BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 26, 2011

BEKALAN ISTIQAMAH & TSABAT DLM PERJUANGAN


Alhamdulillah.. Sewaktu saya mengendalikan satu program tarbiyah baru-baru ini. Saya dipertemukan dengan seorang sahabat saya. Aktivis tarbiyah. Akh Shazni Munir. Akh Shazni Munir ini rakan seangkatan dengan saya sejak di bumi tarbiyah Nilam Puri lagi. Subhanallah.. dari dahulu lagi, hormat saya pada dia tidak pernah berkurang. Dalam prorgam kali ini saya menjemput beliau untuk menyampaiakn kuliah berkaitan pengurusan diri sebagai aktivis tarbiyah. Alhamdulillah, banyak yang beliau kongsikan bersama dengan para peserta. Adhoc juga turut terkesan. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita sentiasa dalam tarbiyah Allah.
Sewaktu beliau bertolak pulang ke Segamat. Sempat lagi beliau mesej pada saya, meminta diri dan memohon kemaaafan andai apa yang disampaikan tadi tidak cukup untuk dijadikan santapan para peserta. Dan saya sempat lagi meminta sedikit nasihat daripada beliau. Saya meminta beliau nasihatkan saya berkaitan hal istiqamah dan tsabat dalam perjuangan. Dan ini nasihatnya pada saya. Juga untuk sama-sama kita fikirkan.
“Pandanglah akhirat lebih daripada dunia. Sentiasa fikirkan bekalan apa yang kita nak bawa  untuk jumpa Allah pada hari esok. Sentiasa juga ingatkan dalam diri, bagaimana keadaan yang kita inginkan untuk pengakhiran hidup kita. Seorang aktivis dakwah itu bagi ana, tak penting dalam bagaimana dan situasi yang bagaimana ketika dia bermula sebagai seorang aktivis. Namun yang paling penting adalah, bagaimana dan situasi yang bagaimana ketika dia mengakhiri hidupnya dalam lapangan dakwah..”                            -Shazni Munir-
                                                              
Allahhu Akbarr.. hati saya terkelu dengan persoalan.. ..yang paling penting adalah, bagaimana dan situasi yang bagaimana ketika dia mengakhiri hidupnya dalam lapangan dakwah..
Dan saya jadi risau dengan pengakhiran hidup saya nanti. Adakah akan berakhir sebagaimana bermulanya hidup saya sebagai seorang aktivis tarbiyah? Bersama siapakah hidup saya nanti? Adakah di akhir hidup saya nanti, saya akan berada di samping seseorang yang boleh membawa saya istiqamah di jalan Allah atau sebaliknya? Allahhu Akbarr..
..Ya Allah..Pegang hatiku untuk istiqamah di jalan ini. Jika tidak ada yang menemani, cukuplah hanya Kau sebagai Penolong dan Pelindung.. ya Allah, syahidkan aku di dalam husnulkhatimah.. ya Allah, sejijik mana pun diriku, jangan sesekali Kau palingkan wajahMu dariku ya Allah. Jangan Kau palingkan cintaMu dariku ya Allah.. Hanya Engkau sebab utama untuk dada ini mengalun nafas, membilang detik untuk bertemuMu di sana.. biar tercurah segala rinduku hanya padaMu ya Allah..Pegang hatiku ya Allah..
..Amin Allahhumma Aminn..


Mengemis Kasih - Raihan
  
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
26 April 2011, 22 JamadilAwal 1432H, 8.28 pm.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...