BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 19, 2012

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA


Subhanallah..Betapa pantas masa berjalan, sehingga sedar tak sedar, sudah lebih tujuh bulan saya meninggalkan penulisan di blog perindu ini. Hati memang merindu untuk menjadi ‘penulis blog’ seperti zaman ‘anak dara’ dulu, namun masa agak terhad setelah menjadi ‘bini orang’ dan menjadi ‘seorang ibu’. Ini belum lagi saya menjadi ‘pekerja’. Tak sudah-sudah hati berdoa, ‘mudah-mudahan ALLAH merencanakan kehidupan ini berdasarkan kemampuan dan dipermudahkan segala urusan, dari sekecil-kecil urusan sehingga sebesar2 urusan. Semuanya biarlah demi redha ALLAH..insya-ALLAH..
Hari ini seawal jam 3 pagi saya bangun. Rutin harian setelah ber’anak, jam 3 pagi adalah waktu saya menyusukan Misykah. Setelah itu mata terus tak nak lena. Hanya dilayan menekan papan keypad notebook, mencurahkan ilham ke skrin kajang di notebook. Waktu sekarang saya sedang menulis-nulis manuskrip ke-3. Puas juga memikirkan plot kisah, cerita dan kajian tempat –tempat yang bakal dijadikan lokasi kisah. Hmm..berazam untuk manuskrip ke3 ini, saya nak cover setahun tahun 2012 yang tiada terbitkan apa-apa novel kerana melayan alahan mengandung dan berpantang. Moga-moga ALLAH permudahkan urusan ini. Apa-apa pun moga hati ini sentiasa tenang dalam menggarap ilham yang direncahkan ALLAH di hati.
Alhamdulillah, manuskrip ke2 sudah dihantar ke meja editor. Mudah-mudahan urusan edit dipermudahkan dan moga tak la kena edit banyak sangat. Dan mudah-mudahan tak kena reject, huhu.. Ye la, saya pun penulis baru yang masih banyak kelompangannya.
Sudah lama betul saya tidak mencurah rasa di dinding blog ini. Benarlah peringatan tentang hargai masa lapang sebelum tiba masa sempit. Memang terasa sangat masa-masa yang berlalu sekarang ini kian pantas. Rasa lelah pula walau hakikatnya tak ada pulak buat apa-apa yang memenatkan, seperti berlari ke..melompat ke.. Itulah putaran alam yang hakikatnya, ‘apa yang nak dibuat’ itu lebih banyak dari ‘masa’ yang ada. Namun biarlah ‘apa yang dibuat’ itu kerana ALLAH. Jadi, mudah-mudahan segala yang kita lakukan mendapat nilaian ibadah di sisi ALLAH, insya-ALLAH. Jadi perbuatan itu tidaklah menjadi perbuatan yang sia-sia. Malah masa juga terisi. Sekurang-kurangnya isi waktu lapang itu dengan zikrullah. Insya-ALLAH walhamdulillah..
Tatkala ada adik-adik junior yang bertanyakan saya, bagaimana mahu istiqamah untuk beribadah pada ALLAH di celahan komitmen yang banyak pada akademik dan gerak kerja persatuan. Lebih baik ‘istiqamah’ berbanding ‘istimrar’. Istiqamah itu maksudnya Istiqamah menuntut kita untuk berterusan melaksanakan amalan walaupun sedikit di samping amalan yang dilaksanakan semakin meningkat kualiti dan kuantitinya dari semasa ke semasa. Manakala ‘istimrar’ hanya kita berpada-pada pada amalan yang berterusan, namun tiada berlaku peningkatan dari segi kualiti dan kuantitinya. Jadi biarlah amalan yang kita lakukan itu dapat mendidik kita lebih ke arah taqarubbillah walau kita hanya berzikir 100kali sehari, insya-ALLAH. Juga perlu disedari, ibadah itu bukan hanya pada amalan-amalan ibadah saja, tetapi segenap perbuatan kita seharian (yang tidak melangkaui syariat) yang kita lakukan niatkan kerana ALLAH, insya-ALLAH moga segala perbuatan itu dinilai ibadah di sisi ALLAH. Jadi, dengan itu, masa-masa lapang kita akan terisi dengan ibadah pada ALLAH. Insya-ALLAH.. J J
P/s 1 :   Melihat Misykah di sebelah yang pulas lena, saya tersenyum. Terus kepalanya saya usap dan saya daratkan kucupan penuh sayang fillah ke pipinya. Lalu saya bisikkan ke telinganya, ..’Misykah, terima kasih, sayang. Kerana dirimulah, diri ini terdidik menjadi seorang ibu. Alhamdulillah..’ J J J
P/s 2 : Melangkah ke ‘alam rumahtangga’ memang mengubah 360 darjah dari kehidupan anak dara saya. Namun, saya bersyukur, tatkala setiap detik waktu pasti terisi dengan benda baru dalam ‘kehidupan alam baru’ ini. Insya-ALLAH moga segala benda baru yang dipelajari akan dapat mendidik jiwa ke arah taqarubbillah.
P/s : Yang penting, istiqamahkan agar prestasi kita sebagai hamba ALLAH di hadapan-NYA semakin meningkat dan meningkat. Insya-ALLAH…


Annur Iman,
19 Disember 2012, 7.50 am.
Teratak Baiti Jannati, KKM..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...