BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 28, 2011

Edisi Bedah Buku: La Tahzan (Dr.Aidh AlQarni) : Tajuk 6 : Berharaplah Akan Redha Allah Semata



Edisi Bedah Buku
La Tahzan :- Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni
Tajuk 6 : Berharaplah Akan Redha Allah Semata
..Berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata, maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan terusik oleh kebencian mereka dan tidak akan merasa terancam oleh perlakuan keji mereka! Anda harus bersyukur kepada Allah kerana berbuat baik ketika orang lain di sekitar anda berbuat jahat. Dan , ketahuilah bahawa tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah.. – Dr. Aidh Al-Qarni.
Situasi
“Aku sudah tak percayakan kau lagi. Oohh..baru hari ini kenal siapa kau. Hanya tahu ambil kesempatan sahaja. Mentang-mentanglah aku ini sahabat kau, kau berani permainkan aku?,”
Naim sudah tidak mampu menahan amarah. Sudah masuk kali ini, Manan culas lagi pada kerja khusus mereka berdua. Jenuh letih Naim mengatur masa, berkejaran ke sana ke sini hanya kerana mahu menyiapkan kerja khusus mereka yang masih belum selesai. Sedangkan Manan kerap kali culas dan tidak beri kerjasama.
“Naim, kan aku dah cakap, bukan aku saja-saja tak dapat komit;. Kau tolonglah jangan cakap aku permainkan kau. Aku tak terniat pun nak permainkan kau. Aku hargai kau sahabat aku. Aku sayang kau Naim. Kau satu-satunya sahabat yang banyak support aku. Banyak cover kerja-kerja esimen aku. Sungguh, aku tak tahu macam mana nak jelaskan kondisi aku pada kau. Sedangkan kau pun maklum kesibukan aku dengan kerja-kerja persatuan,”
“Aku faham komitmen kau pada kerja-kerja persatuan tu lebih menuntut tapi kau boleh tak kalau ada rasa amanah sikit pada kerja-kerja akademik kita ni? Takkan kau hanya nak harapkan aku untuk cover kerja-kerja kau? Aku seorang sahajakah yang nak grad tahun ni? Tolonglah Manan, jangan buat alasan. Kalau aku ikut hati, aku boleh buat report kat lecturer untuk bagi markah 0 kat kau. Kau tak tolong apa-apa. Tolong menyusahkan aku sahaja,”
Naim menghempas ke meja kertas kerja akademik mereka yang ditolak oleh Prof Aril. Dia pantas berlalu keluar dari bilik Manan. Manan terkedu. Terkelu sejuta kalam.
..Astagfirullahh..
Air matanya pantas menitik-nitik laju. Memang inilah yang dia jangkakan yang akan berlaku. Teringat dia pada saat pertama kali mereka berkawan. Naim menghulurkan tangan padanya.
“Naim Aiman. Salam taaruf,”
“Ohh..Abdul Manan,”
“Manan, bolehkah kalau aku jadi sahabat kau?,”
Manan terdiam. Agak pelik dia dengan manusia bernama Naim Aiman ini? Macam melamar pula gayanya. Lambat-lambat Manan tersenyum tersipu. Bagai anak dara dilamar putera raja.
“Aku takut mahu menerima kau sebagai sahabat aku Naim. Aku takut kau kecewa dengan aku. Aku takut ukhwah kita diuji, dan kau tinggalkan aku,”
Naim tersenyum.
“Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Itu bidalan. Hadirnya aku di sini adalah untuk menjadi sahabat kau. Aku mahu membantu kau. Aku mahu membahu dan berkongsi segala suka dan duka bersama kau,”
“Betulkah begitu Naim?,”
Naim mengangguk. Manan akhirnya bersetuju. Memberi ruang untuk Naim menjadi sahabatnya. Awal-awal ukhwah mereka saling memahami. Naim memang banyak membantu Manan. Lebih-lebih lagi saat Manan ditaklfikan sebagai pimpinan tertinggi persatuan kampus. Namun akhirnya ukhwah mereka tidak dapat bertahan juga akhirnya dan Naim jadi marah pada dirinya.
Manan merenung kertas kerja itu. Dia mencapainya dan memeriksanya. Dia pantas membetulkan segala kesalahan yang ditanda Prof Aril. Esok pagi-pagi dia sudah terpacak di hadapan bilik Prof Aril. Akhirnya kertas kerja itu diterima Prof Aril.
Tiba di bilik, Manan pelik sendiri. Naim sedang berdiri di hadapan biliknya. Dia melihat kiri dan kanan. Tiada sesiapa pula.
“Kau ada tunggu sesiapakah kat sini?,”
Naim merenung ke wajahnya.
“Aku nak ambik kerja kerja semalam. Maaf aku tertinggal,”
Manan tersenyum. Dia membuka kunci biliknya dan mempersilakan Naim masuk.
“Aku dah hantarkan pada Prof pagi tadi. Prof dah terima,”
Kata-kata itu buat Naim terbungkam. Manan buat tak tahu.
“Ohh..yeke. Terima kasih. Manan, kau dah makan?,”
Manan diam. Akhir-akhir ini dia kekeringan duit. Jadi dia mengikat perut sahaja pada hari-hari selain hari isnin dan khamis. Kerana pada hari isnin dan khamis Manan lebih suka berpuasa sahaja. Menginap di kolej kediaman kedua belas ini perlukan modal juga untuk makan. Tapi aulawiyat kewangan adalah pada gerak kerja persatuan. Jadi sebagai pimpinan persatuan, selayaknya Manan memberikan sepenuh komitmennya pada gerak kerja persatuan. Kewangannya juga didahulukan pada persatuan jika punya masalah penyelenggaraan kewangan.
“Eh Manan, aku belikan nasi untuk kau ya,” Naim faham sangat dengan maksud diam Manan itu.
“Naim, tak perlu susah-susah. Petang ini aku ada iftor persatuan. Makanan disediakan persatuan. Jadi aku tak nak membazir. Makan sekali dah cukup untuk bagi aku tenaga untuk terus bergerak kerja dan beribadah. Terima kasih sebab selama ni sudi jadi sahabat aku. Terima kasih sebab selama ni sudi bantu aku. Terima kasih Naim. Hanya Allah sahaja mampu membalas segala jasa baik kau dunia dan akhirat,”
“Manan, kau cakap macam aku ni dah bukan kawan kau sahaja? Aku minta maaf berkasar dengan aku kelmarin,”
Manan tersenyum.
“Naim, lepas ni kalau kau mahu bersahabat dengan sesiapa, maka bersahabatlah kerana Allah, maka kau takkan kecewa saat dikecewakan sahabat kau tu. Kalau kau bersahabat dengannya kerana kesian atau kerana dia semata-mata, maka kau akan rasa kecewa dan marah saat dia buat salah atau dia kecewakan kau. Dan aku rasa lebih baik kau cari orang lain sahaja untuk jadi sahabat kau. Aku dah tak nak kau kecewa dengan aku. Aku dah tak nak menyusahkan kau,”
“Manan, jangan macam tu. Aku emosi kelmarin. Aku minta maaf Manan,”
“Oh ya Naim. Ingatlah setiap titisan keringat dan nafas kau saat bersama aku dan saat bantu aku, aku yakin ada ganjarannya di sisi Allah. Jadi kau jangan risau,”
Dengan kata-kata itu Naim terdiam sendiri.
Tamat.

Begitulah ujian dalam persahabatan. Perlu jelas niat sebenar dalam bersahabat. Teguran untuk membina dan membetulkan sahabat itu bagus. Tapi jangan sehingga berlebihan. Bila kita mahu bersahabat, maka kita akan diuji ketetapan niat kita itu. Samada kita menerima baik buruk sahabat kita itu dengan berlapang dada atau memikirkan yang negatif dan mendahulukan emosi kita padanya? Belajarlah untuk saling memahami. Dan bersahabatlah kerana Allah.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”                                   - 2 : al-ankabut
Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada. Sebaik-baik ukhwah adalah bersangka baik. Setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar iaitu melebih dan mendahulukan sahabat. Jika anda punya sahabat, masih belum terlambat untuk anda baharui niat. Bersahabatlah kerana Allah, dan anda tidak akan kecewa saat dikecewakannya.
Wallahhu’alam..


Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
28 April 2011, 24 JamadilAwal 1432H, 8.45pm.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...