BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 20, 2011

UM VARSITI CINTAKU..


Sekitar 1,2,3,4,5,6,7,8 Jun 2011
Subhanallahh..Bila masa dipenuhkan dengan agenda seorang guru, agak susah mahu mencari waktu untuk mengisi laman sesawang Wadie AnNurFillah ini.. Astagfirullahh.. Alhamdulillah, saat saya menitipkan tulisan pada kali ini, saya sedang berada di bilik guru SMK Telok Dato’, Banting. Kebetulan hari ini tiada kelas. Kebetulan juga saya membawa puteri (notebook) saya ini. Jadi saya celah-celahkan diri menulis catatan ini. Allah, betapa saya sangat rindu mahu menulis. Kisah terbaru bertajuk Kemilau Tarbiyah Di Langit Cinta juga sudah terbengkalai terlalu lama. Kisah itu saya tak pasti lagi nak jadikan ia cerpen biasa atau novel. Yang penting, ia adalah kisah dari tulisan hati saya. Last saya editkan kisah itu sewaktu pulang ke kampung pada cuti sekolah yang lepas. Rasa bersalah pula meninggalkan kisah itu tergantung terlalu lama. Astagifrullahh..
Hati saya meratib zikir tahmid kepadaNya saat kaki ini diizinNya melangkah lagi ke bumi tarbiyah yang saya cintai kerana Allah. Subhanallah..terasa saat itu UM seperti sedang tersenyum menyambut kunjungan saya. Kunjungan saya ke sini ada beberapa gerak kerja yang perlu saya selesaikan. Yang paling penting, hati saya sudah melonjak-lonjak kerinduan mahu menatap wajah adik-adik saya saat saya berada di Banting lagi. Detikan hati akhirnya mendetikkan doa panjang dari sudut hati yang paling dalam. Berkeping-keping doa hati kugarapkan hanya untuk menyatakan betapa hati ini terlalu rasa syukur padaNya. Dan dengan doa ini  air mata yang tidak terbendung merembeskan gerimis senja. Sama rasanya sewaktu saya menjejak langkah ke bumi Kelantan pada 31 Mei lalu bertemu murabbi dan adik-adik yang saya rindui kerana Allah. Alhamdulillah, biarpun langkah kaki ini adakalanya rasa terseliuh, adakalanya terpecok, adakalanya lutut ini merebah juga ke tanah, namun bibir saya tidak henti-henti menzikirkan tahmid padaNya. Betapa lautan hati ini tidak henti-henti mengombakkan lafaz syukur padaNya kerana masih mengizinkan jejak langkah kaki kecil ini singgah lagi ke lembah tarbiyah ini. Lembah tempat saya ditarbiyah menjadi ansorullah. Lembah saya dikandung, dilahirkan, diasuh, ditarbiyah menjadi saya yang hari ini. Betapa tenang hati saya saat anak mata saya menatap wajah tarbiyah ayahanda murabbi yang berjiwa tarbawi. Rasa tarbawi di bening hati ayahanda seringkan membeningkan air mata di hati saya. Dan saat ini ombak itu kembali berkocak di jiwa ini. Kerinduan kembali terusik pada kalam tenang ayahanda murabbi. Sedetik hati ini melautkan syukur lagi tatkala menatap wajah-wajah adik-adik saya.
..Adik-adikku, kalian adalah mata-mata rantai yang akan meneruskan perjuangan di bumi tarbiyah.. Berusahlah melaksanakan amanah kalian dengan segala kemampuan yang Allah pinjamkan pada kalian. Doa akak tidak putus-putus mengiringi jejak kalian..
..La takhof.. Wala Tahzan.. Innallahhama’ana..
Kali ini saya hanya tersenyum memandang wajah mereka. Terlakar kini riak keyakinan pada wajah mereka. Insya’allah saya yakin dan percaya mereka mampu menggalas amanah tarbiyah ini semampu yang Allah izinkan. La yukallifullahhu nafsan illa wus’aha.. Ayat ini seringkali menghuni di hati. Taujihat tarbiyah dari Dia Yang Agung. Allahhu Akbarr.. Subhanallahh..
 Dan sekali lagi saya merafa’kan rasa syukur tatkala dapat lagi kaki ini menyinggah ke danau bumi tarbiyah UMKL juga.
..UM saksikanlah.. Senyuman syukur rindu ini untukmu..
..Allahhu Akbarr.. Indahnya rasa rindu ini andai segala rindu di hati ini hanya kerana redha Allah. Syukran ya Allah kerana masih memberi keizinan padaku untuk menjejakkan lagi kaki ini  ke bumi tarbiyah ini. Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah.. Siapalah diriku di muka bumi ini jika tanpa amanah ini. Bahkan dengan amanah inilah diri kecil ini merasa berperanan dan beramanah menjadi seorang ansorullahMu ya Allah. Dengan amanah ini juga diri ini merasakan inilah penghargaanMu padaku walaupun amanah ini hanya kecil di basiroh manusia dan dunia. Namun padaku, amanah ini amat berat dan seperti bayang-bayang hitam yang sentiasa akan mengekoriku sehingga bertemuMu di akhirat nanti ya Allah.. Allahh.. Allahh.. Allahh.. Bantulah aku ya Allah.. Tsabatkan aku untuk terus berada di raudhah kasihMu..
Sepanjang saya berada di UM 3 hari itu, Subhanallahh..Jiwa ini sentiasa merasakan tarbiyah Allah tidak pernah jauh dari hati ini. Ya Allahh.. Betapa aku perlukan tarbiyah ini ya Allah.. Inilah kekuatan tarbawi yang sentiasa mencambahkan cinta ini hanya untukMu ya Allah..
Sepanjang 3 malam berbengkel bersama adik-adik tarbiyah saya di UM, saya juga penuhkan jadual saya dengan menanda kertas murid-murid saya. Ke mana-mana sahaja saya membawa timbunan kertas jawapan anak-anak murid yang perlu saya tandakan. Subhanallah, gerak kerja Islam memang lebih banyak dari masa yang ada. Hari ini saya tersenyum bila memikirkan detik-detik saya berada di UM saat itu. Siangnya sibuk menanda kertas. Malamnya masa saya bersama adik-adik dalam bengkel. Dan saya berjaya menahan tidur hanya 2 hingga 3 jam sahaja sepanjang 3 hari berada di UM saat itu. Saya tersenyum. Bukanlah seorang ahli gerakan itu perlu relakan jiwa dan jasadnya ditarbiyah di samping mentarbiyah? Ungkapan itu seringkali menyuntik motivasi jihad pada diri saya. Alhamdulillahh.. Dan saat itu saya merasa sangat puas. Betapa saya rasakan setiap detik masa saya diisi. Semoga semuanya mendapat nilaian ibadah di sisi Allah. Terima kasih pada Hanis, adik saya yang tidak jemu-jemu menemani saya sepanjang malam-malam saya di UM.
10 Jun 2011
Alhamdulillah, akhirnya tepat jam 6.20 pagi, saya akhirnya dapat siapkan menanda kertas anak-anak murid saya yang sebanyak lima kelas itu. Bertakbir saya dengan adik-adik bilik.
..Allahhu Akbarr..
Kemudian barulah saya sibuk-sibuk mengemas pula untuk ke bengkel pengurusan dakwah di ILIM. Alhamdulillah walaupun sedikit tergesa-gesa namun masa saya dapat diuruskan dengan baik. Dalam jam 8.30 pagi saya sudah berada di atas bas on the way menghala ke ILIM, Bangi. Alhamdulillah, saat itu betapa hati saya rasa sangat tenang. Subhanallahh..
Teringat kata-kata pesanan adik-adik saya sebelum saya meninggalkan mereka. Mereka ada menitipkan pesanan agar saya menjaga masa tidur saya. Allahh.. Saya tahu mereka mengambil berat tentang saya, namun saya sendiri tidak ada pilihan masa. Subhanallah, gerak kerja itu lebih banyak dari masa yang ada. Insya’allah saya yakin, masa itu akan bertimbal balik. Saya yakin, bahawa Allah sudahpun menyediakan waktu lapang saya pada waktu lain. Sama juga dengan waktu rehat saya. Jika suatu saat itu, saya sibuk, insya’allah saat itu juga sebenarnya Allah sedang menyediakan waktu rehat saya di masa yang lain. Dan waktu rehat yang paling abadi adalah saat memejamkan mata meninggalkan kesibukan dunia untuk bertemuNya di akhirat. Allahhu Akbarr.. Subhanallahh..
..bertanya seorang lelaki kepada seorang da’ie, ‘sampai bila kau akan melelahkan diri dan menyibukkan dirimu dengan urusan dakwah?’.. ‘sesungguhnya aku menunggu kerehatan yang abadi di syurga Allah..
Jika sahabat-sahabat lain perlu selesaikan dan fokus hal-hal berkaitan praktikal mengajar tanpa komitmen lain, berbeza dengan saya yang setiap masa perlu meranduk sungai, meredah onak, mengharung lanyau dan selut untuk selesaiakan segala amanah-amanah saya. Subhanallahh..Walhamdulillahhh.. Itulah tarbiyah buat saya. Untuk apa mengaku ansorullah, jika diri tidak tahan ujian. Anggap saya larian jihad ini sebagai larian marathon untuk Allah dan perjuangan Islam.
..Subhanallahh.. Walhamdulillahh.. Walaa ilaa ha’illallahh.. Wallahhu Akbarr..
Berikut adalah maklumat berkaitan ILIM
Objektif Bengkel Pengurusan Dakwah
1-      Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan dakwah yg strategic.
2-      Memberi kemahiran mengenai perancangan dan strategi dakwah yg berkesan.
3-      Membina keyakinan berdakwah mengikut keperluan dan cabaran semasa.
Antara pengisian-pengisian sepanjang 3 hari kami SMPI praktikal berkampung di Ilim :-

Slot 1 : Kepimpinan Da’ie ke Arah Transformasi Insan.
Penceramah : Us Mohd Fadzil Bin Abu Kassim
Kpp Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam (ILIM)

Komen penulis : Yang sempat saya tulis di kala anak mata saya gagahkan berlawan dengan rasa kantuk berikutan hampir seminggu lebih ini saya tidak lelapkan mata pada malamnya.
1-      Dakwah perlu ada strategi yg tersusun. Perlu ada pengurusan yang cekap dan mantap merangkumi amar makruf nahi munkar, ajaran Islam, akhlak Islam, keamanan dan kesemua usaha ini menuju kepada Negara Islam.
2-      Malaysia dalam konteks dakwah adalah sebagai sejarah, masyarakat, pemerintah dan markaz kekuatan.
3-      Strategi laut biru lawan laut merah. Laut biru lebih baik. Laut merah banyak persaingan yang mengakibatkan pergaduhan dan berlaku pertumpahan darah.

Slot 2 : Cabaran dan Strategi Dakwah Masa Kini dan Masa Hadapan.
Penceramah : Dr. Mohd Fuad Yeoh

Komen penulis : Yang sempat saya tulis di kala anak mata saya gagahkan berlawan dengan rasa kantuk berikutan hampir seminggu lebih ini saya tidak lelapkan mata pada malamnya.
1-      Dakwah perlu berpandukan metodologi yang mantap dan kreatif. Perlu disusuli dengan asas-asas dakwah melalui hikmah mau’izah hasanah, cinta dan kasih sayang, berpaksi pada kebenaran dan lain-lain.
2-      Dakwah perlu bermula dengan lembut seperti ‘menghalau kelkatu dari hampiri api yg sedang membakar’.
3-      Da’ie perlu kenalpasti kelemahan diri. Perlu ada usaha untuk berubah sebelum membetulkan anak-anak murid.

Slot 3 : Metodologi Dakwah Kepada Non Muslim.
Penceramah : Tn. Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester

Komen penulis : Yang sempat saya tulis di kala anak mata saya gagahkan berlawan dengan rasa kantuk berikutan hampir seminggu lebih ini saya tidak lelapkan mata pada malamnya.
1-      Terdapat kelemahan da’ie, kerap berlaku salahfaham antara mad’u. Contoh pada Muslim yang baik hanya pada luaran atau indahnya wajah dan kata-kata. Contoh : Seperti seorang kristian mahu memeluk Islam, dia pergi bertemu ustaz itu. Malangnya ‘ustaz’ meminta dia pulang ke rumah dan fikir-fikir masak-masak dulu. Hingga tiga kali dia disuruh balik rumah dan fikir-fikir masak-masak. Akhirnya orang Kristian tadi tu mencari ustaz lain yang lebih berautoriti dan diyakini untuk memeluk Islam.
Persoalan : Bolehkah orang Kristian tadi memeluk Islam di tangan orang yang dia temui?
Jawapan : Boleh. Bawa dia ke masjid atau menjadi saksi dia mengucap dua kalimah syahadah dan kemudian barulah bawa dia ke pejabat agama dan melalui prosuder yang sebetulnya.

Slot 4 : Pengurusan Dakwah.
Penceramah : Us Razidah Binti Adam (Ilim)

Komen penulis : Yang sempat saya tulis di kala anak mata saya gagahkan berlawan dengan rasa kantuk berikutan hampir seminggu lebih ini saya tidak lelapkan mata pada malamnya.
1-      Maksudnya dakwah itu tak perlu pergi jauh. Sebaik-baiknya mulai dari diri sendiri. Diri dan kehidupan adalah dakwah. Sudah cukup walau sekadar kita menceritakan tentang diri dan kehidupan kita. Sekurang-kurangnya ia boleh memberi dakwah @ ibrah kepada orang lain.
2-      Dakwah boleh dibina menerusi pembinaan diri, individu, masyarakat, dunia dan akhirnya mengarah ke arah khilafiah (siasatul’alam).
3-      Perlu janakan transformasi yang menjadi sinergi dalam dakwah. Dalam dakwah juga, kita buat dua kerja tetapi bukan dapat dua perkara tetapi dapat tiga perkara. Konsep belajar, mengajar dan berdakwah. Khususnya dakwah adalah untuk membaiki orang dan membentuk jiwa-jiwa ke arah pembinaan generasi dan fokusnya ke arah melahirkan manusia yang berjiwa murabbi.
4-      Faktor kejayaan dakwah
1-      Kefahaman yang terperinci.
- Mengulang-ulang pengajaran (kaedah Jibril yang meminta Nabi s.a.w mengulang-ulangkan bacaan)
- Pastikan murid boleh menjawab soalan yang dikemukan. Itu petanda murid fahami apa yang diajar.

2-      Keimanan yang mendalam.
-          Guru ajar murid perkara yang mendalam tentang agama. Tekan tentang adab, ghaddulbasar dan jauhi amalan yang mengundang kemurkaan Allah (amar makruf nahi munkar) sehingga murid dapat aplikasikan ihsan dalam diri mereka.

3-      Kasihsayang yang utuh.
-          Bagi seorang guru, perlu ingati dan sebut nama pelajar apabila berada dalam pengajaran. Sebut nama, pelajar akan terasa keterikatan hati dengan guru kerana guru ingat pada dia.
-          Membentuk murid menjadi masnuia menerusi kata-kata yang dilontarkan berniatkan kasih sayang padanya. (ya Allah, aku sayang murid-murid ini keranaMu, maka Kau permudahkan bagiku untuk menyampaikan ilmuMu, dan Kau bukakan pintu hatinya untuk menerima ilmuMu dan Kau permudahkan ilmu ini terkesan di hatinya.

4-      Kesedaran yang tinggi.
-          Wujudkan ‘sense’ terhadap agama dan rasa cinta pada agama. Tekankan untuk murid faham peranan mereka sebagai Muslim di dunia ini.
-          Rasa benci pada kemungkaran dan rasa mahu berlumba-lumba untuk membuat yang makruf.
-          Guru sendiri, harus tiada rasa putus asa. Jika murid jahat, jangan benci dirinya. Benci hanya pada perangainya dan buat sesuatu untuk murid tersebut memperbaiki dirinya ke arah perubahan yang lebih baik.

5-      Amal yang berterusan.
-          Segala kebaikan ilmu diimplimentasikan dengan amal dan dijalankan amalan tersebut dengan konsisten dan berterusan walaupun tanpa pengawasan sesiapa. Dah cukup dia ada rasa ‘ihsan’ dalam dirinya.
-          Air yang selalu menitis di batu lambat laun akan melekukkan batu itu juga.
Firman Allah s.w.t :- Fussilat : 33 yang bermaksud :-
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (da’a ilallah) dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim yang (berserah diri)?”
Sabda Rasulullah s.a.w :-
من دعا الى هدى كان له من الأجر مثل أجور من تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شئا
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk nescaya untuknya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun”..
-          Riwayat Muslim
Subhallah.. Alhamdulillah.. lontaran hati ustazah Razidah begitu terkesan ke hati saya. Mudah-mudahan Allah lorongkan jalan serta pinjamkan sedikit kekuatan untuk saya aplikasikan peranan guru sebagai seorang da’ie. Insya’allah,.. Apa yang terfikir, itu yang kita kena buat. Biiznillah..

Slot 5 : Refleksi UM sesi 1
Penceramah : Dr. Muhammad Azhar Bin Zailani

Komen penulis : Berkisar perbincangan dan perkongsian mengajar sesama rakan-rakan.

Slot 6 : Dakwah Bi Al-Hal Dalam Konteks Komuniti Remaja.
Penceramah : Pn. Rosmawati Zainal (Raudhatus Sakinah)

Komen penulis :
“Hidup biar bermula dengan kelemahan kerana hidup itu adalah proses belajar. Mudah-mudahan perjalanan hidup itu semakin baik dan baik dan cuba melakukan yang terbaik dalam setiap episod kehidupan,”
Itu kata-kata penceramah malam ini yang suka dirinya dikenali sebagai umi Ros, Pengerusi Raudhatus Sakinah. Pertama kali saya memandang umi Ros, Subhanallah..itulah detikan hati saya yang tidak putus-putus.
..Subhanallah..kuatnya dia..Semoga Allah terus pinjamkan dia kekuatan yang tidak surut-surut..
Apa yang saya faham dan boleh ulaskan dari kata-kata beliau, biar diri kita berada dalam kelemahan pada awalnya, agar dari kelemahan itulah kita semakin membina diri ke arah yang lebih baik dan lebih baik. Sikit-sikit tak apa asal istiqamah dan setiap masa menjadi semakin baik dan semakin baik. Bukan menjadi diri yang terbaik setiap masa. Namun apabila satu masa bergoyang, terus jatuh tanpa dapat bangun semula. Kitalah yang perlu letakkan kayu ukur pada diri masing-masing. Menjadi guru adalah peluang besar dalam dakwah kerana murid-murid adalah mad’u dan golongan sasaran kita. Beruntung bagi sesiapa yang bergelar seorang guru. Kerana tempatnya di sekolah telah meletakkan dia sebagai seorang yang dapat dan mampu berperanan sebagai seorang da’ie.
Umi Ros ada timbulkan persoalan, ‘berapa ramai di kalangan kamu semua yang apabila melihat budak-budak tak tutup aurat, kamu tegur atau sembang dengan dia?’. Lalu soalan itu hanya tinggal soalan sahaja. Ya, saya turut memanjangkan persoalan itu di dalam hati. Nak tunggu hingga bila lagi untuk kita sebagai Muslim memulakan langkah pertama? Insya’allah langkah pertama itu yang akan menentukan langkah-langkah seterusnya. Perlu ada keberanian dan keyakinan dalam diri. Subhanallahh..saya benar-benar rasa tersuntik. Lebih-lebih lagi taklifan yang diberikan Allah pada saya sebagai seorang guru dan ahli gerakan. Jika ahli gerakan sendiri tidak berani lagi memulakan langkah, entah bagaimana dengan guru-guru lain yang tidak pernah tahu apa maksud ahli gerakan. Kalau dah kereta tak bergerak, takkan sampai ke mana-mana destinasi pun. Astagfirullah.. Allahhu Akbarr..
Jadi, apa tunggu lagi?..
Di akhir slot, umi Ros menayangkan beberapa siri dari kisah Nabi s.a.w, saat ketika baginda menjalani sakaratulmaut. Saat itu juga baginda masih lagi menyeru kepada Allah. Saat itu baginda masih lagi ingat pada ummatnya.. Ummatii.. Ummatii.. Ummatii.. Berlinang air mata saya tatkala membayangkan betapa susahnya dan perit serta payahnya Baginda s.a.w mahu menegakkan syiar Islam sehingga terbentuk dan lengkapnya Islam di muka bumi Allah ini. Saat itu seketika saya mengambil masa menghisab diri. Selama hampir 24 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ini, masih tiada apa-apa yang saya lakukan untuk Allah dan perjuangan Islam. Bagaimana jika segala usaha Rasulullah s.a.w ini berkubur hanya kerana ummat Baginda hanyut dalam maksiat dan para da’ie juga tidak menjalankan peranan masing-masing? Baginda s.a.w berjuang sehabis nyawa Baginda, tapi kita ini? Apa usaha kita yang tunjukkan yang kita ini sayang pada Islam, dan cinta pada Allah? Cintakah kita pada Rasulullah s.a.w sepertimana Baginda tidak pernah lupa pada ummat Baginda walau nyawa baginda sudah berada di hujung nafas? Siapa yang menangis kerana mengingati luka-luka di tubuh Baginda saat Baginda berjuang mempertahankan Islam? Siapa di kalangan kita yang merindui Baginda sedangkan Baginda menyayangi dan merindui kita saat kita masih tidak wujud lagi di muka bumi ini. Allahhu Akbarr.. Astagfirullah.. Astagfirullah.. Astagfirullahh..
..Ya Allah, sampaikan rindu cinta ini pada Baginda s.a.w. Bekaskan perjuangan Baginda ke hati-hati kami ya Allah..Aminn..
slide 1


slide 2


slide 3


slide 4

Slot 7 : Refleksi UM sesi 2
Penceramah : Dr. Muhammad Azhar Bin Zailani
Komen penulis : Sambungan dari perkongsian sahabat-sahabat.

Berikut adalah gambar-gambar di Ilim :-

Suasana Perkarangan ILIM, subhanallah..
Semua bakal-bakal guru berada di dewan pengisian


Bakal-bakal guru bersukan


Sesi dikusi

Ini sahaja yang mampu saya kongsikan..Saya akhiri dengan lagu ini.. (pemergian Rasulullah).. Ingat Baginda s.a.w di dalam rindu kita..

~Aleesy AnNurIman~
19 Jun 2011, 8.40 am
Taman Sri, Banting , Selangor

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...