BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 14, 2011

Ziarah Mahbubah ke Bumi Serambi Mekah yg sdg DITARBIYAH..


Di sini saya ingin kongsikan pengalaman turun menziarah bumi tarbiyah Kelantan yang waktu itu penduduknya sedang ditarbiyah Allah. Allahhu Akbarr..
Bukan sahaja penduduk Kelantan yang ditarbiyah Allah. Malah, kami yang membawa delegasi misi memberi bantuan juga turut ditarbiyah Allah ketika dalam perjalanan ke bumi tarbiyah penuh barakah itu. Kami bergerak dari kota metropolitan KL agak lewat. Kerana kereta yang kami akan guna diguna dahulu oleh tuan punya kereta. Mulanya mahu bertolak seawal jam 11 malam. Namun, kerana hal teknikal kereta yang tiba-tiba tak boleh hidup menyebabkan kami pun terlewat bertolak. Setelah enjin ddapat dihidupkan, kami pun memulakan perjalanan.
Namun, tak sampai setengah jam bergerak, ketika mengisi minyak di stesyen minyak, tiba-tiba minyak yang diisi penuh. Malah ada titisan minyak yang menitis-nitis dari bawah kereta. Agak lama juga situasi itu berlarutan, sehingga kami mencurah air. Saya ketawa sendiri. Di dalam hati mengulang zikrullah pada kebesaran Allah yang merencanakan sekecil-kecil dan sebesar-besar ujian. Ujian untuk menilai hamba-hambaNya. Sejauhmana kuat untuk merintangi segala ujianNya demi menjayakan misi gerak kerja Islam.
“Adik-adik sekalian, ini baru ‘checkpoint’ kedua.Kita nak turun menziarah, nak buat kerja Islam, kalau Allah letakkan kita dalam keadaan selesa, nyaman, tak ada masalah, sure perjalanan ni tak ada adventure kan?Tak gitu Amir?,”
Adik-adik yang bersama saya semuanya ketawa. Amirudin hanya mengangkat bahu. Tersenyum dia mendengar kata-kata saya. Buatnya tak. Baru sahaja minggu lepas dia kemalangan bersama Safwan sewaktu perjalanan pulang ke rumah ke Kuala Berang. Sedikit sebanyak, fobianya itu masih ada. Bila lagi nak tahu keberanian diri tatkala berdepan dengan ujian Allah? Di kala diuji Allah juga kita dapat menilai diri sendiri juga. Samada kita kuat tak untuk berdepan dengan ujian Allah. Sekecil-kecil ujian yang datang, adalah untuk berdepan dengan sebesar-besar ujian yang akan datang di hadapan nanti. Lihatlah. Allah sudah menyediakan diri kita untuk lebih bersedia. Jadi,Allah sediakan ujian kecil dahulu, agar kita menjadi yakin untuk berdepan dengan ujian yang lebih besar.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”                           - 2 : al-ankabut
“Ya kak.Dayah rasa, Allah pun nak tegur kita ni kak.Kita ni nak berjalan jauh tapi kurang persediaan.Sepatutnya kita check dulu kereta ni ok ke tak.Tengah-tengah malam tadi, barulah dapat tau kereta ni ada masalah,”
Saya mengangguk sendiri. Lebih kesal bila penutup minyak pada kereta tidak ada. Amat berisiko kereta itu untuk berlaku apa-apa kemalangan jiwa. Malang sunnahnya tidak berbau. Jika dah terkena, itu salah sendirilah tak berhati-hati. Edi segera mengambil plastik dan getah sayur untuk mengikat penutup minyak itu. Hmmm..dalam keadaan genting macam ni, rupanya plastik yang memang bernama sampah dan getah sayur itu juga yang jadi penyelamatnya. Hmm..saya rasa, lepas ni tak perlu kot hapuskan plastik secara besar-besaran. Moga ada gunanya untuk hal-hal kecemasan.
Akhirnya berbekalkan tawakal, kami meneruskan juga perjalanan. Alhamdulillah tiba di bumi tarbiyah kira-kira jam 9.30pagi. Ini pertama kali saya melihat bumi Kelantan ditenggelami air. Kalau sebelum ini, saya hanya biasa berpengalaman banjir di kawasan tempat saya di Kota Kuala Muda sahaja. Bertuah pula saya dapat melihat sendiri suasana banjir di bumi tarbiyah ini.
Sewaktu tiba di bumi Kelantan ini, air banjir masih ada di sekitar jalan. Menyebabkan kami yang berada dalam kereta terpaksa meredah juga air itu dengan kereta. Kiri kanan, rata-rata rumah, kedai, pejabat pos, sekolah, semuanya dibanjiri air. Hari pertama itu, kami tidak memulakan operasi dahulu. Kami terlebih dahulu mengenalpasti tempat-tempat banjir.
Sesekali ada juga kelihatan anak-anak kecil berkejaran di dalam air. Seronok betul mereka main air. Macam pesta air pula. Ada yang berbasikal juga meredah air. Ada juga yang kelihatan seronol mengayuh sampan dan bot. Ibu bapa juga tak putus-putus mengawasi anak-anak mereka bermain. Yelah. Malang tidak berbau. Perlu berjaga-jaga. Kami sempat juga merakamkan beberapa gambar sepanjang perjalanan ziarah itu. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kami berziarah.

mengharung air ketika perjalanan ke Pasir Tumboh



budak-budak bermain air, bagaikan pesta air bagi mereka


penduduk kampung terpaksa menolak van
yg tiba-tiba mati di tengah jalan sewaktu mengharung air


jalan yang ditenggelami air










sekolah turut ditenggelami air


kanak-kanak riang bermain air


rumah yang dinaiki air

lagi rumah yang dinaiki air


sewaktu melalui jalan ini, kereta kami turut dimasuki air


kiri kanan jalan yang ditenggelami air



Sedutan untuk ziarah mad’u, bolehlah sahabat-sahabat baca pada artikel yang tersiar di Umtoday.blog.com tentang ziarah kami, wakil-wakil PMIUM di bumi serambi Mekah ini.

Berita, Nasional, Peristiwa, Utama | J000000Monday11 26, 2010 by umtoday | 0 Comments

hulurkan tangan ringankan beban

Jan 10, Kelantan : Sekumpulan Mahasiswa Universiti Malaya yang juga ahli Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengambil inisiatif membantu mangsa banjir di beberapa tempat di Negeri Kelantan Darul Naim.   
Mereka diberitakan memberi beberapa bantuan keperluan asas seperti minyak masak, gula, dan pelbagai lagi bentuk makanan kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.

bergambar bersama kak Na yg sgt peramah

PMIUM dimaklumkan telah mengunjungi beberapa buah rumah yang terletak di kawasan Parlimen Pasir Tumboh yang dikhabarkan antara kawasan yang paling teruk ditenggelami air pada musim tengkujuh tahun ini di Kelantan.  
Menurut salah seorang mangsa banjir yang ditemui, Encik Rashid (gambar kiri), beliau terkejut dengan kedatangan beberapa mahasiswa yang secara tiba-tiba mengunjunginya setelah baru-baru ini didatangi oleh Ahli Parlimen Pasir Tumboh, YB Ahmad Baihaki.

bergambar bersama pak rashid dan anaknya


“Pak cik bersyukur dengan kedatangan anak muda ini, mereka memberi bantuan yang tidak seberapa namun kunjungannya yang penuh kemesraan membuat pak cik dan keluarga rasa terharu.”
“Kawasan rumah pak cik dekat dengan sungai, jadi tiap tahun rumah kami akan naik air. Namun, kali ni kami sudah bersedia menghadapinya.”
Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Rashid juga menyatakan bahawa banjir yang berlaku kali ini adalah yang terbesar dalam pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

rumah pak rashid yg sering dinaiki air

“Sebelum ni paling besar berlaku, dua kali 1984.. sebelum Tok Guru pegang.. Dan ni la yang paling teruk pernah kami tengok lepas Tok Guru pegang negeri.”, jelasnya yang mempunyai 10 orang anak namun kini tinggal 7 orang disebabkan 3 daripadanya mati lemas serentak di sungai berdekatan rumahnya beberapa tahun lalu.
Menurut salah seorang salah wakil kumpulan tersebut, Mohd Amiruddin, Tahun Dua Siasah Syariyyah, beliau bersyukur kerana diberi peluang untuk menyampaikan bantuan amal kebajikan kepada penduduk-penduduk yang mengalami malapetaka yang semestinya tidak diingini semua orang.

alhamdulillah, ukhwahfillah menyatukan kita

“Saya bersyukur kerana diberi keizinan bersama rakan-rakan untuk turun ke Kelantan bagi membuat amal kebajikan ini setelah melihat paparan di media massa yang memaparkan berita mengenai keadaan banjir di beberapa buah negeri.” 
“Kami merancang nak ke Terengganu jugak tapi memandangkan keadaan (di sana) makin pulih dan jalan dari Kelantan ke sana ditutup, kami hanya sempat mengunjungi kat sini saja.”
Menurut seorang lagi wakil PMIUM, Edikoup Lakip Sediyanto, Tahun Satu UM, beliau pula berasa terkilan kerana tiada seorang pun wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) yang sanggup turun padang membantu.
“Saya hairan.. adakah ahli MPMUM tidak terpanggil melihat kesusahan dan kesukaran yang dialami (mangsa banjir). Paling tidak pun, hantar peruntukan melalui PMKUM (Persatuan Mahasiswa Kelantan UM) pun ok.”


adik-adik penyambung generasi.. kecik-kecik berenang
dlm lautan banjir, besar-besar nanti i'allah, menjejak langkah
ke menara gading..balik berbakti pada bumi tarbiyah..
insya'allah..

Tambahnya,”Tanggungjawab sebagai mahasiswa bukan sekadar di kampus, masyarakat juga ternanti-nantikan sumbangan kita kepada mereka terutama mahasiswa UM yang dipandang hebat di mata mereka.”
Sementara itu, sehingga hari ini, keadaan banjir di Kelantan pagi ini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara turun kepada 3,190 orang berbanding 3,579 orang yang dilaporkan malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, jumlah pusat pemindahan yang dibuka masih kekal 22 buah sebagaimana malam tadi iaitu membabitkan daerah Kota Baharu, Tumpat dan Pasir Mas.

banjir yg membawa tarbiyah Allah kpd hamba

“Seramai 3,190 mangsa membabitkan 970 keluarga masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah negeri ini.
“Berdasarkan cuaca cerah dan panas kini, mangsa dijangka dibenarkan pulang secara berperingkat apabila keadaan banjir semakin pulih,” katanya.
Beliau berkata, tujuh laluan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu enam di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat.
“Enam laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan di Pasir Mas ialah KM3 Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (jalan lama) Kampung Siram, Pohon Tanjung-Meranti, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan KM24 Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang.”
“Dan satu laluan ditutup di Tumpat iaitu KM6 dan km 9 Jalan Cabang Empat Kampung Jambu/Meranti,” katanya.
PMIUM diberitakan menghantar sekumpulan mahasiswa untuk menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan minggu lalu. – UMtoday.

Tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang menerima. Hulur-hulurkan tangan, ringankan beban. Jabat-jabatkan tangan, jinjing dan pikul. Genggam-genggamkan jemari mad’u, rantaikan ukhwahfilIslam, ukhwahfillah ila jannah. Siapa lagi yang perlu berada dekat dengan mad’u jika bukan kita? Bila lagi nak mulakan misi berada di lapangan masyarakat, berkongsi kisah dan sendu? Bukankah ingin diri menjadi da’ie di hati mad’u? Jadi, sifirnya da’ie perlu menawan hati mad’u terlebih dahulu. Itulah namanya mad’u di hati da’ie. Subhanallah..indahnya Islam. Indahnya ukhwah dalam Islam. Bahu membahu, itulah budaya kita. Memenuhi tuntutan sabda Rasulullah S.A.W,
“Sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dalam usaha untuk menunaikan keperluannya (dan Baginda mengisyaratkan dengan jejarinya), adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjidku ini selama dua bulan..,”    
[Hadis riwayat Hakim dan Tabarani daripada Ibn. Abbas]
“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim daripada satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya daripada satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang member kemudahan kepada orang yang berkepayahan, Allah akan memberikannya kemudahan di dunia dan akhirat. Siapa yang menjaga rahsia seorang muslim di dunia, Allah akan menjaga rahsianya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong hambaNya selagi hambaNya itu menolong saudaranya..”
[Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’I, Tirmizi dan Ibn. Majah]
Wallahhu’alam..
Kolej Kediaman Kinabalu (8th),
14 Februari 2011, 2.13 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...