BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 31, 2011

Edisi Bedah Buku: La Tahzan (Dr.Aidh AlQarni) : Tajuk 1: Renungkanlah dan Bersyukurlah


Firman Allah s.w.t :
“Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?,”
-Surah Ar-Rahman : 13
Saat anak mata saya menancap pada tafsiran ayat Allah ini, serta merta hati menghitung tahmid padaNya. Allahhu Akbar.. memang segala perkara yang wujud di dunia ini adalah nikmat Allah. Sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, semuanya adalah nikmat Allah. Benar seperti apa yang telah tuliskan penulis. Dunia ini memang diciptakan Allah untuk kita. Tapi berapa kerat sangat yang mengenang segala nikmat Allah ini dengan dada yang sentiasa bersyukur padaNya?
“..sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..,”
-Surah Ibrahim : 34
“Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin..”
-Surah Luqman : 20
“Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah..Apakah kalian tidak memperhatikannya?”
-Surah Azzariyat : 21
Subhanallah.. Ayat-ayat Allah ini sangat menusuk ke hati. Kita bayangkan sahaja, seharian kita diberikan nikmat sihat. Berapa banyak kerja-kerja dan amalan rutin harian yang kita mampu buat dengan adanya nikmat sihat itu? Sedangkan jika kita jatuh sakit, berapa banyak lagi kerja-kerja dan tugasan-tugasan kita yang tertangguh?
Bayangkan sahaja kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa di kampus. Apabila diberikan nikmat sihat, akal yang sejahtera, minda yang sihat, fikiran yang waras, sudah tentulah kita akan dapat berfikir secara baik. Dapat menghadiri kuliah serta menerima ilmu. Tidakkah semua nikmat itu adalah satu hadiah untuk kita dari Allah? Kenangkan sahaja nafas dan nyawa yang Allah berikan ini. Jika tiba-tiba Allah sekat nafas kita. Jika tiba-tiba Allah a nyawambil kita, sudah tentu dunia kita akan bertukar ke alam barzakh. Saat itu sudah tertutup pintu taubat.
Namun, mati itu pasti. Dan hidup itu perlu terus. Selagi masih bernafas, masih boleh kembali ke pangkal jalan. Masih boleh bertaubat padaNya. Jadi, sebagai hamba Allah yang meminjam segala nikmat di dunia ini, maka selayakknya kita menghargai segala nikmat pemberian Allah pada kita dengan mesyukurinya.
Bagaimana cara kita bersyukur? Seharusnya sebagai muslim, cara kita mensyukuri nikmat Allah, adalah dengan menjaga diri kita dari segala perkara yang dapat menyebabkan kita terdedah dengan gejala maksiat. Kita jaga diri, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah. Hubungan dengan manusia, lebih kepada mu’amalah, sosial dan dakwah. Setiap masa, biar kita berperanan sebagai seorang da’ie yang menyampaikan apa-apa sahaja yang baik untuk Islam. Sabda Rasulullah s.aw. “baligni walau ‘a'yat..’sampaikanlah dariku walau satu ayat..”
Paling-paling kurang pun, kita menjaga diri kita. Penampilan imej, biar bertepatan dengan kehendak syarak. Cara pertuturan biar sopan yang melambangkan akhlak Islam. Bukankah dengan itu, kita turut menjaga maruah Islam? Moga apa yang kita jaga itu, ada nilaiannya di sisi Allah. Allah beri segala-segala nikmat pada kita. Takkan kita sebagai hambaNya tidak boleh langsung menjadi hamba yang taat padaNya? Jika kita tak mampu pun untuk jadi seorang da’ie, sudah cukup sekiranya kita menjaga diri kita dari maksiat. Bukankah itu juga sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah? Nikmat Islam dan Iman. Allahhu Akbarr..
Hubungan dengan Allah pula, seenakknya kita amanah dengan Allah. Kita sebagai hamba Allah perlu taat dan amanah dalam melaksanakan kewajiban. Lebih-lebih lagi dalam ibadah kepada Allah. Menjaga ibadah sama seperti menjaga hubungan dengan Allah. Disiplin terhadap ibadah itu perlu, bagi memastikan hidup kita sentiasa dalam ibadah kepada Allah. Putaran kehidupan ini juga adalah ibadah. Ibadah itu bukan hanya sekadar solat, puasa, zakat sahaja. Segala perkara yang baik untuk Islam yang kita niatkan ibadah, maka akan jadi ibadah. Hatta menulis kerana Allah adalah ibadah. Makan kerana Allah adalah ibadah. Pergi kuliah kerana Allah, sembang-sembang bertegur sapa dengan sahabat-sahabat kerana Allah, menangis kerana Allah, tidur dan mandi kerana Allah dan macam-macam lagi, semuanya menjadi ibadah. Malah, setiap amalan kebaikan yang kita hendak buat tapi tidak dapat buat pun tetap sudah dikira sebagai amalan ibadah kita, saat niat kerana Allah itu terbit di hati. Tidakkah itu tanda Allah sangat Pemurah dan Penyayang. Kita buat sikit, tapi dapat banyak. Subhanallah.. Syukran ya Allah..
“Dan ingatlah ketika TuhanMu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat..,”
-Surah Ibrahim : 7
Alhamdulillah.. Saya suka bayangkan kondisi saya bergerak kerja dakwah di medan jihad. Alhamdulillah, gerak kerja buat saya jadi seorang yang pantas bertindak. Istilah dalam perjuangan adalah menjadi seorang ‘amilin atau ‘runner’ dalam gerak kerja. Kekadang, kerja-kerja medan ini selalu on the spot. Contohnya, seperti perencanaan program. Saya banyak menggunakan jari saya untuk bekerja. Bahkan jari saya ini paling banyak bekerja berbanding tubuh badan yang cepat benar lemah. Astagfirullah.. Jadi, jari saya inilah yang nak siapkan KKD, jari ini juga nak rangka pengisian dan tentatif. Jari ini juga yang nak mendail nombor penceramah. Allahhu Akbar.. Tidak dapat saya bayangkan jika tiba-tiba nikmat jari saya ini ditarik. Sudah tentu payah saya nak melakukan beberapa kerja dalam 1 masa. Dengan nikmat pinjaman kesihatan dan kekuatan yang Allah pinjamkan pada jemari saya inilah, saya dapat melaksanakan segala gerak kerja. Bukankah Allah dah bantu saya dengan Allah bagi jari saya sihat? Itu baru cerita tangan. Belum lagi cerita tangan, kaki, otak, mata, hidung, mulut.
Subhanallah.. Allahhu Akbarr..
Firman Allah s.w.t :
“Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?,”
-Surah Ar-Rahman : 13
Lalu nikmat Allah yang mana yang layak kita dustakan???.. Berapa ramai di kalangan kita yang menyedari nikmat kurniaan Allah pada diri tetapi tidak mahu bersyukur? Jawapannya saya pulangkan kepada pembaca.. Sama-sama kita koreksi, adakah kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur atau tidak. Sama-sama berdoa, semoga Allah sentiasa meletakkan kita berada di kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur.
Semoga sedikit catatan perkongsian kefahaman ini bisa mendidik hati-hati yang membacanya menjadi hamba Allah yang bersyukur..
Wallahhu’alam..
Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah ( 12th)
Universiti Malaya, Kuala Lumpur..
31 Januari 2011, 8.00 p.m, 27 Safar 1432H


Sunday, January 30, 2011

Edisi Bedah Buku: La Tahzan (Dr.Aidh AlQarni) : Bhgn Muqaddimah


Edisi Bedah Buku
La Tahzan :- Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni
Bhgn : Muqaddimah :
Sekalipun kulukiskan keagunganMu
dalam goresan
Sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa
Engkau tetap Yang Teragung
Dan tempat segala yang bermakna
Ya Tuhan, hanya pada keagunganMu
                                                           Segalanya terasa lapang         
-          Dr.Aidh Al-Qarni

Berdebar-debar saya membaca bait kata-kata ini. Subhanallah..sangat menyentuh hati saya. Itu baru muqaddimah. Belum lagi menyentuh isi kandunganya. Melihat muka depannya sahaja sudah membuatkan hati seperti ditusuk angin rindu. Rindu pada belaian kasih dan sayang Dia yang Maha Agung. Subhanallah.. Allahhu Akbarr..
....ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka..                                                                                                      - Al-Baqarah : 201
Tafsiran ayat ini juga terlebih dahulu menggambarkan, kuatnya pergantungan penulis dengan Allah, selaku Pencipta dan Pemberi ilham kepadanya. Subhanallah.. Walau hanya sebagai muqaddimah, kata-katanya seperti embun-embun segar yang mengembuni hati saya. Sehingga hati ini terasa tautannya dengan Pencipta. Allahhu Akbarr..
Buku ini sudahpun saya mohon izin dari penerbitnya untuk paparkan cebis-cebis isi buku ini yang saya simpulkan kefahamannya di dalam blog saya. Ini kerana, saya sangat mencintai buku ini. Kalau dulu saya pernah kehilangannya, perasaan itu masih hidup di hati saya hingga kini. Subhanallahh..
Adab membedah, terlebih dahlu kita kenal dulu dengan penulis dan penerbitnya.
Penulis ; Dr.Aidh bin Abdullah AL-Qarni
Penterjemah : Noraine Abu  (buku ini terjemahan dari buku Bahasa Arab, Laa Tahzan..)
Penyunting : Dr. Mohd. Puzhi Usop
Penerbit : Al-Hidayah Publication
Penulis menulis buku La Tahzan ini adalah untuk mengetengahkan bahawa kesedihan adalah sesuatu yang tidak sepatutnya melanda kaum muslimin dan kehidupan di dunia. Sedangkan terlalu banyak nikmat yang Allah berikan, melebihi dari yang sedih-sedih. Dan buku ini ada jawapan bagi setiap kesedihan yang melanda. Pujukan untuk hati yang sedang lara.
Firman Allah S.W.T :
“Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu dia berada dalam aktivitiNya..,”                                                                          - Surah Arrahman ; 29

Sekalipun kulukiskan keagunganMu
dalam goresan
Sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa
Engkau tetap Yang Teragung
Dan tempat segala yang bermakna
Ya Tuhan, hanya pada keagunganMu
                                                           Segalanya terasa lapang         
-          Dr.Aidh Al-Qarni

Melalui firman Allah di atas dan sajak tersebut, Dr.Aidh meletakkan bahawa pentingnya pergantungan hati dan jiwa kita dengan Allah, sebagai Pencipta yang sangat memahami diri, jiwa dan naluri kita. Tiada yang lebih perihal diri dan jiwa kita melainkan Dia yang Maha Mencipta hamba-hambaNya .. Subhanallahh.. Allahhu Akbarr..
Ada 5 doa yang penulis coretkan sebagai muqaddimah pembuka kata buku ini. Semua ini adalah doa dari hati yang dalam. Lebih dalam dari lautan.
..ya Allah.. gantikan penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai perkara yang menggembirakan dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman..
..ya Allah, sejukkan gelora hati dengan sijil keyakinan dan padamkan gejolak api jiwa dengan keimanan..
..ya Allah.. berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang yang resha ini suatu kedamaian dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata..
..ya Allah, tunjukkan penglihatan ini menuju cahayaMu. Bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu..
..ya Allah, lenyapkan segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu..
-Dr. Aidh Al-Qarni, La Tahzan
Semoga doa penulis bisa meruntunkan jiwa hamba ke hati para pembacanya. Sehingga merasakan Allah berada dekat dengan hati. Allahhu Akbar..
Saat terasa bisikan halus lembut menusuk ke hati..
Lalu dada menyesak sebak yang tidak terjumlah..
Wahai Tuhan.. hatiku sedang Kau ketuk..
Maka, bukakanlah pintu hatiku..
Agar cahaya hidayahMu masuk ke liangnya..
Izinkan cahaya itu terus menerangi ruang kelam itu..
Sehingga ke akhirat..bertemuMU dalam cahaya..
..Syukran ya Allah..
-Aleesy AnNurIman-

Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (12th )
29 Januari 2011, 25 Safar 1432, 10.30 p.m

Saturday, January 29, 2011

Tiada Nokhtah Cinta Di Jalan Allah


Kondisi Irwan
“Salam kak.. Ana ada masalah..,”
Nama penaip mesej itu saya tatap lama-lama. Adik saya yang seorang ini, adik yang paling susah nak bercerita tentang masalah dia. Tak payahlah nak korek-korek masalah dia. Tak makan saman la dia ni. Saya tersenyum. Mungkin ada sesuatu yang dia rasa saya dapat bagi pada dia. Sebab itu dia menghubungi saya. Tak kisah. Asal dapat membantu, segala pertolongan itu semuanya dari Allah. Manusia hanyalah perantaraan. Dan kali ini, saya yang terpilih untuk menjadi perantaraan ini.
“Wslm.. Ada apa Irwan? Ceritalah pada akak. Insya’allah, jika dapat bantu, akak cuba bantu. Jika akak tak dapat bantu pun, sekurang-kurangnya kurang sikit bebanan memendam seorang diri tu..,”
“Kak, macam mana nak terus berukhwah, bekerja dan belajar dengan sahabat-sahabat sendiri yang kita benci?,”
Saya terkaku seketika. Dada saya berdebar. Risau saya dengan perkataan ‘benci’ tu. Lebih-lebih lagi Irwan mempunyai hati yang sangat lembut. Tapi AWAS! Jika hati lembut itu dah menerbitkan bahang-bahang kebencian, boleh bawa mudharat juga pada hatinya. Tak mustahil hati yang lembut bertukar keras. Tak mustahil wajah yang tenang bertukar bengis.
“Yang pertama, kita kena betulkan niat. Kita berukhwah, bekerja dan belajar kerana Allah dan perjuangan Islam. Apa-apa sahaja sifat-sifat buruk dan kelemahan yang ada pada sahabat-sahabat takkan mencarikkan jihad kita untuk teruskan ukhwah. Untuk terus bekerja dan untuk terus belajar. Kita perlu terima hakikat, manusia tidak sempurna.. masing-masing ada kelemahan..masing-masing ada buat salah. Fitrah manusia tidak dapat lari dari buat salah. Kita boleh membenci tapi berpada-pada. Kita benci pada perangainya tapi jangan benci pada dirinya. Bahkan sebagai seorang da’ie yang menggalas amanah terhadap kerja Islam, golongan2 inilah golongan sasaran kita sebenarnya...
“Subhallahh.. Lihatlah qudwah Rasulullah s.a.w. seburuk2 penghinaan yang baginda terima, tapi bangida tidak meletakkan emosi di hadapan tetapi meletakkan perjuangan Islam di hadapan.. Golongan-golongan itulah golongan-golongan yang kita perlu selami hati mereka. Fahami jiwa mereka. Kerana apa? Kerana kita adalah da’ie. Lumrah da’ie berdepan dengan golongan-golongan macam tu...
“Akhlak itu dakwah. Renungi muwassafat tarbiyah yang ke2, matinul khuluk, akhlak yang mantap. Kita jadi seperti pohon mempelam.. orang baling batu, kita bagi buah.. itulah da’ie.. emosi tidak akan menyelesaikan masalah.. Cuma..dalam ukhwah, adab dalam ukhwah bersangka baik. Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar terhadap sahabat..
“Kedua, kalau kita nak marah atau benci pada seseorang, pandanglah terlebih dahulu sekecil-kecil perkara baik yang pernah dia buat pada kita.. itu akan jadi sebab rasa amarah dan benci itu lebur sendiri. Saat itu barulah kita akan sedar, sayang kita padanya kerana Allah dan perjuangan Islam melebihi dari rasa benci itu. kita benci dengan perangainya. Tapi tidak benci pada diri dan hatinya. Sebaliknya kita berdoa, mudah-mudahan Allah suluhkan hidayah pada hatinya. Kita doakan, semoga sedikit kebaikan yang pernah dia buat pada kita itulah yang akan bawa hidayah pada hati dan jiwanya..
“Ketiga..Kita kena comparekan antara rasa tak suka, marah, geram dan rasa berlapang dada, sayang dan sabar, mana lagi baik di sisi Allah dan mendatangkan kebaikan berbanding keburukan?.. Maka, kita pilihlah yang lagi baik di sisi Allah dan yang datangkan kebaikan bersama untuk perjuangan Islam. Marah, benci, suuzhon dan macam-macam lagi perasaan negatif, itu semua adalah strategi syaitan nak lemahkan iman dan hati manusia. Kita ingat, syaitan akan tepuk tangan dan berpesta bila berlaku pertelagahan antara dua orang mukmin yang bersaudara. Sebaliknya, saat kita melafazkan,
..‘wahai sahabatku.. aku mencintai kamu kerana Allah dan perjuangan Islam’.. saat itu juga syaitan jadi lelah, putus nafas, down dan cemburu pada ukhwah Islam ini. Malah saat lafaz ini terbit dari hati kita pada sahabat kita, saat itu juga seluruh alam, para malaikat dan penghuni langit berselawat, bertasbih dan mendoakan ukhwah kita itu kekal berpanjangan hingga ke hari kiamat.. Subhanallah, Allahhu Akbarr..
“Irwan, tiap-tiap kali ada terasa bahang amarah benci itu di hati kita, maka patahkan dan lenyapkan api itu dengan wuduk. Dan saat itu, jika kita berdiri, maka berbaringlah. Jika kita sedang duduk, bangunlah. Maka, padamkan juga api amarah itu dengan kata-kata ini.. “Aku tidak akan marah engkau jika bukan kerana Allah .. aku sayang padamu kerana Allah lebih banyak dari benciku padamu.. sayang aku padamu kerana Allah lebih banyak dari benciku padamu kerana amarah hatiku..
“Akak teringat kisah sahabat, Umar. Saat berjaya menawan seorang tentera kafir, dia sedang memegang pedang, mahu menghunus mati tawanan itu. Lalu tentera itu meludah liur ke wajahnya. Dia jadi sangat marah dan bengis. Lantas dia terus tidak jadi mahu memenggal kepala tentera kafir itu. Lalu tentera itu menyoal, ‘Kenapa engkau tidak memenggal sahaja kepalaku?,”
Lalu jawab Umar, “aku tidak akan memenggal kepala engkau kerana aku marah pada engkau.. Aku tidak akan bunuh engkau kecuali kerana Allah dan perjuangan Islam..”
“Selalulah berdoa.. “Ya Allah, jika kerana aku berdepan dengan golongan-golongan yang membencikan ini yang buat hatiku lebih dekat denganMu, maka teruslah izinkan aku untuk terus berdepan dan golongan2 ini agar hatiku lebih dekat dengan redhaMu.. dan Kau kuatkan kesabaranku untuk menghadapi mereka. Kau campakkanlah rasa kasihan dan rasa sayang pada hatiku untuk lebih mengasihi dan menyayangi  mereka keranaMu dan perjuangan Islam lebih banyak dari rasa benci dan marah yang membinasakan iman anak Adam seperti barah yang mematikan sel hidup dalam badan anak Adam. Aminn..,”

Dia senyap seketika.
“Insya’allah kak. Ana cuba bersabar.. Ana hampir jadi benci dengan mereka kak. Ana sedih dengan ragam sahabat-sahabat yang masih tidak ada kesedarann terhadap amanah yang dipegang,..,”
Lirih sekali mesejnya saat itu. Ya, bagi saya terlampau banyak rasa sayang di hatinya pada sahabat-sahabatnya itu. Lantas, setelah rasa sayang itu bersulam kecewa, maka terbitlah bibit-bibit benci yang puncanya adalah dari celahan bisikan syaitan. Ada-ada sahaja syaitan ni mahu mahu mengambil kesempatan.
Sabda Nabi s.a.w :
“Janganlah kamu memutuskan silaturrahim, jangan kamu berpaling memberi belakang, jangan kamu benci membenci, jangan kamu berhasad dengki. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak harus bagi Muslim meninggalkan tegur sapa dengan saudaranya lebih dari tiga hari..”
-Riwayat Malik, Abu Daud, Nasa’i dan Tirmizi, Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis sepertinya.
“Senjata orang-orang mukmin adalah dengan doa. Selalulah panjatkan doa padaNya. Semoga dengan doa kita pada sahabat-sahabat itulah yang akan membuka pintu hidayah di hati sahabat-sahabat kita itu. irwan banyakkan bersabar ya. Allahhu ma’ak..,”
“Insya’allah kak.. syukranjazilan..,”

Kondisi Izwan
Saya merenung status YM di satu link di list YM saya. Ada tafsiran dari ayat Surah Al-Ankabut..
.. “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”..
-Surah Al-Ankabut : 2
Mendalam maksud ayat tersebut. Adik saya yang seorang ini, orangnya sangat bijak berhijab di sebalik wajah cerianya. Sepanjang saya bekerja bersamanya di dalam satu unit, sedikit sebanyak saya mengenali dirinya. Ramai sahabat-sahabat yang menyukai tingkahnya. Saya tersenyum. Namun, lumrah sebagai seorang ‘amilin, tak lengkap hidup di jalan Allah ini jika tidak bercelah dengan dugaan dan mehnah tribulasi. Bahkan kondisi jiwa sentiasa dalam tarbiyah sebenarnya yang merencahkan suasana jihad dalam hidup kita. Bukankah itu satu kehidupan yang adventure bagi  seorang ‘amilin fillah?
Alhamdulillah, saya sendiri rasa bertuah dan bersyukur sangat. Tiba-tiba dia menegur saya.
“Salam.Kak, ana nak letak jawatan,”
Saya beristigfar. Bukan meningkah. Cuma saya kira sekarang bukan masanya lagi.
“Wslm..Izwan, kenapa? Macam ada masalah sahaja?,”
“Ana ada masalah besar kak,”
“Kongsilah jika tidak keberatan,”
“Kak, result ana jatuh teruk. 1.5. Sebab surat sakit ana lambat sampai ke SKR semester lepas. Jadi, SKR potong result ana..Allahhu Akbarr..,”
Allahhu Akbarr.. sekali lagi adik saya yang seorang ini ditarbiyah Allah. Adik saya ini ada masalah kesihatan semester lepas. Jadi, dengan nasihat doktor, dia perlu extend kuliah. Cuma prosuder nak extend semester itu, suratnya perlu tiba ke meja SKR (sekretariat UM, bahagian peperiksaan) kira-kira sebulan sebelum permohonan lagi.
“Allahhu Akbarr..Macam mana boleh jadi macam tu?,”
“Surat minta extend tu perlu sampai ke meja SKR sebulan sebelum tarikh ana memohon lagi.Tapi, yang ana pelik. Ana hantarkan surat tu bulan 9, tapi surat tu sampai ke meja SKR pada bulan 10. Ana hanya lewat seminggu ketika minggu kuliah,”
“Allahhu Akbarr..Izwan, banyak-banyakkan bersabar ya.Ada hikmah yang Allah nak beri tu. Insya’allah, akak faham. Kalau dengan meletak jawatan itu satu cara yang dapat bantu Izwan, akak menyokong,”
“Ana bukannya nak pinggirkan diri dari gerak kerja kak.Cuma, ana turun jawatan Pengerusi sahaja. Ana tak kisah kena extend. Tapi ana risau mak ayah ana. Ana dah terangkan pada mak ana. Result ana akan jatuh semester ni. Sebab kelewatan surat tu. Mak ayah ana memahami. Cuma, ana tak mahu sedihkan mak ayah ana kak,”
Tiba-tiba dada saya terasa sebak. Seakan dia sedang menangis saat itu. Dingin air matanya terasa bertempias ke hati saya.
“Izwan, kalau saat ini Izwan nak menangis, silakan menangis.Lepaskan semua bebanan yang Izwan simpan dan pendam selama ni,”
“Ana dah nangis ni kak..,” Sejurus itu, ada icon sedih dan menangis yang dia tekan pada YM.
“Allah sedang melarutkan Izwan dalam tarbiyahNya..Allah sedang mentarbiyah Izwa. Allah mahus sentiasa ada dengan Izwan,”
Adik saya yang seorang ni memang pemendam orangnya sebelum ini. Namun, lewat kebelakangan ini, dia sangat suka bercerita. Bercerita dengan sahabat-sahabat dan adik-adik junior tentang pengalaman dirinya berada dalam dunia tarbiyah Allah. Wajahnya selalu berhias ceria sahaja. Memang dia suka buat lawak. Tak kering gusi saya. Suka mengusik juga. Namun, saya tahu, jauh di lubuk hatinya turut ada hati yang lembut. Mudah tersentuh. Walaupun lelaki, tetap ada hati kan? Jadi, buat apa nak ego dan tahan air mata?
“Syukranjazilan kak,”
“Izwan, ada apa-apa lagi nak sharing dengan akak, sharinglah..Sungguhpun akak tak dapat nak bantu, sekurang-kurangnya ringan sedikit beban yang Izwan tanggung itu.Insya’allah, akak pendengar dan pembaca yang baik,”
“Alhamdulillah..ana lebih tenang. Cuma, soal ana nak letak jawatan tadi, itu hanya hajat ana kak.Tapi, waktunya ana tak pasti lagi. Hanya mengusulkannya pada akak. Mahu tahu pendapat akak. Lagipun ana fikir, sudah dekat setahun ana berada dalam unit tarbiyah ini, tapi ana rasa ana tak ada lakukan apa-apa lagi untuk gerak kerja. Jadi, ana tidak akan meninggalkan gerak kerja ini melainkan sesudah ana ada melakukan sesuatu untuk gerak kerja,”
Saya tersenyum. kata-katanya itu melambangkan ketabahan jiwanya. Jiwa begitulah yang Allah mahu tarbiyah. Agar lebih lunak dan lebih dekat denganNya. Teringat Firman Allah S.W.T ;
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : ‘Ya Allah, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Allah, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaiman Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Allah, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami.. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir..”
-Surah Al-Baqarah : 284-286

“Insya’allah, moga Allah permudahkan urusan Izwan. Ada apa-apa masalah, maklumlah pada akak. Boleh sharing dengan sahabat-sahabat dan adik-adik juga.Ukhwah itu sharing. Sharing itu caring,”
“Insya’allah, syukran jazilan kak,”

Kondisi Irham
Melihat sahaja dia sudah online. Terus saya terjah YM dia. Mahu mengenalpasti satu perkara.
“Salam dik,”
“Wslm kak,”
“Irham, apa kondisi adik-adik sekarang?,”
“Apa maksud akak? Ada apa-apa isu lagi yang timbul?,”
Adik saya yang seorang ini masih lagi ‘bersekolah di sekolah menengah’. Belum sampai ke varsiti tarbiyah lagi. Dia memegang ketua pelajar di sekolahnya. Sekolah yang bertanzim. Akhir-akhir ini banyak sangat dugaan yang menimpa dirinya. Iyalah.. tugas sebagai ‘amir’ bukannya mudah. Namun, yang tidak mudah, yang payah, yang susah, yang sukar itulah tarbiyah. Didikan terus dari Allah.
“Macam mana perbahasan untuk kepimpinan baru?Ada apa-apa masalahkah?,”
“Hmm..banyak masalah juga kak. Krisis identiti pimpinan baru. Tak pasti nak kenalpasti siapa yang lebih bagus mahu dinaikkan sebagai pimpinan,”
Allahhu Akbar.. berat ni..Bukannya mudah nak buat pilihan untuk naikkan pimpinan. Bukan semudah nak pilih ketua kelas sewaktu di kelas tadika. Tidak juga semudah nak pilih ketua kelas time sekolah rendah dulu. Amanah sebagai ketua umum pelajar juga umpama menjadi pimpinan di dalam negara. Salah memilih, haru barulah sistem tarbiyah dalam gerak kerja. Lebih-lebih lagi jika tidak sefikrah.
“Irham, konsep menaikkan pimpinan perlu melalui satu perbahasan syura yang jelas, mampan dan mantap. Tidak boleh dinaikkan sesuka hati sahaja. Perbahasan pimpinan perlu telus. Hatta cara dia makan dan tidur juga turut perlu dititikberatkan. Apatah lagi soal ibadah, kecenderungan, akademik, kesihatan dan kemahiran? Perlu lebih jelas. Perlu kenal kriteria pimpinan yang akan dinaikkan. Tidak boleh dibahaskan hanya atas dasar pendapat individu sahaja,”
“Insya’allah, ana cuba yang terbaik kak,”
“Cuma, apabila mahu merencanakan perbahasan kepimpinan, perlu kita meluruskan hati-hati kita dengan Allah dulu. Betulkan hubungan kita dengan Allah. Bersolat hajat dan istikharah. Mohon semoga Allah permudahkan urusan memilih. Biar segala keputusan yang dibuat, semuanya atas bantuan Allah. Semuanya atas kecenderungan yang Allah beri pada hati-hati pembahas. Biar dengan pergantungan sepenuhnya pada Allahj. Apabila kita sudah menetapkan keputusan, maka yakinlah dengan keputusan itu..,”
“Akak, hal perbahasan ni hingga mencetus konflik di antara hubungan pimpinan sendiri kak. Ana sedih juga.Masing-masing nak naikkan pimpinan ikut cita rasa sendiri.Akhirnya kami pula yang berbalah sesama sendiri,”
Saya terkedu seketika. Allahhu Akbarr..
“Hmm.. Irham, sebenarnya taklifan sebagai pimpinan ini tidak diberikan kepada mereka yang ‘mahu’ tapi diberikan kepada mereka yang ‘mampu’. La yukallifullahhu nafsan illa wus’aha.. Cuma Irham fikir kembali.. Sewaktu Irham ditaklifkan sebagai ketua pelajar, adakah Irham memang ‘aim’ jawatan Ketua Pelajar tu? Mungkin kerana hati Irham sendiri tak ada sedikit pun rasa ‘nak jadi ketua’, jadi dengan sebab itulah Allah pilih Irham sebagai ketua. Sebab apa? Sebab Allah tahu Irham mampu. Begitulah juga dalam perbahasan. Jangan jadikan sentimen ‘suka’ dan ‘persepsi individu’ sebagai sebab utama dalam pemilihan pimpinan. Sebaliknya potensi dan kecenderungan seseorang itu yang perlu terlebih dahulu diambil kira sebagai modal perbahasan,”
“Ya kak. Ana dulu pun tak pernah terfikir akan ditaklifkan sebagai ketua pelajar. Bahkan sahabat-sahabat pun tak suka ana jadi ketua pelajar. Ramai yang tak setuju. Kalau ana ikutkan hati, dah lama ana turun jawatan. Tapi, kerana ana faham, amanah ini dari Allah. Akan dikira di awal perlantikan sehinggalah turun jawatan. Malah, akan dihisab sepanjang hayat tentang gerak kerja yang telah dijalankan sepanjang memimpin. Allahhu Akbarr..,”
“Ya, tiap-tiap kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin.. Cuma, jika terasa lemah atau lelah, pastikan, kelelahan itu tidak akan merencatkan jihad kita untuk teruskan perjuangan. Akak teringat satu kata-kata As Syahid Syed Qutb Rahimahullahh,
“Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya manusia di bumi ini.  Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat).. Ingatlah..bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang..”
“Baik kak, terima kasih. Insya’allah, ana akan ingat pesanan akak,”
Saya tersenyum. Apa yang baik dan buruk, semuanya dari Allah. Cuma apa yang buruk itu jadikan sebagai satu wadah untuk kita mendapat hikmah Allah di sebalik apa yang Allah rencanakan.
Alhamdulillah, kita dapati banyak hikmah di sebalik kondisi ketiga-tiga adik saya ini. Semuanya adalah tarbiyah Allah. Allahhu Akbar.. Subhanallah.. Sungguh Allah Maha Memahami hamba-hambaNya. Tidak diberikan tarbiyah melainkan hanya untuk yang mampu menghadapinya. Mana mungkin Allah memberikan taklifan tanpa bimbingan. Tarbiyah yang berbeza tapi hadafnya sama. Menuju ke satu cinta. Cinta Allah. Demi mardhatillah. Tarbiyah untuk membentuk hamba-hambaNya yang biasa menjadi luar biasa. Subhanallah, bukankah rencah hidup seorang ‘amilin itu sangat unit dan adventure? Jawapannya saya pulangkan kembali kepada pembaca..
Dan saya suka memesan kepada diri saya dan diri sahabat-sahabat serta adik-adik, berdoalah agar diri, jiwa dan hati kita sentiasa berada dalam tarbiyah Allah. Dengan itu, insya’allah kita turut berada dekat dengan Allah..
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”                                                                                            
-Surah Attaubah : 41
Saya akhiri catatan kali ini dengan serangkap kata-kata ini..
Tiada Nokthah Tarbiyah Di Jalan Allah..
Hari ini tidak semudah semalam untuk bergelar khalifah..
Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..
Sesekali melangkah gagah, tersenyum megah..
Sesekali melangkah tersadung, rebah menyembah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menuntut kesabaran dan air mata..
Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang benar, jangan digusar pada ANUGERAH TUHAN..
Anggaplah bila sesekali diduga, itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun menjadi khalifah sesempurna insan..
Yang menggalas amanah kerja Islam di pundaknya, juga menjadi mujahid fi Islam abadan fillah..
Kerana kita tak lemah..kerana nahnu Sibghatallah bilIslam..
Kerana kita tak lemah..kerana nahnu Ansorullahh..’
..Birruhhh.. Biddamm.. nafdika ya Allah.. nafdika ya Islam..
Takbirr..Allahhu Akbarr..

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
29 Januari 2011. 10.36 a.m

Friday, January 28, 2011

Musafir Melayar Cinta


Kujejak langkah di rumah Allah ini..subhanallah..masjid yg indah..cantik sekali..
Dingin pagi saat ini tidak terasa kala hati meronta-ronta mahu menyembah sujud padaNya..
Lalu kubawa hati, meniti lelantai dingin rumah Allah ini..
Mahu menumpang sujud seketika bertemuNya..
Air wudhuk kuratakan ke anggota sujud..
Lalu masa seawal jam 5.20 itu, jiwa terasa damai..
“Tuhan..terimalah sembah sujud cintaku ini.. Aku hambaMu yang sedang bermusafir cinta di bumi tarbiyah ini..mahu menyimpul kasih cintaku hanya untukMu.. hanya mahu meluah rasa hanya untukMu.. mahu merungkai rindu padaMu..
“Maafkan aku ya Allah.. selama hidupku saat ini, alpaku menebal.. malasku menimbun.. lekaku sering beralas lena yang panjang.. hingga hatiku melap sekejap dari cinta kasih untukMu Tuhanku.. air mata ini dari relung hatiku yang paling dalam.. moga air ini biasa menyuci bersih jiwa malapku..
“Ya Allah..terimalah taubatku..terimalah tahajudku..terimalah hajatku..terimalah sujudku..terimalah kasihku..terimalah cintaku..pegang hatiku dalam pelayaran cinta mujahid ini..moga cintaku makin kejap..moga cinta itu makin bersinar, menerangi kontang hatiku..
“Tolonglah ya Allah..                                                

Nukilan jiwaku yang dhaif lagi hina..
-Aleesy AnNurIman,
22 Januari 2011, 5.50 a.m,
Masjid Sultan Yahya Petra, Bandar Machang, Kelantan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...