Saat terasa ingin menulis catatan tentang Kekasih Allah ini, jiwa saya dipalit rasa sebak sendiri. Rasa rindu pada Penghulu kita, Nabi Muhammad S.A.W. Saya tidak tahu hendak menulis tentang apa berkenaan tarikh 12 Rabi’ulAwal ini. Kerana, belum lagi saya tuliskan apa-apa, air mata ini sudahpun meluncur laju. Saya pasti, semua ummatnya pasti merindui Baginda. Begitu juga saya.
Namun, berapa ramai yang masih mahu mengikut sunnah baginda? Berapa ramai yang masih mahu mengerjakan apa yang dipesankan oleh Baginda? Berapa ramai ummat Baginda yang mengingati Baginda? Berapa ramai yang masih menjadikan wasiat peninggalan Baginda sebagai rujukan dan panduan? Paling penting, fikirkan seringkali kita memikirkan berapa ramai ‘mereka’ yang tidak mengerjakan wasiat Baginda, tidak mengingati Baginda, tidak menjadikan wasiat peninggalan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan dan panduan. Kita selalu fikirkan tentang ini. Namun, cuba kita tanya kembali pada diri kita, adakah kita sendiri juga ada melakukan semua persoalan tadi?
Sewaktu memikirkan tentang Baginda, saya hanya terngiang-ngiang beberapa perkara sahaja. Yang lain-lain lagi banyak jika kita mahu bincangkan. Namun, saya hanya mahu menyebut beberapa perkara penting yang ada tercatat dalam wasiat terakhir Baginda S.A.W.
Pertama
Baginda tinggalkan Al-Quran dan As-Sunnah kepada kita selaku ummat Baginda. Jika kita mahu terus menjaga jiwa muslim dan mukmin kita,maka perlu berpegang dengan kedua-dua peninggalan Baginda ini. Menjadikannya sebagai rujukan dan panduan.
Kedua
Saya teringat, kata-kata Abu Bakar kepada Umar. ‘Jika kita cinta pada Rasulullah s.a.w, maka Baginda akan mati. Tetapi, jika kita cinta pada Allah, nescaya Allah tidak akan mati selama-lamanya. Di sinilah bermulanya pergantungan hamba kepada Allah. Selama sebelum itu, semua ummat Islam masih kuat membawa Islam kerana Baginda masiha ada di sisi mereka. Tatkala Islam sudah lengkap, maka saat itulah sudah tiba masa untuk Baginda meninggalkan seluruh ummat Baginda. Dan di situ, seluruh ummat Islam pelajari, bahawa cinta Rasulullah S.A.W tidak akan padam. Perjuangan Baginda juga tidak akan lenyap. Tetapi cinta dan perjuangan Baginda akan terus hidup di dalam hati sahabat-sahabat dan ummat Baginda. Siapa ummat Baginda? Kitalah..
Ketiga
Subhanallah.. Allahhu Akbarr..Air mata saya terus mengalir laju saat teringat tatkala Baginda menghembuskan nafas terakhir.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah s.a.w sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" Lalu jawab Fatimah, "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" lalu Jibril menjawab, "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali ummat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bissolati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?"-"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai Baginda S.A.W seperti cinta Baginda kepada kita? Allahhumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaih. Betapa cintanya Rasullah kepada kita sehingga di akhir nafas, Baginda masih mengingati ummat Baginda iaitu kita. Kita pula? Semoga kita menjadi ummat Baginda yang terbaik. Yang mengikut sunnah Baginda. Yang mencintai Baginda dan meneruskan perjuangan Baginda. Yang sentiasa mengingati Baginda. Yang sentiasa bercita-cita mahu bertemu Baginda S.A.W. Kenanglah perjuangan dan cinta Baginda, maka kita akan tahu, betapa cintanya Baginda kepada kita..
Saya akhiri catatan kali ini dengan lagu nasyid ini..
Pemergianmu - Inteam
(Ya Rasulullah…)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..
(Ya Rasulullah…)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..
Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
15 Februari 2011, 12 RabiulAwal 1432H, 7.45 a.m
0 comments:
Post a Comment