BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 13, 2011

Keindahan Bertawakal Amilin Di Jalan Allah..


Hati saya sudah mendetik sejuta debar tatkala mahu turun ke medan 2 program tarbiyah sepanjang cuti semester baru-baru ini. Sepanjang tempoh itu, saya bersama dengan sahabat-sahabat seperjuangan bertungkus lumus membuat persediaan untuk merencana program-program tersebut. Persediaan sudah dilakukan dua minggu sebelum program bermula lagi.
Alhamdulillah, kedua-dua program berjalan dengan baik. Cuma untuk program yang kedua, tarbiyahnya merasa ke sendi tulang belulang. Bermula di awal hari pertama, urusetia agak lewat. Jamp sepanjang jalan. Sehingga jam 7 malam barulah semua urusetia dapat tiba di tempat program dengan selamat. Namun, lumrah hidup dalam perjuangan, sentiasa dihujani ujian. Salah seorang fesilitator menerima panggilan telefon. Panggilan telefon yang membawa berita kematian ayahnya. Namun, saya lihat dia tenang sahaja. Malah dia berazam ingin pulang ke rumah menjenguk jenazah arwah ayahnya. Kemudian, dia ingin kembali ke tempat program semula. Salam takziah untuknya. Moga Allah terus tsabatkan dia terus kuat berada di jalan Allah.
Alhamdulillah..program berjalan dengan baik. Moga dengan berakhirnya program ini, dapat memercikkan percikan tarbiyah ke wajah-wajah mereka yang akan menyambung perjuangan Islam. Baik pada yang ditarbiyah. Juga pada yang mentarbiyah. Namun, yang bernama pentarbiyah perlu menyediakan diri untuk sentiasa bersedia ditarbiyah. Ditarbiyah oleh Allah. Lewat jam 5 pagi 26 Disember 2010, saya bangun pagi. Melihat pada handset, ada miss call dari seorang sahabat seperjuangan. Ada juga mesej. Saya membaca mesej. Allahhu Akbarr.. Adik-adik seperjuangan saya kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Berang. Hampir 20km sahaja lagi hendak sampai ke rumah. Kebetulan pula kemalangan berlaku betul-betul di hadapan rumah sahabat salah seorang mangsa.
Adik-adik seperjuangan saya yang ada di dalam kereta itu ialah, Safwan, Amir Nabil, Amirudin, Farid dan adik kepada Amirudin, Shahrir Basri. Kemalangan berlaku tatkala kereta yang dipandu Safwan mahu mengelak lori, yang mengakibatkan kereta terbalik. Safwan mengalami sakit di dada, Shahrir berdarah di hidung dan sedikit trauma, Amir Nabil sedikit terseliuh pada tulang bahunya.Amirudin pula cedera di bahu belakang, manakala, Farid tidak ada apa-apa kecederaan. Alhamdulillah, kesemua mereka selamat. Menurut laporan doktor, sepatutnya kemalangan begitu akan menyebabkan paling kurang, dua orang akan cedera parah, namun berbeza dengan kemalangan ini. Alhamdulillah, Allah jaga urusan hidup hamba-hambaNya yang membantu urusan agamaNya. Berikut adalah gambar-gambar kejadian yang saya copy dari blog salah seorang mangsa kemalangan..



 Apabila saya menghulurkan sedikit nasihat pada Safwan dan rasa sedih saya pada apa yang menimpa dia dan kereta kesayangannya, Safwan hanya menjawab,
“Kak, kereta tu dah banyak membantu gerak kerja Islam selama ini.Dah tiba masanya, dia berehat. Namun, gerak kerja Islam tetap perlu diteruskan.Walaupun tanpa kereta itu, namun gerak kerja Islam akan tetap dapat diteruskan juga,”
“Safwan, jika kereta itu bernyawa, akak pasti dia akan menangis, sebab sudah tidak dapat membantu dalam gerak kerja Islam.Banyak-banyakkan bersabar ya.Terima semua ini sebagai tarbiyah dari Allah, untuk lebih kuatkan Safwan dan sahabat-sahabat.,”
“Insya’allah kak, syukranjazilan,”
Ya. Saya akui, keretanya itu bukan setakat kereta kesayangan Safwan pemiliknya. Malah, kereta itu adalah kereta kesayangan semua adikberadik penggerak gerak kerja Islam. Digunakan untuk kelancaran gerak kerja Islam. Betul kata Safwan, kereta itu dah banyak membantu. Mungkin dah penat bekerja. Jadi, kini dia perlu berehat. Perlu dibaiki. Jadi, kereta itu akan berehat selama 6 bulan.
Subhanallah..Keindahan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin dari dalam jiwa dan diri. Dari rasa tawakal diri sedang ditarbiyah yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah. Dan saya kira, mereka berlima tanpa sedar sudahpun melazimi rasa tawakal ini dalam diri, dengan rasa tawakal itu, lahirnya rasa redha dengan segala kehendak Allah. Tawakal yang dibawa di dalam perjuangan. Sifat ini menepati seruan Allah s.w.t:
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
"....sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Surah Al-Talaq 65: Ayat 3)
Lihat betapa indahnya pesanan Rasulullah s.a.w untuk kita, di dalam sebuah hadisnya:
احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْالْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
"Peliharatitah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu engkau memohon hendaklah engkau memohon petolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengaan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan kesemuanya)."
Untuk Safwan, Amir Nabil, Amirudin, Farid, Shahrir dan semua sahabat-sahabat seperjuangan,  saya akhiri catatan pendek ini dengan lagu ini. Moga ada penghayatan lagu ini terhadap jiwa-jiwa kita yang menjadi amilin di jalan Allah. Takbirr..

Wahai para mujahid, maralah ke hadapan.. Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran..
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga.. Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan..

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh.. Ujian nikmat hidup duniawi..
Biarpun ianya begitu indah.. Namun hanya sementara..
Memang berjuang itu terkorban.. Kerana kita berjuang untuk berkorban..
Itulah asam garam perjuangan.. Syarat mendapat cinta Allah..

Wahai para mujahid, maralah ke hadapan.. Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga.. Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para pejuang kebenaran.. Suburkanlah semangat juangmu..
Setiap masa sepanjang hayatmu.. Dengan irama hiburan ini..
Tempuhilah penderitaan di dalam perjuangan.. Kerana itu adalah penghapus dosamu..
Berjuang kerana Ilahi.. Walaupun sedikit tetapkan dinilai sebagai amalanmu yang soleh..

Wahai para mujahid, maralah ke hadapan.. Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga.. Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh.. Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah.. Namun hanyalah sementara
Memang berjuang itu terkorban.. Kerana kita berjuang untuk berkorban..
Itulah asam garam perjuangan.. Syarat mendapat cinta Allah..
Wahai Para Mujahid – The Zikr

Note : Seorang amilin, apabila ditanyakan khabarnya, maka, jawablah.. "Alhamdulillah, sentiasa dalam tarbiyah Allah.." agar dengan jawapan ini dapat menjadi doa, untuk jiwa dan hati-hati kita sentiasa berada dalam tarbiyah Allah.. dengan ini, jiwa dan hati-hati kita akan sentiasa berada dekat dengan Allah.. Tahniah kpd mereka yang terpilih untuk menerima ujian Allah.. kerana selagi anda kerana dlm ujianNya, maka anda sentiasa berada dalam tarbiyah Allah.. maka, selagi itulah anda berada dekat denganNya.. dekat dengan Allah.. la takhof..wa la tahzan.. innallahhama'ana..
Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
10 Januari 2011, 11.18 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...