BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 21, 2011

Kisah : Kemilau Tarbiyah Di Langit Cinta (akan datang..)




Yusril menahan nafas. Sujudnya dilamakan. Bahunya sedikit terhenjut-henjut menahan esakan tangis yang kerap kali meledak tatkala hatinya bertaut dengan Pemilik Hati. Air matanya memang kerapkali gagal dibendung tatkala dia bertemu Pemilik Cintanya di sepertiga malam sunyi begitu. Hatinya dirimba sayu berbumbu rindu pada Kekasihnya Yang Agung. Sayu mengenangkan dirinya yang penuh noda dan dosa, namun Dia yang Maha Agung tetap juga memandangnya sebagai hamba yang diberikan rezeki dan masih diberikan kesempatan bernafas dengan nikmat Iman dan Islam. Rindu kerana hatinya sentiasa merindu untuk bertemu Dia Yang Agung. Lalu dia mengikat janji di dalam hati. Sejak awal-awal lagi hatinya sudut dihiaskan dengan pepohon jambangan cinta yang bunganya semakin hari semakin mekar dan titik-titik jernih embun yang menitis di kala dinihari mengucap selamat pagi kepada fajar siddiq akhirnya bertukar menjadi kemilau bercahaya pada malamnya. Yusril segera mengucap tasbih di dalam hati. Pertemuan dengan Kekasihnya pada awal pagi itu dia akhiri dengan sujud syukur yang turut membeningkan air mata di wajahnya yang sentiasa mulus dengan air wuduk.
..Subhanallahh… Subhanallahh.. Subhanallahh.. Allahhu Akbarr..
Yusril bangun dari sujud. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Rata-rata jemaah masjid kelihatan sudah memenuhi ruangan saff di hadapan. Yusril mengucap tasbih dan lafaz istigfar beberapa kali. Serentak itu terluncur juga lafaz tahmid dari bibirnya. Yusril menghirup nafas seketika. Anak matanya menyeluruhi sekitar medan Masjid Negara itu. Dia tersenyum melihat saff hari ini penuh sehingga ke belakang masjid.
..Subhanallah..
Terlafaz lagi ucapan tasbih itu tatkala anak matanya menangkap kelibat seorang tua yang kudung tangannya namun masih gagahi mahu mendirikan solat subuh secara berjemaah di masjid yang tersergam indah ini.
..Semoga Allah terus kurniakan kekuatan padamu pak cik. Sungguh di hadapan Allah, hanya taqwa jadi nilaian. Allahhu Akbarr.. Subhanallah ya Allah, pak cik itu sudah lama menjalani kehidupan di dunia ini. Namun dia masih tetap istiqamah dalam beribadah. Aku ini ya Allah, baru sahaja mahu memulakan langkah pertama dalam perjuangan. Tak  pasti lagi bagaimana jalanku selepas ini. Namun kuyakin jalanku semakin berlecah dan berbecak. Malah penuh dengan lubang-lubang di kiri dan kanan jalan. Allahhu Akbarr.. Subhnallahh.. Ya Allah, jaga dan lindungilah diriku dan ahli keluargaku dari libasan api neraka.. Semoga Kau terus pegang hatiku dan semoga Kau terus berikan perlindunganMu pada dunia dan akhirat kami ya Allah.. Matikan kami dalam keadaan husnulkhatimah ya Allah.. Aminn..
Jam dinding masjid sudahpun memberikan isyarat bahawa subuh telahpun masuk. Sebentar kemudian, terdengar suara azan berkumandang di serata kawasan Bangsar itu. Saat itu kelihatan seorang anak muda tampil ke depan masjid melaungkan azan. Yusril menundukkan wajah. Detikan hatinya beriring zikrullah di samping mengamati laungan azan tersebut. Sehingga ombak jiwanya kembali berkocak-kocak saat bibirnya turut mengalunkan lafaz kalimah syahadah dan hatinya lambat-lambat mendetikkan tafsiran kalimah suci itu.
..Sahaja aku bersaksi tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah..
Persaksian itu menjentikkan sendu di jiwanya. Serentak itu tergamit kembali lambaian rindu di hatinya pada Kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Terasa betapa rapuh jiwanya saat itu. Dia gagal membendung rasa rindu itu. Lalu mengalirlah air mata di pipi sebagai perlambangan hatinya saat itu begitu dambakan pertemuan yang abadi dengan Kekasih Allah itu di akhirat nanti. Mendetikkan persaksian ‘Muhammad Pesuruh Allah’ itu sahaja dah cukup membeningkan air mata di kelopak matanya. Apatah lagi saat mindanya mengulang tayang satu persatu mega perjuangan Baginda s.a.w. Dingin membayu ke hati saat mengimbau detik-detik Kekasih Allah itu direnggut ajalnya dengan kesakitan yang teramat sangat. Subhanallahh.. Yusril mendetikkan tasbih. Sedangkan Kekasih Allah direnggut ajalnya pun terasa sakit sehingga basah seluruh tubuh baginda dengan keringat. Apatah lagi manusia seperti dirinya yang sentiasa bersilih dengan noda. Namun paling mendetikkan rasa kagum di jiwanya, Penghulu Ummat Islam itu masih mengingati ummat Baginda di kala Baginda mahu memejamkan mata dan kembali ke syurga Allah. tetap juga didetikkan di hujung bibirnya yang saat itu sudahpun kebiruan. ..Ummatti.. Ummatii.. Ummatii..
Titik jernih air putih itu gugur lagi tanpa henti, membasahi wajah mulus Yusril.
..Allahhumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala ali saidina Muhammad..
Beberapa kali dia mengulang berselawat. Merencahkan luhur cinta pada Pesuruh Allah itu. Walau Baginda sudah tiada di muka dunia ini, perjuangan Baginda sentiasa hidup bersama nafas-nafas ummat. Dan Yusril berazam mahu menjadi salah seorang mata-mata rantai yang akan menyambung perjuangan Kekasih Allah itu. Makin dalam rasa syukur di hatinya dengan nikmat Islam yang ditegakkan dengan darah perjuangan Baginda s.a.w. Maka, Yusril berazam, mahu menjadi penerus perjuangan Baginda s.a.w sehingga ke titisan darah terakhir.
..Subhanallah.. Ya Allah, temukan aku dengan KekasihMu ya Allah.. Aminn..
Akhirnya solat pada pagi itu didirikan dengan iringan linangan air mata kesyukuran. Tidak lupa dia menyembah sujud syukur sebaik sahaja selesai merintihkan doa hati pada Kekasihnya Yang Agung.
Yusril menapak keluar dari masjid itu. Telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej masuk dari penghantar mesej yang tidak bernama. Yusril meneliti kandungan mesej itu.
“Salam. Reminderr..Slot ustaz dalam program jam 10 pagi hari ini ya di Puncak Sungai Lui. Ana mahu ingatkan ustaz bergerak lebih awal, bimbang jalan sesak dan tiba lewat ke tempat program. Jika perlu apa-apa bahan, maklumkan pada ana ya. Syukran jazilan ustaz, jazakallah..”           –Qistina Humaira’.
“Wslm. Syukran jazilan ustazah. Insya’allah jika tiada apa-apa aral, ana cuba untuk bergerak lebih awal ke sana..,”
Yusril lambat-lambatkan langkah kaki. Dia meneliti seketika rona fajar di sekitar Masjid Negara itu. Hatinya mendetikkan lafaz tasbih.
..Suhnallahh.. Cantiknya langit subuh ini..
Serta merta mesej peringatan slot itu kembali terngiang di minda. Itu kali kedua menerima mesej dari muslimat yang bernama Qistina Humaira’ itu.
..Qistina Humaira’?..
Beberapa ketika Yusril cuba mencari-cari wajah pemilik sekeping nama itu dalam senarai nama-nama muslimat PMIUM yang tersimpan mindanya. Namun dia kesal sendiri. Gagal mengesan. Agaknya dia memang tidak pernah mengenali siapa gerangan muslimah yang bernama Qistina Humaira’ itu. Yusril menyimpan telefon bimbitnya. Dia bergegas menapak ke keretanya. Pagi itu dia harus tepati janjinya. Harus tiba awal di tempat program itu. Namun entah kenapa sekeping nama itu kembali terngiang-ngiang di mindanya.
..Mungkin akan ada pertemuan?..
Dan dengan detikan hati itu, bibirnya mengoyak senyuman tersirat yang dia sendiri pun tidak tahu kenapa dan untuk siapa..
…Nantikan Kemilau Tarbiyah Di Langit Cinta mengemilaukan cahaya di Wadie AnNurfillah.. Hadiah saya buat Pengunjung.. Insya'allah..
~Aleesy AnNurIman~
15 Jun 2011, 10 Rejab 1432H, 8.16 am.
Kediaman Taman Sri, Jalan Melor, Banting..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...