BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 21, 2011

CORAT CORET PRK UM 2011 PART2


Note : Beberapa petikan dari Umkini dan blog sahabat-sahabat yang saya editkan, buat tatapan pelawat blog yang ingin mengikuti perkembangan PRK UM 2011..
Pro-M Bantah Kelayakan Calon Umum GERAK
February 18, 2011
Universiti Malaya : Pro-Mahasiswa UM hari ini mengadakan satu himpunan aman bagi membantah seorang calon umum Penggerak Mahasiswa (GERAK) yang disifatkan pihak mereka sebagai ‘calon mee segera’.
Bantahan yang dibuat sebaik sahaja selesai Solat Jumaat di hadapan Masjid APIUM itu dihadiri kira-kira 50 aktivis Pro-M UM yang membentangkan beberapa kain rentang dan menyuarakan bantahan.
Menurut sumber, calon umum tersebut iaitu Ahmad Fadhlurrahman Bin Ahmad Hidayat telah dikenal pasti sebagai calon yang tidak sepatutnya layak bertanding dalam pilihanraya kali ini.
Menurut Pengerusi Pro-M, Farid Jalpah, pihaknya telah mengenalpasti dan mempunyai bukti yang sangat kukuh untuk menyatakan bantahan setelah bantahan pertama semalam ditolak bulat-bulat.
Calon tersebut yang juga anak kepada mantan Pengarah APIUM sebelum ini telah dikenalpasti tidak mempunyai syarat yang lengkap untuk disahkan bertanding.
Bukti menunjukkan beliau telah menghantar borang percalonan pada jam 8.08 pagi semalam (Khamis) dan mengikut ‘syarat sah’ bertanding, seseorang calon perlu menghantar borang sebelum jam 4.30 petang hari Rabu (16 Februari)
Dan setelah bantahan pertama ditolak, Pro-M UM tetap bertegas akan meneruskan bantahan demi bantahan.
“Kami tetap akan membantah sebab kami yakin dengan ketiadaan ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya kali ini, dengan sikap tidak profesional sesetengah pihak, masa depan mahasiswa UM semakin gelap.”
“Pemimpin yang tidak layak bertanding disahkan bertanding, pemimpin yang layak pula disingkirkan, sudah jelas kepada mahasiswa, kemenangan yang akan mereka (GERAK) peroleh nanti akan menyebabkan kepimpinan yang lahir nanti lebih teruk berbanding sebelum ini (Sesi 2009/2010).”, jelasnya lagi.
“Pihak kami akan mendapatkan penjelasan terperinci daripada pentadbiran UM dan juga AJK pilihanraya kampus UM kali ini. Keadaan ini jelas menunjukkan GERAK bakal memperoleh kemenangan dengan bantuan ‘tangan ghaib’.” – UMkini.

UM Tetap Mahu GERAK ‘Tadbir’ Kampus
February 18, 2011
Universiti Malaya : Pihak pentadbiran ternyata sudah bosan dengan pelbagai kerenah yang dilakukan oleh pihak Pro-Mahasiswa UM saban tahun ketika berlangsungnya pilihanraya kampus.
Dengan pelantikan TNC HEPA baru bagi menggantikan Datuk Azarae Idris, Prof Datuk Dr Rohana Yusof ternyata lebih bijak menilai mahasiswa UM dengan ‘menyadurkan’ pelbagai ‘menu’ untuk tatapan semua warga kampus.
Datuk Rohana dilihat lebih mahukan Penggerak Mahasiswa mentadbir kampus UM berbanding Pro-Mahasiswa UM yang asyik menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu perkara.
Dengan menggunakan Sistem E-Undi, E-Calon, E-Bantah, E-Rayuan, kelebihan jelas memihak kepada semua calon Penggerak Mahasiswa UM.
Penggerak Mahasiswa yang lebih terkenal dengan pendekatan ‘lebih lembut’ berbanding Pro-M UM telah berjaya ‘memenangi hati’ pihak pentadbiran UM dengan pelbagai agenda dalaman berjaya diatur bagi mengaburi mata mahasiswa.
Tahun lepas, Pro-M UM telah membantah penggunaan sistem E-Undi yang ternyata mempunyai banyak kelemahannya dan pada tahun ini, kelihatan penggunaan 4 Sistem ‘E’ lebih menyusahkan semua pihak.
Peluang GERAK untuk mengekalkan pemerintahan mereka dalam organisasi MPMUM dilihat ‘lebih cerah’ berbanding Pro-M UM yang dilihat hanya berupaya mencapai kemenangan di kubu kuat mereka iaitu di kerusi Akademi Pengajian Islam, Perubatan, Pendidikan, Alam Bina dan kerusi UMUM.
Proses penamaan calon semalam juga menyaksikan PENGGERAK MAHASISWA telah memenangi 10 kerusi tanpa bertanding berbanding PRO-M yang hanya memenangi 4 kerusi tanpa bertanding.
Namun, pihak Pro-M diberitakan masih yakin mampu memenangi pilihanraya kampus sesi ini melihatkan kepada suasana sekitar penamaan calon semalam.
Suasana perarakan calon-calon menyaksikan kekuatan penyokong Pro-M UM lebih ramai dengan hampir 200 mahasiswa turun berbanding hanya 100 penyokong GERAK.
GERAK dikhabarkan telah menghantar 9 calon umum (termasuk seorang calon mee segera), 24 untuk kerusi fakulti dan pihak Pro-Mahasiswa telah menghantar 9 calon umum dan 19 calon kerusi fakulti.
Manakala bebas pula mempertaruhkan seorang calon umum dan 10 calon di kerusi fakulti.
Pilihanraya kampus UM pada kali ini mempertandingkan 43 buah kerusi (9 umum, 34 fakulti) termasuk dua kerusi tambahan untuk calon siswazah berbanding 41 pada tahun lalu. – UMkini

19 Februari 2011-
Universiti Malaya : Tibanya pilihanraya kampus Universiti Malaya, pasti akan kelihatan kewujudan penjaga pintu pagar yang akan menjaga pintu pagar utama kolej-kolej kediaman.
Suasana itu hanya dapat dilihat ketika kehangatan kempen semua calon Pro-Mahasiswa UM yang ingin berkempen di kolej-kolej kediaman.
Namun, tidak semua kolej kediaman dilihat ‘mewujudkan’ penjaga pintu pagar dan kelihatan pada tahun ini Kolej Kediaman Ketiga, Kolej Kediaman Keempat, Kolej Kediaman Ketujuh dan Kolej Kediaman Kesembilan yang menggunakan khidmat mahasiswa untuk menjadi ‘Pak Guard tambahan’ di kolej terbabit.
Kempen hari pertama pada hari ini (Jumaat) juga menyaksikan beberapa ‘Pak Guard masa hadapan UM’ telah berjaya dilahirkan oleh pentadbiran kolej dan Sekretariat Presiden-Presiden
Situasi Kolej Kediaman (SPKUM).
Namun, kehadiran Jurucakap SPKUM, Asri Zulkifli ketika 150 calon dan penyokong Pro-M bergerak ke Kolej Kediaman Ketujuh menyaksikan ‘Pak Guard’ di kolej tersebut ‘patuh’ sedikit dengan permintaan Pro-M UM bagi membenarkan calon dan wakil calon untuk masuk berkempen.
Namun, di kolej tersebut, tidak semua wakil calon dibenarkan masuk berbanding di Kolej Kediaman Keempat dan Kolej Kediaman Ketiga.
Sudah pasti mereka semua dibayar ‘elaun’ untuk menjalankan tugas yang telah ‘diamanahkan’ oleh pentadbiran kolej kediaman.
Laungan keramat ‘Student Power’ dan ‘Bangkit-bangkit Mahasiswa’ serta’ GERAK Bacul, Penakut’ juga kedengaran dilaungkan oleh aktivis dan penyokong Pro-M UM di luar pintu pagar kolej-kolej terbabit. – UMkini.

by Ahmad Syazwan (Presiden PMIUM) on Saturday, 19 February 2011 at 15:27

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pilihanraya kampus Universiti Malaya sememangnya sentiasa panas dengan suasana kempen dan isu yang timbul. Semuanya ini adalah permainan dan aksi biasa dalam suatu padang demokrasi. Namun malangnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Asri Zulkifli dalam sidang media semalam yang jelas menunjukkan kecetekan fakta dan ketandusan idea beliau dalam pilihanraya kampus kali ini.
Justeru, ada beberapa pembetulan fakta yang perlu dibuat :
1. Tidak ada jemputan lansung dari pihak TNC HEP untuk berjumpa dengan wakil mahasiswa semasa himpunan di gazebo. Hanya saudara Ahmad Syazwan (Presiden PMIUM) yang menerima mesej dari wakil Naib Canselor mengatakan NC telah MENGARAHKAN TNC HEP untuk berjumpa dengan mahasiswa. Namun TNC HEP hanya mahu berjumpa seorang sahaja daripada kami. Jelas bahawa TNC tidak mehu berjumpa dengan mahasiswa.
2. Kami menafikan kenyataan bahawa pihak pentadbiran tidak akan bersetuju dengan apapun yang Pro Mahasiswa bawa.Sebenarnya, hanya TNC HEP sahaja yang lansung tidak boleh menerima pandangan kami, sebaliknya banyak perkara yang Pro-M bawa terus kepada Naib Canselor, diterima. ( contohnya pembatalan bengkel calon dan penukaran Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan, rujuk : http://malaysiakini.com/news/155760
3. Asri mendakwa ada ahli politik yang masuk ke UM pada hari penamaan calon dan mendakwa boleh memecahbelahkan mahasiswa yang ada. Ahli politik tersebut ialah saudara Nazri Yunus ( mantan Presiden PMIUM) dan Cikgu Bad (SMM). Kami menafikan penglibatan dan ternyata Asri tidak mengenali mereka ini. Saudara Nazri merupakan pelajar Master dan memang selalu ada di UM. Cikgu bad bukan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), tetapi Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan tidak ada bukti dikemukan bahawa dia telah masuk kekampus UM pada hari berkenaan.
Pro Mahasiswa kesal dengan kesalahan maklumat dan fakta yang diberikan oleh seorang pemimpin utama Penggerak Mahasiswa. Jika beliau menuduh Pro-m suka 'judge' tanpa usul periksa, saya rasa mahasiswa sudah boleh menilai dia pula bagaimana.
Dalam usaha Pro Mahasiswa tegas membela demokrasi dan keadilan mahasiswa, pihak penggerak hanya memerhati sahaja apa yang berlaku. Golongan mahasiswa tidak boleh akur dan tunduk dengan sistem yang korup, mesti bangkit lawan kezaliman.
Berjuanglah atas idealisme, bukan 'boneka'nisme....
video penuh sidang media tersebut boleh dilihat disini:

Perutusan dari saudara Farid Jalpah Pengerusi Pro-Mahasiswa 
by Promahasiswa Um on Saturday, February 19, 2011 at 5:51pm
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah...Syukur kita panjatkan pada illahi.
Pertamanya, terima kasih pada seluruh tenaga kerja Pro-Mahasiswa dan seluruh mahasiswa Universiti Malaya atas kerja sama dan sokongan anda kepada Pro-M.
Keduanya, Setakat ini kita sudah sampai hari ke-3 kempen. Walaupun hakikatnya kita sudah sama-sama berpenat lelah untuk PRK sejak hampir sebulan yang lalu. Merancang, menyusun strategi dan mengumpul dana bagi memastikan kemenangan berpihak di pihak kita.
Ketiganya saya ingin jelaskan pada rakan-rakan mahasiswa, setakat ini banyak isu yang perlu sama-sama kita fahami :
1. Pada hari penamaan calon, 4 calon kita telah dinafikan hak untuk bertanding atas alasan yang kita kira tidak muhasabah.Sememangnya pihak pro mahasiswa dari awal lagi tidak bersetuju dengan taklimat dan bengkel yang dijadikan syarat wajib kepada calon yang bertanding kerana terdapat banyak ruang penindasan. Dan ianya terbukti apbila calon pro mahasiswa yang sungguhpun telah menyertai taklimat wajib tersebut,calon kita masih dinafikan hak mereka untuk bertanding.Hanya Setelah desakan dari pendokong setia pro-mahasiswa,2 calon kita dibenarkan bertanding. Kita merasa amat kecewa dengan pencabulan hak mahasiswa terang-terangan ini.Dan mahasiswa semakin hilang kepercayaan dan mempertikai kredibiliti pihak HEP dalam menguruskan PRK .
2. Sistem 4E yang diperkenalkan dikatakan dengan tujuan akan memudahkan mahasiswa. Tapi apa yang berlaku, sehingga hari ini kita lihat sistem ini benar-benar telah membunuh demokrasi kampus. Kita telah menyaksikan pelbagai kecelaruan yang berlaku dalam penggunaan sistem baru ini.Terdapat maklumat calon yang tidak dipaparkan seluruhnya,selain ketidakselarasan maklumat dan sistem antara fakulti-fakulti.kita punya bukti jelas hal ini. Sehingga saat ini ,kita masih berpendirian bahawasanya sistem ini sangat tidak bersedia untuk dilaksanakan dalam PRK kali ini.
3. Pro mahasiswa juga ingin mengingatkan kepada pihak HEP agar tidak menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya.Banyak bukti yang telah kita saksikan sendiri bagaimana HEP menetapkan peraturan dan melanggar peraturan yang mereka sendiri tetapkan.Calon dari pro mahasiswa diwajibkan mengikut peraturan mereka tetapi calon dari pihak lain diberikan ruang seluas-luasnya untuk berbuat sesuka hati dengan alasan 'peraturan itu telah diganti'.Saya ingatkan sekali lagi, jangan perbodohkan mahasiswa!
4. Kepada semua pihak yang terlibat dalam PRK kali ini,saya menyeru agar tidak menabur fitnah tanpa bukti dan asas yang kukuh.Pendirian mahasiswa adalah dari fakta dan bukti intelek yang kukuh,bukan pada emosi dan mana-mana sentimen.Kekalkan nilai intelektual yang ada pada diri anda selaku mahasiswa.
Kepada rakan-rakan Pro-mahasiswa, mahupun Penggerak mahasiswa dan seluruh mahasiswa fahamilah anda sekalian, PRK adalah medan bagi kita mengutip pengalaman dan memilih kepimpinan yang paling layak untuk membawa suara mahasiswa. Dan untuk tujuan itu, kita berharap akan lahir dari lubuk Universiti Malaya bakal pimpinan negara yang berjiwa besar, amanah, tahu selok belok kepimpinan adil serta berfikiran matang dalam mengendalikan satu-satu amanah yang diberikan. Anda sendiri boleh menilai bagaimana perbezaan kepimpinan MPMUM sesi ini berbanding sesi 2008/2009 dibawah kepimpinan YDP Ridzuan Mohammad.
Tapi jika begini keadaannya, jika demokrasi mahasiswa terus diganggu gugat dengan campur tangan yang tidak sihat, kita tidak akan berdiam diri. Kita di peringkat Pro-Mahasiswa akan memperjuangkan apa yang sepatutnya menjadi hak mahasiswa.
Sekian.Teruskan menyokong Pro-Mahasiswa. . All For UM.
Sumber : FB pro mahasiswa UM
Sidang Media Calon Di Culik : UM Tercemar Lagi
February 20, 2011



Universiti Malaya, Ahad : Satu sidang media berkaitan kehilangan calon umum PRK UM saudari Masturah Bt Abu Bakar telah diadakan di hadapan bangunan Dewan Tunku Canselor petang tadi.
Saudari Masturah dilaporkan hilang pada petang semalam sewaktu menziarahi rakannya di luar kampus, kehilangan saudari Masturah disedari oleh seorang junior,Saudari Hanis yang bersama dengan beliau ketika itu.
Saudari Hanis memberitahu wartawan yang hadir petang tadi bahawa Masturah hilang ketika beliau berjalan sendirian pergi ke kedai untuk membeli kredit Top-Up.
”saya menunggu kak Masturah di atas motor ketika itu,setelah menyedari dia agak lama saya cuba menghubungi telefon beliau dan ketika itu panggilan sudah tidak di angkat.”
Sidang media petang tadi juga menghantar satu laporan tuntutan kepada pihak pentadbiran berkenaan hal ini dan meminta agar perkara ini diambil serius oleh pihak pentadbiran.
Pengerusi Pro-Mahasiswa yang mengetuai sidang media itu telah menghantar wakil berjumpa dengan dengan Naib Canselor Dato’ Ghauth Jasmon dan TNC Dato’ Prof Rohana bagi membincangkan tindakan yang boleh diambil.
Berita mengenai usul tuntutan akan menyusul sebentar lagi.UmKini

YDP PMIUM seru mahasiswa turun undi
February 20, 2011
Universiti Malaya : Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Ahmad Syazwan Mohammad Hasan menyeru kepada semua mahasiswa untuk turun mengundi esok untuk memilih ahli kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).
“Esok adalah hari pengundian yang akan menentukan siapa yang benar-benar akan duduk di kerusi MPMUM sesi kali ini. Kita sudah lalui fasa kempen selama tiga hari bermula jumaat, sabtu dan ahad. Hasilnya kita akan lihat esok”. Ujarnya.
Beliau ditemui ketika selesai mengadakan sidang media berikutan kehilangan seorang calon umum Pro-M, Masturah Abu Bakar (U14).
Beliau berkata lagi, banyak perkara yang berlaku sepanjang fasa kempen sama ada yang positif mahupun provokasi negatif.
“Macam-macam laporan yang kita dapat sepanjang PRK. Calon kita diugut, banner kita dibakar, poster dikoyakkan, risalah-risalah fitnah dan yang terbaru calon umum kita hilang belum ditemui.”
“Kita tidak nafikan dipihak Penggerak mahupun Bebas juga ada menjadi magsa keadaan banner mahupun poster dicabut. Pihak kita juga tidak menuduh mana-mana pihak kerana kita yakin mahasiswa lebih bijak menilai. “
Ditanya mengenai pendirian beliau berikutan banyak provokasi-provokasi kurang sihat yang dilakukan sepanjang PRK, beliau yang juga merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) berkata
“Esok beberapa kampus juga akan mengundi untuk memilih kepimpinan masing-masing. Antaranya UKM, UPM dan USM. Sementara kampus pada hari selasa UniMAS, UMP dan UIA. Setakat ini kita juga terima banyak khabar provokasi di kampus-kampus tersebut sepanjang hari kempen.”
“Identiti kita sebagai mahasiswa perlu selari dengan tindakan kita. Tidak kiralah fasa PRK, atau hari-hari biasa. Kita golongan intelektual kena bertindak dengan cara intelek. Tidak sepatutnya mereka yang bergelar mahasiswa tetapi bertindak diluar kawalan intelek. ” Ujarnya.
Sementara, beliau yang juga mantan Bendahari MPMUM sesi 2008/2009 sempat berpesan kepada mahasiswa
“biar anda dari kelompok manapun, apapun pegangan idealogi anda, bila anda duduk di kerusi MPMUM kelak anda kena ingat, amanah itu tanggungjawab yang akan dipersoal oleh sekian banyak mahasiswa dan pasti akan dipersoal di Akhirat kelak.” – UMkini.com

RENTETAN HARI KE-3 ( 19/02/2011 ) - KE-4 ( 20/02/2011 )

19/02/2011 ( SABTU )

1.Kempen masih lagi berlaku dengan keadaan yang masih tenang

2.Kehilangan Masturah ( Calon Umum ) sebelum Asar di Perumahan Pantai Permai

3.Laporan polis dibuat jam 11.00 malam selepas kehilangan Masturah tidak dapat dikesan dengan kaedah biasa

20/02/2011 ( AHAD )

1.Pencarian Masturah diteruskan lagi di Perumahan Pantai Permai dengan pelbagai ikhtiar selain solat hajat dan bacaan Yaasin

2.Kempen masih lagi diteruskan walaupun aktivis Pro-M masih gelisah dengan kehilangan Masturah

3.Sidang media dijalankan di Gazebo,KPS.Malangnya,TNC mengatakan bahawa Masturah bersama teman lelaki.Kata-kata tidak intelek dari mulut TNC!Sedangkan kehilangan Masturah masih menjadi tanda tanya.Kehadiran polis tidak membantu proses pencarian.

4.Ikhtiar diteruskan sehingga Masturah menghubungi ibunya pada jam 11.30 malam,30 minit sebelum kempen berakhir.Apakah makna di sebalik tragedi ini?Nantikan kisah dalam berita berikutnya..

Kepada semua mahasiswa,esok hari kita mengundi.Jangan kerana provokasi PENGGERAK MAHASISWA kita merasa lemah!Mahasiswa WAJIB berani kerana KEBENARAN.STUDENT POWER!!

Sumber: FB pro mahasiswa UM

Note: NANTIKAN SUASANA HARI MENGUNDI DAN KEPUTUSAN PENGUNDIAN DI HARI ESOK..
SELAMAT MENGUNDI BUAT SEMUA MAHASISWA UM, USM, UPM dan mahasiswa-mahasiswa yang turut akan mengundi dalam waktu terdekat ini..

Pilhann kepimpinan di tangan mahasiswa,
anda yang merubahnya..

BERIKUT ADALAH NAMA-NAMA CALON2 YG BERTANDING PADA PRK UM KALI INI..
Senarai Nama Calon UMUM & FAKULTI Pemilihan MPMUM Sesi 2010/2011 , petik dari blog Http://hafizilyas.blogspot.com
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY GENERAL
No. Candidate
1 KELVIN TEE TIN LOONG
FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES
2 NISHALINE PRIYA A/P PUBALAN
FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES
3 MOHD AMIR ABDULLAH BIN MOHD AMIR NAJIB
FACULTY OF ECONOMICS AND ADMINISTRATION
4 MOHD SYAHRUL SOPIAN BIN SULAIMAN
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
5 HAWARI BIN ZAKARIA @ AZAHARI
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
6 ROBIATUL ADAWIAH BINTI JAMALI
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
7 MASTURAH BT ABU BAKAR
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
8 MOHAMED BUKHAIRY BIN MOHAMED SOFIAN
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
9 MOHD SYAHID B MOHD ZAINI
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
10 SITI NADZIRAH BINTI MAJEED
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
11 NURHIDAYAH BINTI SAHALAN
ACADEMY OF MALAY STUDIES
12 LOCK LI PING
FACULTY OF ENGINEERING
13 CHER RUEY HUAT
FACULTY OF ENGINEERING
14 NURSHAKIRIN BINTI HAZIM CHAN
FACULTY OF ENGINEERING
15 TAN TIONG YIH
FACULTY OF ENGINEERING
16 YONG II YANG
FACULTY OF LAW
17 SAW YEE FUNG
FACULTY OF SCIENCE
18 AHMAD FADHLURRAHMAN BIN AHMAD HIDAYAT
FACULTY OF SCIENCE
19 ARNEE FARZANA BINTI MOHAMMAD NURDIN
FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS
Total : 19
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES
No. Candidate
1 NOOR HAFIZA BINTI ABDUL MAJID
2 MOHD FIRDAUS BIN ABDULLAH
3 SAMSUALAM BIN HALIM
4 YEONG LEE KEE
Total : 4
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT
No. Candidate
1 AHMAD NUR AZRUL BIN CHE REZALI
2 NABILA FARHANA BINTI ROSLAN
3 LUQMAN HAKIM BIN MUHD FADZIR
Total : 3
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF BUSINESS AND ACCOUNTANCY
No. Candidate
1 TAN QI HONG
2 NUR HAZWANI BINTI ZAKARIA
Total : 2
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF DENTISTRY
No. Candidate
1 MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOKHTAR
2 THONG MING HANG
Total : 2
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF ECONOMICS AND ADMINISTRATION
No. Candidate
1 EVELYN YANG HUEH WAN
2 HO JYH BANG
3 ABDUL MUHSI BIN RAMLAN
4 ABD RAHMAN BIN ABD RAHIM
Total : 4
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
No. Candidate
1 SITI NAJWA BT HARON
2 ABD. AZIZ BIN REKAN
3 MUHAMMAD NASRUL ALAM BIN ASH'ARI
4 MOHD NAUFAL BIN MOHD TARMIZI
Total : 4
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY ACADEMY OF MALAY STUDIES
No. Candidate
1 NORHAMIZAH BINTI JOHARI
2 MOHAMAD SHAFIQ ROHAIZAD BIN BUYONG
3 MOHAMAD HAFIZZUDIN BIN IDRIS
4 NOR HAMIDAH BINTI HAJI ABD RAZAK
Total : 4
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF ENGINEERING
No. Candidate
1 ABDULLAH ZAKIRIN BIN ABDUL 'AZAM
2 LIU KIT FOOK
3 LEONG YU SHENG
Total : 3
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF LAW
No. Candidate
1 WEE WAI HWA
2 JAYARUBBINY A/P JAYARAJ
3 SHAHRUL SHAFIQ BIN ZAMRI
4 MATHEW ANAK DAVID
5 DARNISA BINTI ABDUL JALIL
Total : 5
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF MEDICINE
No. Candidate
1 SITI NASHRAH BINTI AZMI
2 JASON LIEW ZHE XIAN
Total : 2
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF EDUCATION
No. Candidate
1 MUHAMMAD FAHMI BIN ABD RAHIM
2 NOR AIN BINTI MAT AL KAMAH @ AB KAMAH
3 SHALINI A/P PALRAJ
4 NOR ADYANI BINTI MAT KHOLED
Total : 4
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY CULTURAL CENTRE
No. Candidate
1 TAN CHEN HUAT
2 RAJA FADHILAH BINTI RAJA AHMAD
3 PUSPITA BINTI MOHD RIDZUAN
Total : 3
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF SCIENCE
No. Candidate
1 RABIATUL ADAWIAH BINTI SHAMSUDDIN
2 NOR DAHLIA BINTI MOHD YUSOFF
3 INTAN SHAFINAZ BINTI SHARIFUDIN
4 RUTH CHOY JI YI
Total : 4
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS
No. Candidate
1 NAFIDA FARHANAH BINTI HANAFI
2 REVATHI A/P MATIALAGAN
Total : 2
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY SPORTS CENTRE
No. Candidate
1 MUHAMMAD MUKMIN BIN MASIDIT
2 VINOD A/L MATHIALAKAN
Total : 2
LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF COMPUTER SCIENCE AND INFORMATION TECHNOLOGY
No. Candidate
1 KOK WEE LUM
2 FIRDAUS AFIFI BIN MD ISA
Total : 2

SEMOGA SEGALA URUSAN PENGUNDIAN ESOK BERJALAN DENGAN LANCAR..
STUDENT POWER!! VOTE 4 THE BEST.. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..
HOPE & CHANGE..YESS WE CAN..
SIIRU ‘ALA BARAKATILLAHH..
SELAMAT MENGUNDI..TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA..

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur
21 Februari 2011, 18 Rabi’ulAwaL 1432H, 1.23a.m


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...