BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 29, 2011

Tetamu Wadie : KUNING SI KUCING EMAS



Dalam saya tercari-cari, siapa tetamu blog saya pada bulan ini, tiba-tiba pagi ini saya memang dikunjungi tetamu yang saya tidak jangka. Sewaktu pulang dari surau selepas subuh pagi tadi, sampai di lobi kolej 8, saya brtembung dengan seekor kucing comel. Kucing parsi. Ada gelang leher berloceng di lehernya. Saya kita kucing comel ini memang bertuan melihatkan bulunya yang kelihatan terjaga. Malah ada loceng.
Namun apabila kucing itu melihat saya, dia terus pula mengikut saya. Dia mengikut saya sehingga ke bilik saya. Serba salah saya dibuatnya. Hmm.. Kesian.. Saya rasa kucing ini milik penyelia kolej. Mungkin tak nak kuning ini buang air dalam rumah, jadi dia dilepaskan berada di luar pintu rumah penyelia sahaja.
Saya ajak dia masuk bilik seketika. Hati saya tersentuh saat dia mengikut saya tadi. Saya sangat sayang binatang. Apatah lagi binatang kesayangan nabi ini. Kucing memang simbolik pada kasih sayang, manja dan belaian. Walau dimarah, ditengking, seekor kucing tetap juga akan bergesel di kaki tuannya. Bukan mahu meminta makanan. Tetapi perhatian dan kasih belai yang dia inginkan. Hmmm..
Saya kira kucing ini kesunyian dan keseekoran. Jadi sebab itulah dia mengikut saya. Hmm..dia memilih saya. Jadi dia adalah tetamu saya yang paling istimewa pagi ini. Sempat juga saya mengambil gambarnya. Beberapa lama dia di bilik saya, saya bermain-main sebentar dengannya. Saya kira dia sangat seronok berada di bilik saya. Sebelum romate saya bangun dan terkejut, saya cepat-cepat habiskan sesi fotografi dengannya. Dia saya panggil KUNING sempena nama kucing ‘adik’ saya. Sempat juga saya bermesej dengan adik saya pasal KUNING kucing kesayangannya sewaktu dia berada di form 3. Dia ceritakan pada saya, KUNING seekor kucing yang ditarbiyah mereka sekeluarga dengan adab dan tatasusila. Sehingga nak buang air pun KUNING akan ke tandas. Setiap malam KUNING akan tidur bersama mereka sekeluarga. Dan saya kira KUNING sangat istimewa kerana sehingga kini dia masih diingati. KUNING kucing tarbiyah, kerana meninggalkan jejak yang positif dalam family adik saya itu yang turut memberi tarbiyah kepada mereka.
Kekadang kita perlu belajar dari kesetiaan seekor kucing. Seekor kucing yang baik pasti meninggalkan kenangan indah dalam hidup kita. Saya juga punya seekor kucing yang berwarna oren keemasan begini sewaktu saya berada di form 3 dulu. KUNING adiks aya itu mengingatkan saya pada kucing saya. Cuma kucing saya, namanya KINING bukan KUNING. Hehe..macam kebetulan pula. KINING saya dia hidup bersama family saya juga sejak dari kecil. Dia suka makan dan minum sama macam kami sekeluarga. Suka minum air kopi. Suka makan buah rambutan. Durian pun dia suka makan. Tikus-tikus kat rumah semuanya lari sebab dia memang seekor pemburu yang cekap. Membunuh tikus tapi tak makan. Hmm..begitulah kita ni. Kalau kita tinggalkan jejak dan kesan yang baik pada orang sekeliling kita, maka kita akan dikenang walaupun sudah tidak ada di dunia ini lagi. Syabas pada semua orang yang berjaya mentarbiyah dan mendidik seekor kucing menjadi kucing yang berdisiplin. Alangkah baiknya jika kita jadi lebih baik dari kucing. Sentiasa menjaga akhlak, etika dan disiplin diri.
Subhanallah..itu sebabnya kenapa Allah turunkan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Kerana melalui manusia, Allah berikan amanah mentadbir dan mengurus alam ini. Sebaik-baik manusia adalah pada hatinya. Baik hatinya, maka baiklah akhlaknya dan kebaikan serta akhlaknya akan terbias pada individu-individu sekelilingnya. Macam berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak akan terbias juga kewangiannya pada kita.
Sekian saya perkongsian saya untuk catatan hari ini.. detik-detik akhir saya sebelum melangkah ke Banting, Selangor untuk sesi praktikal. Jika saya dapat menjadi seorang guru yang baik, maka saya pasti akan meninggalkan kesan yang baik di dalam diri dan jiwa anak-anak murid saya. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ini. Berikut sesi saya bersama KUNING..























ENDING kisah saya dan KUNING sangat sedih. Saya terpaksa hantarkan semula KUNING ke ruang legar lobi kolej8, di luar rumah penyelia. Saya sedar, KUNING bukan milik saya. Saya perlu pulangkan kepada tuannya yang lebih berhak ke atas dirinya. Saat saya mahu tinggalkan dia, dia tak nak saya pergi. Dia tetap nak ikut saya juga. Hmm..Akhirnya saya duduk sekejap dengan dia. Main-main sekejap dengan dia. Kemudian, saya perasan dari tadi dia asyik tolak-tolak gelang loceng di leher dia. Kasihan. Saya pun buangkan gelang itu dari leher KUNING. Dia macam seronok. Hehe.. Kemudian dia main-main, lambung-lambungkan gelang leher loceng dia tu. Dan dalam waktu dia tengah leka bermain itulah saya cepat-cepat larikan diri, kembali ke bilik.
Maaf KUNING, kau bukan milikku.. Moga bertemu lagii.. Salam sayang teramat sayang..


Lagu ini ditujukan
untuk KUNING & KINING yang sudah tiada
dan
untuk KUNING yang baru saya kenal

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
29 April 2011, 25 JamadilAwal 1432H, 9.05am..

Thursday, April 28, 2011

Edisi Bedah Buku: La Tahzan (Dr.Aidh AlQarni) : Tajuk 6 : Berharaplah Akan Redha Allah Semata



Edisi Bedah Buku
La Tahzan :- Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni
Tajuk 6 : Berharaplah Akan Redha Allah Semata
..Berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata, maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan terusik oleh kebencian mereka dan tidak akan merasa terancam oleh perlakuan keji mereka! Anda harus bersyukur kepada Allah kerana berbuat baik ketika orang lain di sekitar anda berbuat jahat. Dan , ketahuilah bahawa tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah.. – Dr. Aidh Al-Qarni.
Situasi
“Aku sudah tak percayakan kau lagi. Oohh..baru hari ini kenal siapa kau. Hanya tahu ambil kesempatan sahaja. Mentang-mentanglah aku ini sahabat kau, kau berani permainkan aku?,”
Naim sudah tidak mampu menahan amarah. Sudah masuk kali ini, Manan culas lagi pada kerja khusus mereka berdua. Jenuh letih Naim mengatur masa, berkejaran ke sana ke sini hanya kerana mahu menyiapkan kerja khusus mereka yang masih belum selesai. Sedangkan Manan kerap kali culas dan tidak beri kerjasama.
“Naim, kan aku dah cakap, bukan aku saja-saja tak dapat komit;. Kau tolonglah jangan cakap aku permainkan kau. Aku tak terniat pun nak permainkan kau. Aku hargai kau sahabat aku. Aku sayang kau Naim. Kau satu-satunya sahabat yang banyak support aku. Banyak cover kerja-kerja esimen aku. Sungguh, aku tak tahu macam mana nak jelaskan kondisi aku pada kau. Sedangkan kau pun maklum kesibukan aku dengan kerja-kerja persatuan,”
“Aku faham komitmen kau pada kerja-kerja persatuan tu lebih menuntut tapi kau boleh tak kalau ada rasa amanah sikit pada kerja-kerja akademik kita ni? Takkan kau hanya nak harapkan aku untuk cover kerja-kerja kau? Aku seorang sahajakah yang nak grad tahun ni? Tolonglah Manan, jangan buat alasan. Kalau aku ikut hati, aku boleh buat report kat lecturer untuk bagi markah 0 kat kau. Kau tak tolong apa-apa. Tolong menyusahkan aku sahaja,”
Naim menghempas ke meja kertas kerja akademik mereka yang ditolak oleh Prof Aril. Dia pantas berlalu keluar dari bilik Manan. Manan terkedu. Terkelu sejuta kalam.
..Astagfirullahh..
Air matanya pantas menitik-nitik laju. Memang inilah yang dia jangkakan yang akan berlaku. Teringat dia pada saat pertama kali mereka berkawan. Naim menghulurkan tangan padanya.
“Naim Aiman. Salam taaruf,”
“Ohh..Abdul Manan,”
“Manan, bolehkah kalau aku jadi sahabat kau?,”
Manan terdiam. Agak pelik dia dengan manusia bernama Naim Aiman ini? Macam melamar pula gayanya. Lambat-lambat Manan tersenyum tersipu. Bagai anak dara dilamar putera raja.
“Aku takut mahu menerima kau sebagai sahabat aku Naim. Aku takut kau kecewa dengan aku. Aku takut ukhwah kita diuji, dan kau tinggalkan aku,”
Naim tersenyum.
“Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Itu bidalan. Hadirnya aku di sini adalah untuk menjadi sahabat kau. Aku mahu membantu kau. Aku mahu membahu dan berkongsi segala suka dan duka bersama kau,”
“Betulkah begitu Naim?,”
Naim mengangguk. Manan akhirnya bersetuju. Memberi ruang untuk Naim menjadi sahabatnya. Awal-awal ukhwah mereka saling memahami. Naim memang banyak membantu Manan. Lebih-lebih lagi saat Manan ditaklfikan sebagai pimpinan tertinggi persatuan kampus. Namun akhirnya ukhwah mereka tidak dapat bertahan juga akhirnya dan Naim jadi marah pada dirinya.
Manan merenung kertas kerja itu. Dia mencapainya dan memeriksanya. Dia pantas membetulkan segala kesalahan yang ditanda Prof Aril. Esok pagi-pagi dia sudah terpacak di hadapan bilik Prof Aril. Akhirnya kertas kerja itu diterima Prof Aril.
Tiba di bilik, Manan pelik sendiri. Naim sedang berdiri di hadapan biliknya. Dia melihat kiri dan kanan. Tiada sesiapa pula.
“Kau ada tunggu sesiapakah kat sini?,”
Naim merenung ke wajahnya.
“Aku nak ambik kerja kerja semalam. Maaf aku tertinggal,”
Manan tersenyum. Dia membuka kunci biliknya dan mempersilakan Naim masuk.
“Aku dah hantarkan pada Prof pagi tadi. Prof dah terima,”
Kata-kata itu buat Naim terbungkam. Manan buat tak tahu.
“Ohh..yeke. Terima kasih. Manan, kau dah makan?,”
Manan diam. Akhir-akhir ini dia kekeringan duit. Jadi dia mengikat perut sahaja pada hari-hari selain hari isnin dan khamis. Kerana pada hari isnin dan khamis Manan lebih suka berpuasa sahaja. Menginap di kolej kediaman kedua belas ini perlukan modal juga untuk makan. Tapi aulawiyat kewangan adalah pada gerak kerja persatuan. Jadi sebagai pimpinan persatuan, selayaknya Manan memberikan sepenuh komitmennya pada gerak kerja persatuan. Kewangannya juga didahulukan pada persatuan jika punya masalah penyelenggaraan kewangan.
“Eh Manan, aku belikan nasi untuk kau ya,” Naim faham sangat dengan maksud diam Manan itu.
“Naim, tak perlu susah-susah. Petang ini aku ada iftor persatuan. Makanan disediakan persatuan. Jadi aku tak nak membazir. Makan sekali dah cukup untuk bagi aku tenaga untuk terus bergerak kerja dan beribadah. Terima kasih sebab selama ni sudi jadi sahabat aku. Terima kasih sebab selama ni sudi bantu aku. Terima kasih Naim. Hanya Allah sahaja mampu membalas segala jasa baik kau dunia dan akhirat,”
“Manan, kau cakap macam aku ni dah bukan kawan kau sahaja? Aku minta maaf berkasar dengan aku kelmarin,”
Manan tersenyum.
“Naim, lepas ni kalau kau mahu bersahabat dengan sesiapa, maka bersahabatlah kerana Allah, maka kau takkan kecewa saat dikecewakan sahabat kau tu. Kalau kau bersahabat dengannya kerana kesian atau kerana dia semata-mata, maka kau akan rasa kecewa dan marah saat dia buat salah atau dia kecewakan kau. Dan aku rasa lebih baik kau cari orang lain sahaja untuk jadi sahabat kau. Aku dah tak nak kau kecewa dengan aku. Aku dah tak nak menyusahkan kau,”
“Manan, jangan macam tu. Aku emosi kelmarin. Aku minta maaf Manan,”
“Oh ya Naim. Ingatlah setiap titisan keringat dan nafas kau saat bersama aku dan saat bantu aku, aku yakin ada ganjarannya di sisi Allah. Jadi kau jangan risau,”
Dengan kata-kata itu Naim terdiam sendiri.
Tamat.

Begitulah ujian dalam persahabatan. Perlu jelas niat sebenar dalam bersahabat. Teguran untuk membina dan membetulkan sahabat itu bagus. Tapi jangan sehingga berlebihan. Bila kita mahu bersahabat, maka kita akan diuji ketetapan niat kita itu. Samada kita menerima baik buruk sahabat kita itu dengan berlapang dada atau memikirkan yang negatif dan mendahulukan emosi kita padanya? Belajarlah untuk saling memahami. Dan bersahabatlah kerana Allah.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”                                   - 2 : al-ankabut
Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada. Sebaik-baik ukhwah adalah bersangka baik. Setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar iaitu melebih dan mendahulukan sahabat. Jika anda punya sahabat, masih belum terlambat untuk anda baharui niat. Bersahabatlah kerana Allah, dan anda tidak akan kecewa saat dikecewakannya.
Wallahhu’alam..


Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
28 April 2011, 24 JamadilAwal 1432H, 8.45pm.

Tuesday, April 26, 2011

BEKALAN ISTIQAMAH & TSABAT DLM PERJUANGAN


Alhamdulillah.. Sewaktu saya mengendalikan satu program tarbiyah baru-baru ini. Saya dipertemukan dengan seorang sahabat saya. Aktivis tarbiyah. Akh Shazni Munir. Akh Shazni Munir ini rakan seangkatan dengan saya sejak di bumi tarbiyah Nilam Puri lagi. Subhanallah.. dari dahulu lagi, hormat saya pada dia tidak pernah berkurang. Dalam prorgam kali ini saya menjemput beliau untuk menyampaiakn kuliah berkaitan pengurusan diri sebagai aktivis tarbiyah. Alhamdulillah, banyak yang beliau kongsikan bersama dengan para peserta. Adhoc juga turut terkesan. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita sentiasa dalam tarbiyah Allah.
Sewaktu beliau bertolak pulang ke Segamat. Sempat lagi beliau mesej pada saya, meminta diri dan memohon kemaaafan andai apa yang disampaikan tadi tidak cukup untuk dijadikan santapan para peserta. Dan saya sempat lagi meminta sedikit nasihat daripada beliau. Saya meminta beliau nasihatkan saya berkaitan hal istiqamah dan tsabat dalam perjuangan. Dan ini nasihatnya pada saya. Juga untuk sama-sama kita fikirkan.
“Pandanglah akhirat lebih daripada dunia. Sentiasa fikirkan bekalan apa yang kita nak bawa  untuk jumpa Allah pada hari esok. Sentiasa juga ingatkan dalam diri, bagaimana keadaan yang kita inginkan untuk pengakhiran hidup kita. Seorang aktivis dakwah itu bagi ana, tak penting dalam bagaimana dan situasi yang bagaimana ketika dia bermula sebagai seorang aktivis. Namun yang paling penting adalah, bagaimana dan situasi yang bagaimana ketika dia mengakhiri hidupnya dalam lapangan dakwah..”                            -Shazni Munir-
                                                              
Allahhu Akbarr.. hati saya terkelu dengan persoalan.. ..yang paling penting adalah, bagaimana dan situasi yang bagaimana ketika dia mengakhiri hidupnya dalam lapangan dakwah..
Dan saya jadi risau dengan pengakhiran hidup saya nanti. Adakah akan berakhir sebagaimana bermulanya hidup saya sebagai seorang aktivis tarbiyah? Bersama siapakah hidup saya nanti? Adakah di akhir hidup saya nanti, saya akan berada di samping seseorang yang boleh membawa saya istiqamah di jalan Allah atau sebaliknya? Allahhu Akbarr..
..Ya Allah..Pegang hatiku untuk istiqamah di jalan ini. Jika tidak ada yang menemani, cukuplah hanya Kau sebagai Penolong dan Pelindung.. ya Allah, syahidkan aku di dalam husnulkhatimah.. ya Allah, sejijik mana pun diriku, jangan sesekali Kau palingkan wajahMu dariku ya Allah. Jangan Kau palingkan cintaMu dariku ya Allah.. Hanya Engkau sebab utama untuk dada ini mengalun nafas, membilang detik untuk bertemuMu di sana.. biar tercurah segala rinduku hanya padaMu ya Allah..Pegang hatiku ya Allah..
..Amin Allahhumma Aminn..


Mengemis Kasih - Raihan
  
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
26 April 2011, 22 JamadilAwal 1432H, 8.28 pm.

Monday, April 25, 2011

Ayuhlah Mujahid..Mara Berjuang..




Wahai jeram yang mengalirkan air jernih..
Dan seluruh alam maya ini menjadi saksi..
Tertarbiyahnya adik-adikku ini..
Mara melangkah..membina hala jihad..
Biar langkah kadang-kala tersungkur dan rebah..
Tetap kembali gagah bangun melangkah..
Biar langkahmu kerapkali tersasar arah..
Biar tubuhmu terluka dan berdarah..
Biar tubuhmu sakit berantakan dengan tujah dan terjah..
Namun teruskan melangkah demi tarbiyah..
Ya Allah..saksikanlah..
Ini ‘amilin-‘amilinMu yang baru belajar bertatih,
Maka Kau pinjamkanlah kekuatan pada lutut dan sendi tulang belulang mereka..
Agar dengan khudrat yang Kau pinjamkan..
Agar dengan keringat hangat yang Kau curahkan ke tubuh-tubuh itu..
Bisa menyemarakkan lagi api kemaraan jihad di dalam jiwa mereka..
Merekalah generasi abna’ulharakah yang baru dilahirkan dari acuan tarbiyahMu..
Merekalah Mujahid Setia..
Merekalah penggapai kemenangan Islam..
Maka ya Allah.. Berilah perlindunganMu pada mereka.
Maka Ya Allah.. Berilah cintamu pada jiwa-jiwa mereka yang kontang kehausan..
Merekalah Mujahid Setia..
Birruhh.. Biddamm.. Nafdika ya Allah.. Nafdika ya Islam..
Wahai adik-adikku yang sedang berada dalam tarbiyah Allah..
Biarkan dirimu diterjah dengan apa jua dugaan..
Allah tidak memberikan apa yang kita mahu..
Tetapi Allah memberikan apa yang kita mampu..
Allah tidak memberikan apa yang kita mahu..
Tetapi Allah memberikan apa yang kita perlu..
Dan kerana ujian dalam perjuangan semakin getir..
Maka, selayaknya Allah berikan ujian-ujian berat pada kita..
Agar terbina kekuatan hari ini.. Untuk mehnah hari esok..
Selayaknya Allah mahu menyediakan kita bersedia hari ini…
Untuk pertempuran hari esok..
Kerana kita tak lemah.. Kerana kita Ansorullah..
Kerana kita dilahirkan untuk menjadi ANSORULLAHHH..
Allah! Allah! Allah!.. Allahhu Akbarr..

Lata Mengaji, Pasir Puteh..
Bumi Serambi Mekah, Kelantan..
20 April 2011, 16 JamadilAkhir 1432H, 5.00 pm.

Saturday, April 23, 2011

Akan Datang Menemui Anda..


“Abang, Annur sangat suka bunga teratai. Kalau abang nampak bunga teratai, ingatlah pada Annur,”
“Kenapa Annur suka dengan bunga teratai?,”
Annur berwajah manis melirik senyum ke wajah Iman.
“Annur sukakan bunga teratai sebab bunga teratai bukan terletak di jambangan, bunga terletak di dahan pokok, bukan juga terletak di hujung pucuk daun. Tapi, bunga teratai hidupnya di dalam air. Susah dan payah. Sesiapa yang mahu dapatkan biji benihnya, perlu meranduk air untuk dapatkannya. Sesiapa yang ingin melihat kecantikannya, perlu mencari paya, danau, tasik dan kolam. Kerana pohon teratai tidak ada di mana-mana di daratan. Hanya ada di dalam tempat yang penuh berselut dan berlanyau. Tidakkah abang rasa teratai sebagai simbolik pada seorang mujahidah tegar? Yang dididik dengan kepayahan. Agar dengan kepayahan itulah akhirnya ia kembang menjadi bunga yang sangat cantik,”
Iman tersenyum. Menyentuh tangan Annur. Tangan itu digenggam erat-erat. Menunggu bicara Annur yang seperti tidak habis. Ada ayat yang ingin disambung Annur.
“Abang, Annur ingin jadi seperti bunga teratai itu. Menjadi mujahidah yang kuat dan tegar,”
Iman mengangguk.
“Ya. Terima kasih Annur kerana menyedarkan abang sesuatu,”
Annur berpaling wajah ke wajah Iman. Membalas renungan anak mata Iman.
“Apa maksudnya bang?,”
Sekali lagi Iman tersenyum. Tangan Annur diraih di dadanya.
“Terima kasih kerana menjadi teratai di dalam hidup abang,”
Dengan kata-kata itu, kedua mereka tersenyum.



Bunga-Bunga Cinta : Asmirandah & Dude
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan nan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan nan suci
Menyatukan janji..

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Memboncah di hati
Harapan nan suci
Dalam mihrab cinta
NANTIKAN..
AKAN DATANG DI WADIE ANNURFILLAH..
CERPEN : TATKALA TERATAI BERBUNGA..

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
23 April 2011,19 JamadilAwal 1432H,  9.31 pm.

Friday, April 15, 2011

BINGKISAN AKADEMI QURAN'11


Sedikit catatan dan perkongsian untuk post kali ini. Mohon maaf. Kebelakangan ini sangat sukar mahu mencari ruang masa untuk mencoret rasa. Sepetang ini saya mengorbankan waktu makan malam saya untuk sedikit perkongsian bersama pembaca sekalian.
Kali ini tulisan saya berkisar tentang Akademi Al-Quran baru-baru ini yang dimenangi oleh Saudara Syahrian Syah. Beliau juga merupakan rakan seperjuangan saya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Satu batch SMPI (Sarjana Muda Pendidkan Islam) tahun 4. Cuma kami berbeza kos pengajian. Saya Pendidikan Islam, major Pengajian Islam. Manakala beliau Pendidikan Islam, major Pengajian Quran.
26 Mac 2011, Malam itu saya juga turut ikut sama-sama bersama lebih kurang 80-100 orang penyokong delegasi UM untuk menyokong Saudara Syahrian Syah dan Adik Nasir yang turut berjaya ke final AQ pada malam itu. Alhamdulillah, kemenangan menjadi milik Saudara Syahrian Syah sekali gus mengharumkan nama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di persada Malaysia. Syabas dan tahniah saya ucapkan pada Saudara Syahrian Syah dan Adik Nasir. Kalian sudah mencorak bunga indah UM di mata negara.
Sedikit corat-coret gambar sepanjang perjalanan dan sepanjang kami (SMPI TAHUN 4) berkampung di PPIC (Pusat Konvensyen Antara bangsa Putrajaya).
Berikut adalah pemandangan di sekitar luar PICC.. Subnallah..Allahhu Akbarr.. Indah..







Berikut pula suasana di dalam PICC dan dalam Dewan AQ.. Subhanallah..Allahhu Akbarr.. bercahaya..








Dewan AQ sangat bergemerlapan dengan cahaya. Seawal jam 8 malam, para hadirin sudah berpusu-pusu memenungi ruangan hadirin. Subhanallah..jika setiap kali kuliah ilmu di APIUM penuh begini kan seronok dan bersemangat. Malah pertemuan di dalam dewan ini bukan menghimpunkan yang muda dan yang tua, tetapi juga menghimpunkan yang kaya dan yang sederhana. Berkumpul untuk Islam. Al-Quran lambang perpaduan..

Pasukan Penyokong dari SMPI Tahun 4, UM, bersemangat
dengan gelombang biru

Dua orang pengacara, Zhafran dan Sharifah

Berikut adalah finalis UM yang berjaya mara ke peringkat final AQ. Alhamdulillah, salah seorangnya menjuarai AQ kali ini. Walau bagaimanapun kedua-dua mereka ini sudahpun mengharumkan nama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, seterusnya mengangkat martabat siswa UM di persada Malaysia..
..Syahrian Syah, Finalis AQ dan juara AQ, siswa UM..
..Takbirr, Allahhu Akbar..


Surah AnNur, Ayat 32-35
..Mohd Nasir, Finalis AQ ke5,siswa UM,..
..Takbirr.. Allahhu Akbarr..



Surah Al-Naml, Ayat ke 36 -44

Para juri hakim yg arif lagi bijaksana..
Ust Radhi(taranum), Ust Nik Azizan(tajwid), Ust Nazri(qiraat)..
..Takbirr.. Allahhu Akbarr..

Timbalan Perdana Menteri yg bertindak sebagai
perasmi kemenangan juara Q pada malam itu..
Sang Juara menerima hadiah dari Timbalan Perdana Menteri..
Suasana malam di luar perkarangan PICC..Subhanallahh.. damainya ya Alah..
Sempat juga bergambar kenangan.. sebelah saya adik junior saya Nur Basyira..
Bergambar sekejap bersama adik-adik saya yang Genius..hehe..
Saya akhiri catatan kali ini dengan video lagu penutup AQ yang sangat comel..

Lagu penutup AQ

Lagu & Klip Video yg lebih jelas

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
15 April 2011, 11 Jamadil Awal 1432H.6.24pm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...