BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 8, 2011

Cerpen : Cinta Sehijau Warna Daun (Bhgian 4)



..Bersambung dari bahagian 3..
Bhgian 4
“Assalamualaikum wbt.. kak,” ada sentuhan lembut di bahu Annur.
Annur menoleh. Serentak wajahnya berseri-seri. Ralit memandang wajah Aisya yang saling tak tumpah seperti pelakon Lisa Surihani. Cantik orangnya Aisya ni. Walaupun sudah lebih setahun berada di kampus uni Malaya, Aisya masih istiqamah memakai tudung labuh. Walaupun dia dari pelajar fakulti sains. Mereka kini berada di kafetaria fakulti Akademi Pengajian Islam. Annur mahu menyampaikan hajat Farhan. Mereka bersalaman dan berpelukans seketika. Aisya lalu mengambil tempat bertentangan dengan Annur.
“Waalaikumussalam w.b.t. Jemput duduk. Aisya dah makan dah?,”
“Belum kak,”
“Aisya pergilah ambil nasi dulu,”
“Akak?,”
“Akak tunggu balik rumah sahaja. Biasa masak kat rumah dan makan dengan ustaz,”
Aisya tersenyum. seakan kebahagiaan Annur turut meresap ke jiwanya juga. Dia mengucap tahmid di dalam hati.
“Hmm..tak baiklah akak tengok Aisya makan. Hmm..Aisya ambilkan kuih untuk akak ya,”
Annur mengangguk. Aisya pantas berlalu ke tempat makanan diletakkan. Dia mengambil beberapa ketul goreng pisang, cekodok dan karipap.
“Tadaaa... Dah sampai,” ujar Aisya mendaratkan sepiring pinggan, penuh dengan kuih. Ada air masak juga. Aisya tahu Annur gemar minum air masak.
Annur tergelak sendiri. Aisya memang seorang adik yang ceria orangnya. Lebih kurang Farhan juga. Jarang bermuram durja. Ada-ada sahaja gurauan senda. Dari aspek sikap itu juga Annur nampak ada keserasian antara mereka berdua.
“Kak, Aisya minta maaf ya. Hari tu Aisya tak pergi kenduri kesyukuran kat rumah akak dan ustaz Iman. Hmm..kenduri sempena apa kak?,”
Annur senyum, malu-malu. Dia mengangkat dua jari dengan wajah tersenyum. Serentak itu Aisya membesarkan anak matanya. Dia pantas bangun lalu memeluk Annur.
“Ya Allahh... Alhamdulillahh.. Tahniah kak!,” Serentak itu ada kucupan kasih yang didaratkan di pipi Annur.
“Terima kasih Aisya. Doakan kami ya,”
Aisya mengangguk. Lantas kembali ke tempat duduknya.
“Cepatnya akak mengandung kan?Hehehe..spesies subur ni..hehe..,”
Kata-kata Aisya buat dia tersipu-sipu sendiri.
“Alhamdulillah, rezeki, Allah nak bagi Sya,”
“Alhamdulillah.. Hmm..kak, makanlah. Baby mesti nak makan cucur yang Aisya pilihkan khas untuk akak ni,hehe..,”
“Iya tak ya juga. Kenapa Aisya tak beli nasi?,”
Aisya tersenyum.
“Tak apalah kak. Kita makan cucur ya,”
Annur mengangguk. Dia mencicipi air masak. Kemudian dia mencapai goreng pisang pula.
“Ada apa akak nak jumpa Aisya ni?,”
“Hmm.. akak nak tanya Aisya. Aisya masih kosong ke?,”
Aisya yang sedang mencicah goreng pisang ke dalam sos tersentak. Cepat-cepat dia menyuapkan goreng pisang itu ke dalam mulutnya. Mengunyahnya cepat-cepat.
“Kenapa akak tanya macam tu?,”
“Hmm.. Ada orang minta akak merisik Aisya,”
Wajah Aisya sudah naik cuak. Tiba-tiba wajah ibunya membesar di minda.
“Setakat sekarang, Aisya masih kosong kak. Aisya masih tak nak fikirkan hal tu kak. Aisya nak fokus pada gerak kerja dan akademik dulu,”
Annur mengangguk.
“Aisya, akak rasa muslimin ni sangat sesuai dengan Aisya. Dia berhajat sangat pada Aisya,”
“Hmm.. Kak, masih tidak terlalu awalkah untuk Aisya fikirkan hal ni?,”
Sekarang, umur Aisya dah 21 tahun. Memang masih muda. Tapi tak salahkan kalau Aisya timbangkannya. Bukan nak kahwin segera,”
“Hmm..Boleh Aisya tahu siapa orangnya kak?,”
Annur menguntum senyuman.
“Sepupu akak. Farhan Hafiz,”
Nama itu buat dadanya bergetar. Baki goreng pisang yang sedang dipegangnya terus terlepas jatuh ke pinggan. Annur terkejut melihat reaksi Aisya. Pantas dia menyentuh lengan Aisya. Risau dia dengan reaksi spontan Aisya itu. Walaupun Farhan adalah sepupunya, dia tidak mahu mendesak Aisya memikirkan lamaran itu. Jauh sekali mahu memaksa Aisya menerima lamaran itu. Lagipun Annur pernah berjanji pada dirinya. Apa yang pernah berlaku padanya dulu sewaktu dirisik kak Safinah, tidak akan diulang lagi. Dia tidak mahu Aisya tertekan seperti apa yang dirasainya dulu. Biar Aisya tenang-tenang sahaja dalam membuat keputusan. Hati yang tenang akan lebih mudah untuk membuat keputusan. Aisya kelihatan termenung seketika. Annur dapat membaca wajah itu. Ada sesuatu yang dia sedang fikirkan Aisya.
“Aisya ok tak ni?,”
“Err..Aisya ok kak. Cuma terkejut sikit,”
“Akak minta maaf ya. Akak hanya menyampaikan hajat Farhan,”
Aisya mengangguk faham. Mindanya menerawang seketika. Teringat sewaktu berada di wad Farhan terlantar dulu. Farhan memang ada menyatakan hasrat mahu melamar dirinya.
“Ustazah sangat baik pada ana. Tak pernah ada muslimat yang melayan baik pada ana seperti ustazah. Kalau ana mahu melamar ustazah, apa pandangan ustazah?,”
Aisya termenung lagi. Tidak menyangka Farhan serius. Dia ingatkan Farhan hanya main-main. Jadi, dia hanya mendiamkan diri sahaja. Selepas Farhan sembuh pun, tiada pula Farhan menyatakan semula hasratnya. Dia fikir Farhan tidak serius. Wajah Farhan dah bersilih dengan wajah ibunya.
“Kak, sebenarnya Aisya ada masalah lain juga,”
Annur merenung dalam ke wajah manis yang sudah mula sunggul itu.
“Masalah apa tu? Ceritalah,”
“Kak, hari tu kat wad lagi Farhan ada melamar Aisya. Tapi Aisya ingatkan dia main-main sahaja. Aisya ingatkan dia tak serius. Jadi, Aisya tak ada bawakan hal itu pada ibu Aisya,”
Nafasnya kedengaran kencang. Annur terkesima. Melihat ada air jernih yang kian menebing di pinggir kelopak mata Aisya yang ayu itu. Segera Aisya kesatkan air mata yang sudahpun mula menitis. Itu kali pertama Aisya menangis di hadapannya. Annur pantas menyentuh jemari Aisya.
“Aisya.. Tenang sayang.. Cuba cerita baik-baik dengan akak? Apa sebenarnya yang berlaku ni?,”
“Seminggu selepas Farhan melamar Aisya, cuti itu Aisya balik kampung. Ibu ada cakap pada Aisya. Ada kawan ibu nak melamar Aisya. Aisya tak ceritakan tentang lamaran Farhan, sebab Aisya ingatkan Farhan main-main sahaja,”
“Allahhu Akbarr.. Habis, sekarang ni apa kondisi Aisya?,”
“Lepas tu, dalam cuti tu, ibu bawa Aisya dan adik-adik jalan-jalan pergi makan kat luar. Pelik juga. Tak pernah-pernah ibu bawa makan kat luar. Rupanya, ibu dah berpakat dengan kawan ibu, nak temukan Aisya dengan anak kawan ibu tu. Mereka sekeluarga pun makan di tempat kami makan juga,”
“Ohh.. habis, Aisya bertemu dengan dia? Siapa nama dia Aisya? Dah bekerja ke dia?,”
Aisya mengesat air matanya yang dah mula tumpah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia menangis pula.
“Ya.. kami berkenalan di restoran tempat kami makan tu. Namanya, Iskandar. Dia graduan UKM. Dia dah bekerja. Kerja di syarikat kereta Toyota cawangan Penang,”
“Ohh.. Aisya terima Iskandar?,”
Aisya menggelengkan kepala.
“Belum lagi. Tapi, ibu dan abah macam beriya sangat nak jodohkan kami,”
“Iskandar memang sukakan Aisya?,”
“Hmm.. Aisya rasa, Iskandar serahkan sepenuhnya pada perancangan maminya. Anak mami,”
Annur mengangguk faham. Berulang-ulang dia beristigfar di dalam hati.
“Kak, bantu Aisya. Aisya buntu,”
“Hmm.. macam nilah. Akak nak tanya, Aisya memang dah bersedia?,”
Aisya menggelengkan kepala.
“Apa keputusan Aisya sekarang ni,”
“Aisya nak belajar dulu kak. Bolehkah kalau Aisya tak nak fikir lagi hal ni kak? Aisya serabut,”
Annur terkedu seketika.
“Aisya, kalau ada lamaran, kita memang perlu timbangkan dengan istikharah. Gerak hati orang yang mahu melamar itu juga gerak hati yang digerakkan oleh Allah. Perlu timbangkan dengan istikharah. Perlu timbangkan sama ada lamaran yang datang itu membawa hukum wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Perlu mengikut kondisi Aisya sekarang ni. Jika Aisya rasa sudah tidak ada muslimin yang lebih baik yang akan muncul jika Aisya tidak menerima lamaran itu, maka Aisya wajib terima lamaran itu. Jika dalam istikharah Aisya, hati Aisya yakin ini bukan masa yang sesuai, dan yakin ada jodoh yang lebih baik untuk Aisya, Aisya yakinlah untuk menolak lamaran itu. Istikhrah itu ketetapan dan ketenangan hati, Aisya. Aisya perlu adil pada kedua-dua orang ni. Perlu adil pada Iskandar dan Farhan. Aisya buat istikharah dulu ya,”
Aisya mengangguk.
“Insya’allah kak. Aisya akan buat istikharah nanti,”
Annur menggenggam jemari Aisya. Erat. Sedikit mahu mendiangkan semangat ke dalam jiwa Aisya.
“Kak, kalau boleh kak jangan cerita hal ni pada Farhan ya. Aisya takut dia terasa hati pula. Biarlah Aisya buat istikharah dulu ya kak,”
Annur tersenyum. Mengangguk faham.
“Baiklah.. Aisya timbangkan dulu keputusannya ya. Ambillah sebanyak mana masa pun yang Aisya perlukan. Akak juga akan maklumkan pada Farhan agar dia buat istikharah juga,”
Aisya mengangguk. Annur tiba-tiba teringat pada falsafah cinta Iman. Dia bingkas bangun.
“Aisya, tunggu kejap ya,” pantas Annur menapak ke luar kafetaria itu. Dia bingkas memetik sehelai daun hijau. Lalu dia melangkah kembali ke meja.
“Nahh..Aisya ambil daun ni,”
Aisya membelek-belek daun itu. Annur tersenyum.
“Hati yang mencintai selain dari Allah, umpama seperti daun ini. Saat berada di pokok, ia hijau kerana pergantungan hayatnya dengan Allah sehingga hayatnya dimatikan Allah. Itulah perlambangan cinta kita pada Allah. Kekal hijau dan sentiasa hidup di saat meletakkan cinta hanya pada Allah. Tapi, ketika masih hidup setelah dipetik tangan-tangan asing, ia terus akan layu dan mati. Sudah tiada seri hijaunya lagi. Sudah tidak ada cinta kerana saat ia dipetik tangan-tangan asing itu, saat itu juga terputus hubungan dan hayatnya dengan Allah. Tangan-tangan asing itu ibarat cinta manusia. Apabila kita menyerahkan hati pada cinta manusia, cinta itu tidak akan hidup lama. Akan mati, layu dan kering seperti daun yang dipetik. Terus terputus cinta dengan Allah,”
Annur mengambil nafas seketika. Falsafah cinta Iman itu akhirnya selamat dituturkan dengan teratur pada Aisya.
“Jadi, nasihat akak, timbangkan segala keputusan kerana Allah dan perjuangan Islam. Bukan atas faktor perasaan atau nafsu. Jika kita kuat pergantungan dengan Allah, kita tidak akan rasa kecewa dengan segala ketentuan Allah. Sebab kita tahu, baik buruk apa pun yang Allah tentukan, itulah yang terbaik untuk kita. Sebab Allah yang berikan ketentuan. Sudah tentu, apa yang berlaku, itulah yang terbaik dari Allah untuk kita. Sebab Allah Pencipta kita. Jadi, Allah yang lebih memahami, apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya,”
Aisya mengangguk faham. “Insya’allah kak, Aisya faham. Terima kasih banyak, kak banyak bantu Aisya,”
La syukran ‘alalwajib.. Syukran lillahh..,” ujar Annur lagi menutup kalam. Maka, dengan kalam itu,  berakhirlah pertemuan mereka pada petang itu.
Malam itu selesai menghafaz dan mentasme’ Quran, Iman menutup halaqah Quran malam itu dengan doa rabitah. Annur menanggalkan telekung solat. Mereka dah menetapkan dalam jadual harian, tidak ada makan malam. Makan malam terakhir adalah pada jam 6 petang. Tubuh perlu dijaga untuk lebih mudah bangun qiamullail pada esok harinya. Annur menyangkut kain telekung ke tempatnya. Dia dah siap-siap bersila di atas katil. Dengan laptop di hadapannya. Dia ingin menyambung kisah penulisannya. Novel sulungnya itu ditulis cermat secermat dia menjaga kandungannya juga.
Iman melipat sejadah. Ada renungan yang dilemparkan ke wajah Annur. Entah kenapa dia rasa sebak sendiri. Pagi tadi, dia ada pergi berjumpa doktor Azhar. Menjalani pemeriksaan susulan terhadap barah yang kini sudah mula melebar ke sel-sel otaknya.
“Untuk pengetahuan Encik Iman, barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia. Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain. Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu. Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Apabila sel-sel ini hilang kemampuan untuk mengawal pertumbuhannya, ia akan tumbuh secara bebasnya. Sel-sel yang tumbuh berlebihan tanpa dikawal ini akhirnya menjadi tumor. Proses pertumbuhan sel-sel itu berterusan sehinggalah rawatan diberi,”
“Organ otak mengawal beberapa bahagian dan fungsi dalam badan. Otak mengawal proses ingatan dan pembelajaran, juga mengawal deria seperti mendengar, melihat, menghidu, merasa dan menyentuh serta turut mengawal emosi. Ia juga mengawal bahagian-bahagian badan yang lain termasuk otot-otot, organ dan saluran darah. Otak dilindungi tengkorak meninges yang mempunyai lapisan yang terdiri dari tiga membran dan juga oleh cecair serebrospina. Jika tumor didapati di mana-mana di bahagian ini, ia akan mempengaruhi kemampuan otak untuk berfungsi dengan normal,”
Iman khusyuk mendengar penerangan doktor Azhar. Doktor Azhar memberi penerangan, disertakan dengan visual otak. Anak mata Iman bersilih pandang pada wajah doktor Azhar dan visual otak dan tubuh manusia yang ditunjukkan. Sedikit sebanyak dia sudah memahami kondisi penyakitnya saat itu. Dalam hatinya tidak henti-henti membilang istigfar. Patutlah akhir-akhir ini penglihatannya semakin kabur. Fokus pemikirannya rasa terganggu. Emosinya juga jadi kurang stabil.
“Percambahan sel-sel tisu yang begitu cepat itu akan menjadi tumor atau ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Tumor itu tidak semuanya adalah barah. Ada yang benigna dan ada yang malignan. Benigna ini bukan kanser. Jenis ini tidak merbahaya kecuali jika mengganggu fungsi organ-organ penting yang terlibat. Ketumbuhan benigna tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Sebaliknya ketumbuhan malignan merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini akan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya,”
“Jadi, tumor pada otak saya ini adalah malignan?,”
“Kemungkinan besar adalah malignan,”
Iman menunggu penerangan doktor Azhar lagi.
“Ketumbuhan benigna ini kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan benigna perlu dikeluarkan melalui pembedahan. Asal-usul barah ini bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal. Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi,”
“Bagaimana sel barah ini boleh merebak dalam otak saya doktor?,”
“Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah. Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya,”hurai doktor Azhar sambil menunjuk aliran barah tersebut pada visual yang ditayangkan.
Iman tidak henti-henti mengalun istigfar di dalam hati. Namun, hatinya turut mengalun lafaz tasbih berulangkali. Betapa dia merasa kagum dengan kebesaran Allah Taala dalam merencanakan sekecil-kecil dan serumit-rumit ciptaanNya. Barah itu juga tanda kebesaran Allah.
“Subhanallah.. Doktor, bagaimana barah terjadi?,”
“Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah. Cuma bagi kes encik Iman, kami sendiri tidak dapat menjawab, kenapa encik Iman boleh dapat barah di usia muda begini. Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, bahan kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah,”
Iman menganggukkan kepala. Dia semakin membanyakkan istigfar bersilih ganti lafaz tasbih. Hatinya tenang sahaja mendengar penerangan doktor Azhar itu. Ayat surah Al-Baqarah kedengaran berbisik di hatinya. Lalu bacaan itu diterjemahkan oleh mindanya..
“Ya..Allah tidak membebani hambaNya melainkan apa yang mampu ditanggung hambaNya. Ya Allah..pinjamkan kekuatan untuk aku redahi ujianMu ini,” bisik Iman lagi.
“Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Sel barah lebih tinggi suhunya dari sel normal. Setelah dikesan dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi, rawatan yang tepat dapat dimulakan. Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah. Cara merawat atau mengubati barah, doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya. Antara rawatan yang diberi ialah, pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Seterusnya boleh juga menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi juga boleh memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Namun, radiasi juga akan turut memusnahkan sel yang normal. Namun proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan krim. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk tumor setempat seperti di leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi,”
“Rawatan juga boleh dijalankan melalui kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.· Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah. Jika melakukan pembedahan, perlulah diikuti dengan radioterapi dan seterusnya diikuti dengan ubat-ubatan,”
“Jadi, tahap saya ni memerlukan rawatan kemoterapi?,”
Doktor Azhar mengangguk.
“Ya, Encik Iman. Kita boleh cuba guna cara kemoterapi. Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia sudah tidak ada barah,”
“Jadi, jika saya menjalani rawatan pun takkan menjamin bahawa barah itu akan terus hilang?,”
“Peluangnya tipis, tapi tetap ada peluang. Tak salahkan kalau kita berikhtiar untuk menyelamatkan nyawa kita, encik  Iman? Kami berharap agar encik menjalani rawatan kemoterapi. Kemoterapi itu akan dilakukan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Jika tidak berjaya, kita akan ikhtiarkan melakukan pembedahan dan akan ada rawatan susulannya. Kami harap encik Iman kuat semangat. Penyakit begini perlukan semangat yang kuat. Bukankah kita wajib berikhtiar berubat untuk teruskan hidup?,”
Penerangan dan kata-kata doktor Azhar itu beberapa kali bergema di mindanya. Anak matanya tidak lekang-lekang melirik ke arah Annur yang sudah mula tekun menaipkan karya penulisannya. Annur sudah menjadi penulis di bawah Syarikat Penerbitan Teratai Jingga. Annur memang bercita-cita mahu menjadi seorang penulis. Iman pernah membaca beberapa cerpen karangan Annur. Semuanya berkisar tentang realiti dunia perjuangan. Cerpen tulisan Annur kerap juga tersiar di majalah dan dada-dada akbar. Iman akui Annur seorang penulis yang baik. Satu hari nanti dia ingin melihat Annur menjadi penulis yang berjaya. Tapi, sempatkah?
Tiba-tiba sahaja, sebak di dadanya menggila. Air jernih itu sudah menakung di lereng relung matanya. Dia berpaling membelakangi katil, tempat Annur menulis. Cepat-cepat dia mengesat lelehan air jernih yang sudah mula meluncur laju di pipi.
..Ya Allah.. Adakah kebahagiaan yang aku kecapi ini hanya sementara sahaja? Adakah sempat aku menatap wajah zuriatku ya Allah? Ya Allah..jika kebahagiaan yang kukecapi ini hanya akan membuatkan aku lupa pada cintaku padaMu, maka aku redha dengan sakit yang Kau beri ini, agar aku lebih terdidik untuk setia pada cintaku untukMu. Terima kasih kerana membei peluang padaku untuk berada dekat denganMu..
..Ya Allah.. Kau lindungi isteri dan zuriatku ya Allah.. Aku menyayangi mereka kerana mereka pelengkap ibadahku untukMu di dunia ini. Kerana mereka, cintaku bertambah untukMu.. kerana mereka juga cintaku padaMu makin kejap ya Allah.. Tolonglah jagakan isteri dan zuriatku ya Allah,”
Iman menapak perlahan menghampiri Annur. Dia mengusap rambut Annur penuh kasih. Annur memberikan ruang duduk pada Iman. Lalu Iman mendaratkan duduk di sisi Annur. Annur pantas mengalih pandang ke wajah Iman dengan bibir bersulam senyuman paling manis. Senyuman paling manis, meraikan kehadiran Iman ke sisinya saat itu. Senyuman khas buat suami tersayang.
“Annur.. terima kasih,”
Iman memeluk bahu Annur. Annur mencapai tangan Iman dan mengucupnya hangat.
“Annur.. Walau apa pun yang berlaku, Annur ingat ya.. Abang sayang Annur dan anak kita,”
Serentak itu, ada kucupan hangat yang didaratkan di dahi Annur. Hatinya sebak tiba-tiba. Annur jadi terkesima dengan sentuhan itu. Iman langsung tidak bersuara selepas itu. Wajah Annur yang berbunga tadi berubah jadi bimbang. Hatinya yang girang tadi berubah jadi resah. Perlahan-lahan Iman memeluknya erat. Ada air matanya yang merembes keluar. Serentak itu, Annur juga turut menangis. Langsung dia tidak tahu kenapa dia menangis. Akhirnya, laptop itu diketepikan. Hanya dibiarkan terpasang. Tiada lagi sambungan kisah yang ditulis. Dibiarkan sahaja Iman terus menangis di bahunya. Dibiarkan sahaja air mata Iman membasahi tubuhnya malam itu.
“Ya Allah.. jauhkan kami dari yang buruk-buruk,” bisik Annur.

..Bersambung ke bahagian 5..
Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah ( 12th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
4 Februari 2011, 1 RabiulAwal 1432H, 12.49 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...