1 Februari 2011 yang dinantikan. Ada sesuatu yang istimewa pada hari ini.
Saya mencari-cari satu nombor di dalam handset saya. Nombor kak Lily.
“Salam. Kak, apa khabar? Im nak tanya, cerpen im Nabil & Sepohon Kemuncup akan diterbitkan dalam majalah Jelita untuk keluaran bulan berapa ya kak?”
Lebih kurang 2 bulan lepas, sewaktu saya menjalani bengkel penulisan kreatif anjuran Jemari Seni Publishing pada 12 Disember 2010, bengkel itu bukan sekadar bengkel. Tetapi bengkel itu menjadi titik pertemuan dan perkenalan antara saya dan kak Lily. Kak Lily katanya dia bekerja sebagai editor majalah Jelita. Kerana bengkel itu titik ukhwah antara kami terbina.
Bengkel penulisan kreatif itu sebagai hadiah tahunan dari Jemari Seni. Bengkel itu dijalankan selama seharian di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Fakulti itu terletak bersebelahan sahaja dengan Fakulti Akademi Pengajian Islam UKM. Pertama kali saya tiba di perkarangan kampus UKM itu, dada saya berdebar-debar. Bukan setakat saat saya menjejakkan kaki ke perkarangan kampus itu. malah gegaran debaran itu sudah terasa sejak seminggu sebelum itu lagi. Ketika tiba di kampus UKM, kami sesat jalan. Puas juga pusing-pusing keluar masuk UKM. Saya saat itu ditemani adik saya, saudari Adilah Amiruddin yang membantu menghantarkan dan mengambil saya ke bengkel tersebut.
Alhamdulillah, sesi bengkel berjalan lancar. Pada mulanya saya sedikit rasa gugup. Adilah terus pulang sejurus menghantar saya ke FSSK. Petang nanti barulah Adilah datang semula mengambil saya. Gugup saya itu semakin menjadi-jadi saat saya melangkah masuk ke dalam dewan bengkel. Bukan sahaja kerana saya berseorangan. Tetapi memikirkan adakah semua orang akan menerima penampilan diri saya? Saya saat itu baru 3 bulan memakai purdah. Namun, saya rasa lega sendiri apabila rata-rata peserta dan hadirin yang hadir ke bengkel itu menerima penampilan saya yang begini.
Di dalam bengkel ini, saya dan peserta-peserta bengkel didedahkan dengan teknik-teknik penulisan kreatif. Bengekal disampaikan oleh Noor Suraya yang sangat mesra. Melihat wajah keibuannya yang tenang, jiwa saya turut rasa tenang. Kami diajar memanggilnya Kak Su. Kak Su mempunyai perawakan wajah yang lembut. Dan dia bertudung labuh. Itu satu kebanggaan buat saya yang boleh dikatakan satu spesies dengannya juga. Gaya ceramah dan slotnya sangat santai sehingga semua peserta terasa mendapat layanan yang memuaskan sepanjang berada di dalam bengkel ini.
Rakan-rakan panel penulis yang lain, yang turut dijemput sebagai fasilitator bengkel antaranya, Kak Iman Xara, Kak Rnysa, Saudara Imaen, Saudara Pingu Toha dan Kak Noor Suraya sendiri. Saat itu, saya pula satu group dengan pengarah penerbitan Js sendiri, Puan Mariah. Selepas sesi ceramah dan slot Kak Su, kami dipecahkan duduk di dalam group bersama dengan fasilitator masing-masing. Group saya bersama dengan Puan Mariah. Turut bersama saya di dalam group itu, kak Lily, kak Huda, Adik Pija dan Puan Saadah. Di sinilah titik perkenalan saya dengan mereka. Kak Lily sudah berkahwin dan bertugas sebagai editor di majalah Jelita. Adik Pija pula sedang menuntut di UIA. Hanya dua orang ini sahaja rakan group yang saya ingat. Saya mohon maaf, biodata rakan-rakan segroup yang lain, saya sudah terlupa. Walau bagaimanapun, memori bersama seharian itu, tetap saya ingati sampai bila-bila. Ia kenangan manis saya. Cuma, rasa sangat rugi kerana saya tidak membawa kamera untuk merakamkan kenangan sepanjang berada di dalam bengkel itu. Itu sangat-sangat saya kesali.
Saya masih teringat, kata-kata kak Noor Suraya, panel penulis yang mengendalikan bengkel penulisan itu.
“Jemari Seni sdn. Bhd. menitikberatkan karya yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan berlandaskan hukum islam yang kita junjung. Dalam usaha menjadikan hasil karya sebagai saluran ibadah, Jemari Seni lebih mengutamakan karya-karya yang lebih cenderung ke arah penghayatan nilai-nilai islam ataupun islam sebagai satu cara hidup.”
“Hangpa semua tulislah apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran. Itulah ilham dan idea. Nanti bila dah dapat idea, maka olah-olahkan ayat untuk jadikannya penulisan yang kreatif dan baik. Apabila dah siap, hantarkan sahaja ke penerbitan Jemari Seni ini. Jangan takut kena reject. Tiap perkara ada risikonya. Dan kita, di Jemari Seni akan tetap terbitkan sesebuah karya yang menepati syarat-syarat penulisan. Soal untung atau tidak untung di pasaran, itu hal nombor dua. Jika tidak mendapat tempat dalam pasaran, insya’allah, dah cukup mendapat tempat di akhirat, dalam redha Allah,”
Subhanallah! Itulah ungkapan saya bila mendengar kata-kata itu terbit dari Kak Su. Ya, saya bersetuju. Kita sebagai da’ie ini perlu menggunakan apa-apa sahaja lapangan sebagai lapangan dakwah. Khususnya lapangan-lapangan yang membuka peluang untuk kita bersama mad’u. Setiap lapangan itu, kita perlu suntik fikrah perjuangan di dalamnya. Perlu ada misi terhadap hendak membumikan agenda gerak kerja Islam juga di dalam lapangan itu. Perlu ada fikrah Islam yang disuntik. Itulah keramatnya jari-jari seorang penulis. Jari-jari yang menulis dengan hati. Dan isyarat ilham yang sampai pada hati itu berasal dari ilham yang diberikan Allah. Allahhu Akbar.. Setiap kali kita membaca karya penulisan, jangan dikagumi betapa pandainya penulis mengolah ayat. Tetapi kagumlah pada kebesaran Allah s.w.t yang memberikan ilham secantik itu padanya.
Ketika berada di bengkel itulah, saya sering bersama dengan Kak Huda dan Kak Lily. Malah Kak Huda ada tolong saya menjaga barangan saya sementara saya dan kak Lily pergi solat. Seusai solat, Kak Lily beriringan dengan saya kembali ke dewan bengkel.
“Awak dah berapa lama pakai purdah?,”
“Alhamdulillah, dah 3 bulan lebih kak,”
“Ohh..dah lama ya.. Baguslah ya. Moga istiqamah,”
Saya tersenyum. Tidak menyangka akan mendapat doa darinya. Syukran kak Lily.
“Awak dah pernah ke hantarkan karya penulisan?,”
“Hmm..Im minat menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi kak. Im suka tulis cerpen jugak. Tapi hanya disimpan, buat koleksi sahaja. Tak pernah hantarkan ke mana-mana penerbitan,”
“Oh.. bagusnya. Kalau macam tu, awak try hantarkan cerpen awak ke Majalah Jelita. Akak editornya. Akak pun sedang mencari karya cerpen yang Islamik. Jarang majalah Jelita siarkan cerpen Islamik. Keluaran cerpen untuk Februari masih kosong. Awak trylah hantar ya. Akak harap ni. Royaltinya Rm100 untuk satu cerpen yang diterbitkan,”ujarnya bersungguh.
Saya tidaklah tergoda dengan royaltinya itu. Saya lebih nampak itu satu peluang untuk saya mencuba berada di lapangan mad’u sasaran. Bukan semua mad’u yang membaca bahan bacaan yang Islamik. Maka, sebagai da’ie, kitalah yang sepatutnya mencari lapangan mad’u untuk disuntik ion-ion Islamik di dalamnya.
Kalau semua orang yang berjubah dan bertudung labuh, berserban dan berkopiah hanya menulis karya Islamik di medan Islamik sahaja, jadi hanya golongan-golongan yang memang dah punyai fikrah Islam sahajalah yang akan menatap dan membacanya. Bagaimana pula lapangan mad’u sasaran yang berlambak-lambak majoritinya bermasalah tidak faham Islam? Yang majoritinya, dakwah Islam tidak sampai padanya? Salah mereka yang memang tiada fikrah Islam atau salah kita yang tidak menjadi da’ie yang menghampiri mereka? Sebagai da’ie, kitalah yang perlu menjadi anak panah. Menjadi ramyun yang volunteer dilontarkan ke dalam lapangan-lapangan mad’u ini.
Saya sebenarnya dari sekolah menengah lagi, saya sangat minat dengan bidang seni. Malah di sekolah saya, Maktab Mahmud Kuala Muda, saya aktif dalam bidang seni Islam sekolah. Saya aktif menulis skrip pentomen dan sketsa. Ada yang bahasa Melayu. Bahasa Arab juga. Peluang yang diberikan sebagai Setiausaha Badan Seni Islam sekolah, saya gunakan sebaik-baiknya untuk memeriahkan pentas.
Pentomen saya yang pernah saya sendiri tulis dan saya sendiri menjadi pengarahnya adalah bertajuk, Hijrah SPM, Nurul Iman, Kau, Aku DAN DIA. Dan ada satu pentomen bahasa Arab yang saya tulis dengan kerjasama sahabat saya Akh Abdul Hadi Bin Mohamad. Saya banyak belajar dengan sahabat saya ini. Dialah orang pertama yang merencahkan pentomen arahannya sendiri saat itu. Dia menjemput saya menjadi pelakon di dalam pentomennya. Maaf. Saya tidak ingat tajuk pentomen tersebut. Namun, pentomen itulah pentomen pertama yang menggegar MMKM waktu itu. Sehingga saya mendapat idea untuk menulis dan mengarahkan pentomen saya juga. Pentomen Hijrah dan sambungannya Aku, Kau DAN DIA.. ditulis dan diarahkan oleh saya sendiri. Malah saya sendiri juga yang jadi heroinnya. Hehe..memang kenangan yang terindah. Guru bimbingan saya waktu itu Ustazah Latifah Ibrahim yang memeriksa skrip usulan saya. Dan saya tidak boleh lupa dengan kerjasama sahabat saya yang seorang ini, akh Jauharil Bin Abdul Samad. Akh Jauharil banyak member dorongan dan bimbingan pada saya untuk bahagian pementasan dan sewaktu latihan pementasan. Tidak lupa juga pada ukhti Syakimah selaku orang yang memadankan lagu-lagu latar sepanjang pentomen berlangsung.
Pementasan itu membuatkan semua warga MMKM menangis. Malah saya sebagai heroinnya memang menangis betul-betul. Tidak lupa juga pada rakan partner yang menjadi hero dalam pentomen itu, akh Mohd Shahir Bin Ramli. Saya memegang watak sebagai Aisya Wardah. Akh Shahir pula memegang watak sebagai Shahril Hisyam. Tidak lupa juga pada team nasyid MMKM yang menjadi penasyid jemputan saya, diketuai Akh Arzeren Mahazir. Gaya Akh Arzeren ini tidak ubah seperti saudara Suhaimi ex Inteam. Wajah dan suara juga hampir seiras. Gambar-gambar pentomen tersebut tidak dapat saya paparkan. Ada di dalam album di rumah saya di Kedah. Insya’allah, satu masa nanti saya akan memaparkannya sebagai imbasan memori lalu. Khas untuk tatapan pembaca sekalian.
Terkadang terbit juga kerinduan pada bidang kesenian ini. Teringin pula nak berpentas lagi. Cuma kini, saya lebih mahu berpencak di medan penulisan. Cita-cita saya mahu menjadi penulis. insya’allah, tahun ini saya cuba berusaha untuk menjadi penulis. Walau hanya menjadi penulis di blog ini. Itu sudah cukup berharga buat saya. Terima kasih tidak terhingga kepada adik saya, Aisyah Muslan (Apids) yang membantu saya membina blog Wadie Annurfillah ini. Moga segala tulisan akak ni, biasannya dakwahnya turut terbias ke saham akhiratmu dik..
Saya menunggu balasan mesej dari kak Lily.
“Wslm. Alhamdulillah, akak sihat. Cerpen im sudah diterbitkan dalam keluaran Jelita Februari ini. Majalah itu sudah berada di pasaran,”
“Terima kasih kak. Nanti im beli majalah tu. Jazakillahh..,”
Apa lagi? Terus sahaja saya keluar mencari majalah itu bersama adik-adik saya yang lain. Kami ke Amcorp Mall. Cadangnya nak lihat-lihat kamera digital. Tapi, salah hari pula. Hari itu hari Tahun Baru Cina, memang confirmlah kedai yang menjual kamera tidak buka.
“Hmm.. Simah, lepas ni, Simah la kena buka kedai kamera. Jadi, semua orang Melayu akan pergi beli kamera pada Simah time hari Tahun Baru Cina. Taklah ada masalah semua kedai kamera tutup sebab majoriti kedai yang menjual kamera terdiri dari orang Cina,”
Simah dan Basyira hanya ketawa sahaja. Puas kami pusing-pusing, keluar masuk kedai mencari majalah Jelita. Namun, kesemua kedai-kedai di situ, tiada menjual majalah Jelita. Hanya majalah-majalah hiburan bahasa Inggeris dan majalah yang diimport sahaja yang berlambak-lambak. Akhirnya kami mahu pulang. Tiba-tiba kami terpandang satu kedai yang agak terpencil di sudut paling depan di Amcorp Mall itu. Ada pakcik Melayu yang jadi tuan kedainya.
“Akak, ni majalah Jelita. Kejap, saya check, ada tak cerpen akak, hehe..,”
Saya senyum-senyum sahaja walaupun orang tak nampak sebab saya berpurdah. Saya turut mencapai satu lagi majalah Jelita. Ada wajah Aishah Sinclair sebagai cover depannya. Pantas saya membuka isi kandungan majalah. Melihat nombor siri. Oh, cerpen itu ada tersiar di muka surat 207.
Belum sempat saya membuka ke muka surat itu, Simah dulu yang sudah menjumpainya. Dan di situ saya tersenyum. Puas.
“Kak, ada cerpen akak ni. Tajuk ni ke akak? Nabil & Sepohon Kemuncup?,”
Saya mengangguk. Terucap lafaz tahmid. Ya, itulah cerpen tulisan saya. Segera watak-watak yang saya tulis mula bermain di minda saya. Terus sahaja saya ambil buku itu, dan saya bayarkan di kaunter. Alhamdulillah, sungguhpun ini cerpen pertama saya yang disiarkan, namun saya sangat rasa bersyukur. Moga semua pembaca Jelita suka dengan cerita saya. Alangkah baiknya jika ada yang memberi komen terhadap penulisan saya. Saya mahu dibaiki untuk menjadi penulis yang lebih baik. Penulis yang sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik untuk menghasilkan karya yang terbaik. Untuk Allah dan perjuangan Islam.
“Kak, bila novel akak nak keluar?,”
Saya tersenyum lagi.
“Lambat lagilah dik. Akak holdkan dulu penulisan novel. Allahh..akak tak boleh nak fokus untuk menulis, run gerak kerja dan fokus akademik. Jadi, akak holdkan dulu menulis novel. Biar novel yang saya tulis itu kekal berada di bengkel saya. Nanti saya akan jenguk-jenguk ia untuk saya baiki gaya penulisannya.
“Cerpen akak, sambungan kisah Aku Belajar Tentang Cinta, bila nak post kat blog?,”
Satu soalan lagi saya sambut dengan senyuman.
“Cerpen sambungan itu masih dalam proses pembikinan. Insya’allah, akak postkan dalam bulan ini juga,”
“Ok kak. Kami tunggu kat blog akak ya,”
“Insya’allah..Kalau dah baca tu, jangan lupa komen ya,”
‘Insya’allah,” jawab mereka serentak.
Saya akhiri catatan kali ini dengan lagu ini.. sama-sama hayati liriknya yang begitu menusuk kalbu ansorullah saya.. ..‘ana ramyun min rima’yatilIslam farmi ainama syikta’..
Tekad – Izzatul Islam
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri..
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati..
Jasad ini.. Darah ini.. Sepenuh redho di hati..
Kami adalah panah-panah terbujur..Yang siap dilepaskan dari busur..
Tuju sasaran siapapun pemanahnya..
Kami adalah pedang-pedang terhunus.. Yang siap terayun menebas musuh..
Tiada peduli siapapun pemegangnya..
Asalkan ikhlas di hati, tuk hanya redho Ilahi..Rabbi..
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri..
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati..
Jasad ini.. Darah ini.. Sepenuh redho di hati..
Kami adalah tombak-tombak berjajar.. Yang siap dilontarkan dan menghujam..
Menembus dada lantakan keangkuhan..
Kami adalah butir-butir peluru.. Yang siapa ditembakkan dan melaju..
Dan mengoyak.. menumbang kezaliman..
Asalkan ikhlas di hati, tuk jumpa wajah Ilahi..Rabbi..
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri..
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati..
Jasad ini.. Darah ini.. Sepenuh redho di hati..
Kami adalah mata pena yang tajam.. Yang siap menuliskan kebenaran..
Tanpa ragu ungkapkan keadilan..
Kami pisau belati yang selalu tajam.. Bak kesabaran yang tak pernah padam..
Tuk harungi dakwah ini jalan panjang..
Asalkan ikhlas di hati, menuju jannah Ilahi..Rabbi..
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri..
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati..
Jasad ini.. Darah ini.. Sepenuh redho di hati..
Note: terima kasih pada kak Lily yang membantu saya menginjak selangkah menjadi seorang penulis.. jazakillah kak..
Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah ( 12th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
6 Februari 2011, 3 Rabi’ul Awal 1432H, 9.05 a.m
0 comments:
Post a Comment