BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 18, 2011

TEGAR SI LAUT JIHAD


wahai laut, teruslah tegar melakarkan jihad..
pada detik yg berlalu..anak mata ini memanah ke heningan pantai..
kedengaran bunyi ombak memukul pantai..
lalu, bening hati membisikkan canda..benarkah pantai hanya setia pada laut?
jika begitu..aku mahu menjadi seperti pantai..
sentiasa menemani lautnya.. ahh..siapa pula yg akan menjadi lautku?
wahai hati..teruslah bernafas dengan fikrahmu..
teruslah melangkah dengan tegar jihadmu..
wahai laut..kudengar-dengar suara hatimu..kuintai-intai wajah tarbiyahmu..
pada alam kau berbicara dgn Sang Pencipta..
merangkap lunak bait-bait rindu padaNya..
mengalun tasbih cinta hanya padaNya..
Subhanallah..aku kagumi kebesaran ciptaanMu Ya Allah..
Kau caturkan setianya pantai bersama lautnya..
tanpa laut, pantai kesunyian..
seperti siapa?seperti akukah yg mahu ditemani kekasih yg setia padaku..
tidak kuimpi seorang putera..tidak kuimpi teman bicara..
cukuplah aku menjadi pantai pada laut..setia tak bersungut..
aku mahu selamanya menjadi hamba pada Pemilik cinta..
peganglah aku dalam rahmatMu Ya Allah..
yang tidak pernah sedetik pun Kau meninggalkan hambaMu..
biarpun hamba-hambaMu sering lupa, alpa dan lalai..
tp kasihMu pada hamba lebih luas dr laut ini..lebih luas dari isi alam buana ini..
moga rindu ini sampai padamu ya Allah..aku mahu cinta ini terus untukMu..
sehingga ke hujung dunia, pantai kan setia d sisi lautya..
tidak jemu mendengar ungkapan cempera laut..
kerana ada padanya zikir padaMu yg Maha Pencipta..
kerana ada padanya cinta hanya untukMu Yang Maha Esa..
~ Aleesy AnNurIman ~
24 Disember 2010, 7.57 a.m,
Chalet Tokwan, Melawi,
Bachok, Kelantan Darul Naim..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...