BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 29, 2011

Tiada Nokhtah Cinta Di Jalan Allah


Kondisi Irwan
“Salam kak.. Ana ada masalah..,”
Nama penaip mesej itu saya tatap lama-lama. Adik saya yang seorang ini, adik yang paling susah nak bercerita tentang masalah dia. Tak payahlah nak korek-korek masalah dia. Tak makan saman la dia ni. Saya tersenyum. Mungkin ada sesuatu yang dia rasa saya dapat bagi pada dia. Sebab itu dia menghubungi saya. Tak kisah. Asal dapat membantu, segala pertolongan itu semuanya dari Allah. Manusia hanyalah perantaraan. Dan kali ini, saya yang terpilih untuk menjadi perantaraan ini.
“Wslm.. Ada apa Irwan? Ceritalah pada akak. Insya’allah, jika dapat bantu, akak cuba bantu. Jika akak tak dapat bantu pun, sekurang-kurangnya kurang sikit bebanan memendam seorang diri tu..,”
“Kak, macam mana nak terus berukhwah, bekerja dan belajar dengan sahabat-sahabat sendiri yang kita benci?,”
Saya terkaku seketika. Dada saya berdebar. Risau saya dengan perkataan ‘benci’ tu. Lebih-lebih lagi Irwan mempunyai hati yang sangat lembut. Tapi AWAS! Jika hati lembut itu dah menerbitkan bahang-bahang kebencian, boleh bawa mudharat juga pada hatinya. Tak mustahil hati yang lembut bertukar keras. Tak mustahil wajah yang tenang bertukar bengis.
“Yang pertama, kita kena betulkan niat. Kita berukhwah, bekerja dan belajar kerana Allah dan perjuangan Islam. Apa-apa sahaja sifat-sifat buruk dan kelemahan yang ada pada sahabat-sahabat takkan mencarikkan jihad kita untuk teruskan ukhwah. Untuk terus bekerja dan untuk terus belajar. Kita perlu terima hakikat, manusia tidak sempurna.. masing-masing ada kelemahan..masing-masing ada buat salah. Fitrah manusia tidak dapat lari dari buat salah. Kita boleh membenci tapi berpada-pada. Kita benci pada perangainya tapi jangan benci pada dirinya. Bahkan sebagai seorang da’ie yang menggalas amanah terhadap kerja Islam, golongan2 inilah golongan sasaran kita sebenarnya...
“Subhallahh.. Lihatlah qudwah Rasulullah s.a.w. seburuk2 penghinaan yang baginda terima, tapi bangida tidak meletakkan emosi di hadapan tetapi meletakkan perjuangan Islam di hadapan.. Golongan-golongan itulah golongan-golongan yang kita perlu selami hati mereka. Fahami jiwa mereka. Kerana apa? Kerana kita adalah da’ie. Lumrah da’ie berdepan dengan golongan-golongan macam tu...
“Akhlak itu dakwah. Renungi muwassafat tarbiyah yang ke2, matinul khuluk, akhlak yang mantap. Kita jadi seperti pohon mempelam.. orang baling batu, kita bagi buah.. itulah da’ie.. emosi tidak akan menyelesaikan masalah.. Cuma..dalam ukhwah, adab dalam ukhwah bersangka baik. Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar terhadap sahabat..
“Kedua, kalau kita nak marah atau benci pada seseorang, pandanglah terlebih dahulu sekecil-kecil perkara baik yang pernah dia buat pada kita.. itu akan jadi sebab rasa amarah dan benci itu lebur sendiri. Saat itu barulah kita akan sedar, sayang kita padanya kerana Allah dan perjuangan Islam melebihi dari rasa benci itu. kita benci dengan perangainya. Tapi tidak benci pada diri dan hatinya. Sebaliknya kita berdoa, mudah-mudahan Allah suluhkan hidayah pada hatinya. Kita doakan, semoga sedikit kebaikan yang pernah dia buat pada kita itulah yang akan bawa hidayah pada hati dan jiwanya..
“Ketiga..Kita kena comparekan antara rasa tak suka, marah, geram dan rasa berlapang dada, sayang dan sabar, mana lagi baik di sisi Allah dan mendatangkan kebaikan berbanding keburukan?.. Maka, kita pilihlah yang lagi baik di sisi Allah dan yang datangkan kebaikan bersama untuk perjuangan Islam. Marah, benci, suuzhon dan macam-macam lagi perasaan negatif, itu semua adalah strategi syaitan nak lemahkan iman dan hati manusia. Kita ingat, syaitan akan tepuk tangan dan berpesta bila berlaku pertelagahan antara dua orang mukmin yang bersaudara. Sebaliknya, saat kita melafazkan,
..‘wahai sahabatku.. aku mencintai kamu kerana Allah dan perjuangan Islam’.. saat itu juga syaitan jadi lelah, putus nafas, down dan cemburu pada ukhwah Islam ini. Malah saat lafaz ini terbit dari hati kita pada sahabat kita, saat itu juga seluruh alam, para malaikat dan penghuni langit berselawat, bertasbih dan mendoakan ukhwah kita itu kekal berpanjangan hingga ke hari kiamat.. Subhanallah, Allahhu Akbarr..
“Irwan, tiap-tiap kali ada terasa bahang amarah benci itu di hati kita, maka patahkan dan lenyapkan api itu dengan wuduk. Dan saat itu, jika kita berdiri, maka berbaringlah. Jika kita sedang duduk, bangunlah. Maka, padamkan juga api amarah itu dengan kata-kata ini.. “Aku tidak akan marah engkau jika bukan kerana Allah .. aku sayang padamu kerana Allah lebih banyak dari benciku padamu.. sayang aku padamu kerana Allah lebih banyak dari benciku padamu kerana amarah hatiku..
“Akak teringat kisah sahabat, Umar. Saat berjaya menawan seorang tentera kafir, dia sedang memegang pedang, mahu menghunus mati tawanan itu. Lalu tentera itu meludah liur ke wajahnya. Dia jadi sangat marah dan bengis. Lantas dia terus tidak jadi mahu memenggal kepala tentera kafir itu. Lalu tentera itu menyoal, ‘Kenapa engkau tidak memenggal sahaja kepalaku?,”
Lalu jawab Umar, “aku tidak akan memenggal kepala engkau kerana aku marah pada engkau.. Aku tidak akan bunuh engkau kecuali kerana Allah dan perjuangan Islam..”
“Selalulah berdoa.. “Ya Allah, jika kerana aku berdepan dengan golongan-golongan yang membencikan ini yang buat hatiku lebih dekat denganMu, maka teruslah izinkan aku untuk terus berdepan dan golongan2 ini agar hatiku lebih dekat dengan redhaMu.. dan Kau kuatkan kesabaranku untuk menghadapi mereka. Kau campakkanlah rasa kasihan dan rasa sayang pada hatiku untuk lebih mengasihi dan menyayangi  mereka keranaMu dan perjuangan Islam lebih banyak dari rasa benci dan marah yang membinasakan iman anak Adam seperti barah yang mematikan sel hidup dalam badan anak Adam. Aminn..,”

Dia senyap seketika.
“Insya’allah kak. Ana cuba bersabar.. Ana hampir jadi benci dengan mereka kak. Ana sedih dengan ragam sahabat-sahabat yang masih tidak ada kesedarann terhadap amanah yang dipegang,..,”
Lirih sekali mesejnya saat itu. Ya, bagi saya terlampau banyak rasa sayang di hatinya pada sahabat-sahabatnya itu. Lantas, setelah rasa sayang itu bersulam kecewa, maka terbitlah bibit-bibit benci yang puncanya adalah dari celahan bisikan syaitan. Ada-ada sahaja syaitan ni mahu mahu mengambil kesempatan.
Sabda Nabi s.a.w :
“Janganlah kamu memutuskan silaturrahim, jangan kamu berpaling memberi belakang, jangan kamu benci membenci, jangan kamu berhasad dengki. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak harus bagi Muslim meninggalkan tegur sapa dengan saudaranya lebih dari tiga hari..”
-Riwayat Malik, Abu Daud, Nasa’i dan Tirmizi, Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis sepertinya.
“Senjata orang-orang mukmin adalah dengan doa. Selalulah panjatkan doa padaNya. Semoga dengan doa kita pada sahabat-sahabat itulah yang akan membuka pintu hidayah di hati sahabat-sahabat kita itu. irwan banyakkan bersabar ya. Allahhu ma’ak..,”
“Insya’allah kak.. syukranjazilan..,”

Kondisi Izwan
Saya merenung status YM di satu link di list YM saya. Ada tafsiran dari ayat Surah Al-Ankabut..
.. “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”..
-Surah Al-Ankabut : 2
Mendalam maksud ayat tersebut. Adik saya yang seorang ini, orangnya sangat bijak berhijab di sebalik wajah cerianya. Sepanjang saya bekerja bersamanya di dalam satu unit, sedikit sebanyak saya mengenali dirinya. Ramai sahabat-sahabat yang menyukai tingkahnya. Saya tersenyum. Namun, lumrah sebagai seorang ‘amilin, tak lengkap hidup di jalan Allah ini jika tidak bercelah dengan dugaan dan mehnah tribulasi. Bahkan kondisi jiwa sentiasa dalam tarbiyah sebenarnya yang merencahkan suasana jihad dalam hidup kita. Bukankah itu satu kehidupan yang adventure bagi  seorang ‘amilin fillah?
Alhamdulillah, saya sendiri rasa bertuah dan bersyukur sangat. Tiba-tiba dia menegur saya.
“Salam.Kak, ana nak letak jawatan,”
Saya beristigfar. Bukan meningkah. Cuma saya kira sekarang bukan masanya lagi.
“Wslm..Izwan, kenapa? Macam ada masalah sahaja?,”
“Ana ada masalah besar kak,”
“Kongsilah jika tidak keberatan,”
“Kak, result ana jatuh teruk. 1.5. Sebab surat sakit ana lambat sampai ke SKR semester lepas. Jadi, SKR potong result ana..Allahhu Akbarr..,”
Allahhu Akbarr.. sekali lagi adik saya yang seorang ini ditarbiyah Allah. Adik saya ini ada masalah kesihatan semester lepas. Jadi, dengan nasihat doktor, dia perlu extend kuliah. Cuma prosuder nak extend semester itu, suratnya perlu tiba ke meja SKR (sekretariat UM, bahagian peperiksaan) kira-kira sebulan sebelum permohonan lagi.
“Allahhu Akbarr..Macam mana boleh jadi macam tu?,”
“Surat minta extend tu perlu sampai ke meja SKR sebulan sebelum tarikh ana memohon lagi.Tapi, yang ana pelik. Ana hantarkan surat tu bulan 9, tapi surat tu sampai ke meja SKR pada bulan 10. Ana hanya lewat seminggu ketika minggu kuliah,”
“Allahhu Akbarr..Izwan, banyak-banyakkan bersabar ya.Ada hikmah yang Allah nak beri tu. Insya’allah, akak faham. Kalau dengan meletak jawatan itu satu cara yang dapat bantu Izwan, akak menyokong,”
“Ana bukannya nak pinggirkan diri dari gerak kerja kak.Cuma, ana turun jawatan Pengerusi sahaja. Ana tak kisah kena extend. Tapi ana risau mak ayah ana. Ana dah terangkan pada mak ana. Result ana akan jatuh semester ni. Sebab kelewatan surat tu. Mak ayah ana memahami. Cuma, ana tak mahu sedihkan mak ayah ana kak,”
Tiba-tiba dada saya terasa sebak. Seakan dia sedang menangis saat itu. Dingin air matanya terasa bertempias ke hati saya.
“Izwan, kalau saat ini Izwan nak menangis, silakan menangis.Lepaskan semua bebanan yang Izwan simpan dan pendam selama ni,”
“Ana dah nangis ni kak..,” Sejurus itu, ada icon sedih dan menangis yang dia tekan pada YM.
“Allah sedang melarutkan Izwan dalam tarbiyahNya..Allah sedang mentarbiyah Izwa. Allah mahus sentiasa ada dengan Izwan,”
Adik saya yang seorang ni memang pemendam orangnya sebelum ini. Namun, lewat kebelakangan ini, dia sangat suka bercerita. Bercerita dengan sahabat-sahabat dan adik-adik junior tentang pengalaman dirinya berada dalam dunia tarbiyah Allah. Wajahnya selalu berhias ceria sahaja. Memang dia suka buat lawak. Tak kering gusi saya. Suka mengusik juga. Namun, saya tahu, jauh di lubuk hatinya turut ada hati yang lembut. Mudah tersentuh. Walaupun lelaki, tetap ada hati kan? Jadi, buat apa nak ego dan tahan air mata?
“Syukranjazilan kak,”
“Izwan, ada apa-apa lagi nak sharing dengan akak, sharinglah..Sungguhpun akak tak dapat nak bantu, sekurang-kurangnya ringan sedikit beban yang Izwan tanggung itu.Insya’allah, akak pendengar dan pembaca yang baik,”
“Alhamdulillah..ana lebih tenang. Cuma, soal ana nak letak jawatan tadi, itu hanya hajat ana kak.Tapi, waktunya ana tak pasti lagi. Hanya mengusulkannya pada akak. Mahu tahu pendapat akak. Lagipun ana fikir, sudah dekat setahun ana berada dalam unit tarbiyah ini, tapi ana rasa ana tak ada lakukan apa-apa lagi untuk gerak kerja. Jadi, ana tidak akan meninggalkan gerak kerja ini melainkan sesudah ana ada melakukan sesuatu untuk gerak kerja,”
Saya tersenyum. kata-katanya itu melambangkan ketabahan jiwanya. Jiwa begitulah yang Allah mahu tarbiyah. Agar lebih lunak dan lebih dekat denganNya. Teringat Firman Allah S.W.T ;
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : ‘Ya Allah, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Allah, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaiman Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Allah, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami.. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir..”
-Surah Al-Baqarah : 284-286

“Insya’allah, moga Allah permudahkan urusan Izwan. Ada apa-apa masalah, maklumlah pada akak. Boleh sharing dengan sahabat-sahabat dan adik-adik juga.Ukhwah itu sharing. Sharing itu caring,”
“Insya’allah, syukran jazilan kak,”

Kondisi Irham
Melihat sahaja dia sudah online. Terus saya terjah YM dia. Mahu mengenalpasti satu perkara.
“Salam dik,”
“Wslm kak,”
“Irham, apa kondisi adik-adik sekarang?,”
“Apa maksud akak? Ada apa-apa isu lagi yang timbul?,”
Adik saya yang seorang ini masih lagi ‘bersekolah di sekolah menengah’. Belum sampai ke varsiti tarbiyah lagi. Dia memegang ketua pelajar di sekolahnya. Sekolah yang bertanzim. Akhir-akhir ini banyak sangat dugaan yang menimpa dirinya. Iyalah.. tugas sebagai ‘amir’ bukannya mudah. Namun, yang tidak mudah, yang payah, yang susah, yang sukar itulah tarbiyah. Didikan terus dari Allah.
“Macam mana perbahasan untuk kepimpinan baru?Ada apa-apa masalahkah?,”
“Hmm..banyak masalah juga kak. Krisis identiti pimpinan baru. Tak pasti nak kenalpasti siapa yang lebih bagus mahu dinaikkan sebagai pimpinan,”
Allahhu Akbar.. berat ni..Bukannya mudah nak buat pilihan untuk naikkan pimpinan. Bukan semudah nak pilih ketua kelas sewaktu di kelas tadika. Tidak juga semudah nak pilih ketua kelas time sekolah rendah dulu. Amanah sebagai ketua umum pelajar juga umpama menjadi pimpinan di dalam negara. Salah memilih, haru barulah sistem tarbiyah dalam gerak kerja. Lebih-lebih lagi jika tidak sefikrah.
“Irham, konsep menaikkan pimpinan perlu melalui satu perbahasan syura yang jelas, mampan dan mantap. Tidak boleh dinaikkan sesuka hati sahaja. Perbahasan pimpinan perlu telus. Hatta cara dia makan dan tidur juga turut perlu dititikberatkan. Apatah lagi soal ibadah, kecenderungan, akademik, kesihatan dan kemahiran? Perlu lebih jelas. Perlu kenal kriteria pimpinan yang akan dinaikkan. Tidak boleh dibahaskan hanya atas dasar pendapat individu sahaja,”
“Insya’allah, ana cuba yang terbaik kak,”
“Cuma, apabila mahu merencanakan perbahasan kepimpinan, perlu kita meluruskan hati-hati kita dengan Allah dulu. Betulkan hubungan kita dengan Allah. Bersolat hajat dan istikharah. Mohon semoga Allah permudahkan urusan memilih. Biar segala keputusan yang dibuat, semuanya atas bantuan Allah. Semuanya atas kecenderungan yang Allah beri pada hati-hati pembahas. Biar dengan pergantungan sepenuhnya pada Allahj. Apabila kita sudah menetapkan keputusan, maka yakinlah dengan keputusan itu..,”
“Akak, hal perbahasan ni hingga mencetus konflik di antara hubungan pimpinan sendiri kak. Ana sedih juga.Masing-masing nak naikkan pimpinan ikut cita rasa sendiri.Akhirnya kami pula yang berbalah sesama sendiri,”
Saya terkedu seketika. Allahhu Akbarr..
“Hmm.. Irham, sebenarnya taklifan sebagai pimpinan ini tidak diberikan kepada mereka yang ‘mahu’ tapi diberikan kepada mereka yang ‘mampu’. La yukallifullahhu nafsan illa wus’aha.. Cuma Irham fikir kembali.. Sewaktu Irham ditaklifkan sebagai ketua pelajar, adakah Irham memang ‘aim’ jawatan Ketua Pelajar tu? Mungkin kerana hati Irham sendiri tak ada sedikit pun rasa ‘nak jadi ketua’, jadi dengan sebab itulah Allah pilih Irham sebagai ketua. Sebab apa? Sebab Allah tahu Irham mampu. Begitulah juga dalam perbahasan. Jangan jadikan sentimen ‘suka’ dan ‘persepsi individu’ sebagai sebab utama dalam pemilihan pimpinan. Sebaliknya potensi dan kecenderungan seseorang itu yang perlu terlebih dahulu diambil kira sebagai modal perbahasan,”
“Ya kak. Ana dulu pun tak pernah terfikir akan ditaklifkan sebagai ketua pelajar. Bahkan sahabat-sahabat pun tak suka ana jadi ketua pelajar. Ramai yang tak setuju. Kalau ana ikutkan hati, dah lama ana turun jawatan. Tapi, kerana ana faham, amanah ini dari Allah. Akan dikira di awal perlantikan sehinggalah turun jawatan. Malah, akan dihisab sepanjang hayat tentang gerak kerja yang telah dijalankan sepanjang memimpin. Allahhu Akbarr..,”
“Ya, tiap-tiap kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin.. Cuma, jika terasa lemah atau lelah, pastikan, kelelahan itu tidak akan merencatkan jihad kita untuk teruskan perjuangan. Akak teringat satu kata-kata As Syahid Syed Qutb Rahimahullahh,
“Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya manusia di bumi ini.  Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat).. Ingatlah..bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang..”
“Baik kak, terima kasih. Insya’allah, ana akan ingat pesanan akak,”
Saya tersenyum. Apa yang baik dan buruk, semuanya dari Allah. Cuma apa yang buruk itu jadikan sebagai satu wadah untuk kita mendapat hikmah Allah di sebalik apa yang Allah rencanakan.
Alhamdulillah, kita dapati banyak hikmah di sebalik kondisi ketiga-tiga adik saya ini. Semuanya adalah tarbiyah Allah. Allahhu Akbar.. Subhanallah.. Sungguh Allah Maha Memahami hamba-hambaNya. Tidak diberikan tarbiyah melainkan hanya untuk yang mampu menghadapinya. Mana mungkin Allah memberikan taklifan tanpa bimbingan. Tarbiyah yang berbeza tapi hadafnya sama. Menuju ke satu cinta. Cinta Allah. Demi mardhatillah. Tarbiyah untuk membentuk hamba-hambaNya yang biasa menjadi luar biasa. Subhanallah, bukankah rencah hidup seorang ‘amilin itu sangat unit dan adventure? Jawapannya saya pulangkan kembali kepada pembaca..
Dan saya suka memesan kepada diri saya dan diri sahabat-sahabat serta adik-adik, berdoalah agar diri, jiwa dan hati kita sentiasa berada dalam tarbiyah Allah. Dengan itu, insya’allah kita turut berada dekat dengan Allah..
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”                                                                                            
-Surah Attaubah : 41
Saya akhiri catatan kali ini dengan serangkap kata-kata ini..
Tiada Nokthah Tarbiyah Di Jalan Allah..
Hari ini tidak semudah semalam untuk bergelar khalifah..
Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..
Sesekali melangkah gagah, tersenyum megah..
Sesekali melangkah tersadung, rebah menyembah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menuntut kesabaran dan air mata..
Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang benar, jangan digusar pada ANUGERAH TUHAN..
Anggaplah bila sesekali diduga, itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun menjadi khalifah sesempurna insan..
Yang menggalas amanah kerja Islam di pundaknya, juga menjadi mujahid fi Islam abadan fillah..
Kerana kita tak lemah..kerana nahnu Sibghatallah bilIslam..
Kerana kita tak lemah..kerana nahnu Ansorullahh..’
..Birruhhh.. Biddamm.. nafdika ya Allah.. nafdika ya Islam..
Takbirr..Allahhu Akbarr..

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
29 Januari 2011. 10.36 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...