BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 10, 2011

Cerpen : AKU BELAJAR TENTANG CINTA (Bahagian 4-akhir)


Bahagian Akhir
“Salam.Ustazah..Insya’allah..Ana dah buat keputusan untuk turut serta dalam program terdekat ini.Ana dah kosongkan tarikh tu.Insya’allah, ana boleh join sama-sama dgn ustazah.Nanti, mohon ustazah briefing ana tentang over all flow pengisian program ya,”
“Wslm.Insya’allah ustaz.Nanti ana akan terangkan flow pengisian program pada ustaz.Selamat bekerjasama.Jazakallahh..,”
“Afwan ustazah..,”
Subhanallahh.. Melihat mesej itu, aku hanya mampu bertasbih. Lantas aku menyembah sujud syukur.. Allahhu Akbarr.. Hanya padaMu kami meminta, dan hanya padaMu kami memohon pertolongan dan petunjukk..
Serentak itu, air mataku gugur lagi. Tidak menyangka secepat ini Allah berikan petunjuk padaku. Alhamdulillah..aku rasa sangat tenang. Tenteram. Teramat tenteram bila sedar, Allah mendengar lara hatiku selama ini.
Petang itu juga aku menghubungi kak Safinah. Kini aku ada sedikit kekuatan yang dipinjamkan Allah. Untuk berdepan dengan hal ini.
“Kak, Annur dah buat keputusan.Keputusan Annur masih keputusan yang sama sebelum ni kak,”
“Annur, berikanlah peluang akak kenalkan dia pada Annur,”
Walau siapa pun dia yang mahu melamarku itu, hatiku sudahpun berjanji dengan Allah. Aku akan terus menunggu hikmahNya.
“Siapa dia kak?,”
“Orang Selangor. orang panggil dia Mujahid,”ujar kak Safinah senafas.
Mungkin jauh di sudut hati kak Safinah berharap, dengan sebab dia maklumkan aku nama muslimin itu, jadi nama itu bisa mengubah keputusanku. Tidak semudah itu. Mujahid mana ni?. Aku tidak kenal. Tidak pernah bekerja dengan muslimin yang bernama Mujahid itu.
“Oh..Annur tak kenal kak yang mana satu.Maklumlah ramai muslimin yang nama Mujahid. Hmm..tak apalah kak.Keputusan Annur masih sama macam tadi.Harap akak dapat terima keputusan Annur kali ni ya kak.Annur harap, pasni hal ni settle di sini.Annur harap hal ni dah tidak dipanjang-panjangkan lagi ya kak,”ujarku sedikit lelah.
“Hmm.baiklah Annur kalau itu keputusan Annur,”
Kalam kami terhenti di situ. Kedengaran suara kak Safinah seperti putus asa sahaja. Tak apalah. Asalkan aku tahu apa yang aku buat. Pada Mujahid, semoga Allah kurniakanmu muslimat solehah yang akan menjadi temanmu yang lebih baik.. Amenn..
Mesej berdecit lagi. Ada mesej dari Farhan.
“Salam kak.Pagi tadi, Iman ada call Dik An.Dia banyak tanya tentang akak,”
“Wslm..Yeke?Apa yang dia tanya Dik An?,”
“Dia cakap, dia nak kenal akak.Dik An hanya cerita, akak dah lama tunggu hikmah dari apa yang berlaku antara akak dan dia.Janji istikharah akak yang mengikat hati akak dengan hatinya.Dan akak akan terus tunggu hikmah di sebalik apa yang berlaku,”
Aku keharuan. Rupanya Allah juga turut gerakkan hati dia padaku? Ada harapankah ya Allah? Air mataku menitis lagi. Kerap betul aku hujan.Hmm.. menunggu Farhan bercerita lebih lanjut.
“Dia tanya kenapa dia?Apa yang akak suka tentang dia?Dik Ann jawab, ‘dah enta yang jadi jawapan istikharah dia, nak buat macam mana?’.Dia terdiam.Cuma pastu, dia cakap, tak boleh nak confirm lagi.Dia minta akak tak berharap pada dia,’
Aku mengangguk faham. Siapalah aku ni. Memang aku tak berharap pun.
“Baiklah Dik Ann..Syukran ya,” Ucapan salam mengakhiri mesej petang itu..
Tiga hari selepas itu, Farhan mahu bertemu. Di starbuck kolej 8. Farhan dari kolej 10. Macam penting sahaja. Soal Iman ke? Dadaku penuh dengan debaran. Bilalah hal ni nak setle ya? Orang lain sibuk dengan exam UM. Aku pula dicelah dengan ujian ini. Ujian yang menguji mental dan fizikal. Aku turut membawa Ulya, adik junior tahun 2 yang memang rapat denganku. Kami dah macam adik kandung dah.
“Kak Mia, mana ustaz Farhan ni?,” Ulya dah merungut-rungut.
“Alaa..Uya, tunggulah kejap.Dia baru nak solat Asar time mesej akak tadi.Baru habis kelas,”
Ulya tarik muka 70 sen.
“Uya ni janganlah tarik muka macam tu.Kejap lagi akak belanja Ulya makan aiskrim ya,”
Wajah itu kembali berbunga ceria.
“Betul ke?Uya nakk..nakk..dah lama tak makan ais krim berdua dengan akak,”
Aku menaikkan ibu jari. Ada senyuman juga di bibir. Dia segera memeluk leherku. Mesra.
“Ehmmm..Assalamualaikum..,”
“Waalaikumussalam,”
Aku mengalih pandang pada sekeping wajah itu. Farhan. Terus aku mempersilakan dia duduk. Ulya sudah kuingatkan agar menzipkan mulutnya kemas-kemas. Memang dia sudahpun menjalankan amanahnya sebagai saksi dan pendengar pertemuan kami pada petang itu.
“Ada apa Farhan mahu jumpa akak ni?,”
“Hmm..macam ni kak.Pasal Iman,”
Mendengar nama itu, dadaku semakin bergetar kuat. Cepat-cepat aku mengingatkan hati. Walau apa pun ketentuanNya, aku terima dengan redha. Apa sahaja ketentuanMu, aku terima ianya adalah yang terbaik untukku ya Allah.
“Kak, Dik An minta maaf.Dik An sudah cuba membantu.Malam tadi Iman call.Dia minta maaf.Dia cakap, akak tak payah tunggu dia.Tak payah mengharap pada dia.Iman pun turut membatalkan niatnya mahu kenal akak.Dia memilih muslimat yang seorang lagi.Muslimat yang dia taqdim sebelum ni,”
Kata-kata itu buat aku betul-betul terpempan. Baru sahaja aku mendapat keyakinan melalui istikharahku. Kenapa begini pula beritanya? Aku hanya menundukkan wajah. Ulya sudahpun menggenggam tanganku di bawah meja. Mujur juga ada Ulya. Dapat juga tenangkan hatiku saat ini. Ahh..aku tidak akan menangis lagi. Tidak!! Inilah ketentuan Allah untukku. Terngiang-ngiang kata-kata kak Safinah padaku.
“Annur..Annurr.. kalau kita mahukan seseorang, kita perlu berusaha.Jodoh takkan datang bergolek pada kita.Kita yang kena berusaha mencari.Berusaha berikhtiar.Iman tu dah taqdim muslimat lain.Mereka dah nak kahwin dah pun..,”
Dan berita yang Farhan bawakan ini dah sahkan kata-kata kak Safinah itu.
 “Tak apalah Dik An.Akak tak kisah.Andai itu baik untuk Islam, akak menerimanya kerana Allah.Jika dia bukan jodoh akak, akak juga menerima ketentuan ini adalah dari Allah.Apa-apa pun Dik An jangan sesekali bagitahu nama akak pada Iman ya,”
“Baik kak.Akak,jangan kecewa ya.Moga satu hari nanti akak akan berjodoh juga dengan dia ya kak,” Farhan cuba memujuk.
Ya, berjodoh di akhirat. Insya’allah. Itulah doaku selama ini. Aku lebih mengharapkan akhirat berbanding di dunia ini. Dunia ini hanyalah persinggahan.
“Insya’allah, syukran Dik An, banyak tolong akak ya,”
“Kita kan adikberadik.Ada apa-apa lagi, jangan lupa kongsi dengan Dik An ya kak,”
“Insya’allah..terima kasih Dik An,”
Bicara itu menamatkan pertemuan kami. Farhan berlalu. Berita yang Farhan bawakan kali ini tidak menggugah perasaanku. Itu petanda, aku sudah boleh stabilkan emosi dan fikiran. Dapat menerima ketentuan Allah. Jika ada jodoh, Allah pasti ada caranya. Aku lebih merasakan Allah masih tidak izinkan kerana aku ini tidak sesempurna muslimat lain.Aku sakit. Jika kufikirkan, aku juga tidak mahu menerima sesiapa kerana sakitku itu. Cuma, untuk Iman, aku redha sebenarnya andai dia jodohku. Namun, aku juga sedikit lega, jika dia bukan jodohku. Aku ini tidak sesempurna wanita lain. Aku tidak mempunyai karakter muslimah yang perfect. Memang tak sesuai dengan Iman. Ya, aku tahu cermin diri sendiri. Moga Allah kurniakan yang terbaik untukmu Iman.
“Kak, jangan sedih ya.Jom kita makan ais krim,” Ulya memeluk bahuku erat-erat.
Aku tersenyum pada wajah Ulya. “Ok, jom..,”
Sejak itu, aku membuang jauh-jauh Iman dari fikiranku. Fokusku pada gerak kerja dan akademik. Ya, hidup memang satu jalan pembelajaran yang panjang. Dari awal ditiupkan ruh. Hinggalah akan masuk ke liang lahad semula. Semuanya jalan-jalan pembelajaran. Dan di celahannya ada cinta yang kupelajari. Dan aku memang sedang belajar tentang cinta. Cinta yang akan membawa hatiku bertemu denganNya.
Sebulan kemudian..
Alhamdulillah..aku sudah berjaya menghafaz 1 juzuk Al-Quran. Entah apa yang kuharapkan akan tercapai, entah tidak. Aku ada berjanji, sekiranya aku siap menghafaz 1 juzuk dari ayat Al-Quran, maka aku akan terima pinangan sesiapa sahaja yang masuk melamarku sesudah itu. Dan aku akan tasme’kan 1 juzuk hafazanku itu padanya setelah dia menjadi suamiku.Betulkah akan ada lamaran yang datang selepas ini? Tapi, bagaimana dengan sakitku yang tidak pernah bersurut?Malah makin teruk. Allahh..
Aku menyelak-nyelak album gambar. Mengimbas kembali zaman remaja, zaman perjuagan di bumi tarbiyah Nilam Puri dan alam kampus UMKL. Beberapa bulan lagi aku akan grad. Sekejapnya masa berlalu. Tidak lupa aku renungi lukisan Iman. Ya, ada gambar Iman yang aku lukiskan 3 tahun lalu. Lukisan itu masih elok tidak rosak. Apa khabar Iman agaknya? Tak dengar pula berita Iman akan kahwin. Aku tersenyum. Berdoa dalam hati. Mudah-mudahan Allah berikan apa yang dia perlukan.
Aku teringat semula kata-kata kak Safinah.
“Annur kena bagi peluang pada hati.Buka pintu hati Annur tu.Jangan tutup hati tu lama-lama sangat.Tapi, kenapa Annur tak nak fikir lagi?Annur jangan bagi alasan,”
“Annur..Akak tak fahamlah dengan enti ni.Orang nak pada kamu.Kamu jual mahal.Kenapa kamu tak buka hati kamu.Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi Annur.Akak tahu, kamu masih nak berharap pada Iman kan?Dengar cakap akak ni.Akak makan garam dulu dari enti.Iman tu dah nak kahwin dah.Tak payah lagi enti nak tunggu-tunggu dia.Kalau enti bagitahu dia pasal istikharah enti tu sejak dulu tak apalah juga.Enti ingat, jodoh nak datang bergolek tanpa berusaha?Sia-sia sahaja enti tunggu dia,”
“Annur, istikharah bukan setakat kita solat dan mimpi, tapi juga perlu dirunding, dibawa ke meja perbincangan.Annur kena buka hati.Beri peluang,”
“Takkan kalau dah kahwin, tak boleh nak teruskan jihad?Annur perlukan seseorang untuk pegang Annur.Bukankah dengan jalan kahwin ini, Annur akan lebih terjaga.Lebih mudah nak bawa diri dalam gerakan?,”
Hatiku mengulang satu ayat itu.
“Annur perlukan seseorang untuk pegang Annur.Bukankah dengan jalan kahwin ini, Annur akan lebih terjaga.Lebih mudah nak bawa diri dalam gerakan?,”
Handsetku berdering lagi. Ada panggilan lagi. Dari kak Safinah. Ahh..hatiku kembali berdebar lagi. Ada apa lagi agaknya? Pasal Mujahid lagikah?
“Ada apa kak?,”
“Annur, Mujahid masih menunggu Annur,” hanya ayat itu sahaja yang dilontarkan kak Safinah.
Hatiku semakin bergetar dalam debar. Dia masih menungguku? Aku tersenyum. Andai sampai detik ini, aku redha untuk menerima ketentuanMu ya Allah. Aku dah tidak kisah siapa dia. Asalkan dia baik untukku, baik untuk hubunganku dengan Allah. Baik juga untuk Islam dan survival gerak kerja Islam selepas ini. Hatiku tiba-tiba rasa lembut sahaja. Bagaikan ada tangan yang menghulurkan Al-Quran. Dan aku ingin menerima Al-Quran itu.
“Ya, kak.Cuma Annur minta, tak perlu kenalkan siapa dia pada Annur.Biar kami tidak bertaaruf sepertimana pasangan baitul muslim lain bertaaruf.Annur tak mahu tersalah niat kak. Biar Annur terima dia kerana Allah yang memilih dia untuk Annur kak.Annur terima lamaran tu kerana Allah dan perjuangan Islam,”
“Betul ke ni Annur?Alhamdulillah..baiklah kalau itu yang Annur pinta.Insya’allah, ia baik untuk Islam,”
 “Kak, jika dia setuju, Annur mohon ikatkan pertunangan kami tanpa kami saling mengenali. Urusan keluarga, nanti Annur yang akan terangkan pada keluarga Annur,”
“Baiklah Annur,”
Dalam masa sebulan itu juga kami mengikat tali pertunangan. Aku memberikan seutas tasbih sebagai pertukaran. Tanda ikatan pertunangan. Dia juga membalasku dengan senaskah Al-Quran kecil berwarna hijau muda lembut.
Selepas konvokesyen, aku terus mengisi borang untuk meminta menyambung master di samping mengajar. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Tiba hari pernikahan, barulah aku dan bakal zauj diperkenalkan. Berkenalan sesudah akad nikah. Namun, aku langsung tidak menyapanya sejak di masjid tadi. Terlalu bergetar. Wajahnya pun aku tidak lihat.
Aku masih berteleku di bibir katil kamar pengantin. Menyedari dia sudah menghampiri, aku jadi tidak keruan. Lantas pandangan aku tunduk sahaja. Dada ini bagai mahu pecah sahaja.
“Ustazah Annur Miazara..,”
Aku lambat-lambatkan mengangkat wajah. Malu sebenarnya. Namun hatiku bergetar hebat. Suara itu seperti aku biasa dengar. Tapi di mana ya?
“Ya,”jawabku. Dia kini berdepan denganku. Dia menyentuh daguku. Menyetarakan wajahku dengan wajahnya. Serta merta anak mata kami bersatu. Ada senyuman di wajah tenang itu. Duniaku bagai terhenti seketika. Dia? Mujahid?
“Kenapa terkejut?Tak percaya?,”
Pandai pula dia mengajuk iklan. Memang aku terkejut pun.
“Ustaz?Kenapa mujahid?,”
Dia tersenyum. Anak mata bercahaya itu sekali lagi aku tatap.
“Mujahid itu nama famous ana.Takkanlah ustazah tak pernah tahu orang biasa panggil ana Ustaz Iman Mujahid?Ustazah nii..,” Dia menarik hidungku. Aku tersipu.
“Maaf, ana memang tak tahu.Tak pernah dengar pun,”ujarku lagi. Dia masih tersenyum.
“Eh, bukan ustaz berasal dari Perlis?Kenapa Selangor pula?,”soalku lagi.
“Betullah tu.Perlis tu tempat ana dilahirkan.Selangor tempat ana membesar hingga sekarang,”
“Ooo..maaflah, ana tak tahu.Ana bukannya kenal ustaz,”
“Hmm..sekarang kita dah jadi suami isteri, jadi kenalah saling kenal mengenali.Taaruf selepas kahwin kan lebih bagus. Cuma..,”
“Ana hanya ingin maklumkan satu perkara..,”
“Apa itu?,”
“Ana tidak dapat mencintai ustazah, kerana hati ana selamanya milik Allah dan perjuangan Islam,”
Aku tersenyum. Ya, hati begitulah yang aku cari selama ini. Itulah hati yang aku mahukan. Kerana hatiku juga begitu.
“Ya ustaz. Ana juga tidak dapat mencintai ustaz, kerana hati ana selamanya milik Allah dan perjuangan Islam.Ana hanya boleh berikan kesetiaan dan ketaatan ana pada ustaz.Kerana, ana menerima perkahwinan ini kerana cinta ana pada Allah dan perjuangan Islam.Allah yang memilih ustaz untuk ana,”ujarku lirih.
Kali ini air mataku tidak dapat kubendung. Kubiarkan saja ia mengalir. Air mata syukur. Tidak henti bibirku bertahmid.
“Ya, Allah juga memilih ustazah untuk ana.Sebenarnya ana sengaja meminta kak Safinah tidak memberitahu ustazah siapa ana yang sebenarnya.Ana tidak mahu ustazah menerima lamaran ini kerana ia lamaran dari ana.Tapi ana mahu ustazah menerimanya kerana Allah dan perjuangan Islam,”
“Bagaimana dengan risikan Farhan?Ustaz tahukah lamaran itu dari ana?,”
Iman tersenyum. Terserlah lesung pipit di wajahnya yang tenang itu.
“Ya, ana tahu.Ketika ustazah mesej tanyakan ana hari tu pun, ana dah dapat membaca hati ustazah,”
Mendengar kata-kata itu, aku tertunduk. Alamak, malunya aku. Aku menunggu Iman menyambung kalam.
“Mulanya, setelah kak Safinah maklumkan yang ustazah menolak ana berkali-kali, ana seperti mahu mengenali ustazah melalui risikan Farhan.Tapi, ana batalkan hasrat ana.Ana tetap mahu teruskan dengan Baitul Muslim.Biar ustazah menerima ana kerana Allah dan perjuagan Islam.Dan biar ana menerima ustazah juga kerana Allah dan perjuangan Islam.Bukan sebab ustazah melamar ana.Bukan juga sebab ana melamar ustazah,”
Kata-kata yang keluar dari bibir Iman saat itu umpama butir-butir mutiara indah. Subhanallahh.cantiknya percaturan Allah. Barulah aku sedar. Saat aku baru mula merancang, Allah sudahpun merancangkan yang lebih baik dari perancanganku. Dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Allahhu Akbarr.. Berkali-kali bibir ini membesarkanNya di dalam hati ini. Terbuktilah.. Kita kejar cinta Allah, maka Allah berikan kita cintaNya. Aku teringat firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 186. Yang bermaksud..
'..Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang b'doa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran..' 
Benarlah janji Allah. Allahhu Akbarr..
“Ustaz, ana minta maaf.Ana tak seperti muslimat lain.Ana sakit,” Aku lebih suka berterus terang.
Iman tersenyum lagi.
“Ustazah..Ana melamar ustazah kerana Allah dan perjuangan Islam.Bukan lain-lain sebab yang selain itu.Sakit itu dari Allah.Sihat juga dari Allah.Masing-masing ada hikmahNya.Insya’allah moga Allah beri kesembuhan pada ustazah.Demi survival gerak kerja Islam,”
Air mataku menitis keharuan. Semakin larut hatiku membisikkan tasbih dan tahmid. Allahhu Akbarr..
“Ustaz, bawalah ana bersama-sama dalam perjuangan.Ana tahu ustaz merindu syahid.Ana juga turut merinduinya.Bawalah ana bersama-sama.Agar kita sama-sama merindui syahid dan mengejar cintaNya.Bawalah ana dalam perjuangan ustaz,”
“Insya’allah..,”bisik Iman lagi.
Iman kemudian meletakkan tangannya di atas ubun kepalaku. Ada doa yang dia bacakan. Aku mengaminkan doa kesyukuran yang dibaca Iman. Dan kami akhiri malam itu dengan solat sunat syukur pada Allah. Tidak lupa juga, aku tasme’kan hafazan 1 juzuk Al-Quran padanya. Terima kasih pada Allah yang menggariskan pertemuan sejak di azali. Terima kasih juga pada jalan perjuangan yang mencipta perkenalan.
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu untuk mencintaiMu dan mencintai orang yang cinta kepadaMu,. juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku ke arah cintaMu.. Ya Allah, jadikanlah kecintaan padaMu itu lebih aku cintai daripada diriku sendiri,. juga melebihi kecintaan pada keluargaku serta melebihi kecintaan pada air yang dingin..”
Bahagian akhir tapi bukan yang terakhir..
7 Januari 2011, Kolej Kediaman Kinabalu (8th), 3.08 p.m.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...