BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 3, 2010

Moga Diganti Dengan Yang Lebih Baik (Bhg.Akhir)


Bahagian Akhir..
Teringat tatkala sedang bersiap-siap mahu ke pejabat tadi, saya dikunjungi oleh dua orang sahabat SMPI tahun 4. Ukhti Hidayah Wahab dan ukhti Aniza Saadan. Mereka datang menjenguk saya sejurus mendengar khabar tentang kecurian yang berlaku. Terima kasih diucapkan. Teringat juga saat menunggu adik saya tadi, sempat juga saya call mak. Alhamdulillah, saya ingat nombor telefon rumah. Namun, yang buat saya terharu sendiri, apabila mak saya lebih risaukan ‘bahan-bahan’ yang ada di dalam laptop saya itu.
“Barang-barang gheja adik yang duk dalam laptop tu macam mana?,”
“Hmm..nak buat macam mak, tak dapat nak diselamatkan.Tak pa la..nti adik kumpul-kumpul balik dari kawan-kawan,”
“Macam mana pencuri tu boleh masuk?,”
“Semalam adik tidoq awai mak.Romate tidoq lambat.Dia lupa nak kunci pintu..Hm, benda nak jadi, macam-macam la mak..Yang kita tak pernah buat pun, kita terbuat,”
“Pastu nak buat lagu mana?Boleh dapat balik dak laptop?Kesian kat hang la, banyak gheja,”
Saya tersenyum. Mak dan ayah saya memang faham segala liku kerja saya di kampus. Kadang-kadang terpalit rasa bersalah, terpaksa mengehadkan masa berada di rumah. Tanggungjawab gerak kerja yang perlu jadi keutamaan saat ini. Alhamdulillah, mak dan ayah memahami saya.
“Hmm..pakai tak dapat balik dah mak.Ni adik nak pi buat laporan la ni.Kat kolej 12th.Tengah tunggu kawan mai ambik adik,”
“Hm..pihak kolej tak ketat kawalan ka sampai pencuri boleh masuk bilik adik?Adik dan kawan bilik tak ada apa-apa?,”
“Alhamdulillah mak..Kami selamat.Hmm..tak tau la mak.Tiap-tiap tahun ada ja kes curi ni.Tapi, macam tak diambik tindakan ja.CCTV pun tak hidup,”
“Hmm..tak pa la..Dah jadi dah, kena beringat la..Lepas ni jaga barang elok-elok,”
“Insya’allah mak.Ok mak, adik nak pi kolej 12th dah ni.Kawan adik dah sampai dah.Kirim salam kat ayah dan bangcik ya.Doakan untuk exam adik malam ni.Apa pun tak lekat lagi nak afal ni,”
“Hmm..insya’allah..,”
Ucapan salam mengakhiri perbualan kami. BKK 7145 sampai di tempat parking kolej kediaman ke 12th. Kami menapak masuk ke dalam pejabat keselamatan kolej kediaman ke 12th. Pejabat keselamatan pusat di UM ini. Saya diberikan sekeping kertas laporan. Saya perlu menulis laporan by hand. Fikiran jadi tak menentu. Kurang stabil lagi.
“Akak nii..Meh sini ada tuliskan,”
Pen bertukar tangan. Saya hanya membiarkan dia menulis. Walaubagaimanapun, dia terpaksa menulis untuk kali kedua apabila tulisannya terlalu kecil dan tidak dapat dibaca. Dia tak banyak soal. Terus menyalin semula apa yang telah dituliskan tadi. Selesai menulis, kami bercakap-cakap sebentar dengan seorang pegawai keselamatan. Beliau meneliti sebentar laporan. Menggeleng-geleng sendiri melihat angka harga barang-barang saya. Semuanya mencecah RM2500.
“Macam mana pencuri boleh masuk?CCTV floor kamu berfungsi ke tidak?,”
“Tak puan.Terus-terang, CCTV di kolej hanya berfungsi bila time-time macam PRK sahaja.Saya pun tak tahu kenapa ia tidak berfungsi di waktu lain,”
“Hmm..inilah yang salahnya.Sepatutnya, pihak kolej ketatkan kawalan.Kamu pun, pelajar kan ada banyak persatuan-persatuan pelajar?PMIUM, MPM, buatlah komen minta suarakan pada kolej untuk ketatkan kawalan.Buat apa kamu susah-susah bayar yuran mahal-mahal, tapi keselamatan kamu tak terjamin?Internet, air, api semuanya kena bayar tu.Duit kamu semua.Kalau dah jadi kecurian macam ni, banyak mana dah kamu rugi,”
Panjang lebar dia mengulas.
“Puan, pejabat keselamatan kolej 12th ni ada peranan tak dengan keselamatan kolej-kolej?,” Adawiah menyoal.
“Tak ada.Kami tak bertanggungjawab untuk keselamatan kolej-kolej kediaman yang lain.Semua keselamatan kolej memang paksinya pada pengurusna kolej masing-masing.Laporan sahaja yang dikumpulkan di sini.Sebab tu saya cakap, kamu kena bertindak sendiri.Demi duit kamu juga.Kamu sendiri yang bertanggungjawab atas barang-barang kamu.Kalau kamu tak bertindak untuk suarakan cadangan pada kolej, itu kelalaian kamu lah,”
“Puan, kejadian-kejadian kecurian lepas-lepas, banyak berlaku.Takkan pihak keselamatan tak ambik apa-apa tindakan?,”
“Hmm..Kecurian ni dah jadi perkara biasa.Kalau kita sendiri yang tak menjaga, itu salah kitalah.Jangan tuding jari pada orang lain.Kalau kita nak salahkan orang lain, cuba kita fikir dulu, samada kita betul-betul menjaga tak barang-barang kita tu ikut etika keselamatan?,”
Terpempan saya dengan ayat itu. Ya, memang saya lalai. Laptop di atas meja saya tak lockkan. Astgafirullahh..segala yang berlaku atas kelalain sendiri. Syukran ya Allah, atas teguran ini. Saya menunggu beliau menyambung bicaranya. Tak nak membantah. Nanti dicop kurang ajar pula, walaupun saya ada sebab kukuh untuk mengatakan keselamatan paksi utamanya pada pengurusan kolej juga. Mana perginya peranan floor rape yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar di floor, bukan menjaga floor sahaja. Namun, saya akui, kita sendiri yang perlu berjaga-jaga sebenarnya.
“Kalau kamu duduk di rumah, kalau pencuri masuk, kamu salahkan jiran sebelah tak?Dah tentu kamu salahkan diri juga sebab sendiri tak jaga rumah.Kalau romate kamu jenis yang tak menjaga keselamatan bilik, kamu tegurlah dia.Minta dia jaga keselamatan kamu bersama.Semuanya atas diri kamu juga,”
Ya. Ada betulnya kata-kata beliau. Salah saya tidak tegaskan pada romate saya untuk kuncikan pintu. Disiplin saya, tiap-tiap kali keluar dari bilik, saya akan kunci pintu. Hatta nak ke tandas atau ke bilik sebelah pun, saya akan kunci pintu. Tapi, benda dah nak jadi. Kita pun tak jangka ia akan jadi. Betullah Allah memilih saya di kalangan semua orang yang ada di kolej ini. Dalam ramai-ramai ratus-ratus pelajar yang ada di kolej ini, saya yang Allah pilih untuk menerima ujian ini. Itu buktinya saya mampu laluinya. Syukran ya Allah. Tarbiyahmu menguatkan aku.
Selesai laporan pagi itu, Adawiah menghantar saya pulang ke kolej 8th semula. Dia pun bergegas juga. Ada program hujung minggu itu. Sekejap pun tak apa bertemu dengan dia. Lepas ni, entah bila pula kami akan bertemu. Syukran ada.. jazakillahh..
Saya kembali ke bilik. Meratakan wuduk, bersolat dhuha. Entah kenapa, dalam sujud akhir sesudah selesai memberi salam, air mata saya tumpah. Hati jadi sebak mengenangkan, saya kehilangan 2 aset yang amat berharga untuk gerak kerja Islam. Entah apa lagi yang boleh saya cagarkan untuk kerja-kerja Islam selepas ini? Moga diganti dengan yang lebih baik. Allah mengambil semula 2 aset berharga itu untuk menguji tsabat saya dalam ujian. Samada saya akan teruskan melangkah. Atau longlai lemah dan mengundur diri? Ya Allah, moga dengan ujian ini Kau tambah kuatkan aku.
Saya mencapai kertas nota Penilaian Bahasa Arab. Untuk exam malam nanti. Sambil-sambil mengafal, air mata adakalanya menitis-nitis juga. Puas saya kesat. Akhirnya saya biar ia kering sendiri. Sekejap-sekejap sahaja saya begitu. Ambil masa untuk serap tekanan.
Menerusi mesej nombor Aninah, saya dapat tahu bahawa sepemergian saya ke pejabat keselamatan pagi tadi, ada sahabat-sahabat yang datang mahu mengunjungi saya. Ukhti Ummu Syazwina dan Ukhti Shahirah. Syukran jazilan kalian melapangkan masa untuk menjenguk saya. Moga Allah sahaja yang boleh memberikan ganjaranNya.
Lewat petang itu barulah saya dapat tahu, kejadian semalam disuspek dilakukan oleh beberapa orang lelaki. Kejadian berlaku lingkungan jam 4-5 pagi. Dan sepanjang tempoh sesudah kecurian itu, kes saya inilah yang menjadi topik perbualan sahabat-sahabat di kolej dan sahabat-sahabat SMPI. Malam itu seusai exam, ramai juga sahabat-sahabat yang mengucapkan takziah pada saya. Tak kurang juga yang memberikan semangat. Alhamdulillah, saya hilang laptop dan handset, tapi dapat perhatian sahabat-sahabat.
Saya turut bertemu dengan wakil JTK, ukhti Fadila untuk meluahkan tentang kecurian. Beliau ada memberi jaminan akan mengambil tindakan untuk membasmi kejadian kecurian ini dari berulang pada orang lain. Sebagai pimpinan, moga kita mencuba sehabis baik untuk membuat pengislahan dalam kerja-kerja pengurusan kolej. Lebih-lebih lagi yang melibatkan soal kebajikan pelajar. Ingat juga yang kita akan disoal tentang kepimpinan kita. Tak kisah banyak mana pun kejadian kecurian yang akan berlaku selepas ini. Tapi, perlulah ada tindakan pengislahannya. Jika kejadian itu masih berulang tanpa pengurangan, itu lambang kelompangan di peringkat pengurusan. Bukan saya memikirkan tentang diri saya, tetapi demi kepentingan kita bersama. Selaku mahasiswa yang menuntut di varsiti perdana ini, kita ada hak untuk meminta hak kita dijaga..
Dua tiga hari selepas itu, saya menerima kunjungan dari sahabat-sahabat SMPI, yang memberikan sedikit sumbangan wang pada saya. Saya turut menerima kunjungan rakan-rakan seperjuangan setarbiyah PMIUM, Ukhti Azlina, Ukhti Maslida, Ukhti Shahida. Kunjungan mereka juga bukan dengan tangan kosong. Mereka bawa sumbangan duit dan barangan makanan. Terharu saya menerimanya. Alhamdulillah ya Allah.. Andai ini pulangan kepada kehilangan barangan itu, aku amat syukurinya ya Allah.
Alhamdulillah, dengan sejumlah wang sumbangan sahabat-sahabat pada saya. Semuanya berjumlah lebih kurang RM700, dicampur dengan duit tabung saya dan family, dapatkan saya membeli sebuah notebook. Demi survival gerak kerja saya selepas ini. Alhamdulillah.. Sewaktu cuti raya hari tu juga, abang saya bermurah hati memberikan saya handsetnya. Alhamdulillah, saya mendapat gantian yang lebih baik dari laptop dan handset sebelum ini. Kalau sebelum ini laptop saya dibeli dari pinjaman PTPTN, tapi kali ini notebook saya ini hasil sumbangan dari sahabat-sahabat. Moga kerja Islam yang saya teruskan selepas ini akan membiaskan berkat pada amalan-amalan sahabat-sahabat juga. Mengisi saham di akhirat kelak. Insya’allah..
Moga apa yang baik dari kisah ini dapat kita jadikan landasan dan pengajaran. Yang baik dan buruk semuanya dari caturan Allah. Cuma, moga apa yang buruk itu melaluinya kita mendapat hikmah untuk kita lebih mengislahkan diri dan membuat perbaikan diri. Hidup sentiasa bergelumang dengan kesalahan lebih baik. Kerana dengannya setiap masa kita perlu membuat pengislahan. Alah suka pada hamba-hambaNya yang memperelokkan kerjanya dengan lebih baik. Moga setiap ujian itu menjadi tiket untuk kita meneruskan langkah perjuangan. Ujian yang datang adalah sebagai pengecas jihad kita. Moga dengannya, Allah pegang hati-hati kita.
Hari ini genap sebulan kes kecurian tersebut. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang membantu. Terima kasih pada Allah yang melahirkan jiwa yang baru dari kejadian ini. Jiwa saya yang ditarbiyah. Moga sedikit catatan saya ini mampu memberi hikmah dan pengajaran, bukan untuk saya sahaja, tetapi untuk pembaca dan untuk kita semua. Insya’allahh..
Wallahhu ‘alam..
Firman Allah s.w.t :-
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan bolej jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..”                              Al-Baqarah : 216
(Maaf andai ada catatan penulis yang kurang enak dibaca. Mohon teguran..)
Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
2 Disember 2010, 8.00 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...