BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 30, 2010

Mendapat tarbiyah dari kucing..


Sewaktu sesudah solat maghrib berjemaah bersama ayah dan mak, anak mata ini ralit memerhatikan enam ekor kucing tahap umur kanak-kanak yang menjadi sebahagian dari warga rumah ini. Mereka sedang bergayut-gayut pada langsir dinding di ruang tamu. Langsir tingkap di ruang depan di ruang tamu sudah tertanggal dari tetingkap. Kini mereka berusaha pula mahu menanggalkan langsir dinding. Saya menggeleng-gelengkan kepala sendiri. Lantas membungakan senyuman pada mak. Sesekali keenam-enam beradik kucing itu melompat-lompat dan bergayut-gayutan pada langsir dinding itu.
“Allahhu Akbarr..kucing-kucing ni dah buat perangai dah, syuhhh...syuhhh...,”pekik mak.
Namun kucing-kucing enam beradik itu masih tidak berganjak. Masing-masing tak nak kalah. Berlumba-lumba bergayut pada langsir dinding rumah. Macam berlawan mendaki bukit pula lagaknya.
“Hmm..patut la langsir tingkap tu asyik tak dak ja.Tiap-tiap kali adik balik, mesti langsir tingkap tu pun dah lesap.Rupanya sebab kucing-kucing enam beradik ni,”ujar saya.
“Hmm..sebab tu la mak biaq ja depa main langsir tu.Malas dah nak pasang.Pasang satgi, depa bagi runtuh balik,”mak tarik muka.
Saya tersenyum. Kesian mak. Kucing-kucing ni buli mak ya. Hmm.. hari ini hari pertama saya pulang ke rumah sesudah selesai segala gerak kerja di hujung semester ini. Cuti ada berbaki 5 hari lagi. Insya’allah, 5hari ini waktu untuk saya bersama keluarga.
“Hmm..kucing ni nak tolong mak tu.Nak tolong buang langsir untuk mak,”saja saya bergurau.
Mak tarik muka. Ayah dah ketawa dah. Saya tersenyum lagi memerhatikan kucing-kucing itu. Mereka anak yatim dan anak yatim piatu. Sejarah jemaah kucing tarbiyah di rumah ini tak pernah bersurut. Ada yang pergi, dan ada yang datang mengganti. Rumah ini akan semakin sunyi jika tiada seri kucing-kucing ini. Sekurang-kurangnya mereka menemani ayah dan mak sepanjang ketiadaan saya dan adikberadik di rumah.
“Terima kasih kucing-kucingku.. Tanpa kalian, pasti rumah ini sunyi. Syukran ya Allah, hadirkan kucing-kucing ini memeriahkan teratak kelahiranku ini..,” bisik saya.
Kisah bermula, lebih kurang setahun lepas. Ada seekor ibu kucing berwarna putih. Sarat mengandung. Kesian kat dia, kami bela dia. Kami panggil dia Putih, sebab bulunya yang putih dan kembang. 2,3 hari selepas itu, kucing itu pun melahirkan anak. Alhamdulillah, dapat 4 ekor anak. 2 ekor putih dan 2 ekor putih bertampung hitam. Salah seekor kucing yang bertampung itu jantan. Yang lainnya semua betina. Lumrah keluarga saya, jika kucing yang jantan akan lebih disayangi. Ibu kucing tadi sebenarnya sakit. Dia hanya menyusukan anak-anaknya dalam sebulan sahaja. Sesudah itu, dia keluar dan tidak balik-balik. Kata mak, ibu kucing itu sakit, tidak dapat menyusukan anaknya. Jadi dia bawa diri dia ke rumah jiran sebelah dan dah tak balik-balik ke rumah.
Jadi, anak-anaknya kami bela. Alhamdulillah, mak dan ayah saya juga sukakan kucing. Mak dan ayah sangat pandai bela kucing. Hingga sekarang, belum ada lagi kucing yang dibela yang tidak berdisiplin. Kucing-kucing yang dibela hanya akan masuk rumah bila nak makan dan bermain. Urusan buang air kecil dan air besar, semuanya di luar. Subhanallah..teruja saya. Pandainya mak dan ayah mendidik mereka.
4 ekor kucing tadi, seekor yang jantan hitam bertompok putih itu namanya Ben. Yang lagi sekor berwarna hitam bertompok putih itu betina, namanya Putam. Dan yang betina lagi 2 ekor keduanya bernama Putih. Putih ni seekor bermata biru dan seekor lagi bermata perang. Yang bermata perang mati dilanggar kereta. Saat putih bermata perang mati, mereka bertiga mulanya mencari-cari putih di seluruh cerok rumah. Nampak sangat mereka bersedih. Mereka mengiau-ngiau di seluruh rumah sepanjang malam itu. terasa kehilangan. Putih mata perang kan adik mereka. Setiap hari bermain dan makan bersama, sudah tentu terasa kehilanganya. Air mata saya turut gugur saat Putih pergi. Jadi, hanya tinggal 3 ekor sahaja sesudah itu.
Antara Putih dan Putam, Ben paling rapat dengan Putih. Memang Putih ini sangat rapat dengan Ben. Main panjat-panjat pokok pun bersama. Makan pun sama-sama. Mandi pun sama-sama juga. Kucing di rumah saya ini, mak saya memang kerap mandikan mereka. Jika saya balik rumah, saya pun mandikan mereka juga. Cuma, apabila mereka comot, kerana makan ikan atau bermain kotor, mereka akan saling menjilat sesama mereka. Sangat ukhwah kan. Subhallahh..
Kekadang saya terharu, melihat Putih menjilat sisa-sisa darah ikan yang jatuh di atas kepala Ben. Ben kurang rapat dengan Putam. Bagi kami, Putam ni kucing yang nakal. Selalu buat jahat. Selalu juga Putam dimarahi mak. Hmm..nakal sangat. Sebab tu juga kot Ben tak sukakannya juga. sebaliknya Putih sangat rajin dan pembersih. Tapi, jauh di sudut hati saya, saya perasan Putam mencemburui Putih. Putih dan Ben ni layak terima gelaran ‘best couple of the year’. Pernah mereka memanjat pokok janggus di depan rumah saya. Pokok itu dah mati dan kering. Ada ranting rapuh juga. Ben panjat, Putih pun ikut panjat. Selagi Ben tak turun, Putih tetap menemani Ben. Sama-sama memanjat hingga ke dahan teratas. Hingga 1 ketika, Ben terjatuh dari pokok dan Ben demam. Ben tak lalu nak makan, Putih juga tak lalu nak  makan. Putih juga tidak pernah tinggalkan Ben sendirian sepanjang Ben sakit. Hmm..rapatnya mereka kan. Entah kita akan bertemu pasangan sahabat manusia yang seperti Ben dan Putih ini? Wallahhu'alam.
Bila mereka sudah besar, Putih mengandung. Putam mengandung sebulan sesudah Putih mengandung. Bila Putih melahirkan anak, Ben tidak pernah meninggalkan Putih. Malah, Ben bantu Putih pindah-pindahkan anak-anak mereka. Saya ketawa sendiri bila lihat Ben cuba nak mengangkut anak-anaknya. Tapi kasihannya, dia tak berani nak menyentuh anak-anaknya. Hanya menguis-nguis dengan tangannya sahaja. Akhirnya Putih sendiri yang memindahkan anak-anak mereka. Putih dapat 2 ekor anak kucing berwarna putih dan seekor berwarna koko keperang-perangan. Tiap-tiap petang, mesti Ben dan Putih akan mengasuh anak-anak mereka. Putam juga turut serta. Dia juga nampak sayangkan anak-anak buahnya. Anak kakaknya, Putih.
Namun, hayat tak panjang. Putih mati dilanggar kereta. Tinggallah Ben, Putam dan anak-anak Putih yang 3 ekor itu. Sejak Putih mati, Ben kemurungan. Saya tahu dia bersedih. Petang itu, saya melihat Ben duduk dekat dengan Putam. Mereka seperti berbincang sambil memerhatikan anak-anak Putih bermain. Tak tahu apa yang dibincangkan. Kebetulan malam itu genap hari kelahiran saya yang ke23 tahun. Ben menemani saya hingga malam esoknya. Namun, pada tengahmalam itu, Ben keluar dari rumah. Kebiasaannya Ben keluar untuk buang air. Dan saya akan menunggu di pintu, sehingga Ben kembali. Namun, pada malam itu, Ben tak kembali. Ben pergi selama-lamanya. Puas kami mencari Ben. Bertanya jiran-jiran. Tetap tak ada yang nampak Ben. Ayah mengesyaki, mungkin Ben dah dimakan anjing. air mata saya menitis-nitis bila teringatkan sepanjang malam itu, Ben berada bersama saya. Ben menjilat ubun-ubun saya. Ben tidak berenggang dengan saya. Ben menjilat-jilat tangan saya juga. Rupanya Ben mahu tinggalkan kenangan bersama saya sepanjang malam itu. Ben mahu ucapkan selamat tinggal rupanya.
Sepeninggalan Ben, anak-anak Putih sedikit terbiar. Yalah..mereka masih kecil. Tambahan pula Putam pula baru sahaja melahirkan anaknya. 3 ekor juga. Anak Putam, 2 ekor berwarna hitam bertompok dan seekor warna koko keperangan. Namun, kebesaran Allah yang saya sendiri saksikan, Putam dengan baik hati turut menyusukan anak-anak Putih. Mungkin ia amanat dari Ben dan putih. Saya menitiskan air mata tatkala melihat Putam disusui anak-anaknya dan anak-anak Putih. Bayangkanlah. Enam ekor anak kucing menyusui seekor kucing yang bertubuh kecil macam Putam. Kesian. Namun, ia satu pengorbanan. Tanda Putam sayangkan kakaknya Putih. Saya sendiri tak sangka, ada juga anak susuan kucing. Subhanallahh..
Anak-anak kucing itu kini dah besar-besar. Dah boleh memanjat. Mesti Putam juga lega. Amanah Putih dan Ben dia dah kotakan. Anak-anak Putih sudah menjadi anak-anaknya. Tiada lebih, tiada kurang. Putam menjilat anak-anak Putih sama seperti Putam menjilat anak-anaknya sendiri. Kini kami semua melihat, Putam sangat mulia dan baik hati walaupun nakal sewaktu kecil dulu. Kita sebagai manusia harus mengambil iktibar dari kucing-kucing ini. Manusia sanggup buang anak. Lebih teruk dari kucing.
Kini anak-anak kucing yang enam beradik itu dah besar. Putam sangat pandai menangkap tikus. Moga tuah Putam jatuh pada anak-anaknya. Dan saya melihat, anak-anaknya yang ini dah besar dan pandai jaga diri, kerana mereka dididik oleh ibu yang baik seperti Putam. Moga kisah kucing tarbiyah ini dapat memberi iktibar pada kita semua. Wallahhu’alam..
 Note : Gambar kucing di atas hanya lampiran.Maaf, gambar kucing-kucing real saya tidak dpt dipostkan.Tiada gambar mereka.Insya'allah, 1 masa nanti, jika ada, saya akan postkan..
29 Disember 2010, 8,58 p,m.
Baiti Jannati, Kg Rantau Panjang, KKM, Kedah..

Wednesday, December 15, 2010

Terima Kasih ya Allah..



Malam itu, ketika sedang menyemak dua KKD program  yang bakal dijalankan dalam cuti ini, saya diterpa YM oleh seorang adik. Kami satu batch dalam SMPI tahun 4. Cuma, umurnya muda setahun dari saya. Comel orangnya tapi saya tahu, dia seorang yang berpendirian tegas.
Deena : salam kak..apa khabar?
Saya : wslm..alhamdulillahh..sentiasa dalam tarbiyah Allah..Deen apa khabar?
Deena : Alhamdulillahh..baik kak.Akak, terima kasih ya bagi Deen baca blog akak hari tu..
Saya : same2..moga-moga darinya, kita sama-sama beroleh manfaat..
Deena : terima kasih kak.. bila Deen baca luahan kisah akak (kes kecurian hari tu) Deen rasa kuatnya hati akak..subhanallah..akak dapat tahan dengan ujian tu, syukur alhamdulillah.Alhmdulillah Deen dapat sahabat macam akak..
Saya : Alhamdulillahh..kekuatan itu dari hati..Ia hanya pinjaman Allah untuk kita.. Ia milik Allah..ujian itu sebenarnya Allah berikan untuk caskan kekuatan tu agar terus 'hangat'..Jadi, hati perlulah sentiasa dicas dgn ujian..ujian adalah cara Allah mengecas aura jihad kita..
Deena : ya...betul kak...
Saya : kita tidak akan tahu samada kita lemah atau kuat jika tidak diuji.. Kalau nak tahu kita kuat atau lemah, perlulah diuji dengan perkara-perkara yang akan lemahkan kita.. Then,barulah kita akan tahu sejauhmana kita kuat untuk hadapinya atau tidak.. Jadi, sentiasalah berdoa agar Allah meletakkan kita sentiasa dalam tarbiyahNya.. Dengan itu, aura jihad kita akan sentiasa dicas..
Deena : ya kak.. Deen faham.. terima kasih sangat.. akak, Deen nak bagitahu sesuatu..
Saya : Ada apa?bagitahu la..
Deena : insyaAllah, minggu depan hari rabu,  Deen akan bertolak ke Yaman..  kursus bahasa arab sebulan kt sana kak..Deen harap dapat nasihat dari akak, agar niat Deen tak tersalah untuk pergi sana..
Saya : nasihat?Insya'allah..ada 1hadis yang mengutarakan, apabila ada sahabat yang meminta bantuan, hendaklah kamu bantu sedaya kamu.. dan apabila sahabatmu meminta nasihat, maka berilah nasihat semampu kamu kepadanya.. sabda Rasulullah s.a.w:  “hak seorang muslim terhadap seorang muslim adalah enam perkara: apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.. apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya.. apabila beliau meminta nasihatmu hendaklah engkau menasihatinya.. apabila beliau bersin dan menyebut (alhamdulillah), hendaklah engkau menyebut ( yarhamkallah)..  apabila beliau sakit, hendaklah engkau menziarahinya dan apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya.." -hadis riwayat Muslim..
Deena : terharu Deen baca hadis tu kak..
Saya : Deen, selalulah hidupkan hati untuk selalu berbicara dengan Allah.. selalulah bercakap-cakap dengan Allah..
 '’ya Allah ya Tuhanku..andai pemergianku ke bumi yaman ini baik pada pandanganMu, baik pada percaturanMu, baik pada penentuanMu, baik pada keizinanMu, maka berilah aku kekuatan untuk aku meraih redhaMu.. semoga jaulahku ke sana sama seperti aku berjihad utk agamaMU, demi untuk meraih sekeping ilmu di dada..moga tidak ada waktu di sana yang aku sia-siakan, melainkan hanya untuk beribadah dan berada dekat denganMu.. Kau permudahkan urusanku ya Allah.. jauhi aku dari segala yang boleh merencahkan aku pada noda, jauhkan aku dari segala yang boleh menjauhkan aku dari rahmatMu.. jauhkan aku dari segala yang boleh menjarakkan aku denganMu..jauhkan aku dari segala yang menjauhkan aku dariMu.. moga jaulahku ke sana mendapat berkat dan redhaMu.. Kau luruskan hatiku agar setiap langkahku ke sana adalah jihadku untuk meraih redhaMu ya Allah..terimalah segala amalan dan tindakanku sepanjang berada di sana sebagai ibadah untuk kulengkapkan mahar akhiratku untuk ke syurgaMu.. moga ilmu yang bakal kuraih nanti terkesan ke hati.. dan moga hati dan anggota2 tubuhku ini akan menyebarkan ilmu-ilmu yg kudapat nanti pada sahabat-sahabat dan hamba-hambaMu yang tidak Kau pilih ke sana ya Allah.. sentiasa letakkan keredhaaMu dalam hatiku ya Allah.. letakkanlah rahmatMU dalam jejak langkahku.. agar aku tidak tersasar arah baik dalam langkah, baik dalam ucapan, baik dalam tindakan, baik dalam fikiran, baik dalam pandangan.. moga setiap anggotaku Kau pelihara dari maksiat dan perkara-perkara yang menjauhkan aku dariMu ya Allah.. sesungguhnya aku sangat lemah ya Allah.. aku tidak berharap pada sesiapapun untuk menjaga diri dan hatiku.. aku sendiri juga tidak mampu untuk menjaga diriku jika bukan dengan perhatianMu.. maka, hanya KAU sahajalah yang mampu menjaga hati dan diriku ya Allah.. dan yang aku harapkan, moga jaulah ini menjadi tiket untuk bertambahnya cintaku padaMu melebihi cintaku pada yang selain diriMu ya Allah.. SYukran ya Allah..Amin Allahhumma Aminnn..”
Deena : Amin..kak, Deen rasa sebak baca doa tu kak.. air mata Deen bergenang kak.. menangis Deen baca doa ni kak..
Saya : Alhamdulillah.. Allah sedang menyentuh hatimu Deen.. resapkan hati Deen sentiasa berdoa kepada Allah.. menangislah andai itu yang Deen rasa.. Ia perasaan Deen pada Allah.. selalulah berdoa, bercakap-cakap dengan Allah.. solat adalah doa.. doa adalah link kita dengan Allah.. cuma solat, 'link' kita secara live dengan Allah.. tp bagaimana kita nak berhubung dengan Allah ketika tidak berada dlm solat? sudah tentulah dgn doa dan zikrullah di dalam hati.. berdoalah..bercakaplah dengan Allah.. bukan hanya solat dan baca Quran tapi berdoa dengan hati.. insya'allah, Allah dengar dan Allah respon..
Deena : akak.. malu Deen nak cakap.. sebab dah lama Deen nak menangis kerana Allah.. Astagfirullahhal’azim..
Saya : Deen, jika di hati Deen dah terdetik macam tu, alhamdulillahh..itu beerti 'Allah Sedang Memberi Hidayah' pada Deen.. Allah sedang mengetuk pintu hati Deen.. isyarat, betapa rinduNya Allah pada Deen..  
Deena : kak, makin deras Deen nangis ni....... Deen tak dapat tahan air mata ni kak.......
Saya : biarkan air mata tu turun Deen.. fitrah hati adalah dekat dgn Allah, sentiasa rindu pada Allah.. cuma kadang-kadang kita terlalu fikir benda lain, tak cakna apa yang hati kita dahagakan.. dan bila Allah ketuk hati kita melalui hidayahNya, air mata yang gugur itu adalah air mata dari hati.. dari sungai jernih yang ada dalam hati Deen.. insya’allah, Deen akan lebih tenang lepas ni... Allah sangat baik Deen.. baik sangat-sangat...  tak tergambarkan dengan kata-kata.. Allahhu Akbarr..  ada dalam 1surah tu, akak tak ingat surah apa..tapi, ada maksudnya, ‘Allah sgt dekat dgn hambaNya..lebih dekat dari urat leher’.. pintalah apa saja, luahkan apa saja, bisikkanlah apa saja.. Insya’allah, Allah mendengarnya.. Alhamdulillahh..
Deena : Alhamdulillah, Deen rasa lega kak.. Alhamdulillah, Allah bagi Deen bersahabat dengan akak.. terima kasih sangat-sangat..
Saya : ucapkanlah terima kasih itu pada Allah.. segala apa yang Deen terima tu, bukan dri akak, tapi dari Allah.. akak hanya jadi perantaraan sahaja.. hidayah itu dari Allah..dan apa yang Deen terima itu juga adalah sebagai peringatan pada diri akak juga.. terima kasih pada Deen juga..
Deena : tak tahu nak cakap macam mana kak.. syukur sangat dalam hati ni... ya, Deen dah lama tal menangis kerana Nya... Astgfirullahhal’azim.. Alhamdulillah malam ni Allah gerakkan hati Deen untuk YM dengan akak.. alhamdulillah sangat-sangat kak..
Saya : Alhamdulillahh.. melalui Deen juga hati akak pun dapat berkongsi peringatan dan hidayah yang Allah bagi pada Deen hari ni..
Deena : ya kak.. Alhamdulillah.. sayang kat Allah.. sayang pada akak juga..
Saya  : Alhamdulillah.. Deen, akak nak bagitahu 1perkara lagi.. tentang kasihsayang..
Deena: ya kak... bagitahulah kak... Deen nak tahu..
Saya : akak tak ingat, tapi ada 1hadis yang mengatakan, ‘apabila hati seseorang muslim itu menuturkan 'kata sayang krn Allah' pd saudaranya, maka seluruh alam, para malaikat mendoakan ukhwah mereka berpanjangan hingga ke akhirat..dan syaitan-syaitan pun menjadi cemburu dengan dua orang yang bersaudara kerana Allah itu..’ maka, jika kita sayang seseorang.. sahabat-sahabat kita yang 'halal' untuk disayangi, jika kita belum lagi mengucapkan kata sayang padanya, maka ucapkanlah.. Deen, akak sayang Deen kerana Allah.. Insya’allah, moga Allah jaga ukhwah kita hingga ke akhirat dengan doa seluruh alam ini turut bersama-sama juga dengan kita..
Deena : Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..  akak, Deen sayang akak kerana Allah.. insyaAllah...amin.. sejuk hati Deen malam ni....
Saya : "Ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah,"-hadis riwayat Ahmad daripada al-Bara' Ibn. Azib
Deena : tapi, memang Deen nak ucap terima kasih pada akak sebab sudi jadi perantaraan antara Deen dengan Allah.. Terima kasih kak..
Saya : ya. Sama-sama kasih.. syukran ya Allah..
"Siapa yg dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yg soleh.. seandainya beliau lupa (temannya) itu akan memperingatkan dan apabila temannya itu memperingatkannya beliau akan menolongnya.." -hadis
Deena : akak, kalau Deen nak sebarkan YM kita ni pada orag lain, akak izinkan tak?
Saya : Ia ilmu Allah, sebarkanlah kerana Allah.. ia untuk sesiapa sahaja yang Allah berikan hidayah padanya..
Deena : Terima kasih kak.. kak, Deen mahu mengundur diri.. terima kasih banyak ya kak..
Saya : ‘jika pertemuan ini yang terakhir di sini, insya’allah, kita bertemu nanti di bumi UM ini lagi.. namun,jika pertemuan ini yang terakhir di dunia ini, insya’allah kita bertemu di akhirat, dii syurga Allah.. insya’allah.. moga selamat perjalanan pergi dan pulang ke yaman ya.. pergi dengan harapan, pulang dengan ilmu.. Allahhu maak..
Deena : Insya’allah kak.. wslm..
Saya : Wslm..              
Alhamdulillahh.. saya sign out YM pada malam itu dengan dada yang cukup lapang, tenang sangat.. Alhamdulillah ya Allahh.. Hanya Kau yang bias mengetuk pintu hidayah di hati-hati hambaMu yang terpilih.. Terima Kasih ya Allah..
Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Last message received on 12/8/2010 at 10:42 PM
“Ya Allah, terima kasih.. ya Allah, sentiasalah berikan kami hidayahMu, agar hati-hati kami sentiasa terdidik dengan  tarbiyahMu, dan hati-hati kami terbimbing dengan hidayahMu ya Allah..”
Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (12th)
14 Disember 2010, 12.21 p.m.

Sunday, December 12, 2010

Muhasabah Cintaku...


Muhasabah Cintaku..
Saat naluri cinta membisikkan rindu..
Berlagu dalam hati bisikan halus..
“Wahai naluri cintaku, apa yang kau mahukan?”
“Wahai hatiku yang sentiasa berbicara dengan Allah, katakan pada Allah, aku rindu..rindu untuk dibelai kasih sayang Allah.. tolonglah dapatkan perhatianNya.. agar Dia terus membelai aku dengan ujian dan dugaan..agar aku tidak jauh dariNya..agar aku sentiasa berada dekat denganNya..aku sunyi tanpa perhatianNya..jangan biar Allah jauhi aku..aku lemah tanpaNya..”
Setitis air mata menitis..
“Wahai naluri cintaku, betulkah itu yang kau rasai?”
“Iya..kenapa engkau tanya wahai hati?Kenapa?Adakah kau sangsi denganku?”
“Wahai naluri cintaku, aku tidak sangsi denganmu..apa yang kau rasai turut terbias ke hatiku,.. selalulah kau berbicara dengan Allah bersamaku..Kau akan dapati, Allah itu Maha Mendengar luahanmu..katakanlah lagi apa yang membuatkan kau runsing dan sedih begini?”
“Wahai hati yang berasal dari potongan daging, selalulah kau berbuat kebaikan, maka kau akan jadi hati yang baik dan kau akan baikkan seluruh kehidupan empunya tubuh ini..janganlah kau buat perkara yang boleh menghijabkan Allah dari pandanganku..kerana aku akan sedih bila Allah berpaling dariku..aku akan sunyi.. walaupun Allah berpaling dariku sesaat, aku akan menangis setiap masa..aku langsung tidak dapat hidup tenang jika tanpa perhatian Allah..aku rindu..aku rindu pada Allah..,”
Kali ini bercucuran air mata gugur..
“Maafkan aku wahai naluri cintaku..kau sangat mencintai Allah..tapi, apa yang telah aku lakukan sehingga Allah berpaling perhatianNya darimu?Apa kesalahan yang dah aku lakukan?Maafkan aku wahai naluri cintaku..”
“Wahai hati yang aku sayangi..sedarkah kau sudah 2 malam berturut-turut empunya tubuh ini tidak bangun bertahajud menemui Allah..empunya tubuh ini sudah memunkiri janjinya untuk bertemu Allah setiap pagi..sebab tu Allah berpaling dariku..Allah sudah meninggalkanku..semuanya kerana ada noda padamu wahai hati..aku tidak mahu menjadi hambaNya yang tidak amanah..empunya tubuh ini adalah amanah Allah pada kita..kita perlu hidupkan ruh cintaNya dalam dirimu wahai hatiku, agar empunya tubuh ini sentiasa beribadah padaNya dan tidak bermaksiat padaNya..kelak kita akan disoal atas kelalaian tidak menjaga empunya tubuh ini..”
“Astagfirullahhh...apakah noda yang membuatkan aku lalai dan lemah, sehingga tidak dapat membangunkan empunya tubuh ini bangun bertemu Allah dalam 2 malam ini?Maafkan aku wahai naluri cintaku..Aku telah menyakitimu..”
Hati berulangkali beristigfar..hati sangat menyesal..
“Wahai hati, kadang-kadang kita tak sedar, banyak dosa dan noda yang kita lakukan..marilah kita sama-sama kembali bertaubat pada Allah..Mohon semoga Allah masih mahu menunggu untuk bertemu kita pada esok malam..mana tahu, mungkin esok malam adalah malam terakhir, empunya tubuh ini bernafas?aku tidak mahu bertemu Allah dalam keadaan aku lalai dalam menjaga amanah Allah..”
Air mata menitis lagi..
“Baiklah wahai naluri cintaku.. ya Allah, ampuni dosa-dosa kami..kami banyak bermaksiat padaMu..Kau ampuni dosa-dosa kami ya Allah..jangan Kau paling hati-hati kami setelah Kau beri hidayah pada kami, sesungguhnya kami adalah hambaMu yang lemah lagi hina ya Allah..ampunkanlah kami, berilah kemaafanMu pada kami..istiqamahkan hati-hati kami sentiasa berada dalam iman dan cinta padaMu..istiqamahkan hati-hati kami berada di jalanMu, agar rindu ini sentiasa mendekatkan kami denganMu ya Allah..moga rindu ini membawa kami bertemuMu tanpa hijab ya Allah..”
“Amin..syukranjazilan ya Allah..”
-Aleesy AnNurIman-
Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
10 Disember 2010, 6.54 p.m.

Friday, December 10, 2010

Di Sebalik Kembara Jihad 1 Muharam 1432

 

Lewat petang kami bergerak ke bumi Che Siti Kembang, Kelantan Darul Naim. Urusan untuk duduk semeja membincangkan soal gerak kerja tarbiyah bersama 2 orang murabbi jadi matlamat kami. Semoga Allah permudahkan urusan ini. Sepanjang berada dalam perjalanan, lagu haraki dimainkan. Suntingan lirik dendangan jihad shoutulharakah bertajuk ‘Ini Langkahku’ saya hayati sambil berbual dengan sahabat-sahabat di dalam kereta. Aqil dan Hazman bergilir-gilir jadi pemandu. Di sisi saya, Yana dan Fatin.
“aa...ini langkahku..terus melaju..aa..ini langkahku..bangkitkan jihad..
Ini langkahku yang kankuhayun..walaupun payah..tak akan jera..
Ini langkahku terus melaju setegar karang, bangkitkan jihadku..
Aral rintangan datang menghalang, tapi syurga di bawah kilatan perang..
Hancurkan kezaliman, tegakkan keadilan..”

“Fatin, enti ambik kos apa?,”soalan Aqil jadi fokus kami.
Zul Aqil ni memang peramah orangnya. Itu metod dakwah yang ada padanya. Dengan sikap dan kepimpinan itu juga dia disegani ramai sahabat-sahabat dan mad’u.
“Ana ambik kos Syariah Ekonomi ustaz,”
“Oohh..baguslah.. nanti enti boleh jadi jutawan.Banyak buat duit.Enti memang minat ekonomi ke?Ayah kerja apa?,”
“Ayah ana pegawai bank,”
“Oohh..patutlah enti pun minat ekonomi,”
“Yana?Enti kos apa?,”
“Ana Usulfiqh ustaz,”
“Hmm..nanti enti nak kerja apa?,”
Yana menggeleng-geleng sendiri.
“Tak plan lagi la ustaz,”
“Hmm..mana boleh tak plan lagi.Kita sebagai orang yang aktif dalam gerak kerja tarbiyah ni kena pandai merancang dari awal lagi. Sekecik-kecik perkara kita kena rancang untuk Islam.Kak im, kos apa?,” saya tersenyum mendengar kata-kata Aqil. Bersetuju saya dengan pandangannya. Hazman ralit memandu. Fokus. Walaupun Aqil mahu merancakkan perbualan, agar Hazman tidak mengantuk menjelang tengahmalam, namun saya tahu, Hazman memasang telinga terhadap apa yang kami bualkan.
“Ohh.. akak PI..pendidikan Islam, pengajian Islam,”
“Oohh..jadi ustazah la nanti kan kak,”
“Insya’allahh..,”ujar saya, sempat juga mengenang ada satu lagi baki semester saya di bumi UM.
“Hmm..baguslah.. bidang ekonomi, bidang pendidikan, kedoktoran, semuanya membukakan peluang besar pada kita untuk gerakkan kerja Islam melalui bidang pekerjaan tu.Tiap-tiap kali dapat gaji, kita dah bahagikan peruntukan untuk gerak kerja Islam.Macam khaskan 20%  dari gaji kita untuk sumbangkan gerak kerja Islam pusat.Penting tu.Setiap ahli gerakan perlu diingatkan tentang tu.Demi kemaslahatan dan survival gerak kerja Islam akan datang nanti.Siapa lagi yang nak tolong Islam walaupun kita.Nanti kalau dah kerja, walaupun tak ada kesempatan untuk turun padang, dah ok dapat sumbangkan dana untuk mereka yang dapat turun padang,”
Panjang lebar Aqil mengupas soal survival gerak kerja Islam. Ya, saya setuju dengan Aqil. Setiap ahli gerakan perlu meletakkan target masing-masing terhadap gerak kerja Islam yang akan mereka teruskan bila dah menjejak langkah keluar dari medan kampus. Baik secara kewangan ataupun perlu rancang lebih awal untuk tetapkan misi gerak kerja kita selepas berada di luar kampus. Agar kita terus konsisten dalam gerak kerja Islam. Tidaklah jadi senyap bila keluar dari kampus. Hanya sibuk bekerja tanpa sumbangkan apa-apa pada gerak kerja Islam.
“Hmm..saya respect dengan batch senior-senior kita. Mereka ada perancangan yang strategik. Mereka kumpulkan kesemua aktivis-aktivis dan cerakinkan ikut bidang pekerjaan masing-masing. Lalu mereka letakkan target gerak kerja Islam yang akan dijalankan melalui bidang kerja masing-masing. Ini untuk strategi jangka masa panjang. Untuk survival gerak kerja Islam. Contohnya, dalam masa 5 tahun, aktivis-aktivis yang bekerja sebagai doktor akan membuka primis kedoktoran sendiri. Primis kedoktoran yang diuruskan secara Islamic. Jadual bertugas ikut waktu solat. Pemakaian doktor, jururawat dan pesakit pun ada etika auratnya. Pesakit yang mengidap penyakit-penyakit kronik macam Aids, Hiv tu diajarkan bertaubat dan melazimi ibadah, seperti solat berjemaah, puasa, bacaan alQuran dan sebagainya. Hingga ada kes, pesakit aids sembuh kerana tahajud setiap malam sahaja. Subhanallah, Allahhu Akbarr,”ujar Aqil teruja dengan kebesaran Allah.
Saya turut membesarkan Allah di dalam hati. Ya, memang matlamatnya perlu dicapai begitu. Saya juga ada memikirkan penerusan gerak kerja selepas ini. Khasnya dalam bidang perguruan. Memang sangat peluangnya.
“Bidang perguruan, lagilah penting.Peluangnya lagi cerah.Guru sendiri boleh sampaikan fikrah Islam kepada para pelajar.Guru sendiri berdamping dengan pelajar-pelajar yang bermasalah.Guru bukan bekerja untuk makan gaji.Tapi guru bekerja untuk islahkan anak-anak pelajar jadi generasi yang celik fikrah Islamnya. Atleast, pelajar tu tahu nak beribadah, solat lima waktu dan baca al-Quran.Guru-guru kita dah biasa dilatih dengan tarbiyah.Baik dalam tamrin atau gerak kerja Islam macam dalam program tarbiyah, jadi kebiasaan buat benda-benda susah tu akan jadikan kita sebagai guru yang kuat dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai guru tu lebih dari orang biasa.Itulah lebihnya kita dari orang lain yang tidak berkecimpung dalam dakwah,”
Saya mengangguk-angguk. Sangat bersetuju. Panjang lebar betul Aqil menghuraikan. Alhamdulillah, pengisian usrah yang Aqil sampaikan pada kami itu akan bagi manfaat pada kita bersama. Sentiasa kita perlu berfikir tentang masa depa Islam. Masa depan gerak kerja Islam.
“Hmm..pastu, penerusan gerak kerja Islam dalam konteks lain selain bidang pekerjaan adalah BaitulMuslim.Kita pun kena caturkan setiap batch pegang ahli sendiri.Atau kak Im ada pendapat sendiri pasal kahwin ni?,”
Saya tersenyum. Topik yang buat semua orang dalam kereta ni segar bugar walaupun saat itu sudah menginjak ke jam 11 malam.
“Bagi akak, muslimat perlu dipegang oleh muslimin yang berfikrah Islam.Agar muslimat tu boleh menjamin penerusan gerak kerja Islamnya walaupun selepas dah berkahwin.Tapi, muslimin jika boleh, tetaplah menjaga muslimat juga.Ikat dengan muslimat yang faham gerak kerja Islam.Tapi, tak ada masalah jika muslimin nak jadi muslimat yang tak ada view tentang kerja Islam.Sebab apa-apa pun muslimat akan taat pada suami.Jadi, suami boleh bimbing kefahaman dia.Tapi, muslimat ahli gerakan, jika dah diikat dengan muslimin yang tak ada fikrah Islam dan tak tahu tentang gerak kerja Islam, susah tu.Risiko pada muslimat tu.Mungkin selepas kahwin, suaminya dah tak benarkan dia terus bergerak kerja.Tu bagi suami yang memang tak faham la..Jadi, susah la bagi muslimat tu untuk terus istiqamah dalam gerak kerja Islam.Kan sayang macam tu.Hmm..jadi, jadi tanggungjawab muslimin yang faham la untuk cari muslimat yang faham kerja Islam dulu.Kalau dah tak ada sangat, tak apalah nak cari muslimat yang tidak ada view tentang kerja Islam pun,”
“Kalau muslimin tak pilih muslimat yang faham kerja Islam, jadi apa kak?,”sengaja Aqil mahu menduga saya.
“Hmm..Kesannya, kalau muslimat tu dapat muslimin yang tak faham, kan jadi satu kerugian pada gerak kerja Islam juga kan?Rugi muslimat tu faham, tapi tak dapat nak teruskan gerak kerja tu atas sebab halangan suami,”
Aqil mengangguk. Mungkin sedikit sebanyak dia bersetuju dengan pandangan saya tu. Namun, sangat mengecewakan jika ahli gerakan yang sama-sama ada fikrah dan faham gerak kerja Islam tapi berhenti dari gerak kerja selepas sama-sama kahwin. Itu salah siapa pula? Hmm..sebenarnya tak ada jaminan pun kahwin dengan sesama ahli gerakan atau tidak. Tapi, kehendak nak teruskan gerak kerja Islam tu sebenarnya dari diri kita sendiri jugak. Samada kita ‘nak’ atau ‘tak nak’ teruskan walau apa pun situasinya.
Perjalanan malam itu kami teruskan dengan bermacam-macam lagi topik hangat yang menjadi modal usrah perkongsian kami. Siapa kata usrah hanya dalam bentuk bulatan dan halaqah? Tidak. Apabila anda bercakap tentang Islam, ada kefahaman dan penghayatan, maka itu dah dinamakan usrah.
Namun, saat kami tiba di jalan menghala ke Gua Musang, jalan ditutup. Ada insiden lori terbalik. Jadi, kamu terpaksa berpatah balik ke Kuala Lipis. Bermalam di surau berhampiran bandar Kuala Lipis. Ada beberapa orang lelaki yang menunggu di pondok menunggu di situ. Peranan dia memberitahu pada semua kenderaan yang lalu di situ agar berpatah balik. Saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah, lelaki itu pun sedang buat kerja Islam. Sudah tentu keselamatan pengguna jalan raya pada malam itu terancam jika dia tidak korbankan masanya untuk menunggu di situ. Semata-mata menunggu di situ untuk memberitahu orang ramai tentang insiden yang berlaku. Terima kasih encik yang prihatin. Moga Allah balas setimpal dengan tadhiyahnya. Moga Allah juga berikan hidayah padanya.
Kembara kami bersambung selepas subuh keesokannya. Alhamdulillah, hikmah dari insiden lori malam itu adalah agar kami berehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan. Paling penting, Allah menjaga kami untuk berqiamullail di surau juga. Caskan ruh jihad dulu sebelum teruskan perjalanan. Alhamdulillah, 1 Muharam 1432 kami sambut dalam keadaan sedang dalam kembara jihad pada malam dan pagi itu.
Duduk semeja bersama dua orang murabbi harakiyah, amat-amat menyerapkan ketenangan pada hati kami. Banyak masalah-masalah gerak kerja yang diperbincangkan bersama. Kami mengambil pendapat mereka yang lebih berpengalaman dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah.
Saya teringat, tulisan buku Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah karangan Allahyarham Fathi Yakan. Ada menitipkan,
“Setiap orang yang bermusafir mestilah mempunyai bekalan yang diperlukan di dalam perjalanan. Dengan itu, dia menyediakan sebab-musabab yang membolehkan dia meneruskan perjalanan agar dapat menuju matlamatnya. Dia juga membuat pertimbangan terhadap apa yang akan berlaku di dalam perjalanannya. Kemungkinan berlaku sesuatu yang menghadang jalannya dan menghalangnya meneruskan perjalanannya. Adakalanya berlaku suatu yang menjauhkannya dari matlamat atau sekurang-kurangnya mencacatkan perjalanannya.Jalan da’wah adalah segala-galanya di dalam kehidupan seorang da’i kepada Allah, ia adalah jalan yang paling utama untuk diberikan perhatian. Mestilah ada bekalan yang memelihara dari terpesong, terhalang, terhenti, terbantut atau tergelincir di jalan; hingga menyebabkan kerugian yang nyata dan hilangnya kebaikan dan kejayaan yang besar.
Pertama sekali, bekalan ini terdapat di dalam keimanan yang kuat dan ketaqwaan kepada Allah. Ini merupakan bekalan yang terbaik. Setelah itu, bantuan-bantuan lain seperti persahabatan yang baik dan pembimbing yang menunjukkan pengalaman dan percubaan, serta lain-lain perkara-perkara yang dapat memperbaharui keupayaan dan keazaman, dan mengelakkan dari penyelewengan dan kesalahan.

Dalil yang menunjukkan kepada kemestian dan kepentingan bekalan ini ialah: Jika sesebuah kereta yang digunakah oleh orang yang bermusafir kehabisan minyak ketika perjalanan dan tidak mempunyai minyak yang mencukupi, maka jadilah ia seperti potongan-potongan besi yang tidak dapat membantunya untuk bergerak walaupun selangkah. Demikianlah juga orang yang mengharungi jalan da’wah, apabila bekalan iman dan taqwanya berkurangan atau kehabisan tanpa diperbaharui atau ditambah, maka jadilah ia seperti jenazah yang kaku atau or­ang yang sakit dan tidak berdaya untuk bergerak. Benarlah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?…..
(Surah Al-An’am: Ayat 122)

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dihimpunkan.
(Surah Al-Anfal: Ayat 24)

Bekalan iman dan taqwa kepada Allah ini terpancar dari sumber yang baik di dalam jiwa dan melahirkan tenaga, menaikkan semangat dan keazaman. Maka pergerakan menjadi mudah, tarikan keduniaan berkurangan, halangan dapat ditempuhi, liku-liku boleh diharungi dan petunjuk di sepanjang jalan jelas kelihatan. Lahirlah kebenaran, keikhlasan, keazam­an, keteguhan dan juga mewujudkan pencapaian yang hampir menyerupai mu’jizat dapat dibuktikan di jalan da’wah..”
-Allahyarham Fathi Yakan, Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah..
Alhamdulillah, urusan kami bertemu murabbi, berbincang soal gerak kerja dakwah dan tarbiyah berjalan lancar. Banyak yang kami dapat ambik sebagai iktibar dan teladan untuk gerak kerja seterusnya. Semoga Allah terus tsabatkan hati-hati kita untuk sejuta lagi musim perjuangan.
“Ya Allah..Semoga jejak langkah di awal muharam ini menjadi jejak permulaan kepada jihad yang membawa kaki ini mengorak langkah mujahadah sehingga bertemuMu ya Allah..,”
Sepanjang perjalanan pulang, kami beriringan pula dengan dendangan lagu IzzatulIslam, tekad. Sama-sama hayati maksud di sebalik perjuangan dan hayati makna perjuangan. Hidup adalah perjuangan.
Kami sedari jalan ini.. kan penuh dengan onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan, jua serahkan dgn tekad di hati.
Jasad ini..darah ini..sepenuh redha di hati..
Kami adalah panah-panah terbujur,
Yang siap dilepaskan dari busur..tuju sasaran walau siapapun pemanahnya..
Kami adalah pedang-pedang terhunus,
Yang siap terhayun menebas musuh..tiada peduli siapa pemegangnya..
Asalkan ikhas di hati, tuk hanya redha Ilahi..Rabbii..”
“Kami sedari jalan ini.. kan penuh dengan onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan, jua serahkan dgn tekad di hati.
Jasad ini..darah ini..sepenuh redha di hati..
Kami adalah tombak-tombak berjajar,
Yang siap dilontarkan dan menghujam..menebus dada lantaran keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru,
Yang siap ditembakkan dan melaju..dan mengoyak menumbang kezaliman..
Asalkan ikhlas di hati..tuk jumpa wajah Ilahi..Rabbi..
Kami sedari jalan ini.. kan penuh dengan onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan, jua serahkan dgn tekad di hati.
Jasad ini..darah ini..sepenuh redha di hati..
Kami adalah anak pena yang tajam,
Yang siap menuliskan kebenaran..tanpa ragu ungkapkan keadilan..
Kami pisau belati yang selalu tajam,
Bak kesabaran yang tak pernah padam..tuk harungi dakwah ini jalan panjang..
Asalkan ikhlas di hati..menuju jannah Ilahi..Rabbi..
-izzatulIslam- tekad
Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
9 Disember 2010, 8.11 p.m

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...