjam dari kawan kita untuk beli duit tiket balik kampung.Duit last yang saya ada.Memang Allah nak uji saya Ani..Allahhu Akbarr.,”
Aninah memang tahu, saya memang sokmo ada masalah kewangan. Lebih-lebih lagi time musim program dan hujung-hujung semester. Aninah sahabat tempat saya mengadu susah senang. Insya’allah, dia sahabat baik saya dunia dan akhirat. Ani terpempan. Terdiam tak terkata. Kami saling merenung wajah. Saya hanya tersenyum padanya. Menyembunyikan ombak yang sudah mahu kembali bergelora. Namun, saya tahan. Biar hanya berombak di dada sahaja. Lambat-lambat Aninah memeluk bahu saya. Dia usapkan bahu saya beberapa kali.
“Im..Im kuat ya.. Saya ndak tau mau cakap apa dengan Im.Ya Allah, laptop dan handset tu benda penting tu.Saya tak tau macam mana keadaan saya jika berada di tempat Im.Saya faham apa yang Im rasa..Im kuat tau..,”
Saat itu air mata sudah kembali berkaca-kaca. Tapi saya biarkan hanya sekadar bergerimis di tebing alur mata sahaja. Biar air mata ini hanya tumpah bila di hadapanNya. Mahal air mata saya untuk dilihat manusia.
“Tak apa ani.Doakan saya kuat ya.Ok, nak balik bilik ni,” saya memohon diri. Tak nak berlama-lama. Nanti turun pula hujan. Banjir pula floor A200 ni.
Sekali lagi Aninah mengusap bahu saya.
“Im, perlu apa-apa bantuan, Im cakap dengan saya ya.Insya’allah saya cuba bantu,”
Saya tersenyum. Mengangguk. Saya menapak ke bilik. Setibanya di bilik, romate tak ada di bilik. Saya masih mendetikkan takbir di hati. Allahhu Akbarr. Ungkapan itu membuat saya tenang. Segala yang berlaku ini adalah tanda kebesaran Allah. Alhamdulillah, tarbiyah Allah sampai ke hati saya. Saya membuka tafsir al-Quran. Membaca al-Waqi’ah. Kemudian, saya susuli dengan mathurat. Kemudian, saya mohon pada Allah agar diberikan kekuatan dan ketenangan. Lalu saya buka tafsir secara rawak. Saya baca tafsir di muka surat yang saya buka. Anak mata saya tertancap pada beberapa potong ayat dalam Surah al-Hadid dari ayat ke 12 hingga ayat ke 24. Ayat-ayat itu seperti memberi ruh semangat pada saya. Jaminan berupa pujukan Allah. Setitis air mata saya jatuh, cepat-cepat saya kesatkan.
“Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, mereka itu orang-orang yang tulus hati (pencinta kebenaran) dan saksi-saksi di sisi Tuhan mereka. Mereka berhak mendapat pahala dan cahaya. Tetapi orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni-penghuni neraka.” -19
“Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan palsu.” -20
“Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya. Itulah kurnia Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” -21
“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian mudah bagi Allah.” -22
“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadaMu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.” -23
“Iaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barangsiapa berpaling (dari perintah-perintah Allah), maka sesungguhnya Allah, Dia Maha Kaya, Maha Terpuji.” -24
Saya mengalun istigfar. Cuba mengesan teguran Allah pada saya. Astagfirullah, banyak dosa saya. Selalu bila mendengar berita tentang mangsa-mangsa kecurian sebelum ini, saya hanya detikkan di hati rasa kasihan dan doakan semoga Allah mengadili penganiayaan itu di akhirat nanti. Hari ini, alhamdulillah, Allah memilih saya pula untuk merasai apa yang mangsa-mangsa kecurian sebelum ini rasai.
“Ya Allah, jika kehilangan dan kecurian ini baik untukku, tambah dekatkan lagi hatiku denganMu, berilah padaku ya Allah..semoga dengan ujian sekecil ini mampu mentarbiyah hatiku untuk lebih kuat dalam menggalas amanahku di jalanMu ini. Moga dengan ujian ini, bisa mentarbiyah aku untuk semakin kuat dan kejap berada di landasan jihad. Moga dengan teguran ini bisa mengislah jiwaku untuk menjadi hambaMu yang lebih taat dalam amali amar ma’ruf dan munkar. Moga tarbiyah ini baik untukku, untuk aku lebih dekat denganMu, agar Kau terus pegang hatiku. Jika harta dunia yang aku punyai itu hanya sering membuat aku lupa padaMu, maka Kau ambillah kembali ia, agar terpelihara hatiku dari segala yang menghijabkan aku denganMu ya Allah.Aku redha. Syukran ya Allah.,”
Cepat-cepat saya mengesat gerimis air mata yang menyesak di relung mata. Romate masuk bilik. Dia menunjukkan handset. Kalau tak silap saya handset di tangannya itu adalah handset yang saya jumpai di tangga tadi. Ohh, jadi mesti berita kecurian pagi itu dah tersebar di seluruh kolej tarbiyah saya ini.
“Akak, tengok ni.. Akak nak, ambik la handset ni.. Boleh pakai dulu. Kite jumpa kat tangga.Mesti pencuri tu punya ni.. banyak sangat mencuri sampai tercicir, eiii..geramnya..,”
Saya no komen. Tak ulas apa-apa. Saya belek-belek seketika handset itu. Lalu saya serahkan semula pada romate.
“Akak, kite dah survey semua floor. Floor-floor lain pun ada yang kena masuk.Kite dah cakap kat penyelia dah.Penyelia cakap, suruh kita buat laporan kat pejabat keselamatan kolej 12 terus,”
Saya mengangguk.
“Akak, macam mana pencuri tu boleh ambik laptop akak, tapi tak ambik laptop kite?Pelik la pula,”
Saya hanya tersenyum. Romate saya pergi belek-belek tombol pintu.
“Dia ambik yang sempat ja kot,”
“Kak, kite rasa macam kena pukau la kak.Sebab semalam tengah-tengah study, rasa mengantuk sangat-sangat,”
“Hmm..Wallahhu a’lam, mungkin ya, mungkin tidak.Akak pun memang tak sedar langsung.Malam tadi memang rasa mengantuk sangat-sangat.Sebab tu akak tidur awal,”
Kelihatan dia bersahut-sahut sapa dengan ahli bilik sebelah. Rupanya bukan bilik kami sahaja yang kena masuk pencuri. Bilik satu lagi di floor kami pun kena masuk dengan pencuri juga. Dia mencapai handset yang tercicir tu dan menunjukkan pada ahli bilik sebelah yang turut diceroboh. 2 handset hilang di bilik tu. Romate keluar sekejap ke bilik sebelah. Seketika kemudian dia kembali.
“Handset yang tercicir tu handset adik tu.Junior tahun 1.Dah pulangkan dah kat dia.Banyak sangat la tu yang pencuri tu ambik.Sampai tercicir-cicir,”
“Alhamdulillah..rezeki adik tu dapat balik handset,”
“Kak, pelik la..Bilik sana pun kena masuk juga tapi diorang confirm kunci bilik malam tadi.Macam mana pencuri tu boleh masuk.Diorang cakap, diorang pun jenis yang cepat tangkap kalau dengar bunyi-bunyi.Tapi malam tadi memang tak dengar bunyi apa-apa.Kite rasa memang betul la kita kena pukau ni kak,”
“Hmm..malam tadi, akak pun terlupa nak baca Al-Mulk,”
“Kak, kite nak balik rumah ni.Handset semua tak ada.Risau juga kalau jadi apa-apa, family tak tahu,”
Saya mengangguk. Romate saya ni orang KL. Rumah dia tak jauh dari UM. Saya menyimpan tafsir al-Quran ke tempatnya. Bergegas saya ke bilik Yati. Puas juga ketuk pintu. Tak ada orang atau tak bangun lagi? Langkah saya beralih ke bilik Aninah. Terpaksa juga saya minta tolong Ani.
“Assalamulaikum..Anii..,”
Pintu terkuak, terpacul Aninah.
“Ani, saya nak pinjam handset boleh ka?,”
Ani mengangguk.
“Boleh..Bolehh..Nahh..Im guna la dulu..Saya faham, mesti ada banyak benda yang kena bereskan kan.,”
Aninah memang faham kerja dan komitmen saya. Saya membalas kata-kata Aninah dengan senyuman.
“Ani, saya pinjam, guna dulu ya.Sekejap lagi saya nak ke pejabat keselamatan 12th. Saya bawa handset Ani sekali,”
Aninah mengangguk.
“Terima kasih Ani..,”ucap saya pantas kembali ke bilik.
Saya menghantar mesej makluman tentang kejadian yang menimpa saya kepada beberapa orang sahabat saya yang saya memang ingat nombor mereka.
“Banyak-banyak bersabar ustazah.Sekarang ni ada banyak kes kecurian.Hujung-hujung sem ni pencuri mengamuk.Nak ke mana-mana pun, kena berteman,”
“Akak ok ke?Akak banyak-banyak bersabar ya..Ujian Allah untuk akak,”
“Takziah atas apa yang berlaku.Banyakkan bersabar.Ada hikmahNya apa yang berlaku.Moga digantikan dengan yang lebih baik,”
“Isbir ukhti..Walaupun sudut lain, barang-barang ukhti telah dicuri, tapi satu sudut yang lain Allah nak gantikan dengan yang lebih baik lagi,”
Begitulah mesej-mesej yang saya terima dari sahabat sahabiah saya. Rasa tak bersendiri dengan doa dari sahabat-sahabat. Saya tersenyum. Sekejap lagi ‘adik’ saya datang ambil saya ke pejabat kolej 12th. Saya ke pejabat kolej dulu.
“Assalamualaikum..Kak, saya nak tanya ni.Pagi tadi bilik saya ada kes kecurian.Saya nak tanya, apa yang perlu saya buat?,”
Kakak-kakak staf pejabat saling memandang.
“Oohh..bilik A200 tu ya..Hmm..kamu pergi jumpa penyelia hari ni la..hari ni penyelia bertugas, Redhuan,”
“Ohh..romate saya dah jumpa dah.Penyelia suruh buat laporan di kolej kediaman ke 12th,”
“Ohh..kalau macam tu, kamu terus ke sana la..Tapi, boleh la buat laporan kat pejabat dulu.Nah..tulis butiran, nama, Ic, floor dan barang yang hilang,”
Secebis kertas separuh terkoyak dihulurkan pada saya. Saya mengisi butiran-butiran yang diminta.
“Macam mana pencuri boleh masuk?Pintu tak kunci ke?,”
“Ohh..Romate tak sedar tak kunci,”
“Hmm.. kalau macam tu, salah sendiri laa..Siapa suruh tak kunci pintu?,”
Hanya senyuman saya yang menjawab kata-kata kakak staf pejabat itu.
“Ok kak..Saya minta diri.Terima kasih,”
Saya menapak keluar ke pondok 8th. Kelihatan ada staf-staf kolej mundar-mandir di hadapan pintu gate. Eh, ramai-ramai kat sini ni, sebab kes kecurian malam tadi ke? Hmm..tiba-tiba teringat, romate ada cakap, sewaktu dia ketuk pondok pakgat pagi tadi, pakgat tengah tidur. Hmm..kesian pakgat tu. Sorang-sorang mengawal. Buatnya tak penat. Sure la dia tido. Hmm..
Sementara menunggu ketibaan adik saya di pondok kolej, saya belek-belek juga nota Penilaian Bahasa Arab. Satu maklumat pun belum tersimpan di minda. Entah saya boleh menjawab exam malam ni, entah tak. Allahhu Akbarr..
Motor Kris merun BKK7145 meluncur masuk ke halaman kolej. Parking betul-betul depan pondok tempat saya menunggu. Dah lama saya tak menerima kunjungan adik saya yang seorang ini. Saya tersenyum. Inilah salah satu hikmahNya apa yang berlaku. Untuk menemukan pemilik motor ini dengan saya. Dah lama tak bertemu. Dah lama tak saling menatap mata. Adawiah menghulurkan helmet pada saya.
“Kesiannya dengan kakak ada yang sorang nii..macam mana pencuri boleh masuk bilik akak?,”
Saya tersenyum. Rindu nak dengar suara dia. Syukran ya Allah, kau temukan kami pada pagi hening yang damai ini. Ujian ini yang jadi perantaraan pertemuan ini. Pertemuan dua beradik yang berukhwah kerana Allah. Diukhwahkan juga dalam suasana tarbiyah.
“Tak ganggu ke teman akak ke pejabat keselamatan ni?,”
Adik saya yang sorang ni orangnya busy jugak. Risau nak ‘mengacau’ masa dia. Entah dia sendiri ada masa untuk dirinya entah tidak. 'Moga Allah terus kuatkan mujahadahmu dik'. Motor meluncur ke kolej kediaman ke 12th. Sepanjang perjalanan, ada juga cerita sikit-sikit kat dia..Hmm..
Bersambung ke Bahagian ke-3..

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
1 Disember 2010, 2.30 a.m 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...