BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 20, 2011

Di sebalik Buku La Tahzan..Jangan Bersedih..Dont’ Be Sad..


Semester akhir ini jadual saya penuh. Penuh dengan jadual program-program tarbiyah. Penuh dengan jadual menulis dan penuh juga dengan tarbiyah Allah. Allahhu Akbarr..
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”                                                - 2 : al-ankabut
Saya sentiasa ingati sepotong ayat ini tatakala terasa ada tanda-tanda mahu down. Namun, di samping kita berdoa meminta Allah kuatkan diri dan jiwa kita, kita sendiri juga perlu berikhtiar. Perlu siap pasangkan satu perisai untuk menguatkan diri. Bukan hanya sekadar mengelak serangan. Apa-apa ujian, kita perlu rintanginya. Try test uji pada diri, barulah kita tahu sejauhmana kekuatan diri kita. Ujian dan mehnah itu sudahpun menjadi darah daging, makanan pada hati dan umpama iron-iron yang akan menguatkan jihad.
Malam itu hati saya terasa nanar. Dah lebih sebulan air mata saya ini tidak menitis. Puas juga mahu gugurkannya, tak gugur-gugur. Selalunya setiap bulan, pasti ia gugur sendiri dan saya akan lega dan tenang hati. Hati saya buntu. Jihad saya saat itu bukan di tahap stabil. Saya tak nak mengaku down. Cuma ada perkara yang membuat saya putus semangat sekejap. Namun, saya ada disiplin diri saat berdepan dengan kondisi ‘kemurungan’ ini. Saya hanya akan izinkan diri saya berada dalam kondisi ini tidak lebih dari 3 hari. Kerana tempoh itu adalah untuk pemulihan. Saya tidak boleh ambik masa yang lama untuk terus melayan hati yang manja. Sedangkan banyak kerja Islam yang masih tertunggak. Jadi, 3 hari ini saya gunakan sepenuhnya untuk pemulihan hati dan motivasi jihad. Yang pertamanya, saya akan berfikir. Fikirkan semua salah silap dan puncanya. Yang kedua, saya akan muhasabah kesilapan dan kesalahan diri. Memohon petunjuk dari Allah. Agar Allah beri hidayah pada saya. Yang ketiga, saya akan menangis. Menangis semahu-mahunya. Yang keempat, saya akan buat penyelesaian terhadap masalah. Resolusi dari step-step tadi.
Cuma saat ini saya mahukan sedikit kata-kata semangat. Lalu saya mesej beberapa orang adik, minta mereka beri saya sedikit nasihat. Berikut adalah antara mesej-mesej yang saya terima. Alhamdulillahh..
“kak Im yang kami kenal tak pernah kenal erti putus asa kan. Allah sedang mencurahkan kasih sayang pada akak sekarang kak. Sepatutnya akak bergembira dalam syukur. Sara percaya  akak kuat. Allah hanya timpakan dugaan pada mereka yang mampu. U’r da chosen one kak..tahniah..,”
Saya tersenyum. Minda saya menangkap kata-kata…U'r Da Chosen One..yess, I’am.. alhamdulillah.. saya membaca pula mesej kedua. Dari adik saya, Saif..
“kak, dalam diari seorang pejuang tiada masalah yang tidak merumitkan.. ujian yang melemahkan.. dugaan yang tidak menyusahkan.. bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat.. mereka tepu dengan dugaan.. Cuma sesekali air mata merembes menerjah ke pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba..berdepan dengan ‘belaian’ Pencipta.. sebagai tanda ingatanNya.. kak, sentiasalah tersenyum walau payah dan susah diuji..”
Saya tersenyum lagi. Hati saya semakin tenang dengan kata-kata .. “kak, sentiasalah tersenyum walau payah dan susah diuji..”..  saya membuka pula mesej ketiga. Mesej dari adik saya, Faiza..
“akak, Faiza persembahkan sebuah puisi untuk akak..”
..apabila diselubungi kegelapan dan semuanya menjadi malap..
..carilah sinar dari Dia yang Maha Pemberi Cahaya..
..janganlah berputus asa kerana Dia melihat segalanya..
..apabila hidup ini dirasakan beban, segala-galanya goyah..
..bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu semua iradatNya..
..apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri..
..mengadulah pada Dia Yang Maha Esa..
..apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia..
..satu-satunya tempat yang lebih digantungkan harapan nyata..
..ingatlah Allah sentiasa bersama orang-orang yang Sabar..
Saya tersenyum. Berulang-ulang mengucap tahmid pada Allah. Allahu Akbarr.. ukhwah sebeginilah yang saya impikan sejak dulu. Saya hanya menumpang kasih adik-adik dan sahabat-sahabat seperjuangan. Ketahuilah..doa dari kalianlah kekuatan saya untuk terus berada di jalan ini. Renungi kata-kata ini juga..
‘Ukhwah itu ibarat seperti rumah.. Tidak perlu cantik.. Tidak perlu mewah.. Yang penting, kita bahagia di dalamlanya..,”
Lalu terasa hati kontang perlu diisi, saya keluar riadah bersama sahabt-sahabat di Taman Jaya. Seketika menjejak kaki di POPULAR, di Amcorp Mall, saya terpandangkan buku tebal bertajuk La Tahzan, Jangan Bersedih, Don’t Be Sad.. tertulis juga di situ, Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan.
Saya tersenyum. Saya pernah memiliki buku itu tiga tahun yang lalu. Dan kini saya merindui buku itu. Kini tangan saya memegang kembali buku itu. Kak Aqilah berulangkali pandang saya. Mungkin dia pelik. Lihat saya termenung jauh.
“Kak, im pernah beli buku ni dulu,”
Dia buat wajah hairan.
“Eh, im dah pernah beli dulu?Hmm..tu pegang, takkan nak beli lagi?,”
Saya tersenyum.
“Hmm..kejap lagi im cerita.Jap ya kak.Im bayar dulu buku ini,”
Sepanjang hampir 5 minit saya beratur, minda menerawang ke dua wajah. Wajah adik saya yang saya cintai, Aisya. Dan adik saya yang saya kasihi, Azhar. Kisah itu berlaku lebih 3 tahun lalu. Saat itu saya berada di bumi tarbiyah, Kelantan. Berkampung di Kolej Kediaman Al-Malik Khalid. Saya ada mencari bahan di sana. Jadi, cuti midsem semester itu, seminggu saya habiskan berada di sana sahaja. Seingat saya, waktu itu, kalau dalam bahasa perjuangan, saya tengah down. Kalau dalam istilah Melayu yang dapat difahami, saya tengah putus semangat. Hampir 3 bulan air mata saya tak henti-henti mengalir. Adalah derita perjuangan yang saya tanggung waktu itu. Kondisi itu begitu menguji iman dan jihad saya. Sebab itu juga saya membawa diri berkampung di bumi tarbiyah. Untuk mencari penyembuh hati di sana.
Satu hari saya keluar ke Jaafar Rawas dengan Aisya. Dia cuba mencelah kesibukan, menemani saya. Saya membelek-belek buku di serata kedai Jaafar Rawas itu. Banyak buku-buku di situ. Harga juga murah. Harga student. Tiba-tiba anak mata saya menangkap sebuah buku. Buku karangan Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni itu saya sentuh. Hati saya terus jatuh hati dengan tajuknya. Turut meloncak-loncak mahukanya. Memang saya jenis yang kalau dah suka, memang seperti kumbang jatuh cinta pada bunga. Terus saya capai buku itu. Saya harap buku itu dapat membantu menyembuhkan duka hati saya saat itu. Saya tidak mahu terus bermurung. Mahu sakit itu segera sembuh. Moga buku itu dapat menjadi penawarnya.
Balik sahaja ke AMK, adik-adik semua sibuk ke kelas. Jadi, tinggal saya sendirian di bilik. Apa lagi? Beradablah saya dengan buku itu. Subhanallah..sekali menatap lembaran demi lembaran, jiwa saya kembali pulih. Seakan disuntik dengan embun segar yang membuatkan tunas yang hampir layu tadi kini kembali segar dan bertumbuh. Subhanallah..
Namun, setelah saya membacanya hampir separuh, saya tiba-tiba teringatkan seorang adik saya ini. Wajah murung Azhar mengganggu tumpuan anak mata saya. Azhar ini rakan sekerja adik saya Aisya. Aisya ada memaklumkan saya, Azhar ini sedang sakit. Sakit masalah hati. Hatinya sakit sehingga tidak mampu untuk bergerak kerja. Air mata Aisya menitis tiap-tiap kali Azhar buat perangai. Allahhu Akbarr.. Memang Allah nak tarbiyah Aisya. Dan masalah Azhar itu sebenarnya adalah dengan adik saya Aisya.
Adik saya Aqil, rakan Azhar ada menceritakan pada saya, Azhar ini pernah berkawan dengan seorang perempuan sewaktu di sekolah menengah dulu. Perempuan itu telah kecewakan dia sehingga dia jadi anti perempuan. Dia membenci semua perempuan. Sewaktu saya berbincang masalah ini dengannya juga, dia masih cakapkan yang dia benci semua perempuan kecuali ibunya. Keluarganya pula adik beradiknya semua lelaki.
Namun, hatinya berbunga-bunga tatkala bersua dengan Aisya. Namun adik saya Aisya ini syadid orangnya. Tidak suka bercampur hal-hal hati dalam gerak kerja. Lihatlah siapa kakaknya. Hehe.. namun, saya tumpah kasihan melihat masalah mereka. Kasihan dengan Aisya yang menanggung beban kerja bertimbun. Dari tugas timbalan, terpaksa pula ambil alih jadi exco. Hmm..saling tak tumpah macam situasi saya dahulu. Alamakk..terbocor pulak.
Kebetulan saya berada di Apium Np saat itu, jadi saya pun buat perjumpaan tak formal dengan mereka. Kami duduk berbincang. Kononnya meeting unit kerja. Tapi, sebenarnya slot saya bersama mereka. Slot muhasabah. Saya berkenalan terlebih dahulu dengan adik Azhar ini. Seingat saya, ini kali pertama pertemuan kami. Dia nampak senang bertaaruf dengan saya. Namun apabila saya mengadakan sesi luahan. Saya minta dia dan semua adik-adik saya yang berada di situ saat itu meluahkan apa yang terpendam. Memang dalam gerak kerja, kita memerlukan ketelusan. Ukhwah itu sharing. Sharing itu caring. Kerana ukhwah juga saya mahu terus kuat berada di jalan dakwah ini.
Apabila Azhar sudah mula bercakap. Perlahan-lahan dia meluahkan rasa. Menceritakan apa yang terpendam. Tak semena-mena air matanya tumpah. Pertama kali saya lihat seorang lelaki menitiskan air mata. Dia menitiskan air mata saat mengaku imannya lemah. Dia gagal mengawal emosi.
“Azhar, boleh enta minta maaf dengan Aisya?,”
Dia terdiam. Mengumpul nafas.
“Ustazah Aisya, ana mohon maaf,”
Saat itu berderai juga air mata Aisya. Saya menyembunyikan senyuman. Hati saya terdetik sendiri, Azhar memang perlukan suntikan embuan segar untuk kembali memulihkan sakit hatinya itu. Sebab itu, dari awal-awal lagi saya sudah membawa buku La Tahzan saya yang saya sangat sayangi itu ke dalam meeting itu. Saya mahu meminjamkan buku itu pada Azhar. Saya meletakkan buku itu di hadapan saya. Di atas meja.
“Azhar, ini buku akak. La Tahzan. Akak rasa, buku ini juga sesuai untuk penyembuhan sakit Azhar. Buku ini akak pinjamkan pada Azhar. Azhar wajib habiskan bacaan buku ini dalam masa 3 bulan ini. Dan selepas itu, kembalikan pada akak. Akak pun tak abih lagi baca buku ni,”
Memang saya sangat sayang dan cintai itu. Berat hati nak pinjamkan. Tapi, mengenangkan buku itu akan berjaya merawat sakit Azhar itu, jadi saya pun pinjamkannya.
Lewat 3 bulan menunggu buku itu dikembalikan, hati saya sangat rindu. Rindu sangat pada buku itu. Memang kebiasaannya, apabila saya sayangi sesuatu, saya akan sayanginya dengan hati saya. Sayang sangat-sangat. Lebih-lebih lagi buku itu telah membantu saya. Mengembalikan jihad saya yang kian kendur saat itu. Ada perkara yang buat saya sedih dan menangis. Alhamdulillah, Allah menyembuhkan saya melalui buku itu.
Cukup 3 bulan, kebetulan ada adik junior UMKL yang hendak turun ke bumi tarbiyah NP. Raudah. Raudah memang orang Kelantan. Jadi, saya minta Azhar kirimkan buku saya itu pada Raudhah. Namun, saya tidak tahu kenapa, hati saya sedih. Seakan buku itu tidak akan kembali pada saya lagi. Sedangkan saya amat-amat merinduinya. Saya ingin menyambung bacaan sehingga ke akhir muka surat isi buku itu. Mesej Azhar saya baca dengan dada yang berdebar.
“Kak, ana minta maaf. Memang ana ada kirimkan buku tu pada kak Raudhah. Tapi buku itu bukan buku yang akak pinjamkan pada ana. Maaf kak, ana tak dapat pulangkan buku akak tu. Buku akak tu sangat penting pada ana. Ya, buku itu dah bantu ana sembuhkan sakit masalah hati ana kak. Terima kasih kerana mengenalkan ana pada buku ni. Ana sayang nak kembalikan buku ni pada akak. Bolehkah akak izinkan ana untuk terus simpan buku ni? Ana sayang buku ni. Sebab buku ni dari akak. Ana nak simpankan ia. Kenangan dari akak. Bolehkah akak?,”
Saya mengetap bibir. Ombak mula merembes ke hati. Tiba-tiba saya menangis. Frust juga la. Lebih-lebih lagi sebab saya sangat rindui buku itu. Seakan berjanji dengan kekasih hati pula. Saya masih ada separuh isi kandungannya yang saya belum habis baca. Tiba-tiba pula Azhar tak nak pulangkannya. Sedihnya hati saya. Waaa…..Waaaaaaaaaaa…..
“Tak apalah..Azhar jangan simpan sahaja buku itu. Tapi, tolong manfaatkannnya,”
“Insya’allah kak..Syukran kak. Maaf ya kak. Ana sebenarnya baru rasa sangat dihargai dan diambil berat. Selama ini ana tidak pernah mendapat kasih sayang seorang kakak. Akak dah bantu saya. Terima kasih kak,”
“Yang baik itu semuanya dari Allah. Hmm..Akak harap Azhar jangan lalaikan gerak kerja. Kesian pada Aisya. Jangan biar Aisya buat kerja sendiri,”
“Insya’allah kak, terima kasih,”
Saya menyangkakan hati saya tegar menerima hakikat yang buku itu tidak akan kembali pada saya. Rupanya tidak. Hati saya murung berhari-hari. Tak tahu nak pujuk hati macam mana. Malah, saya turut menghadiahkan buku yang digantikan Azhar pada Raudhah. Saya tak nak terima barang dari muslimin. Malah saya tak tengok pun buku apa yang digantikan Azhar. Saya cuba melupakan buku itu. Buku yang saya pilih dengan hati saya saat itu dah tak sama dengan buku kemudian yang mungkin saya beli. Ada banyak juga buku-buku  la tahzan yang dijual. Namun, hati saya seakan merajuk. Saya biarkan sahaja. Sehinggalah saya membeli buku la tahzan itu kali ini. Kali ini saya jatuh cinta padanya. Selesai membayar saya pun keluar dari kedai Popular itu.
“Hah, apa ceritanya im?,”
Saya tersenyum. Lalu saya menceritakan segalanya. Kak Aqilah tersenyum. Mengangguk-angguk sendiri.
“Kenapa kak?,”
“Tak baik Azhar tu. Kenapa dia buat begitu? Ambik barang orang macam tu,”
Saya tersenyum.
“Tak apalah kak.Dah rezeki dia nk buat macam mana.Moga ada manfaatnya buku itu dengannya,”
Kak Aqilah mengangguk. Tidak cakap bersetuju. Membangkang pun tidak. Saya tersenyum. Berulangkali saya tak puas memandang buku la tahzan itu. Akhirnya saya kembali membeli buku itu. Moga kali ini segar embunnya kembali menyirami hati saya lagi. Agar hati saya sentiasa segar. Sentiasa kuat untuk teruskan jihad dalam perjuangan.
Firman Allah S.W.T :
“Maka, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka, apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap..”
                                                                                                            Surah Al-Insyirah : ayat 5 – 8
Dan saya petik tulisan Dr.Aidh, di m/s 58 :
“Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Kobaran Api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim A.S. dan itu, kerana pertolongan Ilahi membuka ‘jendela’ yang mengalirkan..
…..kesejukan dan keselamatan… (Al-Anbiya’:69)
Note : Terima kasih pada adik-adik dan sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak berdoa dan menyokong saya. Terima kasih pada adik-adik yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi ‘seorang kakak’ pada kalian semua.. syukranjazilan..jazakallahh..
Wallahhu ‘alam..
Kolej Kediaman Kinabalu (8th),
20 Januari 2011, 2.13 p.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...