BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 25, 2011

Hari-Hari Terakhirku bersama I ADI..


22 Julai 2011, tiba jua hari ini, hari terakhir saya di SMK Telok Datok. Sedih sangatt.. Sejak malam tadi lagi saya menangis tatkala menyiapkan slide show untuk tayangan pertama dan terakhir murid-murid kelas saya, 1ADI yang saya sayangi kerana Allah. Tiba hari ini, hari jumaat, saya sebenarnya sudah berjanji dengan murid-murid untuk mengadakan jamuan dengan mereka. Saya turut meminta Taufik belikan sebiji kek untuk jamuan. Namun Taufik tiba agak lewat. Namun majlis jamuan tetap kami diteruskan juga.

Saya memotong kek

Murid-murid saya pun ada yang turut membawa kuih juga. Jamuan pada mulanya bermula dengan suasana yang riang ria. Yelaa..ada acara potong dan makan kek lagi kan, mestilah murid-murid semuanya seronok. Dalam membilang saat yang semakin singkat itu, saya sempat lagi merakamkan wajah-wajah mereka (murid-murid saya) dengan lensa hati saya. Alhamdulillah, hati saya tenang sahaja pada hari itu. Namun saya berusaha untuk tidak menangis di hadapan murid-murid saya walaupun malam tadi air mata saya sudahpun tumpah mencurah-curah. Air mata kasih untuk murid-murid saya.

Bergambar dengan murid-murid dulu sebelum
memotong dan mengagihkan kek

Kemudian saya menayangkan slide show yang saya buatkan untuk mereka. Suasana waktu itu masih riang ria. Alhamdulillah, murid-murid saya sukakan slide show yang saya buatkan untuk mereka. Slied show itu beriring lagu Cebisan Kenangan, lagu Amar. Memang riang ria la jamuan tu dengan lagu itu. Itulah slide show pertama yang saya pernah buat. Huhu..Saya budak baru belajar. Gambar-gambar mereka adalah gambar-gambar yang menyejukkan hati saya. Saya ada maklumkan pada mereka yang saya suka tengok gambar-gambar mereka. Subhanallah..Sejuk hati. Sebab senyuman dan gelak ketawa mereka memang puncanya dari hati mereka yang umpama kain putih. Senyuman dan gelak ketawa yang akar umbinya dari hati mereka. Comel sangat murid-murid saya. Berulangkali saya ulang kata-kata hati saya pada slide, yang saya sayangkan mereka. Sayang sangat pada mereka. Sayang kerana Allah dan perjuangan Islam. Allahhu Akbarr..
Jamuan diteruskan fasa makan-makan kek

Saya memotong kesemua kek dan membahagikan kesemua kek itu pada semua murid-murid saya. Alhamdulillah, kek itu cukup untuk 25 orang murid saya. Saya curi-curi juga memandang wajah dan tingkah mereka.
"Ustazah, saya minta maaf ya. Tak pasal-pasal ustazah pula yang belikan kek untuk kami. Kami ada plan nak kutip duit untuk belikan kek untuk ustazah, tapi semua macam tak setuju sebab ada kawan-kawan yang ada masalah kewangan,"
Saya tersenyum.
"Tak apa. Ustazah tak kisah. Yang penting, semoga saat-saat ini kita abadikan ia sebagai memori terindah kita bersama di sini. Kamu semua makanlah cepat-cepat. Sekejap lagi kamu ada kelas lain kan. Kalau tak nak kena marah lagi dengan Puan Halina, kamu jangan lambat masuk kelas,"

Siap makan kek, kami bergambar..

Selesai murid-murid makan tengok tayangan dan makan kek, kami bergambar ramai-ramai. Murid-murid lelaki agak kekok bergambar dengan saya. Agak sedih, Amirul Ikram tidak hadir. Jadi, hanya 4 orang sahaja murid saya yang lelaki yang hadir jamuan saya. Kemudian saya sedikit sebanyak memberikan ucapan.
"Bismillahhirrahma'nirrahimm.. Hari ni bukan majlis atau jamuan perpisahan ya. Tapi hari ini hari kesyukuran. Kenapa ustazah cakap hari ini hari kesyukuran? Kerana majlis ini sebagai tanda kita beryukur kepada Allah kerana diizinkan pertemuan antara kita. Ustazah dihantar ke sini adalah untuk mengajar kamu kerana ukhwah kita memang telah ditakdirkan oleh Allah. Jadi, kerana ukhwah itulah adanya pertemuan kita pada hari ini. Jadi, hari ini bukan jamuan terakhir kita. Ukhwah kita baru sahaja bermula. Sukalah ustazah menyatakan bahawa, ukhwahfillah kerana Allah itu ibarat seperti untaian tasbih. Ada mula, tiada akhir. Diratib tasbih itu adalah untuk mengingati Allah. Ukhwah kerana Allah itu tiada akhirnya sehingga kita ke syurgaNya, insya'allah. Jika selepas hari ini, jika selepas saat ini kita tidak ditakdirkan untuk bertemu di dunia ini, insya'allah semoga pertemuan kita yang abadi adalah di syurga Allah nanti. Ustazah mahu meminta maaf kepada kamu semua atas segala salah dan silap ustazah pada kamu samada sepanjang sesi pengajaran. Juga sepanjang ukhwah ini bermula. Ustazah minta maaf juga andai pengajaran ustazah tidak berkesan di hati kamu. Kalau pun tak banyak, semoga sedikit ilmu yang kamu dapat itu, akan membawa sejuta manfaat pada hati dan jiwa kamu. Insya'allah,.."

Seterusnya, Aini tampil mewakili kesemua murid 1ADI memberi ucapan terakhir kepada saya.
"Ustazah, saya mewakili kesemua murid 1ADI mengucapkan terima kasih kepada ustazah kerana bersungguh-sungguh mengajar kami tanpa jemu. Dan kami meminta maaf atas segala salah silap kami sepanjang ustazah mengajar kami. Terima kasih ustazah,"
"Sama-sama..,"

Wajah-wajah penyejuk hati saya..

Seterusnya, di akhir majlis itu pada mulanya saya mahu Taufiq yang bacakan doa. Tapi, akhirnya saya sendiri yang akhiri majlis itu dengan bacaan doa robitoh, tasbih kaffarah dan surah al-Asr..


Selesai saya membaca doa, murid-murid saya beratur mahu bersalam dengan saya. Sebelum itu saya menukar lagu beriringan dengan lagu Doa Perpisahan, nyanyian Brothers. Saja mahu ada rasa aura perpisahan sikit.

Murid pertama dan kedua ok lagi. Masuk murid ketiga, Syira. Syira menangis teruk. Lama juga saya memeluk Syira.
"Ustazah, ustazah belajar rajin-rajin tau. Ustazah jadi ustazah yang berjaya tau. Ustazah jangan lupakan kami tau. Bila-bila ustazah datang sini, ustazah jumpalah kamii. Ustazah doakan kami tau..,"
'Insya'allah.. Ustazah sentiasa doakan kamu semua. Ustazah sayang kamu semua..,"

Antara murid-murid lain, Syira murid saya yang paling banyak memesan pesanan itu kepada saya. Subhanallah..saya amat-amat tersentuh dengan ucap kata Syira. Memang dia memesan dari hatinya. Malah saya amat-amat seronok dengan doa itu. Amin Allahhumma Aminn...
"Syira, ustazah sayang kamu kerana Allah," Ini hanya bisikan hati saya.

Murid-murid selepas Syira, semuanya menangis. Hingga saya pada mulanya menahan sahaja gelodak jiwa, akhirnya terpaksa beralah juga. Air mata saya gugur juga akhirnya.
"Ustazah jangan pergi.. Ustazah mengajarlah kat sini..," Syakirah pula memeluk erat saya.
Kata-kata itu buat saya jadi serba salah. Entah apa yang saya mahu jawab padanya. Teringat seketika saya pada adik saya, Adawiah. Wajah Syakirah seiras adik saya, Adawiah.
"Syakirah, ustazah kena teruskan perjuangan. Ustazah tak boleh nak terus mengajar di sini melainkan jika ustazah kena mengajar di sini,"

Seusai bersalaman, berpelukan dan bermenangisan dengan murid-murid saya, saya menyuruh mereka masuk ke kelas mereka. Tapi, seorang pun tidak mahu berganjak. Allahhu Akbarr.. "Maafkan im kak Halina.." Kelas mereka selepas masa saya adalah kelas Kak Halina, Kemahiran Hidup. Kemudian, Syira sekali lagi datang memeluk saya, membuatkan air mata saya kembali berguguran. Kemudian akhirnya, murid-murid saya yang sudah bersalam dengan saya pun datang sekali lagi memeluk saya dan menangis di bahu saya.
"Ustazah..
Saya menoleh kepada Aini.
"Kenapa?,"
"Hidayah kat luar ustazah. Dia tak nak masuk salam dengan ustazah,"
Saya menjenguk ke luar kelas. Melihat Hidayah duduk di tepi surau. Saya tahu dia sedang menangis. Hidayah juga antara murid yang akrab dengan saya. Hidayah suka membantu saya. Malah Hidayah juga pernah memberikan beberapa komen dan perangsang yang membina diri saya sebagai seorang guru.

Perlahan-lahan saya menghampirinya. Saya sentuh bahunya. Patutlah sejak Hidayah bagi hadiah pada saya tadi, saya sudah tidak nampak dia. Rupanya dia menangis sorang-sorang di sini.
"Hidayah, kenapa duduk sini? Tak nak salam ustazah?,"
Senyap. Saya rasai bahunya sudah turun naik. Dia menangis.
"Hidayah, peluk ustazah. Menangislah di bahu ustazah,"
Saya memeluk Hidayah agak lama. Namun dia tetap tidak mahu bertentang mata dengan saya. Selepas saya leraikan pelukan, Hidayah terus bersalam dengan saya dan berlalu.
"Dah la tu.. Kamu semua pergilah masuk kelas ya. Nanti kamu kena marah dengan Puan Halina lagi,"

Kali ini mereka akur. Mereka meninggalkan saya sendirian di surau. Saya kemudian hanya tersenyum sendiri sahaja. Berulang-ulang kali menuturkan tahmid, tasbih dan tagfir di hati dan di bibir. Agak terkejut sebenarnya. Saya tidak menyangka mereka semua menangis begitu kerana saya.
"Ustazah sayang kamu semua kerana Allah," Bisik saya. Lantas menutup lampu dan pintu kelas. Kelas terakhir saya..

Saya sentiasa berdoa, semoga murid-murid saya menjadi murid-murid yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.. Insya'allah..Aminn..


P/S : Kenang daku dalam doa kalian, anak-anak muridku.. Ustazah sayang kamu semua kerana Allah..

Aleesy AnNurIman,
25 Julai 2011, 3.00 pm
No 1, Seksyen 12/16, PJ..


Tuesday, July 19, 2011

Jalan-jalan Banting



Alhamdulillah..Hari ni hari ahad, 17 Julai 2011, bermulanya minggu last saya dan sahabat-sahabat praktikal di SMK Telok Dato'. Jadi, hari ini kami keluarlah sekejap berjalan-jalan sekitar Banting. Temankan Aninah dan Raisah yang nak beli barang. Selesai membeli barang-barang, kami ke rumah Cikgu Rafidah, dia nak tunjukkan kami dengan 'arnab-arnabnya'. Jomlah tengok gelagat saya bertemu dengan arnab-arnab di rumah Cikgu Rafidah. Subhanallah..Comel sangatt..


Arnab yg sy dpt pegang arnab-arnab yg baby-baby ja..
Yg besar-besar susah nak tangkap..

Ini first time saya dapat pegang arnab. Allahhu Akbarr.. Bersyukurnya ditemukan dengan arnab-arnab ni hari ini. Barulah saya tahu, saya suka arnab sangat-sangat. Itu diakui oleh Cikgu Rafidah apabila dia melihat saya sedikit excited tatkala terpandangkan arnab-arnab di dalam reban.


Dua ekor baby arnab yg tumpas di tangan saya, hehe..

Arnab-arnab ni semua, semua takut bila saya pegang mereka. Tapi bila saya bunyi..meow2, terus mereka jadi jinak pula dengan saya. Ketawa semua orang bila saya pujuk arnab-arnab tu untuk dukungnya dengan bunyi meow2.. Hehe..Confius Cikgu Rafidah.

Ani dan Ray yg pada mulanya geli, tak lepas peluang
menyentuh baby arnab yg saya pegang..

Riuh-riuh la kat reban arnab tu petang tu dengan kehadiran saya. Trademark saya bunyi meoww.. Sure sume arnab-arnab kat situ sayalah orangnya. Hehe.. Saya ada tanya Cikgu Rafidah, arnab-arnab ni ada nama tak? Cikgu Rafidah cakap tak letak nama. Nanti umurnya tak panjang. Hmm..Tak apa, nama arnab pun sedap dan comel..

Tarraaa..Inilah baby arnab yg saya paling suka..
Saya in love dengan baby arnab ygni..Comel sangat..
Dia pun sukakan saya..Sebab bila saya cakap meow2,
dia terus diam dan biar saya pegang dia..Hehe..

Saya memang sangat teruja dengan arnab-arnab ni semua.. SUbhanallah..tak lena tidurlah saya teringatkan mereka nanti. Huhu..

Ini baby arnab dua beradik yg comel..

Untuk arnab yang ni, waktu saya dukung arnab yang putih oren tu, adik dia yang koko tu pun nak didukung jugak. Hmm..siapa cakap haiwan tak ada perasaan cemburu?? Baby arnab yang koko tu cium-cium jari saya yang waktu tu sedang dukung abang dia. Hehehe..Comel sangat.. Aksi spontan itu sempat dirakamkan gambar oleh Cikgu Rafidah.. Last2, saya pun dukunglah dia.. Dia senyap je.. Comel, hehe..

Lastnya, kami bersiar sekejap melihat matahari jatuh di Pantai Morib. Subhanallah..Cantik sangat suasana matahari terbenam.
Dua bulan di Banting, 1 episod ukhwah yang
kami tidak akan lupakan selamanya..


Dan yang akhirnya, hanya pada DIA saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengizinkan saya melalui detik-detik nadi mendetikkan nafas di bumi Allah ini. Dari pagi bernafas sehingga ke petang dan malam. Itulah pusingan hidup seharian. Itulah nikmat Allah yang tidak terhitung harganya. Subhanallah.. Benar..Kalau nak menyemai sifat syukur, rajin-rajinkanlah kaki melangkah menghayati segenap ruang alam ciptaan Allah ini. Ya, ciptaaNya sentiasa akan membuatkan jiwa saya tenang dan tersenyum penuh kebahagiaan.

Apa yang penting, setiap detik yang berlalu mengandungi hikmahNya yang teramat halus, yang hati-hati terpilih sahaja yang akan menikmati segala hikmah Allah itu dengan penuh keredhaan pada ketentuan Allah yang tidak menetapkan sesuatu perkara itu dengan sia-sia melainkan dengan sejuta hikmahNya.

Hikmah untuk hari ini, adalah.. Memandang ciptaan Allah, membuatkan saya tenang.. Alhamdulillah..

Terima Kasih Allah..

Aleesy AnNurIman
19 Julai 2011, 3.1.3pm
Bilik Guru, SMK Telok Dato',
Banting, Selangor..

Sejenak Bertafakur..


”.. ujian itu satu anugerah Allah,
..pada hati-hati yang terpilih, pada hati-hati yang mampu utk menanggungnya..
..tak kira utk apa ia diberikan, yang pasti, ia sbg 1 petanda..
..Allah mahu hamba2Nya ingat padaNya..”
..” '..Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang b'doa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku n beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran..'- albaqarah :186  ..”
 -..2009, AnNurIman..


I'tiraf
Wahai Tuhan kutak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ilaa hiilas tu lilfirdauusii ahlan
Walaa ‘aqwaa ‘alannaariil jahiimi
Fahabbliitau batawwa’fir zunuubi
Fainnaka gho’firul zanbi azimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu..


Aleesy AnNurIman,
Bilik Guru, SMK Telok Datok,
Banting, Selangor..

Wednesday, July 13, 2011

Kisah : sedutan..Kemilau Tarbiyah Di Langit Cinta (akan datang..)


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah. Maka, aku hanya mencari seorang solehah hanya kerana agama dan kecintaan dan kesetiaannya hanya pada Allah yang memegang hatinya..Adakah hati yang begini ya Allah? Ya Allah, temukan aku dengannya sekiranya ada .. - Syed Yusrilhifz Al-Hafiz

"Aku menyimpan cinta untuk hati yang melakar cinta hanya pada Dia yang Maha Agung. Aku merindui hati yang merindui syahid dan syurga Dia yang Maha Memiliki Hati. Aku mendamba hati yang akan mengatakan padaku sepertimana kata-kata Imam Nawawi..
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,,jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu,"
Dengan itu, tahulah aku bahawa di hatinya hanya ada Cinta hanya pada Dia, Pemilik Cinta.. maka, hanya pada hati itu kutumpahkan kesetiaan dan ketaatan setelah akad bersulam.." - Nur Qaleesya Humaira'


Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana kau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku
~Permata Untuk Isteri ~Kopratasa
  

Monday, July 11, 2011

Adakah Kebahagiaan Itu Semudah Mengikat Janji?? Siri 1


Janji dan cinta
Bergetar jiwa saya bila mengingatkan diri tentang ‘janji’ atau dalam Bahasa Arabnya ‘BAI’AH’. Tulis Bahasa Melayu , perkataan janji tu macam tak ada makna sahaja. Tapi, kalau cakap pasal ‘bai’ah’, terus sahaja minda menerawang ke lubang akhirat bila mengenangkan yang diri ini akan berdepan dengan Allah dan dipersoalkan segala yang telah dilakukan. Allahhu Rabbii.. Itulah seberatnya timbangan dari maksud ‘janji’ atau ‘bai’ah’ itu. Allahhu Akbarr.. Beratkan maksud bai’ah itu, berat lagi bahu yang memikul amanah ‘janji’ itu. Cinta? Hmm..kenapa pula saya mencoretkan catatan kali ini berkaitan dengan janji dan cinta? Apa perkaitan kedua item ini? Ya, mendalam sendiri maksudnya. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan cinta, maka semestinya ia ada kaitannya dengan janji. Apabila kita mengucap dua kalimah syahadah, itulah zahiran rasa cinta kita pada Islam. Rasa cinta kita pada Allah, Pemilik Segala Cinta. Bila kita isytiharkan bai’ah kita dengan Allah, maka seluruh hidup kita akan dipertanggungjawabkan pada janji itu. Dan untuk apa dilafazkan bai’ah jika bukan kerana tunas-tunas cinta yang memekar di jiwa hanya untuk Pemilik Cinta. Kerana cinta kita berbai’ah untuk mencurahkan ketaatan hanya pada Allah. Berapa ramai orang yang mengucap cintanya pada Allah dan perjuangan Islam, maka dengan cintanya itulah dia pertaruhkan diri, nyawa dan jiwa raganya untuk Allah dan perjuangan Islam? Berbanding mengucap cinta pada makhluk dan berusaha menjaga kebajikan atau komitmennya pada makhluk? Contoh yang sinonim adalah muda-mudi sekarang. Bila mengucap  cinta, berjanji macam-macam. Sehidup sematilah. Mahu susah senang bersamalah. Sehingga kapak pun boleh dicabar mahu dibelah ke dada untuk menunjukkan betapa si lelaki mahu meyakinkan si hati perempuan yang janjinya bukan palsu. Baguslah kalau si lelaki betul-betul berhajat mahu menamatkan hubungan itu di gerbang pernikahan. Sekurang-kurangnya hubungan itu ada matlamatnya. Namun bagaimana pula dengan janji buaya darat yang hanya mahu memerangkapkan mangsanya? Habis madu disedut, sepahnya dibuang merata-rata. Kemudian melambaklah bayi-bayi luar nikah, hasil janji dan cinta yang tidak bertunjangkan pada keredhaan Allah.
Janji dan pertunangan
Saya menulis catatan ini sebenarnya mahu menasihati diri saya juga. Sejak dahulu lagi, sejak awal-awal merencah diri dalam gerak kerja dakwah, sejak itu juga saya mengisytiharkan diri saya sebagai tunangan Allah. Ya. Bila kita isytiharkan hati kita sudah dimiliki, maka kita akan sentiasa menjaga diri dan hati tunangan kita kan. Menjaga segala apa yang dia tak suka. Membuat apa yang dia suka. Meninggalkan apa yang dilarang dan berusaha memberikan komitmen yang tidak ada cacat celanya pada dia kan. Subhanallah..merasa diri ini tunangan Allah, membuatkan saya begitu menjaga diri saya. Terutamanya di dalam ikhtilad dengan sahabat-sahabat muslimin. Tanyalah pada sahabat-sahabat muslimin sewaktu saya bergerak kerja dengan mereka, adakah mereka selalu melihat senyuman saya? Mungkin saat itu saya syadid, kerana mahu menjaga hati saya kerana taklifan yang saya pegang di dalam gerak kerja bukanlah sembarangan taklifan. Malah ia rencahan dari bai’ah dan cinta saya pada Tunang saya, pada Allah S.W.T. Walaupun hanya senyuman, tetap saya jaga agar tidak terlepas pada jiwa-jiwa yang punyai penyakit hati. Kerana saya lebih bimbangkan kemurkaan Allah pada saya. Jika saya menjaga segenap ruang diri dan hidup saya hanya untuk Dia pun, itupun belum lagi menyamai nikmat-nikmat dan kurniaan Allah pada saya. Allahhu Akbarr.. Subhanallah..
Kebelakangan ini, kerap pula junior saya bertanyakan saya, bila saya mahu mengikat? Saya hanya menjawab soalan mereka dengan seulas senyuman. Hakikatnya hati saya sudahpun terikat. Terikat dengan cinta Dia Yang Maha Agung. Allahhu Akbarr.. Di saat saya sudah pun menyerahkan urusan diri, jiwa dan hati saya kepadaNya, maka saya juga serahkan segala percaturan hidup, jodoh, ajal dan maut di tangan Allah. Hanya pada Dia saya percaya. Itu bai’ah saya. Maka, sesiapa yang dipilih Allah untuk saya dengan izin dan redhaNya, maka hati yang digerakkan Allah itulah yang saya akan terima dengan sehabis redha. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya kan. Persoalannya, hati saya masih tidak terbuka pada mana-mana hati. Mungkin juga akan terbuka hanya saat hati yang diamanahkan Allah pada saya itu mengungkap akad bersulam dengan saya. Diri sendiri pun masih tidak terpimpin, jadi saya tidak mahu memikirkan hal ini terlalu dalam. Biar segalanya berjalan mengikut aturan semula jadi yang Allah caturkan sejak di Lauh Mahfuz. Saya suka pesan pada adik-adik saya, apa-apa pun jangan letakkan ‘tembok’ dalam hati kita dengan Allah. Bukakan ruang untuk Allah rencahkan tarbiyah dan didikannya ke hati-hati kita. Dengan itu, barulah hati kita akan lebih redha dengan segala ketentuanNya. Jangan letakkan tembok hati-hati kita dengan Allah, sebaliknya binalah ‘kesediaan’ sementara masih ada detikan nadi dan hembusan nafas. Bukan kesediaan mahu menjadi as zauj atau as zaujah. Tetapi kesediaan menerima qada’ qadar Allah pada diri kita. Kesediaan menerima apa yang telah ditentukan Allah untuk diri kita. Ya, semuanya adalah ketentuan Allah. Jadi, perkara pertama yang perlu kita bina adalah kesediaan diri taat dan patuh pada ketentuan Allah. Kesediaan menerima ‘pilihan’ Allah. Itulah sebaik-baik pilihan yang kita ada.
Janji dan kebahagiaan
Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah.. Tatkala kita berjanji untuk sehidup semati dengan perjuangan Islam, di situlah Allah akan luncurkan segala genap ruang hidup kita dalam kebahagiaan yang bernama senyuman dalam ketenangan, rezeki yang melimpah ruah, celahan kemudahan dalam kepayahan dan sebagainya.
Senyuman Dalam Ketenangan
Subhanallah.. Inilah setinggi-tinggi kebahagiaan bagi saya. Kerana ketenangan itulah kebahagiaan yang akan membuatkan kita tersenyum penuh redha dan tawakal pada ketentuan Allah. Senyuman yang terbit dari ketenangan hati dalam menerima segala rencahan tarbiyahNya itulah kebahagiaan yang tidak dapat dibeli di mana-mana. Hanya ada di dalam jiwa-jiwa yang menerima segala ujian, mehnah dan tribulasi itu sebagai tarbiyah didikan dari Allah. Senyuman itu sehabis rasa redha dengan segala ketentuan Allah pada diri.
Rezeki Yang Melimpah Ruah
Tatkala kita ingat pada Allah, maka Allah juga ingat pada kita. Beberapa siri perjuangan dalam hidup saya suatu ketika dahulu begitu memuncakkan rasa ta’zim saya pada kebesaran Allah. “..Allahhu Akbarr.. Subhanallahh..Betapa Dia sentiasa mendengar suara hatiku rupanya..”
'..Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang b'doa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku n beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran..'-
Albaqarah :186  ..
Bila difikirkan semula, ketika awal-awal berada di garisan perjuangan, diri ini bukan sesiapa pun. Tak pernah kenal apa itu perjuangan. Apatah lagi mendengar kalimah-kalimah yang sinonim dengan perjuangan seperti jihad, tsabat, wala’, istiqamah, mantap, usrah, jamaah dan sebagainya lagi. Bahkan saya sendiri tidak kenal apa itu ikhtilat, apa itu mathurat, apa itu halaqah, apatah lagi usrah. Saya langsung tidak kenal semua itu. Alhamdulillah, Allah lorongkan saya ke jalanNya yang benar berdasarkan petunjukNya yang Maha Halus. Subhanallah..
Setuju tak kalau saya cakap, sahabat baik juga adalah rezeki pada kita? Dalam satu hadis ada menyebut berkenaan Allah memberi kurniaan rezeki seorang teman yang soleh. Saat kau terlupa, maka dialah yang memperingatkanmu. Dan saat kau perlukan bantuan, maka dia yang akan menolongmu. Maafkan saya, saya terlupa hadis tersebut yang lengkap. Bila difikirkan, dengan adanya sahabat di sisilah yang akan menghalakan jalan kita kea rah keredhaanNya. Berkawan dengan penjual minyak wangi, maka sedikit sebanyak juga kita pun akan tertempias kewangian minyak wanginya. Berkawan dengan orang-orang yang soleh solehah kerana Allah, insya’allah persahabatan itu menuju ke mardhatillah.
Teringat saya beberapa kondisi saat-saat saya perlu membuat beberapa keputusan penting dalam hidup saya. Maka sahabat-sahabat sayalah yang paling banyak membantu. Lebih-lebih lagi berkenaan hal akademik dan tsabatnya saya di jalan perjuangan ini. Saya sangat suka bercakap tentang perihal sahabat-sahabat saya, kerana saya begitu menyanjungi mereka. Kerana adanya mereka bersama saya dalam dunia perjuangan inilah, adanya saya pada hari ini. Susah senang. Pahit getir. Menangis dan ketawa sama-sama. Allahhu Rabbiii.. Betapa saya rindui saat-saat itu. Teringat pada Deq Yah dan Kak Lina Awang, yang kerap mengunjungi ke bilik saya, sewaktu saya di APIUM NP dulu. Setiap pagi agendanya bersarapan bersama. Kak Lina dan Deq Yah suka buatkan susu. Kemudian satu jug air minuman itu dikongsi kami sama-sama di dalam satu cawan. Makan lekor dan nasi lemaj satu pinggan. Sama juga dengan romate saya, kak Pipun. Rindunya saya pada kalian. Memori di teratak tarbiyah A122 tidak akan pernah kulupakan sampai bila-bila. Adakalanya saya kesempitan wang, Allah hadirkan sahabat-sahabat di sisi saya untuk membantu. Adakalanya dengan tidak disangka-sangka, ada-ada sahaja rezeki yang saya terima.
Teringat pula pada pesanan Ustazah Khadijah ketika di sek men dulu. Saat itu beliau tengah mengandung anak sulung. Kata beliau,
“Hashima, kamu amalkan baca Al-Waqi’ah selepas subuh. Insya’allah rezeki melimpah ruah. Kadang-kadang datangnya tidak pernah kita jangkakan. Yang paling ustazah tak boleh lupa, ialah Allah memberikan ustazah rezeki sahabat ketika di alam persekolah dan rezeki seorang suami yang soleh ketika di alam keluarga dan Allah berikan ustazah kehidupan yang sentiasa dihujani rezeki dan ketenangan hati,”
Subhanallahh.. Pesanan itu saya tidak pernah lupakan. Ia wasiat untuk saya dalam larian jihad ini. Puncaknya pada keredhaan Allah dan ketenangan hati kerana redha Allah pada setiap amalan yang kita lakukan kerana Allah. Beribadah biar kerana Allah, namun apa-apa sahaja nikmatNya yang Dia mahu kurniakan, terimalah dengan sepenuh rasa syukur pada Allah. ‘..Alhamdulillahhi ‘ala kulli ha’lin wannikmatin wa astagfirullahha ‘ala kulli zanbin..’
Apa yang bernama amalan kebaikan, buatlah walau kebaikan apa pun. Walau hanya memungut sampah di jalanan. Walau hanya menyapu dedaun kering di halaman. Walau hanya menebarkan senyuman, semoga ada nilaiannya di sisi Allah. Sebaliknya sekecil-kecil keburukan hindarkanlah. Jangan bermudah-mudah dengan dosa kerana kita tidak mahu walau neraka paling rendah sekalipun. Kita tidak mahu walau sekecil pun amarah Allah pada kita. Akhlak ahli gerakan, apabila mendapat nikmat, maka kita bersyukur. Namun jika kita mendapat ujian, maka kita bersabar.
Celahan Kemudahan Dalam Kepayahan
Bila saya menghitung-hitung segala nikmatNya, tidak terhitung rasanya. Subhanallah.. Menitis juga air mata ini tatkala mengenangkan betapa Allah yang paling memahami naluri jiwa kerinduan ini. Adakalanya diri ini dalam kepayahan, namun kerana celahan pertolonganNya maka segala kepayahan itu mampu saya tempuhi. Tentu pembaca juga pernah mengalami kondisi-kondisi yang kita tidak pernah terjangka kan? Contohnya.. Saat saya pertama kali diobserve oleh pensyarah saya, pagi itu beliau datang ke sekolah secara mengejut. Mahu observe saya mengajar Bahasa Arab. Tapi, sebenarnya saya tidak ada kelas Bahasa Arab pada pagi itu. Saya hanya ada kelas Pendidikan Islam pada waktu petang itu. Rupanya beliau tersalah tengok jadual. Sungguhpun begitu, saya merafa’kan rasa syukur. Kerana kesilapan itulah saya dapat mengambil sebanyak masa yang ada pada waktu pagi itu untuk menyediakan persiapan mengajar pada waktu petangnya. Subhanallah.. Walhamdulillah.. Akhirnya saya mampu juga mengharung detik kena observe itu dengan kepuasan di atas usaha saya yang sedikit pada pagi itu. Alhamdulillah..saya hanya menadah hati mendengar komen beliau dengan wajah tersenyum penuh keredhaan. Alhamdulillah ya Allah..
Sekadar itu dulu untuk siri ini..Sekadar mahu berkongsi rasa dengan pembaca.
Note 1 : Minggu ini, minggu kesembilan saya praktikal di Banting, Selangor ini. Kalian pembaca, doakan saya ya. Doakan semoga segala urusan saya ini dicelahkan sedikit kemudahan oleh Allah.
Note 2 : Adanya saya di sini juga adalah satu ‘janji’ dan ‘amanah’. Insya’allah saya cuba buat yang termampu. Kepada semua sahabat-sahabat yang sama-sama praktikal di seluruh kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, saya ucapkan selamat berjaya dalam fasa praktikal masing-masing. Keputusan praktikal perkara kedua. Namun yang penting, apa yang kita pelajari sepanjang fasa praktikal ini. Adakah ia mengajar kita menjadi seorang guru? Atau ia mengajar kita menjadi seorang murabbiyah dan da’ieyah? Sejauhmana KPI yang dicapai sepanjang kita berada dalam fasa ini? Jawapannya saya pulangkan kepada diri kalian sahabat-sahabat dan pembaca sekalian.. Wallahhu’alam..


Di malam sepi, kusujud menghadapmu..
Mengharap magfirah dariMu oh Tuhan yang Esa..
Kucemari hidup dengan kesesatan..
Membutakan hati yang sering terleka..
Terasa jauh diriku dari Tuhan dengan godaan syaitan..
Kutahu Dialah penerima taubat, walaupun kusering tinggalkan suruhan..
Berilah kesempatan ini untuk berubah..
Cintaku dambakan.. hanya padaMu oh Tuhan..
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina..
Sering berjanji..namun sering kumungkiri..
Janji yang tak pernah lagi kutepati..
rahsiakan segala padaMu oh Tuhan..
Jangan Kau palingkan hati ini dari kebenaran..
Andai esok nafasku kan terhenti di sini..

Kupohon selamatkan diriku dari azabMu...
-Cinta Bersulam Noda-Dehearty
Bilik Guru, SMK Telok Dato’, Banting.
11 Julai 2011, 3.12pm.
Banting, Selangor..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...