BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 25, 2011

Hari-Hari Terakhirku bersama I ADI..


22 Julai 2011, tiba jua hari ini, hari terakhir saya di SMK Telok Datok. Sedih sangatt.. Sejak malam tadi lagi saya menangis tatkala menyiapkan slide show untuk tayangan pertama dan terakhir murid-murid kelas saya, 1ADI yang saya sayangi kerana Allah. Tiba hari ini, hari jumaat, saya sebenarnya sudah berjanji dengan murid-murid untuk mengadakan jamuan dengan mereka. Saya turut meminta Taufik belikan sebiji kek untuk jamuan. Namun Taufik tiba agak lewat. Namun majlis jamuan tetap kami diteruskan juga.

Saya memotong kek

Murid-murid saya pun ada yang turut membawa kuih juga. Jamuan pada mulanya bermula dengan suasana yang riang ria. Yelaa..ada acara potong dan makan kek lagi kan, mestilah murid-murid semuanya seronok. Dalam membilang saat yang semakin singkat itu, saya sempat lagi merakamkan wajah-wajah mereka (murid-murid saya) dengan lensa hati saya. Alhamdulillah, hati saya tenang sahaja pada hari itu. Namun saya berusaha untuk tidak menangis di hadapan murid-murid saya walaupun malam tadi air mata saya sudahpun tumpah mencurah-curah. Air mata kasih untuk murid-murid saya.

Bergambar dengan murid-murid dulu sebelum
memotong dan mengagihkan kek

Kemudian saya menayangkan slide show yang saya buatkan untuk mereka. Suasana waktu itu masih riang ria. Alhamdulillah, murid-murid saya sukakan slide show yang saya buatkan untuk mereka. Slied show itu beriring lagu Cebisan Kenangan, lagu Amar. Memang riang ria la jamuan tu dengan lagu itu. Itulah slide show pertama yang saya pernah buat. Huhu..Saya budak baru belajar. Gambar-gambar mereka adalah gambar-gambar yang menyejukkan hati saya. Saya ada maklumkan pada mereka yang saya suka tengok gambar-gambar mereka. Subhanallah..Sejuk hati. Sebab senyuman dan gelak ketawa mereka memang puncanya dari hati mereka yang umpama kain putih. Senyuman dan gelak ketawa yang akar umbinya dari hati mereka. Comel sangat murid-murid saya. Berulangkali saya ulang kata-kata hati saya pada slide, yang saya sayangkan mereka. Sayang sangat pada mereka. Sayang kerana Allah dan perjuangan Islam. Allahhu Akbarr..
Jamuan diteruskan fasa makan-makan kek

Saya memotong kesemua kek dan membahagikan kesemua kek itu pada semua murid-murid saya. Alhamdulillah, kek itu cukup untuk 25 orang murid saya. Saya curi-curi juga memandang wajah dan tingkah mereka.
"Ustazah, saya minta maaf ya. Tak pasal-pasal ustazah pula yang belikan kek untuk kami. Kami ada plan nak kutip duit untuk belikan kek untuk ustazah, tapi semua macam tak setuju sebab ada kawan-kawan yang ada masalah kewangan,"
Saya tersenyum.
"Tak apa. Ustazah tak kisah. Yang penting, semoga saat-saat ini kita abadikan ia sebagai memori terindah kita bersama di sini. Kamu semua makanlah cepat-cepat. Sekejap lagi kamu ada kelas lain kan. Kalau tak nak kena marah lagi dengan Puan Halina, kamu jangan lambat masuk kelas,"

Siap makan kek, kami bergambar..

Selesai murid-murid makan tengok tayangan dan makan kek, kami bergambar ramai-ramai. Murid-murid lelaki agak kekok bergambar dengan saya. Agak sedih, Amirul Ikram tidak hadir. Jadi, hanya 4 orang sahaja murid saya yang lelaki yang hadir jamuan saya. Kemudian saya sedikit sebanyak memberikan ucapan.
"Bismillahhirrahma'nirrahimm.. Hari ni bukan majlis atau jamuan perpisahan ya. Tapi hari ini hari kesyukuran. Kenapa ustazah cakap hari ini hari kesyukuran? Kerana majlis ini sebagai tanda kita beryukur kepada Allah kerana diizinkan pertemuan antara kita. Ustazah dihantar ke sini adalah untuk mengajar kamu kerana ukhwah kita memang telah ditakdirkan oleh Allah. Jadi, kerana ukhwah itulah adanya pertemuan kita pada hari ini. Jadi, hari ini bukan jamuan terakhir kita. Ukhwah kita baru sahaja bermula. Sukalah ustazah menyatakan bahawa, ukhwahfillah kerana Allah itu ibarat seperti untaian tasbih. Ada mula, tiada akhir. Diratib tasbih itu adalah untuk mengingati Allah. Ukhwah kerana Allah itu tiada akhirnya sehingga kita ke syurgaNya, insya'allah. Jika selepas hari ini, jika selepas saat ini kita tidak ditakdirkan untuk bertemu di dunia ini, insya'allah semoga pertemuan kita yang abadi adalah di syurga Allah nanti. Ustazah mahu meminta maaf kepada kamu semua atas segala salah dan silap ustazah pada kamu samada sepanjang sesi pengajaran. Juga sepanjang ukhwah ini bermula. Ustazah minta maaf juga andai pengajaran ustazah tidak berkesan di hati kamu. Kalau pun tak banyak, semoga sedikit ilmu yang kamu dapat itu, akan membawa sejuta manfaat pada hati dan jiwa kamu. Insya'allah,.."

Seterusnya, Aini tampil mewakili kesemua murid 1ADI memberi ucapan terakhir kepada saya.
"Ustazah, saya mewakili kesemua murid 1ADI mengucapkan terima kasih kepada ustazah kerana bersungguh-sungguh mengajar kami tanpa jemu. Dan kami meminta maaf atas segala salah silap kami sepanjang ustazah mengajar kami. Terima kasih ustazah,"
"Sama-sama..,"

Wajah-wajah penyejuk hati saya..

Seterusnya, di akhir majlis itu pada mulanya saya mahu Taufiq yang bacakan doa. Tapi, akhirnya saya sendiri yang akhiri majlis itu dengan bacaan doa robitoh, tasbih kaffarah dan surah al-Asr..


Selesai saya membaca doa, murid-murid saya beratur mahu bersalam dengan saya. Sebelum itu saya menukar lagu beriringan dengan lagu Doa Perpisahan, nyanyian Brothers. Saja mahu ada rasa aura perpisahan sikit.

Murid pertama dan kedua ok lagi. Masuk murid ketiga, Syira. Syira menangis teruk. Lama juga saya memeluk Syira.
"Ustazah, ustazah belajar rajin-rajin tau. Ustazah jadi ustazah yang berjaya tau. Ustazah jangan lupakan kami tau. Bila-bila ustazah datang sini, ustazah jumpalah kamii. Ustazah doakan kami tau..,"
'Insya'allah.. Ustazah sentiasa doakan kamu semua. Ustazah sayang kamu semua..,"

Antara murid-murid lain, Syira murid saya yang paling banyak memesan pesanan itu kepada saya. Subhanallah..saya amat-amat tersentuh dengan ucap kata Syira. Memang dia memesan dari hatinya. Malah saya amat-amat seronok dengan doa itu. Amin Allahhumma Aminn...
"Syira, ustazah sayang kamu kerana Allah," Ini hanya bisikan hati saya.

Murid-murid selepas Syira, semuanya menangis. Hingga saya pada mulanya menahan sahaja gelodak jiwa, akhirnya terpaksa beralah juga. Air mata saya gugur juga akhirnya.
"Ustazah jangan pergi.. Ustazah mengajarlah kat sini..," Syakirah pula memeluk erat saya.
Kata-kata itu buat saya jadi serba salah. Entah apa yang saya mahu jawab padanya. Teringat seketika saya pada adik saya, Adawiah. Wajah Syakirah seiras adik saya, Adawiah.
"Syakirah, ustazah kena teruskan perjuangan. Ustazah tak boleh nak terus mengajar di sini melainkan jika ustazah kena mengajar di sini,"

Seusai bersalaman, berpelukan dan bermenangisan dengan murid-murid saya, saya menyuruh mereka masuk ke kelas mereka. Tapi, seorang pun tidak mahu berganjak. Allahhu Akbarr.. "Maafkan im kak Halina.." Kelas mereka selepas masa saya adalah kelas Kak Halina, Kemahiran Hidup. Kemudian, Syira sekali lagi datang memeluk saya, membuatkan air mata saya kembali berguguran. Kemudian akhirnya, murid-murid saya yang sudah bersalam dengan saya pun datang sekali lagi memeluk saya dan menangis di bahu saya.
"Ustazah..
Saya menoleh kepada Aini.
"Kenapa?,"
"Hidayah kat luar ustazah. Dia tak nak masuk salam dengan ustazah,"
Saya menjenguk ke luar kelas. Melihat Hidayah duduk di tepi surau. Saya tahu dia sedang menangis. Hidayah juga antara murid yang akrab dengan saya. Hidayah suka membantu saya. Malah Hidayah juga pernah memberikan beberapa komen dan perangsang yang membina diri saya sebagai seorang guru.

Perlahan-lahan saya menghampirinya. Saya sentuh bahunya. Patutlah sejak Hidayah bagi hadiah pada saya tadi, saya sudah tidak nampak dia. Rupanya dia menangis sorang-sorang di sini.
"Hidayah, kenapa duduk sini? Tak nak salam ustazah?,"
Senyap. Saya rasai bahunya sudah turun naik. Dia menangis.
"Hidayah, peluk ustazah. Menangislah di bahu ustazah,"
Saya memeluk Hidayah agak lama. Namun dia tetap tidak mahu bertentang mata dengan saya. Selepas saya leraikan pelukan, Hidayah terus bersalam dengan saya dan berlalu.
"Dah la tu.. Kamu semua pergilah masuk kelas ya. Nanti kamu kena marah dengan Puan Halina lagi,"

Kali ini mereka akur. Mereka meninggalkan saya sendirian di surau. Saya kemudian hanya tersenyum sendiri sahaja. Berulang-ulang kali menuturkan tahmid, tasbih dan tagfir di hati dan di bibir. Agak terkejut sebenarnya. Saya tidak menyangka mereka semua menangis begitu kerana saya.
"Ustazah sayang kamu semua kerana Allah," Bisik saya. Lantas menutup lampu dan pintu kelas. Kelas terakhir saya..

Saya sentiasa berdoa, semoga murid-murid saya menjadi murid-murid yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.. Insya'allah..Aminn..


P/S : Kenang daku dalam doa kalian, anak-anak muridku.. Ustazah sayang kamu semua kerana Allah..

Aleesy AnNurIman,
25 Julai 2011, 3.00 pm
No 1, Seksyen 12/16, PJ..


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...