Wahai jeram yang mengalirkan air jernih..
Dan seluruh alam maya ini menjadi saksi..
Tertarbiyahnya adik-adikku ini..
Mara melangkah..membina hala jihad..
Biar langkah kadang-kala tersungkur dan rebah..
Tetap kembali gagah bangun melangkah..
Biar langkahmu kerapkali tersasar arah..
Biar tubuhmu terluka dan berdarah..
Biar tubuhmu sakit berantakan dengan tujah dan terjah..
Namun teruskan melangkah demi tarbiyah..
Ya Allah..saksikanlah..
Ini ‘amilin-‘amilinMu yang baru belajar bertatih,
Maka Kau pinjamkanlah kekuatan pada lutut dan sendi tulang belulang mereka..
Agar dengan khudrat yang Kau pinjamkan..
Agar dengan keringat hangat yang Kau curahkan ke tubuh-tubuh itu..
Bisa menyemarakkan lagi api kemaraan jihad di dalam jiwa mereka..
Merekalah generasi abna’ulharakah yang baru dilahirkan dari acuan tarbiyahMu..
Merekalah Mujahid Setia..
Merekalah penggapai kemenangan Islam..
Maka ya Allah.. Berilah perlindunganMu pada mereka.
Maka Ya Allah.. Berilah cintamu pada jiwa-jiwa mereka yang kontang kehausan..
Merekalah Mujahid Setia..
Birruhh.. Biddamm.. Nafdika ya Allah.. Nafdika ya Islam..
Wahai adik-adikku yang sedang berada dalam tarbiyah Allah..
Biarkan dirimu diterjah dengan apa jua dugaan..
Allah tidak memberikan apa yang kita mahu..
Tetapi Allah memberikan apa yang kita mampu..
Allah tidak memberikan apa yang kita mahu..
Tetapi Allah memberikan apa yang kita perlu..
Dan kerana ujian dalam perjuangan semakin getir..
Maka, selayaknya Allah berikan ujian-ujian berat pada kita..
Agar terbina kekuatan hari ini.. Untuk mehnah hari esok..
Selayaknya Allah mahu menyediakan kita bersedia hari ini…
Untuk pertempuran hari esok..
Kerana kita tak lemah.. Kerana kita Ansorullah..
Kerana kita dilahirkan untuk menjadi ANSORULLAHHH..
Allah! Allah! Allah!.. Allahhu Akbarr..
Lata Mengaji, Pasir Puteh..
Bumi Serambi Mekah, Kelantan..
20 April 2011, 16 JamadilAkhir 1432H, 5.00 pm.
0 comments:
Post a Comment