BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 27, 2011

Minggu Implimentasi Da’ie ilallahh..



Minggu Implimentasi Da’ie ilallahh..
12 Jun 2011
Selesai sahaja bengkel di Ilim, saya dan sahabat-sahabat terus berangkat pulang ke Banting. Alhamdulillah, terima kasih pada adik Hanis yang bermurah hati membantu menghantarkan saya dan sahabat-sahabat saya ke Stesyen Bas di Klang. Hanya Allah sahaja yang mampu memulangkan ganjaranNya. Jazakillah khairan jaza..
Setibanya di rumah, malamnya saya terus sahaja menyambung siapkan key in pemarkahan kertas Pend Islam yang masih tidak beres. Alhamdulillah, semuanya selesai. Hanya menunggu esok harinya untuk key inkan 0n9 ke pejabat sekolah pula. Subhanallahh.. Saat-saat beginilah saya seringkali merenung kebesaran Allah dalam mencaturkan urusan dan susun atur hidup hamba-hambaNya. Allahhu Akbarr..
..Ya Allah, terima kasih..

13 Jun 2011 (isnin) 
Hari ini hari yang sangat sibuk. Alhamdulillah, segalanya dapat saya jalani dengan tenang berbekalkan ketenangan di hati di samping merasa Allah tidak pernah jauh dari saya. Subhanallahh..
..Ya muqallibalquluub..tsabbit quluubii ‘aladdiinikk..
Hari ini saya hari pertama saya memulakan minggu pertama pengajaran dan sudah lebih 29 hari saya bergelar guru praktikal di SMK Telok Dato’ ni. Alhamdulillah, saya mula ingin mengumpul bermacam-macam perkara yang pelik-pelik, yang mungkin tidak dipernah dibuat orang. Insya’allah dengan izin Allah dan sesuai dengan kerja dan fikrah Islam yang saya perlu bumikan di sini. Subhanallahh..
Teringat sewaktu saya berada di sekolah menengah dulu. Di MMKM, saya suka buat segala yang pelik-pelik. Tambahan pula saya memegang taklifan sebagai Setiausaha Badan Pengawas, Setiausaha Badan Dakwah dan Setiausaha Badan Seni Islam. Tiap-tiap minggu muka saya yang kena mengadap ayahanda Ketua Badan Disiplin, bonda Badan Dakwah dan Bonda Badan Seni Islam. Semuanya memerlukan saya bergerak aktif. Subhanallah..seronok sangat saat tu. Dan saya jadi gila-gila untuk memikirkan segala idea untuk ketiga-tiga badan itu. Siapa lagi yang nak menggerakkan badan-badan itu jika bukan kita. Saya bernasib baik kerana rakan-rakan sekerja juga sporting dan aktif. Abdul Hadi, Ahmad Shahir, Mohamad Arzeren, Jauharil, Arifah, Nazuha, Syakimah dan ramai lagi adik-adik junior juga. Akhirnya berbekalkan sedikit masa dan sedikit idea gila-gila, lahirlah beberapa pentomen tulisan, arahan dan lakonan saya. Pentomen pertama tulisan dan arahan saya, Hijrah SPM, Nurul Iman, Antara Aku,Kau & Dia, 2 hiwar bahasa arab dan beberapa program motivasi dan qiamullail. Subhanallah..bila tengok anak-anak murid, saya jadi rindu sendiri dengan zaman sekolah saya dulu. Subhanallah ya Allah..
Masuk sahaja minggu pertama ini, memandangkan saya diamanahkan penyelia petang untuk menjaga budak-budak solat pada waktu solat setiap hari isnin dan khamis, jadi saya mula terdetik untuk memanfaatkan sedikit masa itu untuk saya bersama murid yang uzur untuk memberi mereka sedikit pengisian. Sekurang-kurangnya masa mereka sedikit terisi.
Usrah hari Isnin (usrah zuhur n asar),
Usrah zuhur
Selesai bertaaruf, saya mengajak murid-murid saya sharing. Saya tanyakan hal masalah mereka dalam pelajaran, khususnya dalam pendidikan Islam atau mata pelajaran yang lain. Namun sedikit hambar. Mungkin kerana kami baru sahaja bertaaruf.
“Ustazah ada tandakan kertas jawapan kamu juga. Allah..ustazah tengok ramai juga murid yang ambil BA fail. Yang ambik Pend Islam pun ramai yang fail. Kamu ada masalah apa ya? Boleh sharing dengan ustazah?,”
Semua mata seakan tergamam memandang saya. Alamak..saya dah terlepas cakap ke pasal keputusan peperiksaan mereka? Semuanya senyap sahaja. Mungkin juga kerana mereka tidak biasa diadakan slot sharing-sharing begini. Saya lihat guru-guru yang bertugas menjaga murid solat kebanyakannya marah-marah tanpa sebab. Siap timbulkan persoalan, ‘ni murid perempuan ni kenapa ramai sangat yang tak boleh solat ni? Kamu ni ada yang menipu tak boleh solat ke?’ Allah..saya sedikit terbungkam mendengar kata-kata itu dituturkan oleh seorang guru.
“Tak apalah. Insya’allah kamu boleh berusaha lagi. Jangan sekali-kali berhenti untuk berusaha. Allah akan berikan ganjaran dan hasil kepada mereka yang berusaha. Cuma ustazah nak sentuh sikit soal amanah kita pada ibu bapa. Ustazah dulu kan kalau ustazah rasa malas-malas nak belajar, perkara pertama yang ustazah akan ingat adalah wajah mak ayah ustazah. Cukuplah ingatan itu sahaja yang akan kembalikan semangat dan motivasi ustazah untuk tidak culas dan teruskan berusaha dalam pelajaran. Cuba kamu bayangkan kesusahan ibu dan ayah kamu bekerja teruk-teruk untuk mencari rezeki untuk keluarga dan untuk menyekolahkan kamu. Susah kan mereka bekerja? Pernah tak kita fikir?,”
Saya diam seketika melihat satu persatu wajah-wajah harapan agama itu. Semuanya mengangguk dan tertunduk ke lantai. Saya turut terbayangkan wajah tua ayah yang sering membakar keringat demi mencari hasil untuk saya dan adikberadik saya. Terbayang juga wajah mak saya yang sejak kecil lagi saya sudah menyusahkan mak. Lahir-lahir sahaja saya sudah sakit dan teruk mak menjaga saya sewaktu saya sakit ketika kecil dulu. Allah..semoga Kau menghadiahkan syurga untuk mak dan ayahku..Aminn..
“Oleh itu, kalau kamu belajar-belajar, tiba-tiba kamu rasa malas atau nak main-main, kamu ingat-ingatlah wajah mak dan ayah kamu. Insya’allah semoga sedikti ingatan itu dapat mengecas semula semangat dan motivasi kamu untuk teruskan belajar dan belajar sehingga kamu menghadiahkan kejayaan yang cemerlang kepada kedua mak dan ayah kamu. Kamu harus ingat juga, jika kamu gagal dalam pelajaran, mak ayah kamu pasti bersedih. Walaupun mereka tidak tunjukkan kesedihan mereka, namun kita sebagai anak harus faham-faham sendiri. Sekurang-kurangnya kita berusaha demi membahagiakan mak dan ayah kita dengan keputusan yang terbaik yang kita mampu capai. Sebenarnya kejayaan sebenar kita dalam pelajaran bukan hanya pada kepandaian diri, kesungguhan diri tetapi yang penting ada keberkatan dan keredhaan mak dan ayah. Baiklah semua orang dah habis solat. Kita tangguh usrah uzur kita dengan kafaratultasbih dan surah al-Asr..”
Lalu saya tutup usrah itu dengan kafaratultasbih, surah Al-Asr dan bacaan doa Robithah. Mudah-mudahan doa ini mampu mewujudkan pertautan hati antara mereka dan saya.

Usrah Asar
Pada mulanya petang itu saya mahu mulakan usrah tafsir saya dengan murid-murid. Tapi disebabkan ada hal teknikal, last-last minit saya menukar topic. Masih lagi berkisar soal sharing.
“Ustazah nak sentuh tentang cita-cita. Setiap kamu perlulah ada cita-cita kerana cita-cita yang akan menentukan hala tuju kamu ke jalan yang kamu hendak tujui. Hmm..Fazirah, kamu cita-cita nak kerja apa nanti?,”
“Saya nak jadi doktor,”
Saya tersenyum.
“Alhamdulillah..Insya’allah, Fazirah boleh jadi doktor Islam ya. Begini tau. Kita kan orang Islam. Orang Islam ni bukan calang-calang orang. Kerana di bahu kita tergalas tanggungjawab sebagai seorang da’ie dan orang yang akan bawa fikrah Islam walau ke mana sahaja kita pergi,”
Wajah mereka semua sedikit berkerut. Mungkin sedikit hairan dengan perkataan ‘fikrah’. Saya tersenyum. Wahh..awal-awal lagi dah masuk pasal fikrah perjuangan. Tinggi sangat ke? Hehe..
“Begini. Kamu pernah tengok tak dulu-dulu nurse atau doktor ada yang pakai skirt kan? Betul tak?,”
“Betul ustazah. Yang tak pakai tudung pun ada. Yang pakai tudung tak ramai dulu-dulu,”
Saya tersenyum.
“Ya. Tapi kenapa sekarang ni dah ramai doktor dan nurse yang sudah bertudung?,”
“Hmm..Kerajaan suruh kot ustazah?,”
Sekali lagi saya tersenyum. Tidak memberi apa-apa komen pada soalan itu. Pembaca sahaja yang bagi respon ya. Hehe..
“Sebab, adanya individu Muslim yang bila bekerja di dalam sector perubatan dan bawa idea dan saranan untuk setiap doktor dan nurse perempuan perlu menutup aurat mereka. Jadi bila idea ini diketengahkan, lalu hal ini segera diketatkan. Sepatutnya hal aurat ini menjadi kewajipan. Tetapi tidak pula ada usaha untuk diperketatkan. Lebih-lebih lagi dalam pekerjaan,”
“Ooh..sebab itu rupanya. Bagus kan ustazah kalau boleh buat macam tu,”
“Ya. Sebab dengan adanya orang-orang begini, mereka dapat menjalankan peranan mereka sebagai seorang da’ie yang bawa fikrah Islam dalam apa jua bidang pekerjaan. Hmm..Tengku? Nak kerja apa bila dah dewasa nanti?,”
Tengku senyum-senyum.
“Saya nak jadi peniaga,”
“Subhanallah..Bagusnya. Ikut sunnah Rasulullah s.a.w tu. Bidang perniagaan juga boleh meluaskan pasaran dakwah. Boleh terus bawa contoh umat Islam ketika berjual beli. Boleh juga berdakwah sepanjang kerja-kerja berjual beli tu. Contoh, Tengku berniaga dalam keadaan Tengku menunjukkan perkara-perkara yang baik dan positif tentang Islam. Juga dari aspek, pakaian yang menutup aurat. Aspek jujur dalam timbangan jual beli. Bersedekah ertinya jika pelanggan itu membeli dengan kita, lalu kita lebihkan barangan yang di beli tu agar rezeki lebih berkat berganda sesuai dengan kemampuan kita. Terangkan juga tentang       Islam yang kita sedia maklum. ,”
“Bagusnya macam tu kan ustazah,”
“Eh Tengku, kau mulalah jual-jual kecil-kecil di sekolah,”
“Ya, ustazah setuju. Sebenarnya ustazah pun ada pengalaman jual kuih waktu sekolah dulu. Tiap-tiap pagi ustazah akan bangun jam 2 pagi. Rumah ustazah tak ada mesin kelapa. Jadi ustazah kena parut kelapa tu. Sebab tu bangun jam 2 pagi. Mak ustazah yang selalu temankan ustazah. Ustazah buat sendiri kuih tu. Mak ustazah hanya temankan ustazah. Tiapt-tiap pagi ustazah kena parutkan kira-kira 6 biji kelapa untuk buat kueh. Ustazah biasa buat kuih sri ayu yang hijau tu dan kuih apam gula hangus. Kuih onde-onde dan apam beras pun ada juga kadang-kadang. Ustazah buat kuih tu sebab seronok-seronok nak buat kuih di samping dapat tamping perbelanjaan harian. Sepanjang ustazah buat jual kuih tu, ayah ustazah tak perlu bagi duit dah kat ustazah. Tak penting dapat banyak duit ke tak. Yang penting, kita ada pengalaman yang boleh mendewasakan kita. Betul tak?,”
“Betul ustazah,”
“Alhamdulillah, ustazah seronok sebab kamu faham. Kamu nak jadi usahawan, kena mula dari sekarang ya. Itulah pengalaman yang akan membina budaya kerja kamu pada masa kamu dewasa nanti,”
“Insya’allah ustazah,”
“Haa..Kamu Adlina, nak kerja apa?,”
“Saya nak jadi designer baju ustazah,”
Saya tersenyum. Bagus. Lain dari yang lain.
“Alhamdulillah wa insya’allah. Hmm..kerja jadi designer ni bagus sangat. Dapat juga berdakwah. Boleh tak kalau kamu jadi designer baju nanti, kamu reka baju muslimah yang menutup aurat dan cukup ciri-ciri baju yang Islamic. Boleh?,”
“Insya’allah ustazah,” Adlina senyum-senyum.
“Bagus tau jadi designer ni. Cuba kamu tengok sekarang ni ada tudung yang getah tu kan. Alhamdulillah, walaupun tudung tu tudung getah, tapi atleast, orang yang tak reti pakai tudung pun boleh pakai tudung kan bila pakai tudung tu. Itu petanda orang yang mereka tudung tu adalah orang yang berjaya juga dalam dakwah. Dari tak pakai tudung dan tak kenal tudung, sekarang golongan yang tak pakai tudung tu dah belajar dan beranikan diri pakai tudung. Alhamdulillah, insya’allah ustazah doakan semoga cita-cita kamu akan tercapai. Yang penting kamu bawa hadaf untuk berdakwah,”
“Insya’allah ustazah,”
“Baiklah. Semua kawan-kawan kamu dah habis solat. Insya’allah kita tangguh dulu ya pertemuan ini,. Allah, tak sempat juga ustazah nak kupas tafsir Al-Fatihah,”
“Tak apa ustazah. Kita sambung esok petang la,”
Saya tersenyum lagi.
“Insya’allah kita sambung esok. Kita tangguh pertemuan ini dengan kafaratultasbih dan surah Al-Asr”
Dan saya tutup pertemuan ini dengan bacaan doa Robitoh.. Alhamdulillahh..
Terlalu banyak kisah yang hendak saya coretkan menerusi siri-siri usrah saya sepanjang minggu ini. Insya’allah, setiap hari isnin dan khamis, saya bertugas mengawal pelajar solat. Jadi tengahari itu saya cuba buatkan pengisian usrah untuk murid perempuan yang uzur. Usrah asar pula insya’allah saya cuba istiqamah untuk buat setiap petang waktu asar. Alhamdulillah, untuk kumpulan usrah Islamic Discussion, saya ada dua group untuk saat ini. Group ID tingkatan 2 dan Group ID tingkatan 4. Usrah ini saya jalankan secara berkala, seminggu sekali setiap hari jumaat. Subhanallah..Astagfirullahh.. Jauh di lubuk hati saya, merasa berat taklifan yang Allah berikan ini. Namun jika bukan kita yang faham Islam yang menggerakkan dakwah, siapa lagi? Sedangkan Allah sudah memberikan ruang dan peluang.
Alhamdulillah, sepanjang minggu da’ie ilallah ini, dengan khudrat yang dipinjamkan Allah saya cuba konsistenkan buatkan usrah asar setiap petang menerusi tafsir surah al-fatihah. Banyak yang saya mahu kongsikan bersama pembaca, adik-adik, teman-teman sekalian, namun masa saya sangat mencemburui saya. Astagfirullah.. Masa saya terhad untuk sesuatu perkara. Saat ini pun saya curi-curi juga masa untuk mengisi ruangan Wadie AnNurFillah ini. Rasa bersalah sangat laman sesawang ini kerapkali saya tinggal-tinggalkan. Selama test market saya dalam minggu da’ie ilallah ini, secara jujurnya, saya sangat jatuh hati pada anak-anak murid saya di sini. Baik bertemu mereka secara usrah zuhur, usrah asar, usrah ID form 1 atau usrah ID form 2, atau pun bertemu mereka sewaktu sesi pengajaran.
Ada beberapa siri usrah saya yang melibatkan perkongsian saya dan anak-anak murid saya. Teringat saya, pada hari kedua usrah asar, 4,5 orang anak murid saya bertemu saya sesudah usai usrah pada asar itu.
“Ustazah, kami nak tanya sesuatu,”
Saya tersenyum. Membaca satu persatu raut wajah penyejuk hati itu.
“Ustazah, sebenarnya hari tu kami ada buat seorang cikgu tu kecik hati. Hari tu kan ustazah, kami duduk kat luar kelas. Kami sembang. Tak dengar cikgu tu suruh kami diam. Kemudian bila kami sedar, cikgu tu dah pun bermasam muka dah. Terus sahaja selepas itu cikgu tu dah tak ada nak mesra-mesra dah dengan kami,” ujar Tengku, bersungguh-sungguh dia bercerita.
“Betul tu ustazah. Ustazah, keputusan peperiksaan kami teruk, mungkin sebab cikgu tu masih marah pada kami agaknya,”Ujar Fazirah pula.
Wajah mereka sugul. Saya masih memandang mereka dengan bibir yang tersenyum. Terharu saya dengan ketulusan hati mereka saat itu. Kebetulan usrah asar tadi saya sentuh tentang redha seorang guru.
“Hmm..dosa kita dengan Allah, kita perlu bertaubah nasuha. Tapi kalau dosa kita dengan manusia, perlu minta maaf dan selesai masalah hati tu dengan manusia juga. Lebih-lebih lagi dosa kita dengan ibu bapa. Redha Allah itu ada pada redha ibu dan bapa. Walaupun kita ni tak layak dan takkan mampu nak balas segala pengorbanan ibu dan bapa pada kita, namun sehabis mampu kita cuba juga untuk bahagiakan mereka. Kamu masih muda, masih panjang masa kamu bersama keluarga. Jadi, isilah detik-detik kamu bersama keluarga kamu ini dengan sebaik-baiknya. Esok-esok bila dah berjaya, dah kena tinggalkan ibu bapa untuk melanjutkan pelajaran ke university atau ke IPT pula. Kemudian, kalau yang perempuan, ada orang berkenan, terima dan kahwin. Terus tinggalkan ibu bapa sebab dah kena ikut suami Jadi, bila lagi masa untuk kamu bersama ibu bapa dan membalas jasa mereka?Ustazah pun macam jeles la dengan kamu semua. Masih ada banyak masa untuk berada bersama ibu dan ayah. Kamu masih lagi tidak diberikan tanggungjawab. Insya’allah, kamu pun akan lalui apa yang ustazah lalui. Tapi apa yang penting, hargai apa yang kita ada sekarang. Cuba gembirakan dan bahagiakan ibu dan bapa kamu ya. Tak kurang juga pada guru kamu. Guru ni merupakan orang yang terpenting untuk kita muliakan selepas ibu dan bapa. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya. Ibu bapa hanya melahirkan, mendidik dan membesarkan kita menjadi seorang ‘manusia’ Muslim. Namun yang boleh bantu kita berjaya adalah guru. Pelajaran tidak terdapat di rumah. Tetapi hanya terdapat di sekolah. Walau taraf apa pun seorang guru di mata kamu, mesti ingat yang kamu tetap seorang murid dan mereka tetap seorang guru. Kamu perlu jaga adab. Ustazah nak tanya, ada tak kamu minta maaf pada guru yang ajar kamu?,”
Semuanya menggelengkan kepala. Saya tersenyum. Fazirah bertukar pandangan dengan Rawaidah. Seperti ada yang tidak kena sahaja.
“Hmm..Lepas ni selepas kelas, pastikan kamu minta maaf pada cikgu yang masuk mengajar kamu. Bimbang kalau-kalau kita tak sedar ada terguris hati guru. Kalau kita sebagai anak tak boleh cakap ‘ah’ pada ibu dan bapa. Sama juga dengan guru yang kita perlu hormati dan jangan tinggikan suara kepada mereka. Subhanallah, jasa mereka tidak terhitung banyaknya,”
Saya kembali merenung wajah-wajah yang sedang berdiri di hadapan saya itu. Menerawang fikiran ke usrah asar tadi sehingga saya tidak sedar sudah biarkan mereka agak lama menunggu respon saya.
“Hmm..ustazah rasa kamu kena jumpa cikgu tu. Minta maaf semula pada dia. Ada hal yang tak selesai antara kamu tu. Bahaya. Nanti kesannya pada prestasi pelajaran kamu. Kamu nak ke hal tu jadi sebab kamu gagal dalam pelajaran?,”
“Tak nakkk..,” serentak mereka menjawab.
“Ok, boleh ya? Kamu pergi jumpa cikgu tu dan minta maaf dengan dia. Nak best lagi belikan hadiah untuk dia untuk menjernihkan keadaan. Tentu dia suka dan terharu,”
“Insya’allah ustazah. Kamu cuba,”
“Insya’allah.Semoga Allah kurniakan hidayah dan petunjukNya pada kamu semua.,”
Aminnnnnnn,…,” ujar mereka semua serentak.
Alhamdulillah saya bersyukur. Mengenang wajah-wajah mereka yang bersungguh-sungguh benar mahu memohon maaf saya terpalit rasa rindu lagi pada madrasah saya dulu. Dahulu saya’ suka berdamping dengan guru-guru. Alhamduillah, berkat mereka juga adanya saya hari ini..

Usrah ID saya pula, saya lebih gunakan pendekatan seorang kakak. Saya bahasakan diri sebagai ‘kak im’ juga. Seronok saya dengan mereka.

“Syakirah hobinya memasak cita-citanya nak jadi Chef, jadi kita panggil dia Chef Sya. Farah hobinya melancong, cita-citanya nak jadi doktor, jadi kita panggil dia Dr. Farah, Farhana cita-citanya nak jaid lawyer, jadi kita panggil dia lawyer Farah, Azzan nak jadi pensyarah, kita panggil dia Cikgu Azzan dan Husna suka buat kueh, cita-cita nak jadi Chef. Jadi kita panggil dia Chef Husna. Subhanallahhh.. Adikberadik kita ada dua orang Chef, seorang doktor, seorang lawyer dan seorang pensyarah. Semua kamu jangan putus link dengan akak ya. Akak nak tengok kamu berjaya capai cita-cita kamu,”
“Insya’allah kak,”
Saya hanya mampu tersenyum. Sejuk hati tatkala memandang wajah-wajah mereka.

Usrah Kelas Relief – Saya Jadi Teacher
Setiap hari yang saya lapang, mesti ada kelas relief. Pada mulanya saya sedikit gugup mahu masuk kelas relief sebab memikirkan apa bendalah yang saya nak buat dalam masa yang saya gantikan kelas tu. Allah..saya tahu itu peluang untuk saya bertemu murid-murid selain murid kelas yang saya ajar. Lebih-lebih yang non-muslim. Hmm..Biasa juga kan, tetap ada rasa gugup.
“Im, kalau dapat relief kelas 1AMAL, hati-hati. Nakal-nakal budaknya. Serik saya,” itu luahan Aninah.
Katanya di dalam kelas 1AMAL tu, Ketua Penolong kelasnya seorang yang sangat tegas. Aninah sendiri ditegur Penolong Ketua kelas itu sebab dia dikatakan terlalu lembut dan kurang bertegas. Jadi sekarang ni, Penolong Ketua Kelas itu pula yang mengawal kelas. Subhanallah.. Saya tertarik mendengar tentang Penolong Ketua Kelas 1AMAL itu. nanti kita tengok apa komen saya setelah saya masuk ke dalam kelas itu ya.
Sewaktu saya menapak menaiki tangga ke kelas 1AMAL, saya mendetikkan lafaz istigfar sendiri. Mendoakan dalam hati, semoga murid-murid kelas itu mendengar kata-kata saya. Petua Saudagar Farhan Hafiz juga yang saya guna pakai. Berdoa panjang-panjang di luar kelas sebelum masuk ke kelas. Saya terdetik mahu meminta mereka menulis karangan Bahasa Melayu. Saya sudah siap bawakan test pad dan A4 putih untuk mereka tulis.
Langkah kaki saya hayunkan masuk ke kelas itu. Subhanallahh..rata-ratanya non-muslim pelajar Cina dan India. Saya hanya memasang senyuman 33 pasang anak mata yang memandang saya saat itu.
..Allah..Permudahkan urusanku menjalankan amanah ini..
“Bangun semua, assalamualaikum ustazah.. Selamat sejahtera cikgu!..,”
Lantang seorang murid perempuan memberi salam. Saya kira itulah dia Ketua Penolong Kelas 1AMAL ini. Siti Hajar namanya. Terpampang wajah ketegasan pada raut wajahnya. Sesuailah dengan cita-citanya mahu menjadi pegawai polis. Memandangkan ayahnya juga seorang polis. Patutlah dia tidak suka ‘kenakalan’ di kelasnya. Namun saat semua pelajar mengikutnya memberi salam dan mengucap salam sejahtera pada saya, mereka spontan tergelak. Saya juga tetap gagal menyembunyikan senyuman.
“Bismillahhirrahma’nirrahimm.. Baiklah. Sekarang masa Puan Saroja kan? Masa Bahasa Inggeris kan?,”
Kesemua mata-mata itu mengangguk. Ada juga bunyi-bunyi suara menjawab soalan saya.
“Ok, cikgu nak kamu semua ambil kertas test pad A4 ni dan tulis karangan dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Apa-apa juga tajuk, bebas! Boleh? Siapa yang karangannya bagus, cikgu bagi hadiah! Boleh?,”
“Okeh cikgu..Apa-apa saja tajuk pun boley ka cikgu?,”Seorang murid India bertanya saya.
Saya tersenyum padanya.
“Ya, apa-apa tajuk pun boleh,”
Hajar dah senyum-senyum pada saya sejak tadi. Agaknya dia dapat membaca saya sedang berusaha mahu mengawal kelas 1AMAL itu dengan meminta mereka buat karangan itu. saya membalas senyumannya. Teringat saya pada kata-kata Aninah, yang pernah kena tegur dengan murid bernama Hajar itu. Saya lihat Hajar seperti puas hati sahaja dengan saya. Dia tidak pula menegur apa-apa pada saya.
Disebabkan saya meminta mereka semua menulis karangan Bahasa Inggeris, jadi setiap masa saya perlu bergerak dari meja ke meja mereka bagi meneliti samada mereka menulis atau tidak. Ada juga yang semangat mahu menulis sehingga menjadikan saya sebagai ‘kamus’ Bahasa Inggeris mereka pula.
“Cikgu..Apa maksud ingatkan saya?,”Murid perempuan India ini memang banyak bertanya saya. Saya dah lupa namanya siapa. Agak susah bagi saya mengingati nama-nama murid India dan Cina berbanding Melayu. Nama-nama murid Melayu pun saya lupa-lupa ingat.
“Ayat apa yang kamu nak buat?,”
“Err..Saya nak buat, abang saya fikir saya mahu jadi polis, tetapi sebenarnya saya bercita-cita mahu jadi seorang businessman,”
Saya senyum-senyum. Alamakk..
“My brother think I want to be a police, but actually my ambitions is to be a businessman,”
Sebenarnya saya pun tak pandai sangat Bahasa Inggeris. Belasah aje. Hehe..
“Ooo..terima kasih cikgu,”
Saya melirik ke belakang kelas. Ada dua orang murid lelaki di belakang kelas itu yang menarik perhatian saya. Saya menapak ke arah mereka berdua.
“Kamu buat apa tu? Tak menulis karangan lagi? Kosong lagi kertas tu,”
Yang duduk di sebelah kanan senyum-senyum. Yang duduk di sebelahnya gelak-gelak sambil mengunyah chuing gam.
“Cikgu, saya tak pandai Bahasa Inggeris. Tak tahu nak tulis apa. Kalau buat Bahasa Melayu, boleh ke cikgu?”
Allah..saya jatuh kasihan bila mendengar kata-katanya. Namun saya tahu dari gaya dia yang bersahaja begitu, dia dan kawan di sebelahnya itu nakal. Tak apa. Saya mahu mendekati mereka berdua.
“Siapa nama kamu?,”
“Nafis,”
Saya tersenyum padanya.
“Hmm..Kalau macam tu, kamu ada bawa apa-apa buku bahasa Inggeris tak?,”
Nafis mengangguk. Cepat-cepat dia mengeluarkan sebuah buku Bahasa Inggeris yang barangkali digunakan oleh Puan Saroja ketika mengajar kelas ini.
“Haa..Cari mana-mana petikan dalam buku tu dan salin sahaja. Itu dah cukup dari tak tulis apa-apa kan. Dan paling penting, kamu tak bising,”ujar saya.
Dia mengangguk. Namun kawan di sebelahnya menarik buku itu pula. Saya membiarkan dulu. Mahu membaca karakter mereka berdua ini. Kawan di sebelahnya itu masih lagi sibuk mengunyah chuing gamnya itu.
“Kamu pula, siapa nama?,”
Saya beralih pula pada kawan di sebelah Nafis.
“Afifi,”
Sekejap-sekejap sahaja dia memandang ke wajah saya. Masih ralit mengunyah chuing gamnya.
“Kamu kenapa tak tulis karangan lagi?,”
“Saya tak pandai Bahasa Inggeris la cikgu,”
“Hmm..Kamu pun sama ya. Ambik petikan dalam buku tu, salin masuk ke kertas. Boleh?,”
Dia mengangguk. Kemudian saya lihat Afifi kelihatan memanggil seorang kawannya ke belakag. Kebetulan ada meja kosong di sebelahnya. Tak tahulah kalau-kalau ada pelajar yang tak datang sekolah. Yang saya maklum semuanya hadir pada hari itu. Murid-murid India pula kuat merewang ke sana ke mari. Berjalan ke tempat rakan-rakan mereka. Asalkan mereka tidak buat bising, saya tak ada masalah. Pelajar perempuan melayu juga kuat juga bersembang tapi saya dapat tangkap butiran perbincangan mereka mengenai karangan yang saya minta mereka tulis. Saya senyum sendiri. Tak apa. Insya’allah saya selesaikan satu persatu. KPI saya saat itu sekurang-kurangnya semua murid yang ada dalam kelas itu menghantar karangan mereka kepada saya dan saya akan lunaskan janji saya pada mereka.
“Cikgu, izinkan saya ke tandas,” seorang murid lelaki India menyapa saya.
“Kamu duduk dulu di tempat kamu. Siapkan karangan. Tadi dah ada murid perempuan yang keluar ke tandas. Dia belum balik, jadi kamu tak perlu ke tandas lagi. Sekejap lagi dia balik, baru kamu pergi. Boleh?,”
Dia menggaru-garu kepala. Berwajah hampa. Dia lalu kembali ke mejanya. Saya melirik ke belakang. Ooh..Nafis dan Afifi sudah tambah lagi seorang teman mereka. Saya menghampiri mereka lagi.
“Kamu pula namanya siapa?,”
“Muhammad,” jawabnya acuh tak acuh.
Anak mata Muhammad fokus memandang ke buku Matematiknya. Dia sedang siapkan latihan Matematiknya. Bukan dia seorang. Ramai lagi yang sambil tulis karangan saya, sambil juga siapkan tugasan Matematik mereka.
“Oh..Bila kena hantar latihan Matematik tu?,”
“Petang ni cikgu. Saya tak siap lagi,”
“Kamu siapkan karangan cikgu dulu. Kemudian baru siapkan latihan tu,”
Sengaja saya mahu try test memberi arahan begitu. Saya melirik pula pada Nafis dan Afifi di sebelahnya. Afifi kelihatan mengelui seseorang yang berada di meja sebelah kiri, dua barisan dari meja di hadapan.
“Woii..Sinlah join kami..Sinilah,”
Saya tahu dia mahu mengajak seorang lagi kawannya ke meja itu. Saya memandang Nafis. Nafis tersenyum pada saya.
“Dah siap dah karangan?,”
Nafis menggeleng. Afifi pun menggeleng. Muhammad masih lagi khusyuk membuat kerja Matematiknya dan sekejap-sekejap menulis karangan saya. Wajahnya masih ditundukkan.
“Kamu bertiga ni memang kawan rapat ke?,”
“Ya cikgu. Saya, Afifi, Muhammad dan tu lagi seorang, Hafiz,”
Nafis menuding ke arah murid lelaki berwajah bersih. Agak tinggi juga orangnya. Hafiz sudah mengangkat kerusi ke belakang saat itu. Ohh..empat serangkai mereka ini. Saya lihat kertas Nafis masih kosong. Saya menapak ke arah Hajar.
“Hajar, kamu ada buku Bahasa Inggeris lebih tak?,”
“Ada ustazah.Nahh..,”
Yang murid Islam memanggil saya ustazah. Yang murid non-muslim panggil saya cikgu.
“Ustazah pinjamkan buku kamu ni pada Nafis ya. Kesian dia. Nak buat karangan tak pandai. Nak salin tulis, tak ada buku pula,”
Bukunya si Afifi yang ambik. Afifi pula saya lihat berkongsi buku itu dengan Muhammad pula. Baru dua baris dia menulis. Tak apa. Itu lebih baik dari dia tak tulis apa-apa. Nafis pula seperti tak puas hati sahaja. Serba salah dengan saya kot. Hajar mengagguk. Faham sangat dia apa yang sedang saya buat saat itu. Saya perlu kawal murid 4 serangkai ini dulu.
“Nafis, ini buku sastera Bahasa Inggeris, kamu ambik satu petikan dalam buku ni dan tulis masuk kat dalam kertas ni ya,”
“Panjang-panjang la ceritanya cikgu,”
Saya membuka buku itu. Mencari-cari petikan yang sesuai untuk Nafis tulis.
“Haa..Nafis tuliskan yangni ya. Sampai sini ja,”
“Banyak tu cikgu,”
“Tak banyak pun. Kamu ada masa banyak lagi ni,”
Nafis beralah. Dia pun mula menulis. Senang hati saya saat itu. Alhamdulillah.. Afifi macam biasa, berkongsi dengan Muhammad. Hafiz yang baru join mereka turut kelihatan sibuk menyiapkan tugasan Matematiknya.
“Hafiz, mana karangan kamu?,”
“Tak buat lagi cikgu. Siapkan Matematik kejap,”
“Kamu pun sama gak. Ambik petikan mana-mana buku yang English, kamu salin masuk balik kat dalam kertas ni ya,”
Dia mengangguk. Akhirnya mereka berempat senyap-senyap kat belakang tu dengan kerja masing-masing. Saya dapat menangkap suara seorang murid lelaki yang agak bising-bising juga. Dia duduk di meja depan. Bising, tapi duduk di meja depan, lagilah membingitkan suasana. Serentak dia mahu bangun lalu pandangan anak matanya bertemu dengan wajah saya. Lalu saya senyum-senyum pada dia dan dia pun gelak-gelak tengok saya. Saya berjalan menghampiri dia. Dia ini tidak kurang juga nakalnya.
“Siapa nama kamu?,”
“Hazri,”
“Mana karangan kamu? Kertas kosong lagi,”
Di sebelahnya juga ada tugasan Matematiknya.
“Cikgu, saya mahu siapkan Matematik. Sekejap lagi dah kena hantar,”
“Oh..Kalau macam tu, kamu ambil mana-mana buku cerita, dan kamu salin ke kertas. Boleh?,”
“Ok beres cikgu,”
Dia kembali meneruskan kerja-kerja Matematiknya. Saya beralih pula pada seorang murid ini. Senyap sahaja dia. Duduk pun sorang-sorang. Macam terasing sahaja. Kertas karangannya juga masih kosong sedangkan dia sedang memegang pen. Alamak..tak tahu nak tulis apa-apa ke?
“Kamu nama  apa?,”
“Fahmi”
Saya melirik ke meja Hazri tadi. Sejak tadi buku cerita di sebelahnya itu masih tidak terusik. Hazri masih sibuk menyiapkan tugasan Matematiknya. Saya mencapai buku itu.
“Hazri, ustazah pinjamkan buku kamu ni pada Fahmi ya. Kamu duk sibuk lagi siapkan tugasan Matematik tu. Jadi, biarlah Fahmi tulis dulu, ya. Boleh?,”
Hazri mengangguk. Saya membuka buku itu. mencari-cari part mana yang saya nak suruh fahmi tulis.
“Nah..kamu tulis yang ini ya,”
Dia mengangguk. Tidak langsung bersuara. Bagus juga begitu.
Lirik mata saya ke depan kelas pula. Saya lihat murid Cina semuanya rajin-rajin. Dua orang murid Cina lelaki di meja depan kelihatan khusyuk menulis karangan. Sekejap-sekejap dia meeneliti kandungan isi karangan dari buku Bahasa Inggeris. Kreatif juga mereka walaupun itu sudah dikira menipu.
“Cikgu, kami dah habis tulis karangan. Boleh kami main permainan ini?,”
Dia menyuakan tangannya pada saya, seraya membuka genggaman tangannya. Ada beberapa penutup minuman di tangnnya. Saya pun tak tahu permainan apa. Macam batu selambut aje.
“Boleh. Asalkan kamu tak bising,”
“Baik cikgu. Terima kasih,”
Saya menapak pula pada beberapa murid lelaki India yang kebanyakkannya duduk di sebelah tingkap di sebelah kiri kelas. Di tempat duduk Hafiz tadi.
“Kamu siap dah karangan?,”
“Dah cikgu,”
Saya lihat tulisannya penuh. Seronoknya saya.
“Ok, sekejap lagi bagi cikgu bila cikgu kutip ya. Bagus kamu. Dah siap, jadi kamu boleh buat kerja sendiri ya. Siapkan tugasan Matematik ya,”
Saya berjalan ke belakang semula. Sejuknya hati saya bila tengok Nafis dah tulis hampir selesai. Afifi juga dah henti menulis dah. Dia cakap banyak tu aje yang dia tulis. Muhammad juga. Hafiz dah siap salin dari buku. Bagus juga sebab banyak dia salin walaupun saya lihat dia agak sibuk dengan tugasan Matematiknya tadi.
Akhirnya semua murid menghantar karangan pada saya. Alhamdulillah, kelas 1AMAL hari ini tidak bising. Hehe.. berikut adalah karangan-karangan yang mendapat markah penuh. Seronok juga jadi Teacher ni. Bergunalah jugalah kamus tu saya buka. Sebelum saya meninggalkan kelas itu, sempat lagi saya berdoa di dalam hati semoga Allah berikan hidayahnya pada murid-murid saya ini.
Wallahhu’alam..

Ini antara karangan yang terbaik yang ditulis oleh murid-murid 1 AMAL..







P/S : 13 orang murid 1 AMAL saya berikan hadiah kerana mereka menulis karangan Bahasa Inggeris dengan sangat baik. Siapa cakap mereka nakal tapi tidak pandai? Sedangkan kelas itu sering diberi gelaran kelas pelajar paling nakal. Tapi tatkala saya memberikan kepercayaan saya kepada mereka, mereka juga membalasnya dengan memberi komitmen terhadap penulisan karangan English yang saya minta. Kesannya sesudah itu, di mana-mana sahaja saya bertemu mereka, mereka akan menegur saya. Lebih-lebih lagi pelajar non muslim kelas 1AMAL.

Sedikit gambar anak-anak murid saya di Kelas Bahasa Arab saya. Namun, saat ini saya memegang 3 kelas Bahasa Arab 2 ADI, 2 KAA dan 2RK. Biasalah kehadiran memang di kalangan murid yang betul-betul mahu pada pengajaran Bahasa Arab..

Suasana Belajar di dalam Balai Islam (kelas bahasa arab)

Aktiviti ketika ini langkah ketiga dalam RP saya, ketika sesi pengajaran
bertajuk 'Eidulfitri Al-Mubarak'. Langkah ketiga mereka perlu buatkan kad hari raya.


Seronok juga tengok murid-murid berikan komitmen mereka
pada sesi pengajaran..

Krisis di sekolah, murid perempuan tetap mendominasi
murid lelaki.. jadi, mereka ini murid harapan SMK Telok Dato' ini
kerana hanya mereka sahaja yang mengambil subjek Bahasa Arab..
Kumpulan pertama yang dah siap aktiviti kumpulan..
P/S :- Saya berdebar-debar menunggu untuk diobserve..hati sedikit gembira bila fikir hanya ada lebih kurang 4 minggu lagi untuk fasa praktikal ini.Namun bukan senang nak lepasi siri 'observe' tambahan pula Penyelia saya bukan calang-calang orang.. Tak apa..itulah tarbiyah buat seorang guru bergelar murabbiyah. Perlu rela diri dididik sebelum mendidik. Perlu relakan diri ditarbiyah sebelum mentarbiyahh..
"Ya Allah, andai kepayahan ini sebagai jalan untuk aku semakin dekat denganMu, maka berikanlah padaku ya Allah..dan Kau pinjamkanlah sedikit kekuatan padaku untuk harungi segalanya..
"Ya Allah, permudahkan urusanku dan sahabat-sahabatku.. Amin Allahhumma Amin..

~Aleesy AnNurIman~
23 Jun 2011, 4.06pm,
Bilik Guru, SMK Telok Dato’, Banting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...