BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 16, 2011

Kita Tetap Satu Fikrah, Fikrah Islam..Nahnu sibghatallah..


Tak sama jalan, tapi satu fikrah. namun, kita tetap satu fikrah. fikrah Islam. Kerana kita telah dicelup, dicelup dengan acuan Islam. Fikrah Islam. Satu hari, sedang saya intai-intai link di YM, saya tersenyum. Terlihat Syamil on9. Dah lama tak YM dengan dia. Boleh juga bertanya khabar. Ingin bertanya tentang khabar perjuangannya juga.Aktivis JIM ini sudah saya iktirafkan sebagai anak usrah saya.Bagus pemikirannya.Bagus juga gerak kerjanya.
Saya : salam.jemput lawat akak, http://perindusyahidfillah.blogspot.com/
Syamil : wassalam..wah maju ada blog dah..akak apa khabar?lama tak dengar cerita, maklumlah kak.masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing kan..
Saya : Alhamdulillahh..sentiasa dlm tarbiyah Allah.Syamil pula apa khabar?latest nampak Syamil time exam fiqh usrah kat BP kan..
Syamil : saya pun khabar baik kak.. alhamdulillah..owh saya pun nampak akak.nak tegur segan.saya ni penyegan orangnya kak..cuti nanti buat apa kak?ade mukhyyam or bsama family?akak tlibat dlm qiadah balai islam kolej 8 tak?
Saya : Syamil nii, kalau jumpa akak, tegur ja..tak payah segan-segan.qiadah balai islam 8th?Akak tak terlibat..cuti ni akak ada banyak juga muqayyam..tak balik cuti lagi dalam masa terdekat ni..i'allah, hujung bulan baru balik kot..
Syamil : sekarang ni akak free lance la ye?cuma dgn pmi je la sekarang ni?tarbiyah adik-adik ke kak?
Saya : ya..dengan pmi.ya, tarbiyah adik-adik.Akak pun dah tak berapa lama dah kat bumi UM ni.kena perturunkan ilmu.Hmm..sedih pula nak tinggal UM umi tarbiyah ni..
Syamil : owh..baguslah kalau macam tu..
Saya : Syamil mesti busy jugak kan cuti ni..
Syamil : saya sebenarnya ada debat arab, royal. tapi tak sure dapat pergi ke tak.sebab macam busy sikit cuti ni.
Saya : ohh..debat?yang bertanding kat johor tu ke?Hmm..apa salahnya kalau Syamil join debat tu.kan kurang sekarang ni muslimin yang suka benda-benda macam tu..
Syamil : sebenarnya dari tahun lepas lagi.Tapi, asyik bertembung dengan hal lain yang sama penting juga, last-last debat terpaksa ditinggalkan.tengok dululah macam mana..insyaAllah, ada ruang, saya join.
Saya : sekarang ni muslimin bukannya suka bab-bab berjuang ni..ramai yg akademition..bukannya tak bagus..tapi kesannya nanti tak ramai yang ada kepimpinan.Macam mana nak jadi pemimpin?
Syamil : kalau keja saya semua siap dalam masa yang ditetapkan..saya akan join debat tu sekali.sian kat ustaz yg jaga kami tu.tak nak nyusahkan dia..
Saya : kalau macam debat ni, umpama macam 1peluang la.untuk melatih kepimpinan diri..
Syamil : Akak jangan cakap macam tu.perjuangan kita kan bnyak...akak di sini..kami di luar..itulah, saya tengah bertaradud lg.insyaAllah.kalau dah siap semua, saya akan masuk.lagipun, kalau saya tak masuk pun, dah ada orang yang boleh ganti..tapi memang pun kak..laki sikit sangat..
Saya : Syamil masuklah debat tu..i'allah akak doakan 4 Syamil ya. Oh ya, Syamil masih stay di 12th ke sekarang ni?Syamil ambik PI @ PQ ya?
Syamil : baik, insya’allah ada kelapangan, saya akan masuk debat tu kak.Ha’a, saya masih stay di Kolej 12th lagi.Saya ambil subjek PQ
Saya : Ooo..PQ rupanya.Hmm.kawan-kawan Syamil ramai ke yang mcm Syamil?yela..Syamil kan jenis yang aktif.Syamil ajaklah sahabat-sahabat ikut aktif macam Syamil juga.. Atleast, mereka ada 1pengisian jugak.Taklah jadi muslimin yang akademition dan tak kenal perjuangan.Ntah la Syamil, akak tengok ramai muslimin yang macam tu..muslimat jenis yang bersemangat..suka komit, senang n mudah nak dipegang..tp kalau muslimin ni, macam perlu ada formula yang khas untuk ajak dan tarik mereka ke medan perjuangan.Kalau akak sebagai muslimat, rasa sangat susah..tak tahulah macam mana muslimin rasa sesama muslimin..Tp,kalau seseorang tu ada imej yang baik pada umum, jadi simbol dakwah pada orang lain, ada personaliti yang baik, itu lebih mudah untuk mad'u ikut..tak kisahlah apa pegangannya, yang penting, sebarkan fikrah ISLAM..siapa lagi nk buat kerja Islam jika bukan kita..siapa lagi yang nak pegang sahabat-sahabat kita ke arah perjuangan Islam jika bukan kita sendiri, kita yang terlebih dahulu dicelup dengan acuan Islam..kan Syamil?
Syamil : Saya touch & keep diorang sikit-sikit.Kak, muSlimin ni bukan sEmudah nak keep macam keep muslimat memang kena sikit-sikit.Cara saya tarik diorang ke arah kerja-kerja Islam ni dengan bawa diorang ke kem anjuran konsulten saya..alhamdulillah..bila lama-lama seronoklah kerja dan minat diorang dengan kerja-kerja islam ni.Sekarang ni, pmi 1 lembaga yang banyak warga kampus takut tuk dekat.Sebab tu saya keluar pmi.Bukan sebab tak setuju, saya cuma jadi agen untuk dekatkan mereka dengan pmi.Bila mad'u tahu saya dengan pmi diorang akan susah untuk ikut.. Alhamdulillah ada kesannya tu..Kak, ini pandangan dan pendirian saya.Pmi adalah 1 parti dlm kampus, org takut..saya kena guna metod lain untuk tarik orang.
Saya : Ya..akak stuju..memang sekarang ni pmi orang takut nak dekat.Imej pmi dah banyak tercalar dengan fitnah ahli-ahlinya..astgfirullahh.. rata-rata ahli yg bergiat aktif dlm pmi, bila temui 1 titik kelompangan, seringkali terus tinggalkan gerak kerja dakwah.kenapa perlu nak tinggalkan gerak kerja? bukankah baik buruk gerak kerja kita dlm organisasi itu juga puncanya dari kita?kenapa bukan kita yg mengubah perencanaan gerak kerja itu jadi lebih mudah. dakwah yg lemah perlu diperkasakan dgn method yg lbh fleksibel dan harmoni. jika kita masuk dlm 1 orgnisasi tp keluar krn kelompangannya, kenapa kita terus tinggalkan terus?Bukankah lebih elok jika kita baiki pulih kelompangan itu dan teruskan gerak kerja, kan Syamil?
Syamil : Saya masa1st year dulu memang aktif juga la dgn pmi, hingga akhir tahun 1.Bila saya tengok pmi ni org takut.Saya decide terus untuk tak join sekali dengan kalian semua dalam pmi.itu pegangan saya.Untuk apa kita bersemangat waja sana sini untuk bawa Islam.Tp berusrah dengan orang yang hampir sama tiap masa.Saya tengok sekarang ni dakwah harus berubah..Cara & pegangan.ini sekadar coretan saya dalam perjuangan, tiada langsung saya dalam pmi.Macam mana tak ada fitnah..Hhmmn..Saya malas nak komen pasal fitnah tu.Hadaf utama nak bg kefahaman islam kat org bukan melalui pmi shj..Dari sudut peribadi dan jujur dari saya, pmi kena lebih verstail.Dan saya tau juga masalah sekaang ni di mana pmi kekurangan orang kuat untuk gerakkan semua perkara..motivasi bersama orang luar.Kelab-kelab..
Saya : Akak tak kisah pun macam mana corak perjuangan, asalkan buat untuk Islam.Dan kita kena sokong gerak kerja Islam.Sokong mereka yang nak buat kerja Islam.Itu yang paling utama..Tak nak buat xapa, tapi jangan halang orang lain yg nk buat kerja Islam. jangan buruk-burukkan agenda gerak kerja orang lain. gerak kerja Islam itu seharusnya dilakukan bersama-sama. bukan dlm kelompok assobiyyah jemaah. Seharusnya kitalah yg slg bahu membahu..akak pun kadang-kadang ada juga tak setuju dengan ahli-ahli pmi..Cuma bagi akak pmi tu 1platform yang sangat baik, cuma kelompangannya juz dari sudut pendekatan para ahlinya dengan mad'u, dan kelompangan di peringkat ahli juga.Kelompangan dari ahli yang menjadi fitnah pada pmi.Jadi ia masalah individu..
Syamil : saya tau tentang tu.Saya tengah usaha ke arah itu.Sebab tu orang rigid dan menyampah.Tapi tetap kena cari jalan pnyelesaian tu.Azam saya kak.Saya tak nak tengok orang yang sama aje yang hadir/attend majlis/prog pmi...
Saya: Setiap masalah, jangan jadikan ia sebagai 1perkara yang akan melemahkan jihad kita..tp jadikan setiap masalah tu sebagai cabaran dan rencah utk terus galakkan kita istiqamah berada di jalan ini.. kalau tak ada sume masalah-masalah tu, tak best juga kan perjuangan.Tak ada perjuangan yang mudah..tp yang sukar dan payah itu juga yg menjadikan kita mujahid yg kuat.. perjuangan adalah utk berkorban. Jadi, lumrah dan sunnah perjuangan itu susah, perit dan payah. Itulah yg bernama perjuangan. Berjuang di samping menerima tarbiyah dari Allah juga..i'allah.. sama-sama berazam dan berikhtiar. asalkan jgn tinggalkan keja2 Islam.xde istilah taksub dlm gerak kerja Islam.bahkan ia keperluan dan kewajipan pd kita semua..kalau xdpt nk buat sume, jgn tinggal sume.. cukuplah kita buat apa yang kita mampu..tak dapat jadi pendokong pun, dah cukup kita jadi penyokong.. syukran atas perkongsian ya..
Syamil : ya kak..assalamualaikum...
Last message received on 12/9/2010 at 2:04 PM
Tak kira satu jalan atau tidak, yang penting hak sesama kita adalah di bawah payung Islam. Payungan fikrah Islam. Kita semua telahpun dicelup dengan acuan Islam. Nahnu sibghatallah..
 Allah berfirman:
"Celupan Allahlah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan Allah".  (Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).
Maka, dengan celupan sebagai Islam ini, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan kesatuan ummah Islamiyah berpecah belah hanya kerana berlainan pegangan. Jangan huru hara hanya kerana berbeza fikiran. Jangan berperangan hanya kerana berbeza pembawaan. Kita harus sedar, muslim itu bersaudara..
 ‘ana anta, wa anta ana..nahnu ruhh filbadani..’
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Jalan Raja Dewa, Kg Telipot, KB, Kelantan
5 Januari 2011, 9.00 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...