BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 3, 2011

Edisi Bedah Buku: La Tahzan (Dr.Aidh AlQarni) : Tajuk 5:Jadikan Kritikan Tajam Sebagai Penghormatan




Edisi Bedah Buku
La Tahzan :- Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni
Tajuk 5 : Jadikan Kritikan Tajam Sebagai Penghormatan
Saya berada di Puncak Sungai Lui saat menuliskan catatan ini. Dah lama rasanya jemari saya ini tidak berkomunikasi dengan fikiran saya. Dah lama tidak bergabung untuk mencoretkan kisah dan bait-bait kata yang indah-indah. Yang bisa memberikan sesuap hikmah kepada hati-hati yang membaca catatan ini. Dah lama rasanya saya ‘bercuti’ dari menulis. Awal bulan Mac ini saya hanya penuhi blog saya dengan kisah cerpen tulisan saya yang telah saya siapkan sebulan sebelum ini juga.
Hmmm..menyingkap di sebalik tirai perbincangan. Betulkah manusia mudah lupa? Mungkah manusia buat-buat lupa? Atau semestinya manusia memang fitrahnya selalu lalai dan melakukan kesalahan? Ya, itu saya akui. Manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Lebih-lebih lagi seorang da’ie. Amat perlu berhati-hati di dalam tindakan. Kerana imej dirinya sebagai seorang da’ie amat dipandang tinggi oleh mad’u. Sekiranya ada cacat cela @ kelompangan, celanya itu pasti akan terpalit pada seluruh da’ie. Ini saya akui, kerana apabila seorang da’ie melakukan kesalahan walau kesalahan kecil, pasti akan jadi amat terang pada pandangan mad’u. Dan itu akan dijadikan sebab seorang da’ie itu tidak dapat menjadi rule model yang baik disebabkan kelompangan-kelompangan yang jahar pada dirinya.
Namun awas da’ie! Perlu ada kesedaran untuk menjaga sebaik-baiknya etika dan disiplin sebagai seorang da’ie. Namun mad’u juga jangan sewenang-wenangnya menuding jari pada da’ie tanpa memandang hikmah di sebalik kecuaian da’ie tersebut. Kadang-kala kesalahan yang dilakukan seorang da’ie adalah untuk menjadi hidayah dan hikmah untuk da’ie. Namun kepada daie, kita sebenarnya tidak ada alas an untuk membela diri kita dari kritikan seorang da’ie. Jadi, terimalah kritikan, buat perubahan, baiki diri dan jadi da’ie yang lebih baik.
Situasi 1
“Akak, seronoklah berusrah dengan akak. Akak ni rajin, mantap, banyak idea dakwah. Akak, kalau akak nak tahu, akaklah idola kami semua,” ujar Natrah.
Kamalia mula turut menyampuk. “Iyela kak. Kami suka dengan akak. Akak tak hipokrit. Kami rasa akak ni dah macam kakak kami. Kak, doakanlah agar kami sentiasa istiqamah di jalan dakwah ini,”
Suraya tersenyum. “Ish..lebih-lebih la pujian adik-adik tu. Akak tidak ada apa-apa pun. Akak seorang yang banyak kelemahan,”
“Insya’allah kak, Segala kelompangan dan kekurangan, kita boleh baiki besama-sama,”
“ Ya Masyitah, enti betul,”
Di dalam satu majlis ilmu di dalam satu program, seorang ustaz yang masyhur sedang memberikan ceramah. Suraya turut membawa anak-anak usrahnya bersama-sama dengannya di dalam kuliah tersebut. 
“Baik, enti yang pakai tudung kuning kat baris kedua tu, apa maksud ‘assyams’?,’
Suraya terkejut hingga tergagap-gagap mahu menjawab.
“Err..assyams mksudnya annur,”
“Hah? Macam mana assyams boleh jadi annur pulak?Ni naqibah ni..ohh…tak boleh jadi naqibah macam ni nih.. assyams maksudnya matahari..bukan cahaya,”
Suraya baru tersedar dari kesilapannya. Dia terus terdiam. Merasa malu dengan anak-anak usrahnya saat itu. Anak-anak usrahnya pula hanya terdiam. Kadang-kadang Allah bagi kita tersilap untuk orang lain lebih ingat dan peka dengan sesuatu perkara itu.
“Kak, terima kasih,”
“Tetapi untuk apa?,” Suraya pelik.
“Sebab kerana kesilapan akak hari tu buat kami tak lupa maksud assyams,”
Suraya akhirnya membungakan senyuman. Dadanya kembali terasa lapang. Rasa down tadi serta merta terpadam. Namun jika situasi ini berlaku pada kita, perlu diingatkan pada diri untuk jadikan teguran itu juga sebagai satu pedoman untuk kita lakukan perubahan yang lebih baik.
Situasi 2
“Eh, enta ni dah berapa kali ana ingatkan untuk tolong pergi libry carikan buku ni. Ana dah tolong carikan list buku pun enta tak boleh lagi nak pergi cari buku-buku tu. Harap selalu sangat buat usrah la, join program la, budak masjid. Tapi bab amanah, tak lulus jugak,”
Kata-kata Ramli itu umpama seperti buluh tajam menikam ke jantung Ali. Ali tersentak. Memang akhir-akhir ini Ali banyak komitmen dengan program-program persatuan. Jadi dia sejenak terlupa pada amanah, pada kerja khusus yang telah dibahagikan antara mereka sebelum ini.
“Iyela.. ana minta maaf. Ana terlupa. Insya’allah, ana cari buku tu nanti ya,”
“Nanti..nanti.. entah bila nanti tu tak tahu la..Ali, enta tak berjaya dalam memegang amanah, akan jadi aib pada aktivis dakwah tau,”
Sekali lagi kata-kata itu menyentakkan jantung hati Ali. Dan Ramli terus beredar dengan bengang. Jika kita berada dalam situasi ini, jangan emosi untuk pertahankan diri. Sebaliknya muhasabah kata-kata sahabat kita itu sebagai saut kritikan yang akan membetulkan kesalahan kita. Kita da’ie, memang sepatutnya sentiasa berhujan dengan kritikan. Agar jiwa kita sentiasa terdidik untuk selalu membuat perubahan yang lebih baik.
Situasi 3
“Enti ni buat kerja apa hingga balik lewat malam ya tiap-tiap hari? Pastu tidur lewat malam-malam. Pastu bangun pun lewat. Subuh selalu la tercicir. Macam ni ke nak jadi contoh pada mad’u? siang malam aktif berdakwah, tapi diri sendiri tidak terdakwah,”
Jika sehingga begini kroniknya masalah itu, maka perlu kembali renungi. Apa sebenarnya gerak kerja dakwah yang dilakukan itu? Adakah ia benar-benar gerak kerja dakwah? Ini kerana jika ia benar-benar gerak kerja dakwah, maka semestinya ia tambah buat kita dekat dengan Allah. Bukan semakin menjauhkan kita dari rahmat Allah.
Situasi 4
“Ana ada bukti enti couple. Siang malam bergayut call dengan muslimin. Tengah-tengahmalam bermesej-mesej hal yang tidak ada senarai dalam gerak kerja. Lepas tu, siap kejutkan muslimin tu bangun qiam lagi. Bagus dakwah enti. Enti tau tak enti tu pimpinan? Apa yang enti buat tu akan jadi fitnah pada gerak kerja dakwah persatuan. Sekarang enti mengaku atau tidak enti ada hubungan dengan muslimin tu?,”
Laila masih diam. Azhar segera mengemukakan bukti yang sangat nyata dan jelas. Perlahan-lahan Laila mengangguk dan mengakui kesalahannya. Saat itu mereka hanya bertujuh. Pimpinan muslimin 4 orang. Pimpinan muslimat 3 orang. Memang wajar hal itu diselesaikan secara telus begitu di kalangan pimpinan. Lebih baik selesaikan di peringkat pimpinan sebelum hal itu jadi fitnah di kalangan sahabat-sahabat segerak kerja dan jamaher khususnya mad’u.
Berapi Azhar berteluskan perkara itu. hal itu bukan hal main-main. Masalah ikhtilat di kalangan pimpinan akan terbitkan kesan yang lebih teruk pada mad’u. Laila jadi marah dengan Azhar. Dia terus sahaja boikot Azhar yang merupakan rakan sepimpinannya. Sejak itu apa-apa sahaja urusan semuanya dia akan menghubungi pimpinan muslimin lain. Sehingga Azhar pula yang rasa down. Namun masing-masing tak mahu mengalah.
Dalam organisasi kepimpinan, perlu ada ketelusan dalam masalah yang dihadapi. Nak tegur pimpinan ada caranya. Cuma kita yang perlu menerima krtikan itu sebagai teguran dari Allah. sahabat-sahabat menegur kita adalah untuk memperbaiki diri kita dari terus berada dalam kesalahan. Fikirkan semula samada kita marahkan teguran sahabat kita atau kita marahkan teguran Allah? Sedangkan makhluk Allah hanyalah orang-orang yang menjadi sandaran hikmahNya. Sama-sama fikirkan..
Saya akhiri catatan kali ini dengan kata-kata tulisan dari Dr.Aidah..
‘Waspadalah terhadap apa yang mereka katakan, kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. bersikaplah seperti batu batan, tetap kukuh berdiri meskipun diterpa butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat dan justeru itu dia makin kukuh kerannya,”
Apa yang paling penting, kita sebagai da’ie perlu menjaga disiplin diri, hatta sekecil-kecil hal, kesalahan, pasti akan dipundakkan di bahu kita. Teringat pula saya pada disiplin pemakaian topi keledar di kawasan UM ini. Adakalanya pelajar-pelajar yang berulang dari mana-mana tempat ke kolej tidak memakai topi. Malah pengawal keselamatan pun dah bagi warning, tapi tetap masih ada yang tidak menghiraukannya. Ingat, kita sebagai da’ie jika tidak mampu berdisiplin dengan amanah sekecil memakai topi keledar ketika membonceng motorsikal, tetap juga akan dipandang oleh mad’u. Kesalahan tetap kesalahan, walaupun bagi muslimat yang meringan2kan aurat, tidak bersarung kaki sewaktu ke dewan makan dan surau.
Segala yang baik, semuanya dari Allah. yang lemah itu dari kesilapan ana. Segala coretan juga sebenarnya adalah pesanan untuk diri ana juga.
Wallahhu’alam..



Puncak Sungai Lui, Hulu Langat
22 Mac 2011, 17 Rabi’ulAKhir 1432H, 5.24 p.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...