21 Februari 2011
Suasana hari ni sangat damai. Alhamdulillah, walaupun agak lewat, saya dan kak Aqilah teruskan juga plan awal kami pada pagi hari mengundi itu. Kami plan untuk berjoging, pusing-pusing satu UM ni.
“Akak, hari ni kita mulakan plan kita dengan E-sarapan, E-joging dan E-undi ya.hehe,”
“Ha’ah..sekarang dah E-sarapan dah. Jom kita teruskan dengan E-joging plak,”
Kami ketawa. Demam PRK punya pasal, semua perkara pun nak ada ‘E’ jugak. Walau bagaimanapun, saya kira PRK kali ini paling teruk la. Baik pengurusan, penyelarasan, mahupun perlaksanaan. Semuanya serabut. Sebab apa? Bermula dengan system 4E yang memening dan menyerabutkan. Sebab itulah habis semua urusan serabut.
Pagi itu cerah sangat. Alhamdulillah. Cahaya-cahaya kemenangan kelihatan tampak sinarnya mengufuk dari Timur. Beburung berkicau, unggas menyanyi riang, monyet-monyet UM berlompat-lompat, berguling-guling di padang. Memanjat pokok. Tak kurang juga ada yang sedang memunggah bakul sampah di floor Block A. Sesekali ada pelajar yang terserempak dengannya, dia menyerigai. Hehe.. saja ja ambik mood suasana hari mengundi ni. Moga semua pelajar-pelajar ingat tentang tanggungjawab masing-masing.
Kami teruskan perjalanan E-joging. Merentas desa UM, bumi tarbiyah yang merakamkan 1001 kenangan tarbiyah yang tidak dapat dibeli di mana-mana pusat kraftangan mahupun kedai cenderahati. Tak adanya. Hanya ada dalam diari hati saya sepanjang hidup saya di bumi varsity Perdana ini.
Suasana kiri kanan di Fakulti Pendidikan |
Puas juga la saya dan kak Aqilah pusing-pusing, ambik gambar. Sempat lagi merakamkan kenangan suasana PRK kali ini. PRK kali akhir sebelum saya meninggalkan dunia kampus. Kami bergambar-gambar di sekitar Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. Sampai di situ, saya terkejut. Poster-poster milik Pro Mahasiswa tiada lagi yang ‘selamat’ masih tertampal di softboard Fakulti Pendidikan itu. Semuanya sudah dilicinkan. Hanya tinggal poster-poster Penggerak Mahasiswa. Dahsyat betul. Semuanya yang menjadi hak milik ‘makhluk oren’, semuanya hanya tinggal serpihan-serpihan yang melekat sahaja. Seakan-akan dah ada penyisytiharan kemenangan mereka.
Suasana di bustop Fakulti Pendidikan |
Tujuan saya ke situ pun sebenarnya mahu merakamkan gambar-gambar posteri-poster itu juga. Cantik kali ni, dilekatkan teratur sahaja oleh ‘makhluk oren’. Dukacita saya melihat semua poster-poster itu dah tiada. Kecewa jugak la. Paling sedih, di sekitar bustop Pendidikan itu, rata-rata tempat menunggu bas, dipenuhi sampah flyers-flyers. Moga mahasiswa yang berencah mahluk oren dan makhluk kuning ini jadi individu yang bertanggunjawab untuk membersihkan semula apa yang tangan-tangan mereka buat sebelum ni. Malu pada orang luar, UM tidak bersih.
Suasana di Fakulti Pendidikan |
Kempen derma darah di Kompleks Perdana Siswa , UM |
“Kak, agak-agak sapa yang menang ya kak?,”
“Siapa yang berusaha, insya’allah Allah bantu..,”
Terimbas terjemahan kalam Ilahi, dari surah Assoff, 14. Jika a’milin terbuka hatinya untuk Islam, maka Allah perkuatkan langkahnya dan Allah isi dadanya dengan kelengkapan peperangan. Itulah janji Allah s.w.t.
Langkah diteruskan ke DTC. Subhanallah..lengang sahaja DTC hari ni. Tak macam malam tadi. Gamat dengan solat hajat berjemaah dan teriakan takbir. Adakah sekali lagi DTC akan menjadi tempat bersejarah kemenangan Islam di Uni Malaya? Adakah kemenangan 2 tahun lepas, akan berulang sejarahnya pada hari ini? Saya lihat lelangit tenang kebiruan. Saya dengar kicauan burung riang, seakan ada tasbih doa kemenangan yang dituturkan. Saya lihat juga pepohon melambai-lambai ketenangan. Ikan-ikan berenang-renang riang di dalam kolam DTC. Dan bunga-bunga mengembang, membisikan doa rindu kemenangan Islam. Adakah UM akan ditawan kali ini?
Ikan-ikan yang mendoakan kemenangan |
Habis bateri kamera, kami terus kembali ke kolej. Meneruskan dengan E-Undi pula. Alhamdulillah, lega selepas membuang undi. Namun saya pelik sendiri. Suasana mengundi hari ni tak ada feel macam sebelum-sebelum ni. Saya kira tak ramai pelajar yang turun mengundi ni. Tiba saya check di FB, jumlah peratus pelajar yang mengundi pada saat itu masih tidak mencecah ke 40%. Allahh.. Adakah peluang kemenangan untuk Pro Mahasiswa? Dah la kempen sekejap sangat. Kemudian macam-macam isu yang timbul. Hmm..Moga Allah permudahkan.
Petang itu, saya masih bersama kak Aqilah menapak ke dataran Akademi Pengajian Melayu, tempat pengumuman keputusan PRK. Mulanya kami disekat pak gat. Tak boleh masuk.
“Adik ada pass masuk tak?,”
Saya menggeleng. “Saya tiada pass masuk tu,”
“Kalau macam tu, adik tak boleh masuk. Tunggu kat sini la ya,”
Tunggu kat tepi jalan macam ni? Wahh..sekali lagi HEP buat undang-undang pada pak gat. Alahaii.. tak bestlah kalau hanya sekadar menunggu di luar dan di tepi jalan macam ni.
Ramai pengawal keselamatan, polis dan suksis yang bertugas |
Namun tiba-tiba, seorang polis memaklumkan kepada kami agar naik ke atas. Eh, pelik pula. Macam mana tiba-tiba boleh pula naik ke atas. Kami terus sahaja naik ke dataran APM. Agak terkejut melihat ramai suksis yang berkumpul di luar gerbang APM. Wahh… macam bakal berperang sahaja gayanya. Macam front line la pula. Tapi, saya faham mereka bertindak berdasarkan arahan ‘pihak atas’. Tak apalah, semoga keselamatan terjamin.
Saat itu jam menunjukkan hampir jam 6 petang. Seketika kemudian, saya lihat beberapa orang sahabat-sahabat dari Pro Mahasiswa kelihatan bersorak-sorak kegembiraan. Eh, dah menang ke?
Menunggu keputusan |
Menunggu dengan sabar penuh debaran |
Ketika itu suasana masih belum gawat. Rata-rata penyokong masih lagi menunggu keputusan dengan sabar. Mungkin sekejap lagi akan diumumkan secara rasmi. Beberapa laungan menghangatkan suasana.
“Hidup..hidupp.. Mahasiswa..,”
“Studentt..Power!!..,”
“We unite.. We unite.. We unite 4 UM..,”
“We unite.. We unite unite.. We unite 4 Justice..,”
“Takbirr.. Allahhu Akbarr..,”
Begitulah laungan keramat yang dilaungkan. Beberapa minit kemudian, kelihatan semua calon-calon yang berada di dalam dewan APM keluar. Calon-calon Pro M berwajah berseri-seri. Subhanallah.. Nampaknya berita tadi bukan hanya sekadar mesej khabar angin. Ternyata kemenangan milik Pro M. Pro Mahasiswa sudah menjadi kerajaan di bumi Uni Malaya. Dari kejauhan saya melihat adik saya, Adawiah menapak ke arah saya. Saya pantas memeluknya. Dia mendapat undian tertinggi, 4567 undi. Takbirr.. Allahhu Akbarr..
Keputusan rasmi, Saw Yee Fung-4208, Robiatul Adawiyah Jamali-4567, Mohd Syahid-4108, Tan Tiong Yih-3894, Masturah Abu Bakar-4079, Hawari Zakaria-3982, Siti Nadzirah Majeed-4126, Mohd Bukhairy-4277, -Kelvin Tee Tin Loong-4242..
Setelah mendepani pelbagai ujian, mehnah dan tribulasi, akhirnya Allah meminjamkan kemenangan. Ya, kemenangan setelah berusaha. Itulah kemenangan yang paling bermakna.\
YB Adawiah yang lembut berjiwa berani |
“Tahniah ada..,”
Dia hanya tersenyum. Saya juga hanya mampu tersenyum memandang wajahnya.
“Kaulah Nur Deen yang dipilih Allah..,” bisik hati saya padanya.
Seterusnya pengistiharan rasmi dilakukan oleh adik saya, Saudara Farid Jalpah. Kesemua pendokong dan penyokong saling berpelukan, meraikan kemenangan. Semuanya saya lihat membungakan senyuman puas, wajah bahagia penuh rasa syukur pada Allah. inilah kemenangan yang dirindui oleh semua pendokong dan penyokong. Saya kira kemenangan ini berkat kesatuan hati segenap pihak yang berusaha untuk meraih kemenangan ini. Tahniah buat semua pendokong dan penyokong. Moga ini bukan kemenangan terakhir, tetapi inilah langkah pertama untuk meraih kemenangan demi kemenangan. Agar kampus Islam dapat ditegakkan di Uni Malaya ini. Moga inilah cabang-cabang ke arah pembentukan daulah Islam di bumi Malaysia ini. Takbirr.. Allahhu Akbarr..
Tambahan, pada hari itu juga kita mengumpul kemenangan Pro Mahasiswa dari IPT-IPT lain, dari UM, UKM, USIM, UPSI, USM K.KERIAN dan beberapa lagi IPT yang lain.
Berikut adalah potret-potret kemenangan yang dirakamkan.
Wajah-wajah berseri menyambut kemenangan |
Puas setelah usaha berhasil kemenangan |
Kemenangan yang menyatupadukan seluruh mahasiswa |
Pelukan dan air mata menitis meraih kemenangan |
Kesatuan hati menjadi perencah kemenangan.. Student.. Powerr!! |
Kemenangan hari ini kerana perjuangan aktivis-aktivis lepas, ..Hidup..hidup.. Mahasiswa.. |
Dewan Kuliah Utama, API,
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
24 Februari 2011, 21 RabiulAwal 1432H, 11.58a.m
0 comments:
Post a Comment