BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 27, 2010

Mengintai CintaFillah

"..tatkala dakwah menghembuskan cinta, nian terbakar menyinar  hati yg kontang gelita.. kumencari, kumenjejak, kumengejar, kumendakap, kucuba memilikinya..namun cinta itu tetap menjadi rahsia pembawa cinta, rahsia perindu cinta, rahsia pemilik cinta, rahsia pemandu cinta, ia berjawapan saat kita sendiri yang temui cinta itu..maka, carilah.. ia ada dalam rahsia hijab Sang Pencipta yg menokhtahkan..
“..wajiblah cintaKU kepada orang2 yang berkasihsayang kepadaKU..”
“..sesungguhnya janji Allah itu tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan.”
Cintafillahh..
.’ana ramyun min rima’yatilislam,farmi ainama syikta’.
tercampak ke daratan,kumenjadi benih bertunas, yang menunjangkan pohon-pohon subur,
lalu menerbitkan rezeki, buat penerus hidup insan..
terbuang ke laut, kumenjadi rumpair, yang mengenyangkan makhluk-makhluk di lautan,
yang kemudian dibuat juadah hidangan sesuap, penerus hayat makhluk di bumi..
terdampar ke bumi, kumenjadi khalifah, yang membawa tugas dakwah, yang merencana gerak tarbiyah..
mengisi hening jiwa-jiwa insan, yang dahagakan makanan jiwa,yang mengidam sesuap ilmu,
lalu kumerencana cita.. hati mendambakan persinggahan ini perjuangan yang panjang..
lalu di hati berkobar 1 tekad.. 1iltizam..1harapan.. 1impian terpendam..
mahu dipegang oleh Sang Pemilik Hati, kerana aku mahu selamanya mencintai dan dicintaiNya..
merindu untuk menjadi tetamuNya..merindu untuk bertamu di syurgaNya..
merindu untuk bertemuNYA..

-          Aleesy AnnurIman,13 Dis’09,3.10pm,
-Teratak Baiti Jannati, Kg Rantau Panjang,KKM –


-          ..Mengintai CintaFillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...