BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 7, 2011

Bingkisan Balik Kampung



Hampir 2 semester kaki ini tidak menjejak langkah pulang ke kampung. Bergelut dan berkejaran dengan esimen dan gerak kerja yang seakan tidak mengizinkan diri ini mencelah masa. Ditambah dengan ujian kesihatan yang kurang baik sejak dua menjak ini, tambah membuatkan hajat mahu pulang ke rumah tidak menjadi. Namun doa dan rindu sentiasa berdetik di naluri cinta ini. Segera wajah mak dan yah tergambar di minda. Wajah abang yang selalu mengusik. Suara hiruk pikuk ayam berkokok mengejutkan subuh. Suara kucing yang mengiau meminta makanan. Adakalanya meminta perhatian dan belaian. Suara kicauan unggas dan beburung yang sentiasa mengubat kesunyian. Subhanallah.. Betapa desa tempat tumpah darah, tempat jatuh, tempat menangis dan ketawa itu sentiasa dirindui.
Akhirnya setelah beberapa ujian dan halangan yang memintas, akhirnya menjadi juga saya pulang ke rumah. Akhirnya Allah mengizinkan saya untuk pulang ke rumah, kembali ke teratak syurga saya. Inilah rumah saya. Gambar ini pun diambil ketika saya mahu berangkat pulang. Kalut-kalut saya memetik lensa kamera mengambil sekeping dua gambar sebelum abang saya menghantar saya ke stesyen bas yang akan membawa saya kembali ke kampus metropolitan ini, Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Hampir setahun saya tidak pulang ke Kedah. Namun tidak banyak pembangunan yang berubah. Rata-rata ada kawasan setempat yang membangun. Namun geografinya masih tetap sama. Tidak berubah. Insya’allah saya masih kenal lagi jalan mahu pulang ke rumah. Hehe..
Saya bergerak pulang ke rumah pada hari ahad lepas, 3 April 2011. Bertolak ke Kedah seawal pagi jam 10 pagi dari stesyen bas Jalan Duta. Sempat juga saya merakamkan gambar-gambar sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, rumput masih hijau. Masih ada pokok-pokok di kiri kanan jalan raya. Gunung-ganang masih tegak berdiri. Cuma ada beberapa kawasan yang kelihatan bukitnya sudah gondol.
Suasana kiri kanan jalan.. Alhamdulillah, cuaca baik
pada hari itu.. Subhanallah...

Langit biru memayungi bumi.. Subhallah..

Pepohon di kiri kanan jalan.. Allahhu Akbarr.. Subhanallah..

Bukit bukau yang indah.. Subhanallah.. Allahhu Akbarr..

Bandar Sungai Petani masih sama seperti sebelum ini..

Suasana sawah padi di kampung saya,
di Kampung Rantau Panjang..

Alhamdulillah, akhirnya saya diizinkan Allah menjejakkan kaki di teratak syurga saya di rumah saya di Kampung Rantau Panjang.

Teratak Syurga saya
Saat menjejakkan kaki di halaman rumah, ibu dan ayah sudahpun sedia menunggu kepulangan saya. Segera tangan mereka saya capai dan kucup hangat. Hampir menitis air mata saya melihat ibu dan ayah saya. Segera saya berdoa semoga Allah sentiasa memayungkan rahmatNya kepada kedua ibu dan ayah saya. Jasa mereka mendidik saya tidak terhitung dan tidak ternilai harganya. Allahhu Akbar..
Sedikit bingkisan ini hanyalah sebagai perkongsian saya ketika di rumah ya. Maaf kepada semua pembaca, saya tetap tidak sempat nak merencanakan banyak coretan ketika berada di rumah, kerana saya mengejar masa dan sedang menyelesaikan beberapa esimen, perencanaan program dan penulisan. Alhamdulillah Allah memberikan sedikit kesempatan waktu untuk saya menjenguk ke kampung halaman, menatap hening wajah kedua ibu bapa saya yang begitu menenangkan hati saya. Ya..mereka penenang dan penyejuk hati saya.. Allahhu Akbarr..
Cuma perkara penting yang saya mahu kongsikan antaranya di bilik saya. Ada dua perkara penting yang menjadi kesukaan saya. Satu bahan bacaan. Saya sangat suka membaca dan membeli buku dan novel. Namun kekadang, saya hanya membeli dan menyimpannya terlebih dahulu. Bila dah ada masa barulah saya membacanya. Berikut antara koleksi bahan bacaan di bilik saya. Buku yang latest saya sedang baca adalah buku tulisan Dr.Aidah Al-Qarni. Manakala novel yang sedang saya baca sekarang adalah novel karya Lily Haslina, Tuhan Masih Mencintaiku.
Antara koleksi khazanah berharga saya
Beralih pula pada album peribadi milik saya ini. Nampak sahaja luarannya album. Wahh..macam album kahwin pula kan. Album ini bersama saya sejak saya berada di sekolah menengah lagi. Segala gambar, tulisan dan lukisan saya simpankan di dalam album ini.
Album peribadi milik saya
Mungkin saya jarang atau tidak pernah bercakap yang saya sangat suka melukis selain menulis. Namun lukisan saya tidaklah secantik dan semantap para pelukis profesional. Cuma asal minat melukis itu datang bila saya melihat abang sulung saya melukis lukisan dari majalah-majalah Ujang sewaktu saya berusia lebih kurang 14 tahun saat itu. Saya juga penggemar majalah Ujang. Lebih-lebih lagi saya sukakan karya kertunis-kertunis yang memaparkan kesenian Islamik di dalam setiap karya mereka. Antara yang masih di ingatan saya ialah kartunis UBI, kartunis CIKU, kartunis Leen Mafia, kartunis LEPAT, kartunis MANGGIS, kartunis BAWANG dan sebagainya. Bermula dari pemerhatian saya pada karya-karya mereka ini timbulnya minat saya untuk melukis. Berikut adalah koleksi lukisan-lukisan kartunis yang saya masih simpan sehingga ke hari ini.
Koleksi lukisan Leen Mafia di dalam majalah Ujang

Lagi koleksi Leen Mafia

Lagi koleksi Leen Mafia

Koleksi lukisan UBI dalam majalah Ujang

Haaa..ini pula karya lukisan saya. Tidaklah cantik. Sekadar suka-suka melukis menghilangkan keserabutan. Saya paling suka melukis lukisan yang susah dilukis saat saya serabut. Sebab bila saya berjaya melakar lukisan yang susah itu, saya akan berasa tenang dan puas hati. Bolehlah juga pembaca buat penilaian terhadap lukisan-lukisan saya ini. Ini antara koleksi peribadi yang saya masih simpan. Ada kebanyakan lukisan-lukisan saya ada juga saya hadiahkan kepada rakan-rakan saya. Itu tanda saya menghargai mereka sebagai sahabat saya.

Saya dulu seorang yang suka berfikir, mungkin sebab itu
lukisan ini wajahnya bersifat 'termenung' dan sedang 'berfikir'..

Hehe..Ini, saya pun tak pasti apa simboliknya..


Ini saya cuba lukiskan dari lukisan gambar..


Lukisan ni saat ada seorang muslimin mahu berkawan dgn saya,
Waktu baru lepas SPM..entah timbul ilham dari mana,
maka terlukislah lukisan ini..

Lukisan ni saya cuba gabungkan dari dua watak berlainan sedutan dari
kisah di dalam majalah Ujang waktu itu..

Ini lukisan saat pementasan pentomen arahan saya
sewaktu di sekolah menengah..

Hmm..lukisan ini saya no komen..

Lukisan ini temanya wanita dalam lukisan ini
sedang berkalam dengan hatinya..

Lukisan ini terlukis saat saya habis baca sebuah novel, xingat novel apa..
hmm..waktu tu saya rasa nak melukis..jadi terlukislah
lukisan ini..hehe..

Lukisan ini terlukis saat saya mendengar lagu nyayian Rosa bertajuk
Takdir Cinta.. entah apa yang saya terfikir waktu  tu saya pun
kurang pasti..

Saat ini saya sedang bersedih.. jadi saya lukiskan
lukisan ini.. walau sedih, tapi tetap mengharapkan redha Allah untuk
mempermudahkan segala urusan..

Wajah kesedihan seorang lelaki..
ada suatu waktu, pertama kali di sekolah, saya melihat
seorang sahabat muslimin menangis.. barulah saya tahu, setinggi mana
pun ego seorang lelaki, tetap menangis juga..

Ini juga saya bayangkan setelah selepas membaca satu novel..

Ini juga saya cuba lukis dan gabungkan dua watak dari watak-watak
dalam majalah Ujang..

Ini lukisan adaptasi dari lukisan kartunis UBI tadi.. Saat ini juga saya suka
berfikir, jadi saya lukiskan lukisan ini..

Akhir kata, cukup setakat ini dahulu perkongsian saya untuk kali ini di rumah saya. Insya’allah ada masa saya akan kongsikan dengan perkara lain pula. Saya akhiri dengan potret ayah dan bonda saya. Setiapkali melakar wajah ayah dan bonda di dalam minda, atau melihat gambar mereka, atau mengingati mereka, serta merta ada air mata yang gugur.
Ayahanda dan Bonda saya

..Mak, ayah..terima kasih didik adik jadi seorang manusia hari ini..
Wallahhu ‘alamm..


Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
7 April 2011, 3 JamadilAwal 1432H, 5.00 pm.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...