BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 25, 2011

Tetamu Wadie : Ukhti Hidayah Ismail & Fatimah Azzahra'



Untukmu Ibu - aiman


Untukmu Ibu - exist

Tarikh :10 Februari 2011    Masa : Jam 11 pagi
Tempat : Jabatan Dakwah & Pembangunan, Apium.
Note : Maaf.. sepatutnya bingkisan ini saya postkan bulan lalu, namun ada sedikit masalah teknikal menyebabkan saya terpaksa lambatkan post bingkisan ini.
Temu janji ini telahpun saya aturkan sejak sebulan yang lalu. (Saat saya menulis bingkisan ini, ketika itu saya berada di bulan Februari.) Cuma, belum kami diizinkan Allah untuk bertemu wajah. Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan untuk saya bertemu dengan seseorang yang saya iktirafkan sebagai mujahidah di jalan Allah. Beliau pernah berpencak lincah di jalan dakwah dan di medan tarbiyah. Malah, berdirinya saya hari ini juga dari ‘air tangan’ dia juga. Dia juga idola di hati saya.
Pertemuan kali ini merupakan pertemuan pertama kali sejak beliau melahirkan anak sulung beliau. Kali terakhir kami bertemu adalah ketika, kandungan beliau berusia lebih kurang 8 bulan. Ketika itu saya ‘berdating’ dengannya di kafetaria Apium. Malah saya turut bawakan kek coklat yang saya buat sendiri padanya. Saya buat kek coklat itu dengan penuh kasih sayang tau. Khasnya untuk dia dan ‘anak buah’ saya yang saya sudah rindui sejak dimaklumkan yang beliau mengandung 3 bulan lagi. Alhamdulillah, beliau dan ‘anak buah’ saya sukakan kek saya. Hehe..
Medan gerak kerja yang menemukan kami berdua. Bumi tarbiyah menjadi tempat hati kami bertaut demi kerana Allah dan perjuangan Islam. Saya banyak belajar tentang beliau. Dalam diam-diam saya mengagumi kepimpinan diri yang ada pada beliau. Alhamdulillah, jihad dalam diri beliau kini meresap ke hati-hati saya. Saya akui dia juga adalah guru saya dan saya adalah anak didiknya juga. Dididik dengan suasana tarbiyah yang sangat tegas. Untuk menjadikan diri saya seorang ‘amilin tegar di jalan Allah.
Orangnya sangat comel, cantik dan anggun. Mempunyai perawakan wajah yang lembut. Namun tergambar ketegasan pada gerak tindaknya. Dan saya kira mujahidah ini juga orangnya jenis yang suka berfikir teliti dan kemas dalam pengurusan diri. Mari kita selami kehidupan mujahidah berwajah lembut ini. Kecil-kecil cili api. Diam-diam ubi berisi juga orangnya. Moga sedikit perkongsian saya dengan beliau, akan dapat berikan kita sedikit pengajaran n teladan.
Beliau ialah kakak seperjuangan saya yang saya sangat hormati dan sayangi beliau.
Nama : Nurul Hidayah Binti Ismail
Asal : Terengganu Darul Iman
Status ; Sudah Berkahwin : Isteri
Kondisi Jawatan / Kerjaya : Pelajar Master,
Nama suami : Yusri Hafiz Bin Mohd Yusof
Asal : Terengganu Darul
Status : Sudah Berkahwin ; Suami
Kondisi Jawatan / Kerjaya : Pengerusi Faqeh Synergy
Saya sudah biasa memanggilnya kak Dayah. Kak Dayah ada urusan dengan Penyelia beliau di Apium. Di Jabatan Dakwah dan Pembangunan. Jadi, saya bertemunya di situ sahaja. Saat melangkah ke jabatan itu, suaminya turut ada bersama. Suaminya saat itu sedang memangku anak sulung mereka. Segan juga saya. Suaminya hanya trsenyum dan saya mengangguk. Terus sahaja saya bersalaman dengan kak Dayah. Lama sangat tak bertemu. Sejak dia melahirkan anak sulungnya, inilah kali pertama kali bertemu. Saya berbual seketika dengan kak Dayah dan ustaz Yusri Hafiz, suami beliau sementara menunggu untuk bersama kak Dayah dan si kecil mujahidah.
Ketika temu janji dijalankan, terlebih dahulu Kak Dayah meminta masa untuk beliau menyusukan anak beliau dahulu. Dah lapar susu baby comel itu. Kami terus sahaja berpindah masuk ke dalam bilik di jabatan Dakwah itu. Saya menunggu dengan sabar sementara baby menyusu.
Lama saya pandang baby itu. Subhanallah..comel sangat. Iras wajahnya tidak ubah seperti suami kak Dayah, Ustaz Yusri Hafiz. Nama diberi Fatimah Azzahra’. Moga jiwanya sebersih dan sekental Fatimah, puteri Nabi S.A.W.
Saat Fatimah disusukan, saya turut mengintai-intai renungan si ibu. Renungan seorang ibu, yang bernafas bersama doa, bersulam , impian dan kasih sayang pada puteri tercinta, Fatimah Azzahra’. Di jiwa ibunya, pasti tidak bersurut dengan doa, semoga anakanda yang dikandung 9 bulan itu membesar dengan nafas Islam. Menggegarkan dunia dengan tangan tarbiyahnya.
Kata-kata akhir dari kak Dayah bila ditanya harapan dan doanya pada anakandanya yang tercinta, dia menitipkan kata-kata..

Harapan seorang ibu terhadap anak yang dicintainya..

Masa amat-amat mencemburui kami. Saya hanya sempat bersama mereka berdua hanya lebih kurang 30 minit sahaja. Jam 12, saya ada kelas. Kak Dayah memindahkan Fatimah ke pangkuan saya. Ini kali pertama saya memegang baby, setelah lebih kurang 3 tahun tidak memegang baby. Jiwa saya dipalu ketenangan saat menatap wajah bayi comel yang jiwanya sebersih kapas putih itu. Perlahan saya mengucup pipinya. Saya tiada adik kandung. Namun, adik-adik seperjuangan yang menceriakan jalan juang saya. Dan kini saya dah ada anak buah yang comel. Fatimah Azzahra’ namanya. Terima kasih kak Dayah.
“Im, bila nak bagi kad kat akak?,”
Saya tersenyum.
“Kaunter masih tutup lagi la kak. Borang pencalonan dibekukan buat sementara waktu,”
Kami ketawa.
“Kak, dah jam 12 ni. Im ada kelas. Im minta diri dulu ya. Insya’allah, bertemu lagi nanti. Im akan rindui akak dan Fatimah,”
“Insya’allah,”
Kami bersalaman dan berpelukan. Mujahidah di hadapan saya ini akan sentiasa berada di dalam doa saya. Kami berpisah. Semoga ada lagi pertemuan. Jika bukan di dunia, insya’allah, bertemu di syurga Allah.
..”Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”..                        -Surah Al-Asr : 1-3

Potret kenangan bersama yang sempat saya rakamkan..
Cinta seorang ibu terhadap anaknya tiada bertebing..

Tiada apa yang lebih membahagiakan bagi seorang ibu melainkan
apabila melihat dan menatap wajah anak tersayang

Besar tanggungjawab yang digalas seorang ibu,
namun itulah tanda kebesaran Allah dalam mencipta seorang wanita..
relakan bahu memikul berat beban anak, relakan dada menadah esak tangis anak,
kerana Allah sudahpun menetapkan bahawa hanya seorang ibu sahaja
yang kuat untuk menjaga sepuluh orang anak pun,
namun seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu..
..Takbirr untuk MujahidahJannah..
Allahhu Akbarr


Didikan terbaik  memerlukan kesepaduan hati yang mantap
antara ibu dan ayah..
Saya khiri bingkisan ini dengan sajak tulisan saya.. saya juga ada harapan pada 'anak buah' saya ini..

Wahai Fatimah..
Kutitipkan seteguk cinta di dalam doaku buatmu..
Semoga luhur jiwamu sekencang jiwa jihad umimu..
Semoga tabah hatimu seteguh tegar hati umimu..
Semoga darah mujahid yang mengalir dari darah abi dan umimu..
Merencahkan jiwa jihad abnaulharakh ke dalam hatimu..
Dan kau menjadi tentera simpanan Allah yang bakal menjadi mujahidahfillah..
Terdidik dan membesar dengan acuan Al-Quran..
Bernafas dan mencintai Allah dan perjuangan Islam..
-Aleesy AnNurIman

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
10 Februari 2011, 8 RabiulAwal 1432H, 10.18 p.m


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...