BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 29, 2011

Tetamu Wadie : KUNING SI KUCING EMAS



Dalam saya tercari-cari, siapa tetamu blog saya pada bulan ini, tiba-tiba pagi ini saya memang dikunjungi tetamu yang saya tidak jangka. Sewaktu pulang dari surau selepas subuh pagi tadi, sampai di lobi kolej 8, saya brtembung dengan seekor kucing comel. Kucing parsi. Ada gelang leher berloceng di lehernya. Saya kita kucing comel ini memang bertuan melihatkan bulunya yang kelihatan terjaga. Malah ada loceng.
Namun apabila kucing itu melihat saya, dia terus pula mengikut saya. Dia mengikut saya sehingga ke bilik saya. Serba salah saya dibuatnya. Hmm.. Kesian.. Saya rasa kucing ini milik penyelia kolej. Mungkin tak nak kuning ini buang air dalam rumah, jadi dia dilepaskan berada di luar pintu rumah penyelia sahaja.
Saya ajak dia masuk bilik seketika. Hati saya tersentuh saat dia mengikut saya tadi. Saya sangat sayang binatang. Apatah lagi binatang kesayangan nabi ini. Kucing memang simbolik pada kasih sayang, manja dan belaian. Walau dimarah, ditengking, seekor kucing tetap juga akan bergesel di kaki tuannya. Bukan mahu meminta makanan. Tetapi perhatian dan kasih belai yang dia inginkan. Hmmm..
Saya kira kucing ini kesunyian dan keseekoran. Jadi sebab itulah dia mengikut saya. Hmm..dia memilih saya. Jadi dia adalah tetamu saya yang paling istimewa pagi ini. Sempat juga saya mengambil gambarnya. Beberapa lama dia di bilik saya, saya bermain-main sebentar dengannya. Saya kira dia sangat seronok berada di bilik saya. Sebelum romate saya bangun dan terkejut, saya cepat-cepat habiskan sesi fotografi dengannya. Dia saya panggil KUNING sempena nama kucing ‘adik’ saya. Sempat juga saya bermesej dengan adik saya pasal KUNING kucing kesayangannya sewaktu dia berada di form 3. Dia ceritakan pada saya, KUNING seekor kucing yang ditarbiyah mereka sekeluarga dengan adab dan tatasusila. Sehingga nak buang air pun KUNING akan ke tandas. Setiap malam KUNING akan tidur bersama mereka sekeluarga. Dan saya kira KUNING sangat istimewa kerana sehingga kini dia masih diingati. KUNING kucing tarbiyah, kerana meninggalkan jejak yang positif dalam family adik saya itu yang turut memberi tarbiyah kepada mereka.
Kekadang kita perlu belajar dari kesetiaan seekor kucing. Seekor kucing yang baik pasti meninggalkan kenangan indah dalam hidup kita. Saya juga punya seekor kucing yang berwarna oren keemasan begini sewaktu saya berada di form 3 dulu. KUNING adiks aya itu mengingatkan saya pada kucing saya. Cuma kucing saya, namanya KINING bukan KUNING. Hehe..macam kebetulan pula. KINING saya dia hidup bersama family saya juga sejak dari kecil. Dia suka makan dan minum sama macam kami sekeluarga. Suka minum air kopi. Suka makan buah rambutan. Durian pun dia suka makan. Tikus-tikus kat rumah semuanya lari sebab dia memang seekor pemburu yang cekap. Membunuh tikus tapi tak makan. Hmm..begitulah kita ni. Kalau kita tinggalkan jejak dan kesan yang baik pada orang sekeliling kita, maka kita akan dikenang walaupun sudah tidak ada di dunia ini lagi. Syabas pada semua orang yang berjaya mentarbiyah dan mendidik seekor kucing menjadi kucing yang berdisiplin. Alangkah baiknya jika kita jadi lebih baik dari kucing. Sentiasa menjaga akhlak, etika dan disiplin diri.
Subhanallah..itu sebabnya kenapa Allah turunkan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Kerana melalui manusia, Allah berikan amanah mentadbir dan mengurus alam ini. Sebaik-baik manusia adalah pada hatinya. Baik hatinya, maka baiklah akhlaknya dan kebaikan serta akhlaknya akan terbias pada individu-individu sekelilingnya. Macam berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak akan terbias juga kewangiannya pada kita.
Sekian saya perkongsian saya untuk catatan hari ini.. detik-detik akhir saya sebelum melangkah ke Banting, Selangor untuk sesi praktikal. Jika saya dapat menjadi seorang guru yang baik, maka saya pasti akan meninggalkan kesan yang baik di dalam diri dan jiwa anak-anak murid saya. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ini. Berikut sesi saya bersama KUNING..























ENDING kisah saya dan KUNING sangat sedih. Saya terpaksa hantarkan semula KUNING ke ruang legar lobi kolej8, di luar rumah penyelia. Saya sedar, KUNING bukan milik saya. Saya perlu pulangkan kepada tuannya yang lebih berhak ke atas dirinya. Saat saya mahu tinggalkan dia, dia tak nak saya pergi. Dia tetap nak ikut saya juga. Hmm..Akhirnya saya duduk sekejap dengan dia. Main-main sekejap dengan dia. Kemudian, saya perasan dari tadi dia asyik tolak-tolak gelang loceng di leher dia. Kasihan. Saya pun buangkan gelang itu dari leher KUNING. Dia macam seronok. Hehe.. Kemudian dia main-main, lambung-lambungkan gelang leher loceng dia tu. Dan dalam waktu dia tengah leka bermain itulah saya cepat-cepat larikan diri, kembali ke bilik.
Maaf KUNING, kau bukan milikku.. Moga bertemu lagii.. Salam sayang teramat sayang..


Lagu ini ditujukan
untuk KUNING & KINING yang sudah tiada
dan
untuk KUNING yang baru saya kenal

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
29 April 2011, 25 JamadilAwal 1432H, 9.05am..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...