BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 28, 2011

KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN ISLAM 2011 (KOPIM)


Sekalung tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga tenaga KOPIM baik dari segi ahli jawatankuasa, mahupun para pembentang kertas kerja dan juga peserta. Semoga kita bersama mengambil manfaat dari konvensyen ini. Aduss.. ayat skema macam ucapan perasmian la pulak. Hehe.. Berikut adalah maklumat tentang KOPIM..
KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN ISLAM 2011
23-24 FEBRUARI 2011 (RABU & KHAMIS)
DEWAN KULIAH UTAMA, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
ANJURAN PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM APIUM dengan kerjasama bersama JAKIM, BI KPM, PMAPIUM
JOM kita tengok apa objektif KOPIM ni. Jomm…jomm…
1.      Mengenal pasti cabaran dan reality dalam system serta kurikulum pendidikan Islam di Malaysia.
2.      Mengadaptasi solusi terhadap cabaran dalam pemikiran dan amalan system pendidikan Islam di Malaysia.
3.      Menyelaras penyelesaian terhadap reality dalam kandungan kurikulum serta metadologi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di Malaysia.
Para pembentang pula bukan calang-calang orang. Penuh kredibiliti, beridentiti keilmuan dan penuh berintegrasi.
Sesi Pertama
Pengerusi Sesi : Dr. Mohd Roslan bin mohd Nor (UM)
Pembentang 1 : Prof Dr. Nik Azis Nik Pa (UM)
Tajuk : Memaknai Konsep Ta’dib Pendidikan Islam di Malaysia : Cabaran Semasa

Konsep ta’dib dalam Pendidikan Islam merujuk proses pembentukan, pengukuhan dan pengembangan adab dan akhlak Islamiah dalam pendidikan tersebut. Istilah adab yang menjadi fokus Pendidikan Islam merujuk disiplin, rohani, fikiran, perasaan dan perbuatan yang membolehkan murid untuk mengenali dan meletakkan perkara dalam kehidupan mereka, manakala istilah akhlak Islamiah pula merujuk keadaan jiwa yang mendorong murid untuk melakukan tindakan dan tingkahlaku yang selaras dengan ajaran Islam tanpa pertimbangan yang terperinci, penelitian yang mendalam atau pemikiran yang panjang, sebab tindakan dan tingkahlaku tersebut sudah menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka. Usaha itu merealisasikan konsep ta’dib dalam Pendidikan Islam di Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran semasa, yang tujuh daripadanya adalah seperti berikut :
a)      Transformasi pendekatan falsafah dan psikologi daripada pendekatan realism dan behaviorisme kepada pendekatan bersepadu sejagat.
b)      Transformasi tujuan dan wawasan daripada pendidikan tentang Islam kepada pendidikan tentang cara untuk menjadi Muslim.
c)      Transformasimodel pengajaran daripada tumpuan kepada kemahiran dan pengetahuan kepada tumpuan kepada 7P ( pengenalan, pemahaman, pembinaan, pengukuhan, penggunaan, penghayatan, dan penilaian).
d)     Transformasi kualiti daripada kecemerlangan dalam peperiksaan semata-mata kepada kecermerlangan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.
e)      Transformasi aktiviti nilai dan akhlak.
f)       Transfrormasi kerelevanan kandungan daripada aplikasi zaman silam kepada aplikasi zaman kini.
g)      Tranformasi objek pendidikan daripada tumpuan utama kepada kemahiran kepada tumpuan utama kepadamu.
Usaha menangani cabaran transformasi ini menuntut guru untuk memainkan peranan sebagai mu’addib yang turut merangkumi peranan sebagai murabbi, mudaris, mu’allim dan mursyid. Dalam konteks ini, guru berdepan dengan cabaran semasa untuk memanfaatkan peranan teknologi sebagai pengupayaan dalam Pendidikan Islam secara optimum.

Pembentang 2 : Prof Dr. Omar Abdull Kareem (UPSI)
Tajuk : Pengurusan Pendidikan Islam : Apakah Realiti Memenuhi Harapan

Pengurusan sesuatu mata pelajaran tidak harus hanya terikat kepada hal-hal pentadbiran semata-mata, umpamanya dari segi penjadualan, pengagihan tugas serta dokumentasi. Ia sebenarnya mencakupi aspek yang lebih luas sekiranya dilihat dari perspektif falsafah, pengurusan dan pelaksanaan kurikulum mata pelajaran tersebut secara menyeluruh. Kerta ini membincangkan pengurusan Pendidikan Islam dalam konteks sedemikian dengan penekanan khusus kepada FPK serta Perancangan dan Pengurusan Kurikulum. Ini merupakan harapan yang seharusnya dicapai dan perbandingan boleh dibuat dengan reality dan pencapaian semasa.
Sesi Kedua
Pengerusi Sesi : Dr. Muhammad Azhar bin Zailani (UM)
Pembentang 3 : Prof Dr.Sidek bin Baba (UIAM)
Tajuk : Cabaran Integrasi Ilmu dan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.

Abstrak
Dalam mana-mana system pendidikan, binaan kurikulum adalah sesuatu yang amat penting dalam menghasilkan produk modal insane yang berkualiti. Kurikulum yang berkualiti bergantung kepada upaya transformative menterjemah kekuatan aqliah dan pancaran kalbu dalam system amal yang menghasilka suri teladan. Pendidikan Islam yang berkesan tidak saja harus mampu membawa kesan rohaniah yang tinggi tetapi dalam masa yang sama terlihat kesan amaliah yang memberi manfaat.
Justeru binaan kurikulum yang sepadu dan seimbang seharusnya menjadi agenda utama pendidikan di samping aspek metodologi dan pengukuran yang membawa natijah holistik.

Pembentang 4 : Prof Madya Dr.Habib bin Mat Som (UPSI)
Tajuk : Realiti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia.

Abtrak
Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia telah digubal bagitu rupa yang bermatlamat untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab, berakhlak mulia berdasarkan al-quran dan as-sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan berupaya untuk menyumbang kepada tamadun bangsa dan Negara Malaysia. Persoalan yang harus dibincangkan adakah proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia telah dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mampu memenuhi matlamat tersebut. Bagaimanakah kesediaan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Adakah guru-guru mempunyai penegtahuan dan kemahiran yang mantap dan meyakinkan. Apakah halangan dan cabaran yang sedang dihadapi guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apakah pendekatan guru dapat diterima pelajar dan berjaya menarik minat murid dan seterusnya murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang diajar guru di bilik darjah dalam amalan berkaitan fardu ain, ibadah dan adab dalam reality kehidupan di luar bilik darjah. Dalam situasi di mana bilangan murid agak besar dalam kelas adakah guru mempunyai motivasi dan sikap yang positif dalam menerima reality yang ada di hadapan mereka. Dalam masa yang sama isu-isu yang melibatkan salahlaku remaja pelajar seperti penyalahgunaan dadah, vandalism, budaya samseng, ponteng, merempit, budaya liar dan sebagainya sering dikaitkan dengan sejauhmana keberkesanan peranan guru-guru Pendidikan Islam itu sendiri mengajar, mendidik, memimpin, mengasuh dan melentur jiwa keagamaan dalam kalanga murid. Justeru, kertas ini cuba menyorot persoalan yang dibangkitkan dan seterusnya mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan bagaimana untuk menjadikan matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dapat melahirkan individu yang dihasratkan sepertimana didokumentasikan pada hasrat dan matlamat kurikulum Pendidikan Islam itu sendiri.
Sesi Ketiga
Pengerusi Sesi : Dr. Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir (UM)
Pembentang 5 : Prof Dr. Fatimah @ Hasnah binti Daud (UIAM)
Tajuk : Pendidikan Islam dalam Perpaduan Multi-Etnik di Malaysia

Pembentang 6 : Tuan Hasyim bin Junaidi (JAKIM)
Tajuk : Dakwah kepada Non-Muslim di Malaysia : Peranan Pendidik Muslim


Abstrak
Anugerah yang tiada nilai bandingannya kepada kehidupan ini ialah apabila manusia diberikan petunjuk, kasih sayang dan redha Allah s.w.t. Kemudahan hamparan rezeki di daratan dan di lautan terbentang luas memberi kesempatan dan ruang untuk meneruskan kehidupan. Lebih bermakna lagi sekiranya mausia hidup di bawah lembahyung ketaatan kepada Penciptanya apabila berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Tafsiran dan pemahaman jitu para ulama’ muktabar terhadap dua sumber perundangan hidup ini memberi keluasan hidup yang membahagiakan. Kebahagiaan itu pula menjangkau batasan bukan sahaja hidup di dunia, bahkan kepada satu kehidupan di akhirat yang abadi selepas berlakunya transaksi kematian setiap yang bernyawa. Semua ini terjadi hasil daripada sabarnya seorang hamba yang Allah takdirkan kelahirannya hanya untuk mensejahterakan segala yang hidup di ala mini.
Kalimah dakwah yang direalisasikan oleh Nabi Muhammad s.a.w inilah yang menjadikan kita masih hidup di dalam dakapan petunjuk dan kasih sayang Allah s.w.t. Kalimah dakwah yang memberi erti secara ringkas : menyeru, mengajak dan memanggil manusia kepada pengabdian diri kepada Allah, telah mengubah landskap dunia yang bertuhankan kepada selain Allah, menjadikan seluruh hidup dan mati manusia hanya kepada Allah semata-mata. Lantaran wujudnya segelintir manusia yang beriman inilah, dunia masih mempunyai nilai kebaikan sejagat walaupun hakikatnya kejahatan mengatasi kebaikan.
Dalam perkembangan dunia alaf baru yang semakin moden dan canggih, manusia juga menjadi selari mengikut arus perkembangan itu. Nilai manusia akan beerti sekiranya mereka dapat memanfaatkan, segala potensi diri yang ada padanya. Sebaliknya mereka akan menjadi hina dan ketinggalan, sekiranya gagal menggunakan segala peluang yang terhidang itu.
Manusia yang hidup bagi memenuhi kemodenan itu pula, mempunyai berbagai ragam. Samada golongan yang menyedari akan kewujudan dirinya, lalu melakukan segala macam perkara positif melalui kewajipan kerja-kerja dakwah yang ma’ruf, atau pun sebaliknya hanyut mengikut arus negative, maksiat dan mungkar.
Lantaran segala perubahan dan perkembangan yang pelbagai rencah dan ragam itu, maka tugas dakwah menjadi semakin rumit dan mencabar, untuk dipikul oleh para pendidik dalam mengajak non Muslim kepada Islam.
Untuk menjadi agen berkesan dalam mengajak non-muslim kepada Islam, para pendidik perlu mempunyai beberapa elemen penting persediaan, ilmu, akhlak, memahami suasana persekitaran dan juga awlawiyat.
Justeru, andai manusia inginkan keselamatan dan keharmonian dunia ini berterusan tanggungjawab berdakwah mesti dilaksanakan sehinggalah maut menjemput satu persatu nyawa yang ada.   
Sesi Keempat
Pengerusi Sesi : Dr. Ghazali bin Darusalam (UM)
Pembentang 7 : Prof Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff (UM)
Tajuk : Al-Quran dan Sunnah sebagai Asas Pemikiran Pendidikan Islam di Malaysia


Pendidikan merupakan suatu perkara yang penting pada pembentukan syakhsiyah seseorang individu. Pendidikan berlaku sejak dari seseorang individu itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia. Menurut Islam,ia bermula dari buaian sehingga sampai ke liang lahad. Pentingnya pendidikan adalah kerana ia merupakan agent of change yang boleh membentuk dan merubah seseorang dari menjadi insane yang tidak berguna kepada seorang insane yang berguna dunia dan akhirat. Islam amat mengambil berat soal ini dan menjadikannya sebagai agenda penting dalam agama. Lantaran kepentingannya itu, Islam menjadikan sumber kepada pendidikna ialah al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri. Penulisan ini disusun bagi mengetengahkan perkara mengenai pendidikan Islam yang berjalan di Malaysia, menilai dari sudut kesesuaiannya dengan al-Quran dan as-Sunnah dan sebagainya.

Pembentang 8 : Tuan Haji Abdullah Mat Din (BPI, KPM)
Tajuk : Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Islam di Malaysia

Kertas ini membincangkan Sejarah Pendidikan Islam di Malaysia bermula dari abad ke-15 hingga berkembang dari sekolah mengaji al-Quran hingga mejadi PI wujud dalam arus perdana. Kertas ini juga menyentuh penambahbaikan kurikulum, sumber manusia seperti guru dan kakitangan sokongan. Kertas ini juga menyentuh Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Begitu juga perubahan dalam organisasi pengurusan dan pentadbiran PI bermula dengan seorang seorang Pegawai Perhubungan Sekolah di Bahagian Sekolah-Sekolah (1958) sehingga menjadi Bahagian Pendidikan Islam (BPI) pada Mac 2008.
Kertas ini juga turut menyentuh Program-prohram Pi Kurikulum (PI), Program j-Qaf, Kelas Aliran Agama (KAA), Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ). Kertas ini juga turut menyentuh system penilaian iaitu Sijil Tinggi Agama Islam (STAM). Pelaksanaan Kokurikulum PI pula bertujuan bagi mengukuh kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap PI. Program Pengantarabngsaan PI Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa serta menjadi penanda aras dari luar Negara. Pendekatan sederhana (wasatiah / moderate) mengikut acuan Malaysia. Menjadi fokus yang dikongsi bersama dengan pihak luasr Negara dalam menampilkan PI di Negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai agama, budaya dan bangsa. Di bidang latihan keguruan KPM menyediakan kursus untuk melatih guru dalam bidang PI di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), kursus Peningkatan Profesionalisme dan Kebajikan Guru PI serta Kursus Khas Guru Pendidikan Islam (GPI). Untuk memantapkan PI networking PI, turut dibantu oleh bahagian-bahagian lain di KPM seperti di Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK), Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Lembaga Peperiksaan (LPM), Bahagian Buku Teks (BBT) dan lain-lain.
Sesi Kelima
Pengerusi Sesi : Dr.Saadan Bin Man (UM)
Pembentang 9 : Prof Dr. Saedah Siraj (UM)
                      : Dr. Zahrah Hussin
Tajuk : Transformasi dalam Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia

Pembentang 10 : Prof. Madya Dr. Ab. Halim Bin Tamuri (UKM)
Tajuk : Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajatan dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia

Abstrak
Perlaksanaan sesuatu system pendidikan dan proses pembinaan kurikulumnya tidak lengkap dan sempurna sekiranya aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran tidak dititikberatkan, Kaedah pengajaran yang berkesan dan sesuai adalah aspek yang perlu diberikan perhatian kerana ia merupakan penggerak hubungan dua hala yang saling pengaruh-mempengaruhi di antara guru dan pelajar. Ini merupakan juga satu jalan atau cara bagi mencapai matlamat sesuatu pengajaran. Dalam proses P&P, guru-guru boleh memilih berbagai-bagai jenis kaedah dan pendekatan yang sesuai kerana tiada satu  kaedah yang dikatakan terbaik atau lebih sesuai untuk sesuatu mata pelajaran sahaja. Maka, bagi mencapai hasrat ini, guru pendidikan Islam perlu lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Perkembangan teknologi, perubahan budaya dalam masyarakat, budaya pelajar serta perkembangan psokologi pelajar-pelajar memerlukan guru-guru Pendidikan Islam perlu melaksanakan inovasi di dalam proses P&P. Apa yang jelas, penggunaan pelbagai kaedah pengajaran tidak boleh lari daripada konsep asal sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan tokoh-tokoh pendidikan Islam terdahulu. Penggunaan kaedah pengajaran yang kreatif dan efektif akan memberi ruang kepada guru dalam memberi kefahaman dan mengawasi aktiviti pelajar-pelajar. Ini juga menggambarkan tahap kebijaksanaan guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan kondusif seiring dengan hasrat system pendidikan di abad ke -21 yang kini lebih menumpukan kepada penggunaan teknologi terkini dan pembelajaran yang berkesan. Beberapa cadangan untuk melakukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai asas kepada pelaksanaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di Malaysia.

Sesi Syarahan Pendidikan Islam
Pengerusi Sesi : Dr. Faisal bin Ahmad Shah (UM)
Penyampai : Prof Dato’ Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid, Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa INTI
Tajuk : Memperkasa Pendidikan Islam di Malaysia

Akhirnya pada penghujung majlis, resolusi disampaikan oleh Prof Madya Shamsiah binti Mohamad, selaku Pengarah Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 dan seterusnya KOPIM dirasmikan oleh Pengarah Apium, Prof Madya Dr. Ruzman Bin Md. Noor.
Di sini turut saya kepilkan beberapa keping gambar suasana Kopim di Apium.
Urusetia sibuk menguruskan beberapa urusan program


Para peserta yang memberikan fokus sewaktu pembentangan berlangsung,
adik comel pakai baju kemeja lengan pendek kotak-kotak itu saya
kira peserta paling istimewa. bagus kecik-kecik lagi dah minat jadi guru,
besar-besar nanti jadi guru besar pulak

Wajah-wajah pembentang yang telah selesai menjalankan
amanah dan tugas pembentangan, tahniah buat semua pembentang,
tahniah buat bonda Prof Madya Dr. Shamsiah Mohamad


Makan-makan sambil berukhwah

Juga gambar-gambar kenangan mahasiswi icons seorang guru.
Akhir kata penutup, renungi kata-kata berikut..

Bakal guru cemerlang, insya'allah,
Syahratul Akmi dan Shazwani

Calon-calon guru berkaliber
dari kiri, Fairulniza, Masiha, Suhaidah dan Faridah

Bakal-bakal guru yang kreatif,
Wan Halimatun dan Nur Sya'adah

Bakal-bakal guru kaunseling
Hashima dan Tengku Nurul Aqilah

Bakal guru yang akan disayangi pelajar, Faridatul Husna dan Nadhratun Naimah

Bakal guru yang akan menjadi icons kepada pelajar,
Asma suhaida dan Nurul Aqilah

Bakal guru yang akan menceriakan para pelajar,
Sofwahtul Aufa dan Nur Afifah

Bakal guru yang mesra pelajar,
dari kiri Saidah, Ain dan Noor Hidayah

Bakal guru yang komit dgn profesion guru,
Rahmah dan Nur Hidayah

Bakal guru-guru yg berdedikasi mendidik pelajar,
dari kiri Fatimah, Fadzilah dan Mardhiah

Bakal guru-guru yg dihormati pelajar,
Aisyatul dan Nurul Huda

Bakal guru-guru yg akan berbakti di Sabah,
dari kiri, Azlinah, Farizah dan Norilah

Bakal menjadi guru yg akan mendisiplinkan pelajar,
Raihah dan Najwa

Bakal-bakal guru yg akan disayangi para pelajar,
Arifah dan Mimi Zuriani

Insya'allah semua bakal-bakal guru kita mempunyai potensi yang besar menjadi guru yang berjiwa murabbiyah, mendidik kerana Allah dan perjuangan Islam. Demi survival ummat dan generasi akan datang..
Imam Asy-Syafi’e,
“BELAJAR kerana tidak ada seorang pun yang dilahirkan dalam keadaan BERILMU dan tidaklah orang yang berilmu seperti orang yang bodoh.. Sesungguhnya suatu kaum yang BESAR tetapi TIDAK MEMILIK ILMU maka sebenarnya kaum itu adalah KECIL apabila terluput darinya keagungan (ilmu). Dan sesungguhnya KAUM YANG KECIL jika memiliki ILMU maka pada hakikatnya mereka adalah kaum yang BESAR apabila perkumpulan mereka melalui ILMU..”
Soekarno 1901-1970
“Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit..”

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur
27 Februari 2011, 24 Rabi’ulAwal 1432H, 7.55a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...