..Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.. -Dr. Aidh Al-Qarni
Penulis ada mengatakan ungkapan ini sangat indah.. ..Hari Ini Milik Anda.. Saya bersetuju. Wahh..ungkapkan ayat itu terasa seperti dunia ini seperti kita yang punya pula kan. Namun di sebalik tulisan penulis tentang tajuk yang ketiga ini, banyak perkara penting yang perlu diambil peduli sepanjang kita menjalani satu hari ini.
Kita cuba jadikan hanya 1 hari ini sahaja sebagai 1 hari yang kita akan lalui dalam hidup kita di dunia ini. Buat sesuatu seperti tiada esok yang akan menjelma. Maka, dengan itu, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan hari kita yang sehari itu sebagai hari yang terpenting dalam hidup kita. Ya. Setiap hari adalah hari yang paling penting dan hari yang paling lengkap dalam hidup kita sebagai seorang manusia, khususnya sebagai hamba Allah.
Cuba kita lihat, step-step hari kita pada setiap hari. Bermula matahari terbit di sebelah timur, sehinggalkan matahari tenggelam di sebelah barat. Adakah sepanjang tempoh itu, hari kita ini kita penuhi dengan ibadah kepada Allah?
Checklist Tarbiyah 24 Jam
5.00 pagi : Qiamullail
(Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tahajud, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Witir, Bacaan Al-Quran )
5.50 pagi : Menunggu azan
(Solat Sunat Qabliah Subuh, Solat Subuh Jama'ie, Bacaan Al-Quran, Bacaan Al-Mathurat)
Awas !! Jangan tido lepas subuh
8.00 pagi – 12.30 tengahari :
(Solat Sunat Dhuha)
1.15 tengahari :
(Solat Sunat Qabliah Zuhur, Solat Zuhur, Solat Sunat Ba'diah, Bacaan Al-Quran)
4.15 petang:
(Solat Sunat Qabliah Asar, Solat Asar, Bacaan Al-Quran, Bacaan Al-Mathurat)
Awas !! Jangan tido lepas asar
7.15 malam:
(Solat Sunat Qabliah, Solat Maghrib Jama'ie, Solat Sunat Qabliah, Solat Sunat Hajat, Bacaan Al-Quran, Hafazan Al-Quran)
8.15 malam:
(Solat Sunat Qabliah, Solat Isya' Jamaie, Solat Sunat Ba'diah Solat Sunat Istikharah, Solat Sunat Witir, Bacaan Al-Mulk)
Checklist
Apa kerja akademik yang belum dibereskan lagi?
(Kuliah, Esimen, Meeting, Pembentangan, Ulangkaji)
Apa lagi gerak kerja yang belum beres?
(Meeting Program, Program, Listkan Gerak Kerja yang masih belum siap, dan siapkan ikut kerja yang paling penting kepada yang kurang penting. Dan cuba selesaikan semuanya)
Hari ini dah membaca ke belum? (setiap hari mesti membaca)
(Buku, Majalah, Surat Khabar, Blog, Check Email)
Hari ini dah berdoa untuk akhirat ke belum?
(Doa utk ibu dan bapa, keluarga, sahabat, saudara seIslam dan doa untuk keselamatan Islam, dunia n akhirat)
Ini antara checklist yang kita boleh lampirkan bersama jadual harian kita. Maka, insya’allah, setiap waktu, setiap ketika, setiap gerak kerja, setiap amalan, pasti kita akan cuba buat yang terbaik untuk jadikannya adalah yang terbaik. Maka, hari itu adalah hari yang terbaik untuk kita. Terbaik di dunia dan terbaik di akhirat. Insya’allah..
Cuma, jika kita tidak mampu nak memberikan sepenuh komitmen pada jadual harian yang kita rancang, sudah cukup sekadar kita melakukan apa yang kita mampu. Guideline itu perlu bagi memastikan segala perancangan aktiviti harian kita terurus dengan baik. Segala yang baik itu bermula dari pengurusan yang baik. Pengurusan yang paling baik adalah menguruskan masa dengan baik. Lebih-lebih lagi dalam hidup kita sebagai seorang mahasiswa yang memegang amanah sebagai da’ie dan ‘amilin di jalan Allah. Pasti banyak gerak kerja yang perlu dibereskan. Maka, semuanya bermula dengan pengurusan masa yang cekap. Apabila masa dapat diuruskan secara efisyen, insya’allah, yang lain-lain akan jadi baik juga.
Teringat saya pada satu soalan yang diajukan oleh seorang adik pada saya.
“Kak im, macam mana nak menguruskan masa dengan baik ya kak?,”
Soalan Nafisah saya jawab dengan senyuman yang berbunga. Saya bukanlah seorang pakar masa. Malah saya juga kadang-kadang tertewas dengan masa. Masa yang selalu mencemburui hidup saya. Namun, apabila kita memikirkan bahawa, masa dan hidup ini sedang menuju kepada kematian, dan kita akan kembali kepada Allah. Ertinya kita sedang dalam perjalanan untuk bertemu Allah. Maka, dengan sebab itulah, kita akan merancang, untuk kemaskan pengurusan masa diri. Agar segala gerak tindak yang dilakukan, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Sebaik-baik amalan untuk mengisi masa lapang adalah dengan zikrullah. Itu sebaik-baik amalan yang kita lakukan bagi mengisi masa yang terluang.
Berkaitan dengan bagaimana mengurus masa. Saya hanya boleh berikan pendapat sepertimana yang biasa saya praktikkan dalam kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa, dai’e dan ‘amilin. Alhamdulillah, saya tidak anggap segala gerak kerja adalah bebanan. Tetapi ia satu rahmat yang Allah berikan pada saya. Kerana, dengan adanya ia, maka masa saya terisi dengan gerak kerja yang jauh lebih berfaedah berbanding masa saya hanya terbuang pada aktiviti yang tidak berfaedah.
Di dalam gerak kerja sebagai seorang ‘amilin di jalan Allah, kita perlu pandai menguruskan masa. Dan di sini, penting kita guna kaedah fiqh aulawiyat. Di mana dengan kaedah ini, ia akan membantu memudahkan kita dalam merancang dan melaksanakan gerak kerja berdasarkan keperluan dan kepentingannya.
Antara langkah-langkah yang perlu kita ambil, antaranya, kita perlu listkan senarai gerak kerja atau apa jua aktiviti yang menuntut komitmen kita. Sila listkan dari yang terpenting, sehinggalah ke yang sederhana penting dan yang kurang penting. Contoh:
Yang paling penting : [perlu diaulakan sebab dah dekat dengan tarikh due date]
1- Siapkan pembentangan 1 (bentang pada tarikh 10 Februari)
2- Siapkan kertas kerja khusus bagi pembentangan ( hantar pada tarikh 11 Februari)
3- Bereskan perbincangan program tarbiyah 1 (program pada 17,18,19Februari)
4- Call mak ayah (tanya khabar setiap hari)
5- Beres KKD untuk program bulan Mac nanti (kena siap sebulan lebih awal, sebab kena uruskan urusan pentadbiran)
Yang sederhana penting : [timbangkan dgn due date]
1- Tulis cerpen (submit 1 Mac)
2- Siapkan pembentangan 2 (bentang pada tarikh 16 Mac)
3- Bereskan perbincangan program tarbiyah 2 (program pada 10,11,12Mac)
4- Nak buat usrah untuk bulan Mac (usrah kefahaman, gi jalan2 kat tasik varsiti)
5- Edit Blog ( setiap hari mesti berdakwah)
Yang kurang penting : [Yang tidak melibatkan hal diri sendiri]
1- Balik kampung (kenduri kahwin sepupu)
2- Beli Novel Terbaru ( tgk keperluan kewangan, aula pd benda yg lebih penting)
3- Facebook ( aula pada gerak kerja yang lebih mustahak, jangan buang masa, jika nak main facebook pun, gunakan facebook itu untuk saluran gerak kerja atau perkara yang lebih baik)
Ini antara contoh-contoh gerak tindak kita dalam aktiviti seharian. Kita yang lebih tahu bagaimana harus mengurus masa kita dengan lebih baik. Kita yang lebih tahu, mana satu aktiviti yang lebih penting dan yang perlu diaulakan. Maka, uruskanlah masa kita dengan baik. Jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal.
..”Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.. -Surah Al-Asr : 1-3
Sebagai penutup, saya akhiri catatan saya pada hari ini dengan kata-kata Dr. Aidh Al-Qarni,
..Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dans etiap detik seakan ratusan tahun , tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu, memelihara indahnya kehidupan, meminta keampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan, mengingat Tuhan dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh (menghadapNya). Dengan demikian, hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur..
-Dr. Aidh Al-Qarni
“Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang yang bersyukur.. “ Al-A’raf : 144..
Jadi, sama-sama kita buat yang terbaik untuk hidup kita. Sehari kita buat yang terbaik , lebih baik dari 10 hari yang kita tak buat apa-apa. Buatlah yang terbaik untuk diri dan gerak kerja Islam. Tingkatkan kualiti, tambahkan prestasi.. Pastikan setiap hari adalah yang terbaik kerana Allah dan perjuangan Islam..
Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
10 Februari 2011, 7 Rabi’ulAwal 1432H, 12.15 a.m
0 comments:
Post a Comment