BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 6, 2011

Apabila Pentarbiyah Menjadi Penulis..Ahh..


1 Februari 2011 yang dinantikan. Ada sesuatu yang istimewa pada hari ini.
Saya mencari-cari satu nombor di dalam handset saya. Nombor kak Lily.
“Salam. Kak, apa khabar? Im nak tanya, cerpen im Nabil & Sepohon Kemuncup akan diterbitkan dalam majalah Jelita untuk keluaran bulan berapa ya kak?”
Lebih kurang 2 bulan lepas, sewaktu saya menjalani bengkel penulisan kreatif anjuran Jemari Seni Publishing pada 12 Disember 2010, bengkel itu bukan sekadar bengkel. Tetapi bengkel itu menjadi titik pertemuan dan perkenalan antara saya dan kak Lily. Kak Lily katanya dia bekerja sebagai editor majalah Jelita. Kerana bengkel itu titik ukhwah antara kami terbina.
Bengkel penulisan kreatif itu sebagai hadiah tahunan dari Jemari Seni. Bengkel itu dijalankan selama seharian di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Fakulti itu terletak bersebelahan sahaja dengan Fakulti Akademi Pengajian Islam UKM. Pertama kali saya tiba di perkarangan kampus UKM itu, dada saya berdebar-debar. Bukan setakat saat saya menjejakkan kaki ke perkarangan kampus itu. malah gegaran debaran itu sudah terasa sejak seminggu sebelum itu lagi. Ketika tiba di kampus UKM, kami sesat jalan. Puas juga pusing-pusing keluar masuk UKM. Saya saat itu ditemani adik saya, saudari Adilah Amiruddin yang membantu menghantarkan dan mengambil saya ke bengkel tersebut.
Alhamdulillah, sesi bengkel berjalan lancar. Pada mulanya saya sedikit rasa gugup. Adilah terus pulang sejurus menghantar saya ke FSSK. Petang nanti barulah Adilah datang semula mengambil saya. Gugup saya itu semakin menjadi-jadi saat saya melangkah masuk ke dalam dewan bengkel. Bukan sahaja kerana saya berseorangan. Tetapi memikirkan adakah semua orang akan menerima penampilan diri saya? Saya saat itu baru 3 bulan memakai purdah. Namun, saya rasa lega sendiri apabila rata-rata peserta dan hadirin yang hadir ke bengkel itu menerima penampilan saya yang begini.
Di dalam bengkel ini, saya dan peserta-peserta bengkel didedahkan dengan teknik-teknik penulisan kreatif. Bengekal disampaikan oleh Noor Suraya yang sangat mesra. Melihat wajah keibuannya yang tenang, jiwa saya turut rasa tenang. Kami diajar memanggilnya Kak Su. Kak Su mempunyai perawakan wajah yang lembut. Dan dia bertudung labuh. Itu satu kebanggaan buat saya yang boleh dikatakan satu spesies dengannya juga. Gaya ceramah dan slotnya sangat santai sehingga semua peserta terasa mendapat layanan yang memuaskan sepanjang berada di dalam bengkel ini.
Rakan-rakan panel penulis yang lain, yang turut dijemput sebagai fasilitator bengkel antaranya, Kak Iman Xara, Kak Rnysa, Saudara Imaen, Saudara Pingu Toha dan Kak Noor Suraya sendiri. Saat itu, saya pula satu group dengan pengarah penerbitan Js sendiri, Puan Mariah. Selepas sesi ceramah dan slot Kak Su, kami dipecahkan duduk di dalam group bersama dengan fasilitator masing-masing. Group saya bersama dengan Puan Mariah. Turut bersama saya di dalam group itu, kak Lily, kak Huda, Adik Pija dan Puan Saadah. Di sinilah titik perkenalan saya dengan mereka. Kak Lily sudah berkahwin dan bertugas sebagai editor di majalah Jelita. Adik Pija pula sedang menuntut di UIA. Hanya dua orang ini sahaja rakan group yang saya ingat. Saya mohon maaf, biodata rakan-rakan segroup yang lain, saya sudah terlupa. Walau bagaimanapun, memori bersama seharian itu, tetap saya ingati sampai bila-bila. Ia kenangan manis saya. Cuma, rasa sangat rugi kerana saya tidak membawa kamera untuk merakamkan kenangan sepanjang berada di dalam bengkel itu. Itu sangat-sangat saya kesali.
Saya masih teringat, kata-kata kak Noor Suraya, panel penulis yang mengendalikan bengkel penulisan itu.
“Jemari Seni sdn. Bhd. menitikberatkan karya yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan berlandaskan hukum islam yang kita junjung.  Dalam usaha menjadikan hasil karya sebagai saluran ibadah, Jemari Seni lebih mengutamakan karya-karya yang lebih cenderung ke arah penghayatan nilai-nilai islam ataupun islam sebagai satu cara hidup.”
“Hangpa semua tulislah apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran. Itulah ilham dan idea. Nanti bila dah dapat idea, maka olah-olahkan ayat untuk jadikannya penulisan yang kreatif dan baik. Apabila dah siap, hantarkan sahaja ke penerbitan Jemari Seni ini. Jangan takut kena reject. Tiap perkara ada risikonya. Dan kita, di Jemari Seni akan tetap terbitkan sesebuah karya yang menepati syarat-syarat penulisan. Soal untung atau tidak untung di pasaran, itu hal nombor dua. Jika tidak mendapat tempat dalam pasaran, insya’allah, dah cukup mendapat tempat di akhirat, dalam redha Allah,”
Subhanallah! Itulah ungkapan saya bila mendengar kata-kata itu terbit dari Kak Su. Ya, saya bersetuju. Kita sebagai da’ie ini perlu menggunakan apa-apa sahaja lapangan sebagai lapangan dakwah. Khususnya lapangan-lapangan yang membuka peluang untuk kita bersama mad’u. Setiap lapangan itu, kita perlu suntik fikrah perjuangan di dalamnya. Perlu ada misi terhadap hendak membumikan agenda gerak kerja Islam juga di dalam lapangan itu. Perlu ada fikrah Islam yang disuntik. Itulah keramatnya jari-jari seorang penulis. Jari-jari yang menulis dengan hati. Dan isyarat ilham yang sampai pada hati itu berasal dari ilham yang diberikan Allah. Allahhu Akbar.. Setiap kali kita membaca karya penulisan, jangan dikagumi betapa pandainya penulis mengolah ayat. Tetapi kagumlah pada kebesaran Allah s.w.t yang memberikan ilham secantik itu padanya.
Ketika berada di bengkel itulah, saya sering bersama dengan Kak Huda dan Kak Lily. Malah Kak Huda ada tolong saya menjaga barangan saya sementara saya dan kak Lily pergi solat. Seusai solat, Kak Lily beriringan dengan saya kembali ke dewan bengkel.
“Awak dah berapa lama pakai purdah?,”
“Alhamdulillah, dah 3 bulan lebih kak,”
“Ohh..dah lama ya.. Baguslah ya. Moga istiqamah,”
Saya tersenyum. Tidak menyangka akan mendapat doa darinya. Syukran kak Lily.
“Awak dah pernah ke hantarkan karya penulisan?,”
“Hmm..Im minat menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi kak. Im suka tulis cerpen jugak. Tapi hanya disimpan, buat koleksi sahaja. Tak pernah hantarkan ke mana-mana penerbitan,”
“Oh.. bagusnya. Kalau macam tu, awak try hantarkan cerpen awak ke Majalah Jelita. Akak editornya. Akak pun sedang mencari karya cerpen yang Islamik. Jarang majalah Jelita siarkan cerpen Islamik. Keluaran cerpen untuk Februari masih kosong. Awak trylah hantar ya. Akak harap ni. Royaltinya Rm100 untuk satu cerpen yang diterbitkan,”ujarnya bersungguh.
Saya tidaklah tergoda dengan royaltinya itu. Saya lebih nampak itu satu peluang untuk saya mencuba berada di lapangan mad’u sasaran. Bukan semua mad’u yang membaca bahan bacaan yang Islamik. Maka, sebagai da’ie, kitalah yang sepatutnya mencari lapangan mad’u untuk disuntik ion-ion Islamik di dalamnya.
Kalau semua orang yang berjubah dan bertudung labuh, berserban dan berkopiah hanya menulis karya Islamik di medan Islamik sahaja, jadi hanya golongan-golongan yang memang dah punyai fikrah Islam sahajalah yang akan menatap dan membacanya. Bagaimana pula lapangan mad’u sasaran yang berlambak-lambak majoritinya bermasalah tidak faham Islam? Yang majoritinya, dakwah Islam tidak sampai padanya? Salah mereka yang memang tiada fikrah Islam atau salah kita yang tidak menjadi da’ie yang menghampiri mereka? Sebagai da’ie, kitalah yang perlu menjadi anak panah. Menjadi ramyun yang volunteer dilontarkan ke dalam lapangan-lapangan mad’u ini.
Saya sebenarnya dari sekolah menengah lagi, saya sangat minat dengan bidang seni. Malah di sekolah saya, Maktab Mahmud Kuala Muda, saya aktif dalam bidang seni Islam sekolah. Saya aktif menulis skrip pentomen dan sketsa. Ada yang bahasa Melayu. Bahasa Arab juga. Peluang yang diberikan sebagai Setiausaha Badan Seni Islam sekolah, saya gunakan sebaik-baiknya untuk memeriahkan pentas.
Pentomen saya yang pernah saya sendiri tulis dan saya sendiri menjadi pengarahnya adalah bertajuk, Hijrah SPM, Nurul Iman, Kau, Aku DAN DIA. Dan ada satu pentomen bahasa Arab yang saya tulis dengan kerjasama sahabat saya Akh Abdul Hadi Bin Mohamad. Saya banyak belajar dengan sahabat saya ini. Dialah orang pertama yang merencahkan pentomen arahannya sendiri saat itu. Dia menjemput saya menjadi pelakon di dalam pentomennya. Maaf. Saya tidak ingat tajuk pentomen tersebut. Namun, pentomen itulah pentomen pertama yang menggegar MMKM waktu itu. Sehingga saya mendapat idea untuk menulis dan mengarahkan pentomen saya juga. Pentomen Hijrah dan sambungannya Aku, Kau DAN DIA.. ditulis dan diarahkan oleh saya sendiri. Malah saya sendiri juga yang jadi heroinnya. Hehe..memang kenangan yang terindah. Guru bimbingan saya waktu itu Ustazah Latifah Ibrahim yang memeriksa skrip usulan saya. Dan saya tidak boleh lupa dengan kerjasama sahabat saya yang seorang ini, akh Jauharil Bin Abdul Samad. Akh Jauharil banyak member dorongan dan bimbingan pada saya untuk bahagian pementasan dan sewaktu latihan pementasan. Tidak lupa juga pada ukhti Syakimah selaku orang yang memadankan lagu-lagu latar sepanjang pentomen berlangsung.
Pementasan itu membuatkan semua warga MMKM menangis. Malah saya sebagai heroinnya memang menangis betul-betul. Tidak lupa juga pada rakan partner yang menjadi hero dalam pentomen itu, akh Mohd Shahir Bin Ramli. Saya memegang watak sebagai Aisya Wardah. Akh Shahir pula memegang watak sebagai Shahril Hisyam. Tidak lupa juga pada team nasyid MMKM yang menjadi penasyid jemputan saya, diketuai Akh Arzeren Mahazir. Gaya Akh Arzeren ini tidak ubah seperti saudara Suhaimi ex Inteam. Wajah dan suara juga hampir seiras. Gambar-gambar pentomen tersebut tidak dapat saya paparkan. Ada di dalam album di rumah saya di Kedah. Insya’allah, satu masa nanti saya akan memaparkannya sebagai imbasan memori lalu. Khas untuk tatapan pembaca sekalian.
Terkadang terbit juga kerinduan pada bidang kesenian ini. Teringin pula nak berpentas lagi. Cuma kini, saya lebih mahu berpencak di medan penulisan. Cita-cita saya mahu menjadi penulis. insya’allah, tahun ini saya cuba berusaha untuk menjadi penulis. Walau hanya menjadi penulis di blog ini. Itu sudah cukup berharga buat saya. Terima kasih tidak terhingga kepada adik saya, Aisyah Muslan (Apids) yang membantu saya membina blog Wadie Annurfillah ini. Moga segala tulisan akak ni, biasannya dakwahnya turut terbias ke saham akhiratmu dik..
Saya menunggu balasan mesej dari kak Lily.
“Wslm. Alhamdulillah, akak sihat. Cerpen im sudah diterbitkan dalam keluaran Jelita Februari ini. Majalah itu sudah berada di pasaran,”
“Terima kasih kak. Nanti im beli majalah tu. Jazakillahh..,”
Apa lagi? Terus sahaja saya keluar mencari majalah itu bersama adik-adik saya yang lain. Kami ke Amcorp Mall. Cadangnya nak lihat-lihat kamera digital. Tapi, salah hari pula. Hari itu hari Tahun Baru Cina, memang confirmlah kedai yang menjual kamera tidak buka.
“Hmm.. Simah, lepas ni, Simah la kena buka kedai kamera. Jadi, semua orang Melayu akan pergi beli kamera pada Simah time hari Tahun Baru Cina. Taklah ada masalah semua kedai kamera tutup sebab majoriti kedai yang menjual kamera terdiri dari orang Cina,”
Simah dan Basyira hanya ketawa sahaja. Puas kami pusing-pusing, keluar masuk kedai mencari majalah Jelita. Namun, kesemua kedai-kedai di situ, tiada menjual majalah Jelita. Hanya majalah-majalah hiburan bahasa Inggeris dan majalah yang diimport sahaja yang berlambak-lambak. Akhirnya kami mahu pulang. Tiba-tiba kami terpandang satu kedai yang agak terpencil di sudut paling depan di Amcorp Mall itu. Ada pakcik Melayu yang jadi tuan kedainya.
“Akak, ni majalah Jelita. Kejap, saya check, ada tak cerpen akak, hehe..,”
Saya senyum-senyum sahaja walaupun orang tak nampak sebab saya berpurdah. Saya turut mencapai satu lagi majalah Jelita. Ada wajah Aishah Sinclair sebagai cover depannya. Pantas saya membuka isi kandungan majalah. Melihat nombor siri. Oh, cerpen itu ada tersiar di muka surat 207.
Belum sempat saya membuka ke muka surat itu, Simah dulu yang sudah menjumpainya. Dan di situ saya tersenyum. Puas.
“Kak, ada cerpen akak ni. Tajuk ni ke akak? Nabil & Sepohon Kemuncup?,”
Saya mengangguk. Terucap lafaz tahmid. Ya, itulah cerpen tulisan saya. Segera watak-watak yang saya tulis mula bermain di minda saya. Terus sahaja saya ambil buku itu, dan saya bayarkan di kaunter. Alhamdulillah, sungguhpun ini cerpen pertama saya yang disiarkan, namun saya sangat rasa bersyukur. Moga semua pembaca Jelita suka dengan cerita saya. Alangkah baiknya jika ada yang memberi komen terhadap penulisan saya. Saya mahu dibaiki untuk menjadi penulis yang lebih baik. Penulis yang sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik untuk menghasilkan karya yang terbaik. Untuk Allah dan perjuangan Islam.
“Kak, bila novel akak nak keluar?,”
Saya tersenyum lagi.
“Lambat lagilah dik. Akak holdkan dulu penulisan novel. Allahh..akak tak boleh nak fokus untuk menulis, run gerak kerja dan fokus akademik. Jadi, akak holdkan dulu menulis novel. Biar novel yang saya tulis itu kekal berada di bengkel saya. Nanti saya akan jenguk-jenguk ia untuk saya baiki gaya penulisannya.
“Cerpen akak, sambungan kisah Aku Belajar Tentang Cinta, bila nak post kat blog?,”
Satu soalan lagi saya sambut dengan senyuman.
“Cerpen sambungan itu masih dalam proses pembikinan. Insya’allah, akak postkan dalam bulan ini juga,”
“Ok kak. Kami tunggu kat blog akak ya,”
“Insya’allah..Kalau dah baca tu, jangan lupa komen ya,”
‘Insya’allah,” jawab mereka serentak.

Saya akhiri catatan kali ini dengan lagu ini.. sama-sama hayati liriknya yang begitu menusuk kalbu ansorullah saya.. ..‘ana ramyun min rima’yatilIslam farmi ainama syikta’..
Tekad – Izzatul Islam

Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri..
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati..
Jasad ini.. Darah ini.. Sepenuh redho di hati..

Kami adalah panah-panah terbujur..Yang siap dilepaskan dari busur..
Tuju sasaran siapapun pemanahnya..
Kami adalah pedang-pedang terhunus.. Yang siap terayun menebas musuh..
Tiada peduli siapapun pemegangnya..
Asalkan ikhlas di hati, tuk hanya redho Ilahi..Rabbi..

Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri..
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati..
Jasad ini.. Darah ini.. Sepenuh redho di hati..

Kami adalah tombak-tombak berjajar.. Yang siap dilontarkan dan menghujam..
Menembus dada lantakan keangkuhan..
Kami adalah butir-butir peluru.. Yang siapa ditembakkan dan melaju..
Dan mengoyak.. menumbang kezaliman..
Asalkan ikhlas di hati, tuk jumpa wajah Ilahi..Rabbi..

Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri..
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati..
Jasad ini.. Darah ini.. Sepenuh redho di hati..

Kami adalah mata pena yang tajam.. Yang siap menuliskan kebenaran..
Tanpa ragu ungkapkan keadilan..
Kami pisau belati yang selalu tajam.. Bak kesabaran yang tak pernah padam..
Tuk harungi dakwah ini jalan panjang..
Asalkan ikhlas di hati, menuju jannah Ilahi..Rabbi..

Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri..
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati..
Jasad ini.. Darah ini.. Sepenuh redho di hati..

Note: terima kasih pada kak Lily yang membantu saya menginjak selangkah menjadi seorang penulis.. jazakillah kak..
Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah ( 12th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
6 Februari 2011, 3 Rabi’ul Awal 1432H, 9.05 a.m

Friday, February 4, 2011

Edisi Bedah Buku: La Tahzan (Dr.Aidh AlQarni) : Tajuk 2: Yang Berlalu, Biarlah Berlalu


Lama saya berfikir untuk tajuk kedua ini. Saya berfikir kisah saya yang mana yang harus saya ceritakan untuk merungkaikan apa sebenarnya yang saya faham tentang tajuk ini. Minda saya menyinggah ke tapak-tapak danau tarbiyah yang sudah hampir 6 tahun berlalu. Dunia pimpinan yang amat memeritkan bagi saya. Namun, dengan segala keperitan dan kepayahan berada di medan kepimpinan masa lalulah lahirnya saya pada hari ini.
Menyingkap ketika saya baru sahaja bertatih mahu mengenal perjuangan, langkah kaki ini kerapkali rebah. Malah saya kerap tersungkur menyembah bumi. Mungkin kerana pada masa itu, saya belum kenal apa itu perjuangan Islam. Pada masa itu, saya baru berjinak-jinak dengan gerak kerja Islam. Marilah saya bawa pembaca menyinggah ke dunia perjuangan saya. Kita kembali ke zaman 6 tahun lalu. Sungguhpun saya bersetuju dengan tulisan Dr. Aidh Al-Qarni yang ada menuliskan..
“Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang orang untuk menjalankan kehidupan seadanya..”                             -Dr. Aidh Al-Qarni
Saya bukan ingin mengulang kesedihan masa lalu. Saya sekadar ingin mengajak pembaca semua sama-sama mengambil pengajaran atas apa yang pernah saya lalui. Saya bersetuju dengan penulis, masa lalu bukan untuk diratapi dengan linangan air mata penyesalan dan kesedihan, tetapi masa lalu dijadikan pedoman, rujukan dan muhasabah untuk kita teruskan jihad melangkah meneruskan perjuangan masa kini. Alhamdulillah, banyak pengalaman tarbiyah yang mengajar saya erti hidup sebagai seorang ahli jemaah yang dipegang oleh Allah. Lalu, segala apa yang saya lalui itu bukan untuk dikeluh, disesali atau diratapi. Sebaliknya bagi saya ia menjadi embun segar yang sentiasa menyegarkan jihad saya saat saya kembali mengingati segala yang pernah saya lalui dulu.  
Dunia perjuangan saya bermula dengan taklifan saya sebagai timbalan exco unit yang sangat penting dalam jemaah. Unit yang memegang tulang belakang jemaah. Unit yang menjadi kekuatan jemaah dan dengan kuatnya unit ini akan memastikan kelangsungan tarbiyah terus berjalan dan memastikan kelangsungan generasi yang akan tetap akan bersilih ganti membawa gerak kerja Islam.
Subhanallah.. Tugas menjadi pimpinan yang saya pegang saat itu sangat mentarbiyah jiwa saya. Namun, di celahan tarbiyah itu, saya sangat rasai jiwa saya sedang dipegang oleh Allah.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”                                        -Surah Al-Ankabut : 2
Ya, betul. Ayat ini telah membuktikanya. Sebagai ahli jemaah yang berbai’ah dengan Allah terhadap gerak kerja Islam di dalam jemaah, ujian dan dugaan adalah lumrah dan sunnah dalam dunia ahli jemaah. Allah beri taklifan pada yang mampu. Lalu Allah pimpin, bimbing dan berikan kemenangan. Yang mana, berpencak di medan gerak kerja Islam ini umpama kita sedang berdagang dengan Allah. Allah tawarkan pada kita perdagangan yang sahamnya tiada rugi, melainkan hanya untung sehingga ke hujung generasi. Malah perdagangan ini adalah untuk menyelamatkan kita dari azab Allah. Subhanallah.. Hanya Allah yang berhak memberi hidayah dan petunjuk kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
“Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk menenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya..,”
-Surah Assoff : 9
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?..,”
-Surah Assoff : 10
“(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui..,”
-Surah Assoff : 11
“Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang Agung..,”
-Surah Assoff : 12
“Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin..,”
-Surah Assoff : 13
“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?”
Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, “ lalu segolongan bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan terhadap musuh-musuh mereka, sehingga menjadi orang-orang yang menang,”
-Surah Assoff : 14
Lumrah sebagai pimpinan, saya sudah lali menerima kritikan. Baik kritikan-kritikan dari sesama ahli, juga kritikan-kritikan dari sahabat-sahabat sepemimpinan juga. Kritikan-kritikan tersebut, saya terima sebagai satu teguran Allah pada saya. Walau ada ketikanya, air mata saya turut gugur, namun saya tidak memandang mereka membenci saya. Bahkan saya menerima segala krtikan itu sebagai teguran dari Allah pada saya. Juga sebagai tanda mereka sebagai ahli jemaah yang sama-sama beriringan dengan saya di dalam satu saff, maka mereka sangat layak mengkritik saya. Saya menerimanya sebagai satu bentuk ukhwah kasih sayang. Ya, mereka mengkritik saya kerana sayangkan saya. Dan saya kira, Allah sedang mendidik saya jadi seorang yang sabar, dan Allah bersama saya. Alhamdulillah..
Ada ketika juga, saat saya perlu menjadi runner pada gerak kerja seorang diri, saya juga tidak pernah menyalahkan rakan-rakan ahli. Baik rakan sekerja mahupun rakan sejemaah. Namun, saat itu saya hanya memikirkan untuk menyelesaikan amanah gerak kerja itu sahaja. Jika gerak kerja itu tidak dapat diselesaikan secara berjemaah dengan rakan sekerja, saya tetap berusaha sendiri dengan batang tubuh saya untuk menyelesaikannya. Khudrat yang Allah pinjamkan sudah lebih dari cukup dari banyak-banyak nikmat yang saya terima dari Allah. Tak terbayar rasanya jika semua nikmat Allah itu berbayar. Dapat tak kita bayangkan, jika dunia ini sama seperti negara kita juga? Semua nikmat yang ada perlu dibayar dengan wang ringgit. Hatta udara yang disedut juga perlu dibayar? Allahhu Akbarr.. saya tak dapat bayangkan. Sudah tentulah bertimbun-timbun hutang kita dengan Allah kan? Jadi walaupun Allah tidak menetapkan setiap nikmat yang disediakanNya di dunia ini perlu dibayar, namun saya sendiri rasa berhutang dengan Allah. Dengan sebab rasa berhutang itulah yang membuatkan saya menerima taklifan gerak kerja Islam ini sebagai satu peluang yang Allah berikan pada saya, bagi mencuba untuk membalas kasih sayang Allah yang memberikan saya limpahan kurniaNya yang tidak terjumlah banyaknya. Tidak terhitung dengan minda. Allahhu Akbar..
Dengan sebab itulah, saya teruskan gerak kerja saya walaupun saat saya bekerja secara bersendiri. Kerana pada masa itu, rakan sekerja dan teman-teman seperjuangan masing-masing ada komitmen lain. Dan pada masa itu, kerja yang perlu saya bereskan perlu diberes segera. Jadi, saya yakin dengan khudrat yang Allah pinjamkan pada saya, maka sayalah yang terpilih untuk melunaskan segala misi gerak kerja saat itu. Alhamdulillahh.. Melalui gerak kerja yang bersifat ‘runner’ itu, akhirnya telah mendidik saya befikir pantas, berjalan pantas, bergerak pantas dan melakukan gerak kerja dengan tindakan on the spot dengan keyakinan diri yang hati saya bergantung pada Allah. Dengan istikharah yang saya amalkan, ia membantu saya membuat keputusan yang disertakan dengan keyakinan yang Allah berikan. Alhamdulillah..
Dunia gerak kerja jemaah memang satu titik yang paling manis dalam hidup saya. Saat saya menulis catatan ini juga, air mata saya menitis. Tidak cukup 7 lautan yang airnya saya ambil untuk menulis kalimah syukur pada Allah. Alhamdulillah, Allah meletakkan saya di dalam arena jemaah ini. Saya sangat lemah. Maka Allah kuatkan saya dengan berada dalam jemaah. Dari tidak pandai dan tidak tahu tentang selok belok gerak kerja, saya sudah terdidik bagaimana perlu merancang gerak kerja. Bagaimana mahu merancang strategi gerak kerja. Walau bagaimana besar pun bidang gerak kerja yang saya pelajari dalam jemaah ini, yang paling penting, segala gerak kerja ini landasannya sebenarnya adalah untuk beribadah kepada Allah. Paksi utamanya adalah ingin membina cinta untuk Allah dan perjuangan Islam.
Jadi, siapa cakap, mengenang masa lalu akan membawa kisah kesedihan? Kisah kesedihan dan penyesalan itu jangan dibiarkan melemahkan jihad kita. Tetapi kita mengenang kembali semuanya itu sebagai satu muhasabah untuk kita teruskan jihad kita. Masa lalu memang tidak akan dapat diundur semula untuk kita membetulkan kesilapan. Tetapi, kesilapan masa lalu boleh dijadikan sebagai pedoman untuk hari-hari juang akan datang. Buat pembaikan agar kesilapan semasa gerak kerja lalu tidak berulang lagi pada gerak kerja akan datang.
Saya teringat kondisi saya ketika berada dalam satu tamrin. Tamrin pembinaan untuk jiwa jundi haraki. Saat itu, sungguhpun saya menerima penangan tarbiyah yang agak dahsyat bagi saya, tapi saya tidak menerima apa yang saya dapat itu sebagai tarbiyah dari mereka yang mentarbiyah saya. Tetapi, saya menerima semua itu sebagai satu tarbiyah dari Allah untuk saya. Setiapkali terasa letih dan sakit, saya tidak henti-henti membesarkan Allah di dalam hati saya. Allahhu Akbarr.. Allahhu Akbarr.. Allahhu Akbarr.. kalimah itu seakan cas yang mengecaskan ion-ion jihad ke dalam diri saya. Saat itu, saya hanya menuturkan doa ini..
“Ya Allah..andai kesakitan dan keperitan yang aku tanggung ini baik untuk menjadikan aku seseorang yang mampu untuk memikul amanahMu yang lebih besar dalam gerak kerja akan datang, maka teruskanlah Kau berikan tarbiyah ini untukku..Jadikan hatiku ini hati yang tunduk dan redha dalam menerima didikanMu.. Hanya Kau sahaja yang lebih Maklum untuk apa tarbiyah seberat ini ditimpakan padaku.. Aku redha ya Allah andai ini jalannya untuk aku berada dekat denganMu.. Aku relakan ya Allah andai ini mahar yang perlu kubayar untuk memastikan aku terus berada di landasan jihad ini.. ya Allah, moga dengan rasa sakit dan rasa perit tarbiyah ini akan terus tsabatkan aku terus berada di landasan ini ya Allah.. terima kasih ya Allah..teruslah pegang hati dan jiwaku dengan tarbiyahMu.. sesungguhnya Kau sebaik-baik Pentarbiyah yang mentarbiyah hamba-hambaMu.. moga dengan tarbiyah ini, Kau pegang hati-hati kami untuk sejuta lagi musim jihad perjuangan.. Ameen..,”
Saya teringat juga pada seseorang. Seseorang yang pernah Allah mentarbiyah saya melalui tangan-tangannya. Pada mula perkenalan dengannya, dia senior saya yang sangat serius orangnya. Sangat tegas pendiriannya. Pada mulanya, terpalit juga rasa geram saya padanya. Rasa geram itu buat saya menangis bila terfikirkan tindaknya pada saya dan lebih-lebih lagi gaya percakapannya yang sangat sinis sepanjang tamrin itu. Tamrin itu dia yang menjadi pengarahnya. Namun persepsi saya padanya berubah bila saya berada di luar tamrin. Saya mula kenal siapa dia sebenarnya. Selain dia seorang yang tegas, dia juga seorang yang sangat sayangkan gerak kerja tarbiyah.
Ketika menginjak langkah di bumi Kuala Lumpur, saya dicaturkan bergerak kerja dengan dia yang saya kenali sangat garang itu. Saya ditugaskan menjadi setiausahanya. Allahhu Akbar.. Dia sangat punctual, sangat tegas dengan masa, dan suka saya menyiapkan kerja-kerja yang diberikan dengan kadaran masa yang paling pantas. Baru sahaja beri kerja tengahari, petangnya dia dah minta saya hantarkan padanya. Fuhh..memang saya jadi ‘runner’ time tu. Nak bergerak pun bekejar-kejar dengan masa. Namun, tenang hati saya bila selesai menyiapkan tugasan itu dalam waktu yang diminta. Dan saya senang hati bila dia puas hati dengan kerja-kerja saya.
Sejak saya bekerja dengannya, saya mula mengenali jiwa haraki yang semakin menggunung di dalam dirinya. Saya cuba menyelami hatinya yang sangat cintakan gerak kerja tarbiyah. Saya menganalisis sendiri, dari mana datangnya rasa jihad itu? Saya mengkaji sendiri, dari mana datangnya rasa cinta itu?
Subhanallah.. menitis air mata saya tatkala menemui jawapannya. Dan akhirnya saya sendiri jadi jatuh cinta dengan gerak kerja tarbiyah itu. Jawapannya, tidak perlulah saya tuliskan di sini. Saya juga mahu pembaca sekalian menyelami, menganalisis dan mengkaji sendiri. Moga pembaca sekalian mendapat dan menemui jawapan yang saya dapat. Mudah-mudahan rasa cinta dan jihad yang turun ke hati saya ini turut juga turun mencambah di dada-dada pembaca sekalian saat kalian semua sudah menemui jawapannya. Insya’allah..
Saya mahu petik tulisan Dr. Aidh Al-Qarni sebagai penutup catatan pada hari ini..
“Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke depan,. Oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan..,”
-Dr.Aidh AL-Qarni
Apa yang saya ingin simpulkan, manusia memang tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajah di belakangnya sebagai satu perkara yang akan melemahkan jiwa dan hatinya untuk terus berjihad untuk gerak kerja Islam akan datang. Sebaliknya kesilapan masa lalu dijadikan perencah semangat untuk jalankan gerak kerja yang lebih baik untuk masa akan datang.
..angin terus berhembus ke depan.. maka kirimkan doa pada angin agar terus kuat ditsabatkan di jalan Allah..
..air mengalir ke depan.. maka, mengalirlah jihad itu bersama-sama dengan air, memenuhi segala ruang, meredahi segala anak-anak batu yang berliku dan berlekuk dengan izin Allah..
..khalifah yang berjalan ke depan.. maka, jadilah khalifah yang bergerak seperti ramyun..
..ana ramyun min rimayatilIslam farmi ainama syikta..

Saya akhiri catatan kali ini dengan sebuah lirik lagu ini.. saya pernah ditarbiyah berlarian dengan lagu jihad ini.. Mengingat saat-saat itu juga mengalirkan air mata rindu yang tidak terjumlah. Ahh..Betapa saya rindui masa lalu.. Allahhu Akbarr..

..Saat langit berwarna merah saga..dan kerikil perkasa berlarian..
..Meluncur laksana puluhan peluru.. terbang bersama terikan takbir..
..Semua menjadi saksi atas langkah keberanianmu..
..Kita juga menjadi saksi atas keteguhanmu..
..Ketika yahudi-yahudi membantaimu.. merah berkesimbah di tanah airmu..
..Mewangi harum genangan darahmu..membebaskan bumi jihad palestina..
..Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa, syahid dalam cintaNya..
..Aaaaa... Aaaaa... Aaaaa...
..Ketika yahudi-yahudi membantaimu.. merah berkesimbah di tanah airmu..
..Mewangi harum genangan darahmu.. membebaskan bumi jihad palestina..
..Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa.. syahid dalam cintaNya..
..Saat langit berwarna merah saga.. dan kerikil perkasa berlarian..
..Meluncur laksana puluhan peluru.. terbang bersama terikan takbir..
..Semua menjadi saksi atas langkah keberanianmu..
..Kita juga menjadi saksi atas keteguhanmu..
..Ketika yahudi-yahudi membantaimu.. merah berkesimbah di tanah airmu..
..Mewangi harum genangan darahmu.. membebaskan bumi jihad palestina..
..Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa.. syahid dalam cintaNya..
..Aaaaa... Aaaaa... Aaaaa...
..Ketika yahudi-yahudi membantaimu.. merah berkesimbah di tanah airmu..
..Mewangi harum genangan darahmu.. membebaskan bumi jihad palestina..
..Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa.. syahid dalam cintaNya..
..Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa.. syahid dalam cintaNya..
Merah Saga by Shoutul Harakah

Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah ( 12th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
4 Februari 2011, 1 Rabi’ulAwal 1432H, 9.18 a.m

Tuesday, February 1, 2011

Mungkinkah Cinta Membawa Kita Ke Syurga Allah?


“Dah Bersedia ke belum?”
Seringkali soalan ini yang ditanyakan kepada calon yang dirisik. Persoalannya, siapa calon terpilih? Adakah hubungan terikat semata-mata atas dasar CINTA? Jika betul atas dasar cinta, cinta yang bagaimana pula tu?
Catatan lembaran bulan Februari hari ini saya buka tentang cinta. Hari ini rata-rata orang suka memperkatakan tentang cinta. Drama, filem, buku, majalah, akhbar, stesyen tv, radio, buku dan karya penulisan, semuanya berkisar tentang cinta. Itu belum lagi menjenguk ke persada laman web, alam maya Yahoo Messenger, email, alat teknologi telefon, short messengge services. Semuanya pasti ada perkataan keramat yang satu ini. CINTA. Persoalannya, mungkinkah cinta itu akan membawa kita ke syurga Allah. Mungkin juga cinta itu yang membuatkan kita menjadi hambanya? Dan akhirnya tersungkur di lembah syurga dunia? Tanpa sempat mencium harum syurga Firdaus, nama sudah pun tercatat akan dicampak ke neraka Jahanam. Na’uzubillah..
Setuju atau tidak jika saya katakan, bahawa Allah sebagai Pencipta sangat mencintai kita? Mengenang nikmatNya pada kita sudah tak terjangkau banyaknya. Allahhu Akbar.. Tak mampu pun untuk kita balas, walau seratus juta tahun kita beribadah kepadaNya. Subhanallahh.. bahkan Allah tak pandang langsung dunia ini. Dunia tidak ada apa-apa nilai di sisi Allah. Ibadah kita juga tak ada apa-apa nilai di sisi Allah. Kita mampu beribadah pun dengan sebab pertolongan Allah juga. Kita kuat untuk bekerja juga kerana khudrat yang Allah pinjamkan pada kita. Cuba fikirkan, jika Allah bagi kita sakit, bolehkah kita nak beribadah padaNya? Bolehkah kita nak bekerja? Sudah tentulah tidak. Jadi, segala yang kita buat di dunia ini tiada nilai di sisi Allah sebenarnya. Sebab semuanya Allah yang tolong kita buat. Kalau Allah tak tolong, dah tentu kita pun tak mampu nak buat.
Namun, pahala dan ganjaran dijanjikan Allah pada hamba-hambaNya yang taat dan mencintai Allah. Mengerjakan amalan kerana Allah. Kerana mahu perhatian Allah. Kerana mahu berada dekat dengan Allah. Kerana mahu menjadi kekasih Allah. Kerana mahu mendapat redha Allah. Hamba-hamba beginilah yang dekat dengan Allah.
“..Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang b'doa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran..”
-Surah AlBaqarah :186
Namun, Allah tidak pernah menyalahi janjiNya. Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang berusaha. Kalimah Arrahman di dalam bismillah, itu sasarannya kepada mereka yang berusaha dan beramal, tidak kira apa agama pun. Pemurah Allah pada semua umat manusia, sama ada muslim atau tidak muslim. Sebaliknya kalimah Arrahim, Penyayang itu hanya untuk orang –orang Islam. Walaupun orang-orang Islam ini tidak beriman dan taat pada Allah, tetap juga mendapat nikmat Arrahim Allah saat dia melakukan amal soleh. Dan di kalangan orang Islam itu, ada golongan yang bersungguh-sungguh mencintai Allah. Ada juga golongan yang hanya berjiwa keduniaan tanpa menghiraukan akhiratnya. Namun, tetap juga Allah beri nikmat pada mereka. Allah memberi juga ganjaran pada mereka kerana kebaikan dan amalan baik yang mereka lakukan. Allahhu Akbar.. Betapa Allah sangat Maha Adil. Allah sangat Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang.. Subhanallahh..
Kita? Apa kata kita tentang cinta? Apa-apa sahaja nikmat di dunia ini semuanya tanda dan lambang CINTA ALLAH pada kita. Bagaimana pula cinta kita? Apa perspektif kita tentang cinta? Apa usaha kita untuk membalas cinta Allah?
Firman Allah s.w.t ;
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya adalah bahawa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira agar kamu merasakan sebahagian rahmatNya dan agar kapal dapat belayar dengan perintahNya dan (juga) agar kamu dapat mencari sebahagian dari kurniaNya, dan kamu bersyukur..”
-Surah Ar-Rum : 46
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus sebelum engkau (Muhammad) beberapa orang rasul kepada kaumnya, mereka datang kepadanya dengan membawa keterangan-keteranganya (yang cukup), lalu Kami melakukan pembalasan terhadap orang-orang berdosa. Dan merupakan hak Kami untuk menolong orang-orang yang beriman..,”
-Surah Ar-Rum : 47

Kondisi 1 ( lamaran pertama)
Mesej berdecit. Ada mesej dari Muhammad.
“Salam.Ustazah, ana nak tanya soalan yang berbentuk peribadi, ustazah ok tak?,”
Saya tersenyum. Tiba-tiba hati rasa dijentik debaran yang tak terjumlah.
“Berbentuk peribadi?Hehe..suspen ja bunyinya ustaz?,”
“Ok, kita profesional ya ustazah. Ana bawakan hajat seorang muslimin yang ingin propose ustazah. Sebelum tu, ana nak tanya, ustazah dah berpunya atau masih kosong? Jawab ya ustazah,”
Saya menghembus nafas. ..Ahh..lagi-lagi soalan begini lagi. Pandai pula Muhammad ni nak merisik..
“Terus terang dengan ustaz, ana masih ‘berpuasa’. Tak terfikir lagi hal-hal ni semua ustaz. Kalau boleh ana tahu siapa orangnya ustaz? Batch mana?,”
Agak lama juga saya menunggu respon Muhammad. Barangkali berbincang dengan si ‘dia’ agaknya.
“Batch kita juga. Orangnya pernah berada ‘dekat’ dengan ustazah. Sekarang, hatinya sudah terbuka untuk berumah tangga. Dia mengharap ustazah menjadi suri perjuangan,”
Satu lagi mesej tiba.
“Kalau muslimin tu serius, adakah ustazah akan menimbangkan lamarannya? Dari respon ustazah tadi, ustazah masih kosong kan,”
Tingkah saya terhenti seketika. Teringat pada ‘janji’ yang satu itu. Janji yang diikat oleh Allah.
“Ana akan terangkan kondisi ana lepas ni. Ada kondisi ana yang menghalang. Boleh ana tahu, muslimin tu berasal dari mana?,”
“Ustazah, dia cakap, kalau sebab masalah keluarga, dia faham. Tak ada masalah katanya. dia berasal bukan dari kawasan semenanjung,”
Saya menghela nafas lagi. Agak berat juga. ..Dia faham keluarga saya? Pernah berada ‘dekat’ dengan saya? Tiba-tiba hati saya terdetik seseorang.. Diakah?
“Family ana bukan masalahnya, sungguhpun family ana memang tak setuju dengan ‘orang jauh’. Ana terikat dengan JANJI. Dan janji ini bukan sebarangan janji. Ia janji ana dengan Allah. Ustaz, tolong cakap pada dia, jangan mengharap pada ana. Dan ana pun tak nak bagi harapan pada sesiapa. Carilah yang lain ya. Kirimkan salam maaf ana pada dia ya ustaz, syukranjazilan..,”
Dan mesej itu terhenti di situ.
Saya meraut wajah. Ada heningan air mata yang gugur. Tiap kali saya menolak lamaran seseorang, pasti air mata ini akan turut gugur.
“Aku masih menunggu hikmahNya. Aku masih berpegang pada janjiNya. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk sejuta lagi musim penantian,”
Teringat malam tadi, saya baru sahaja menetapkan hati untuk menyerahkan segala urusan hidup saya padaNya dan perjuangan Islam. Biar Allah sahaja yang tentukannya. Allahhu Akbar.. Subhanallah.. Sejak sekian lama saya sudah tidak diterpa risikan-risikan lamaran, tiba-tiaba pula risikan-risikan lamaran itu muncul kembali? Baru sahaja saya tetapkan hati malam tadi. Hari ni saya dah diuji dengan lamaran ini? Betapa Kau nak uji keteguhan hatiku ya Allah..
Allahhu Akbar..
 
Kondisi 2 ( lamaran kedua)
Handset saya berkelip-kelip. Itu tandanya ada panggilan telefon. Ohh.. Atifah rupanya.
“Assalamualaikum im..,”
“Waalaikumussalam..,”
“Im, awak apa khabar?,”
“Alhamdulillah..Sihat. Atif sihat? Ni dah berisi ke belum ni?,”
Terdengar suaranya ketawa. Sahabat saya ini sudahpun berkahwin hampir setahun. Berkahwin melalui baitul muslim juga.
“Alhamdulillah, sihat. Pasal soalan im tu, belum ada rezeki lagi im..Im busy ke?Atif ada sesuatu nak tanya ni,”
“Insya’allah, ana cuba luangkan masa.Ada apa Atif?,”
“Hehe..Atif bawakan hajat seseorang.Tapi, Atif nak tanya dulu, im masih kosong ataupun sudah berpunya?,”
Saya ketawa tiba-tiba. Dah jangka. Pasti hal ini juga jadi topiknya. Memang tak salah rasa hati saya. Ini risikan lamaran kedua dalam tempoh terdekat ini. Baru sahaja lepasi risikan lamaran pertama dari Muhammad dua hari lepas. Hati saya mengulang-ngulang tasbih berulang kali. Saya sedar, ‘kesetiaan cinta’ saya sedang diuji Allah. Allah sedang menilai saya. Bukankah saat kita menetapkan sesuatu, dan kita akan diuji?
“Allahhu Akbarr.. Atif, im pun tak pasti im ni dah berpunya atau kosong lagi, hehe.. Kenapa? Ada yang merisik sayakah Atif?,”
Betul. Saya sendiri tak reti nak menjawab soalan Atif ini. Yang nyatanya, saya mahu terus ‘setia’ dengan cinta saya. Entah. Rasa tergugat pula bila ada hati yang mahu menghuni hati saya. Salahkah? Saya masih belum bersedia. Masih belum mahu berpisah dan membelah hati saya. Moga jika satu masa nanti saya berjodoh, jodoh saya itu tidak menggugah cinta dan kesetiaan saya padaNya. Jangan sehingga ‘nikmat’ dunia membuatkan saya kehilangan kesetiaan saya ini. Allahhu Rabbi.. Hanya Kau sahaja yang Maha Memahami..
“Im ni.. seriuslah.Apa status im sekarang?,”
“Atif, ana masih berpuasa. Hati masih tak terbuka. Ana juga masih terikat dengan berbagai komitmen pada gerak kerja. Ana tidak mahu hati ana terganggu dengan sebab hal ini. Biar ana selesaikan segala gerak kerja dengan hati yang lapang. Sem ini sem akhir ana. Ana mahu cuba buat yang terbaik untuk gerak kerja. Dan terus terang juga, ana juga masih belum bersedia. Belum bersedia menerima seseorang yang asing dalam hidup ana..”
“Hmm..kalau macam tu, tak apalah.Moga Allah permudahkan segala urusan ya,”
“Insya’allah, jika ada jodoh, takkan ke mana-mana juga kan Atif?,”
“Ya, insya’allahh..,”
Salam bertautan dan panggilan mati di situ. Saya meletakkan handset. Menghayunkan langkah ke pantri dengan sebaldi baju yang mahu dibasuh.
Minda menerawan sendiri. Saya sering berdoa, semoga ketetapan hati saya ini bukan atas dasar mahu mengelak. Moga ia betul-betul atas dasar kesetiaan dan cinta saya padaNya. Saya mahu terus menjadi PERINDU.. Merindu untuk syahid di jalanNya. Merindu untuk melamar redhaNya.. Merindu untuk bertemuNya.. Itu ketetapan hati saya. Salahkah?

“Hai kak im..,”
Saya tersentak. Segera baju yang saya bilas, saya letak dalam baldi. Sekejap lagi mahu ampaikan. Saya menoleh ke wajah itu.
“Hai..Dila membasuh juga hari ni ya?,”
Dia mengangguk. Wajahnya sangat menarik hati saya. Comel sangat. Ada darah-darah kacukan. Wajah ala-ala pelakon Emelda Rosmila, adik kepada pelakon Emilia Rosnaida. Kami sering bertemu saat sama-sama membasuh baju di pantri floor kolej. Kami satu floor. Dia dari fakulti APM. Dia tidak pernah lokek dengan senyuman. Saya meneruskan basuhan saya. Saya tidak suka guna mesin basuh. Lebih suka membasuh dengan tangan sahaja.Jiimat masa dan lebih yakin. Tinggal untuk membilas sahaja.
“Akak..,”
Saya menoleh ke arahnya.
“Akak sem akhir kan?,”
Saya tersenyum padanya.
“Insya’allahh..Kenapa Dila tanya?,”
“Akak umur berapa?,”
Sekali lagi saya tergelak. Ada apa ni? Saya mahu dirisik lagikah? Allah mahu menguji hati saya lagikah?
“Alhamdulillah..tahun ni masuk 24 tahun.Kenapa Dila?,”
Dia tersenyum-senyum.
“Wahh..akak dah umur 24 tahun ya.Tapi, muka macam umur Dila sahaja,”
Kami sama-sama ketawa. Nak buat macam mana, dah saya ni memang ala-ala kanak-kanak rebina. Hehe.,. tak sangka dia akan tanya dan cakap macam tu. Melesetlah sangkaan saya tadi.
“Dila dapat tak jemputan kahwin kak Ainul?Eh, Dila kenal tak kak Ainul?,”
“Kak Ainul mana ni kak,”
“Alaa..Kak AinulMarhiah, floor ni juga.Tak kenal?”
Dia menggeleng.
“Kak Ainul tu nak kahwin ke kak?,”
“Insya’allah, dia kahwin dalam cuti midsem ni. Dia ada jemput akak. Mulanya memang akak nak pergi. Tapi, akak ada program.Jadi, tak dapat pergi.Sedih juga,’
“Ohh..Hmm..akak bila pula?,” kali ini bibirnya membungakan senyuman mekar.
Saya ketawa.
“Akak puasa lagi Dila. Tak terbuka hati lagi,”
“Ye ke?Nanti kalau akak nak kenduri, jemputlah Dila,”
Sekali lagi saya ketawa.
“Insya’allah..Cuma, sekarang ni, akak puasa dulu.Tak nak terikat dengan sesiapa. Panjang lagi cita-cita dan cinta akak. Komitmen dengan akademik dan kerja-kerja persatuan juga perlu akak timbangkan. Akak pun tak nak buat orang tunggu. Tak nak juga bagi harapan pada orang,”
“Hmm..betul juga ya kak.Susah kan kalau terikat dengan orang,”
Saya mengangguk.
“Ok Dila..akak dah selesai membasuh ni.Akak minta diri dulu ya,”
“Ok kak.Nanti kalau dah nak kenduri, jangan lupa jemput Dila ya.,”
Sekali lagi saya senyum.
“Insya’allah..,”

Rata-rata sahabat-sahabat saya di kampus UM ini ramai yang akan berwalimah dalam cuti dan dalam semester akhir ini. Saya hanya mampu iringkan mereka dengan titipan doa.
“Im..,”
Seseorang memanggil saya. Saya baru sahaja mahu membukakan kunci bilik. Selangkah lagi mahu melangkah masuk ke bilik. Saya menoleh. Ohh..Leen. Wajahnya bercahaya.
“Im..dah tahu ke?,”
“Tahu apa?,”
“Hafzan..,”
Nama itu pernah muncul dalam senarai perisik-perisik saya suatu ketika dulu. Munculnya untuk  melamar dan menghantar pinangan. Sehingga tiga kali dia melamar saya. Akhirnya, di akhir istikharah, saya tolak lamarannya dengan baik. Dan dia menerimanya. Saya juga berjanji mendoakan jodoh yang lebih baik untuknya. Saya memang tak layak. Akhir mesej kami, saya mesejkan padanya..
“asif..ana bukan untuk enta. insya’allah, ada lagi muslimat yang lebih baik untuk enta,”
“Kenapa dengan Hafzan?,”
“Hafzan dah nak kahwin,”
Serta merta bibir saya menguntumkan senyuman.
“Ye ke?Bila?Dengan siapa?,”
“Dia kahwin cuti ni.Tak pasti dengan siapa.Saya tengok kad kahwinnya di facebook.,”
Alhamdulillahh..akhirnya dia dah temui muslimah yang Allah pilihkan untuknya.
“Alhamdulillahh..leganya hati ana Leen.Makbul doa ana.Moga mereka bahagia sehingga ke akhirat,”
Untuk sahabat-sahabat yang telah dan akan mendirikan rumah tangga pada cuti semester ini, saya ucapkan salam berwalimah.
Khasnya buat sahabat SMPI, ukhti Nor Hayati Binti Mat Arin bersama pasangannya Sharif dan tidak lupa juga buat sahabat SMPI, akh Qutsam dan pasangannya Syasya. 
Semoga jodoh kalian kekal bahagia hingga ke anak cucu. Moga perkahwinan itu atas dasar ibadah pada Allah. ibadah kerana cinta pada Allah. Bukan semata-mata berkahwin untuk hidup di dunia, tetapi berkahwin untuk beribadah kepada Allah dan hala matlamatnya adalah untuk menuju kehidupan yang kekal abadi hingga ke syurga Allah. Malah perkahwinan dapat menjadi tiket untuk kita ke syurga Allah.
“Ya Allah, jangan sehingga cinta dan kehidupan dunia ini membuatkan aku lupa pada rindu, pada syahid di jalanMu dan pada cinta hanya untukMu..”
Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah ( 12th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
1 Februari 2011, 28 Safar 1432H, 9.25 a.m

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...