BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 18, 2011

CORAT CORET PRK UM 2011 PART1




Note : Beberapa petikan dari Umkini yang saya editkan, buat tatapan pelawat blog yang ingin mengikuti perkembangan PRK UM 2011..
PENAMAAN CALON – 17 Februari 2011-
Proses penamaan calon hari ini akan berlaku seperti yang dijadualkan walaupun ada bantahan yang mahu tarikh pilihanraya kampus (PRK) ditangguhkan memandangkan sistem pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dilihat masih belum benar-benar bersedia.
Proses penamaan calon kali ini yang menggunakan sistem e-penamaan menyaksikan ramai mahasiswa dilihat berpakaian kemas sambil mengusung komputer riba. E-pencalonan yang akan bermula jam 9 ini bagaimanapun masih dibimbangi akan mendatangkan banyak masalah.
Sementara penyokong dari Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa dilihat sudah mula berkumpul di padang varsiti dan juga kawasan Kompleks Perdana Siswa. Masing-masing dilihat membawa identiti blok masing-masing.
E-Pencalonan hari ini akan berakhir pada jam 11 pagi. –Umkini

Pro Mahasiswa 4 All


We Unite 4 UM

POLIS BERKAWAL
Tidak cukup dengan suksis yang di arahkan untuk berkawal sepanjang penamaan calon siang tadi, Hal Ehwal Pelajar (HEP) juga menggunakan khidmat polis untuk mengawal pilihanraya kampus (PRK) kali ini.
Kelibat polis tersebut dilihat berada di sekitar Kompleks Perdana Siswa (KPS). Seperti sebelumnya, HEP kali ini yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) HEP, Prof. Datuk Dr Rohana Yusof yang mengantikan Prof. Madya Datuk Azarae Bin Idris masih mengekalkan sikap diktator dan berat sebelah mereka apabila masih tidak berlaku adil dan berat sebelah dalam PRK kali ini malah sehingga sanggup mengunakan khidmat polis bagi mengawal mahasiswa.
Bagaimanapun kehadiran polis tersebut tidak mematahkan semangat kedua-dua belah pihak untuk terus menghangatkan PRK kali ini.
Sehingga kini bermacam-macam masalah telah timbul berikutan HEP yang dilihat masih belum bersedia dan masih ‘main-main’ malah sanggup bersikap berat sebelah dengan sengaja menolak pencalonan yang layak untuk bertanding.- UMkini


Suksis dan polis yg mengawal keselamatan

ALAHAII..BENGKEL OH BENGKEL..
Tiga calon daripada Pro Mahasiswa telah ditolak oleh HEP dari menjadi calon untuk PRK Universiti Malaya dengan alasan lambat menghantar surat ketika bengkel calon sebelum ini.
Calon Pro-M itu bakal mewakili Akademi Pengajian Islam (API) dan dua lagi akan mewakili Fakulti Bahasa dan Linguistik, permohonan mereka ditolak walaupun sudah menghadiri bengkel dengan jayanya pada hari sabtu lepas.
Menurut calon daripada API, saudara Naufal berkata beliau akan menghantar surat kepada TNC HEP untuk memastikan beliau layak untuk bertanding. Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana ditolak pada saat-saat akhir sedangkan beliau sudah meghadirkan diri ke bengkel calon anjuran HEP sebelum ini.
Pro-Mahasiswa turut melahirkan rasa kebimbangan kerana esok merupakan hari penamaan calon dan terdapat kemungkinan calon terbabit tidak dapat bertanding. Walau bagaimanapun, di pihak Pro-Mahasiswa akan berusaha bagi memastikan calon-calon terbabit dapat bertanding.
Pihak pentadbiran Universiti Malaya memaklumkan mengenai ketidak layakan mereka untuk bertanding melalui satu surat yang dihantar ke pejabat fakulti. Di dalam surat itu memberitahu sebab mereka tidak layak hanya kerana lambat menghantar surat permohonan daripada tarikh yang diberi.
Sebelum ini pihak pentadbiran Universiti Malaya telah membuat satu bengkel selama sehari dan mewajibkan semua calon yang mahu bertanding ntuk PRK hadir dengan jayanya ke bengkel tersebut. UmKini
Mengharapkan PRK kali ni adil dan bersih

Sistem 4E
Kali ini, UM mencipta sejarah besar apabila muncul sebagai universiti pertama di dunia yang memperkenalkan sistem elektronik dalam keseluruhan proses pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Sesi 2010/2011. UM pada kali ini telah menambah tiga lagi ‘E’ setelah mula-mula meperkenalkan sistem E-Undi (E-Voting) pada Pilihanraya Kampus tahun lalu.
Tiga ‘E’ yang ditambah adalah E-Calon, E-Bantah dan E-Rayuan selain mengekalkan pengundian menggunakan Sistem E-Undi yang diberitakan mendapat bantahan hebat daripada Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) yang dipengerusikan Mantan Exco MPMUM, Aizat Salleh.
Ternyata penggunaan ’4 E’ ini mendapat perhatian umum khususnya mahasiswa di seluruh kampus di tanah air. Dan ‘politik licik tapi cerdik’. Timbalan Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof telah menjadikan Universiti Malaya sekarang ini sedang mendapat perhatian utama di tanah air bahkan mungkin di seluruh dunia.
Namun, ternyata kelemahan ‘Sistem 4 E’ dilihat lebih memakan diri beliau sendiri yang telah dikecam hebat oleh Pro-M UM setelah pelbagai permasalahan timbul semasa penamaan calon PRK UM hari ini (Khamis).
Antara permasalahan yang dapat dikesan adalah kelewatan pengumuman calon bagi pengesahan semua calon yang layak bertanding pada Pilihanraya Kampus pada kali ini. Menurut seorang aktivis Pro-M yang hanya mahu dikenali Husna, ketika ingin membuat bantahan terhadap calon yang bertanding, kesukaran telah timbul untuk menyelasaikan bantahan tersebut.
“Saya hairan, setiap kali nak bantah, mesti kena beli no pin.. dah la pintu pejabat HEP ditutup, selepas itu tiada makluman tepat tentang masa dibenarkan bantah dan sebagainya.”
“Leceh sangat.. sebab satu persatu kena buat dengan sistem ‘online‘ ni. Dah la maklumat peribadi individu yang ingin dibantah tidak dipaparkan dengan lengkap di papan kenyataan.”
“Bagi saya, sistem ini lebih ‘karut’ dan ‘kejam’ daripada sebelum-sebelum ini. Sebelum ini tak ada la ‘teruk’ pun. Kesian tengok calon-calon dan wakil calon berulang alik banyak kali semata-mata nak selesaikan banyak urusan.”
Kelewatan pengumuman semua calon yang layak bertanding kira-kira pukul 6.45 petang tadi turut dipersoalkan kerana masa yang diambil pada tahun lepas lebih awal berbanding tahun ini iaitu kira-kira waktu tengahari.
Pengerusi Pro-M UM, Farid Jalpah menyatakan pihak Pro-Mahasiswa UM tetap bertegas akan mengadakan bantahan demi bantahan terhadap sistem ini dan apabila dihubungi untuk menanyakan apa tindakan yang bakal dibuat.
Jawapan beliau, “Nantikan sahaja..”
Menurutnya, beliau sendiri hairan dengan ‘Sistem 4E’ ini dan menyatakan bahawa pihak lawan (Penggerak Mahasiswa) sendiri tidak faham sepenuhnya tentang penggunaan sistem ini.
“Saya yakin pihak di sebelah sana jugak akan bersama-sama kita membantah sistem ini, cumanya mereka tidak berani dan takut untuk menampilkan diri mereka bagi menyatakan sokongan apa yang telah kita buat sepanjang hari i-UMkini

4E : UM PENING KEPALA
Masalah demi masalah timbul selepas waktu penamaan calon PRK Universiti Malaya tgh hari tadi. Dimaklumkan keputusan calon yang akan bertanding masih belum dapat diputuskan secara rasmi lagi. Sekitar pukul satu tadi satu berita diterima daripada pihan pentadbiran bahawa calon Umany daripada Pro-Mahasiswa hanya diberikan 2 kerusi sedangkan Pro-Mahasiswa menghantar 3 calon umum daripada Umany.
Di sesetengah fakulti pula terdapat persoalan bagaimana mahu membantah kerana hanya kertas yang memaparkan nama dan pointer sahaja yang dipaparkan.Keadaan terdesak seperti ini menyebabkan mahasiswa tidak sabar untuk mendapatkan jawapan daripada pihak pentadbiran.

4E YANG MENYUSAHKAN
Sehingga petang tadi kedua-dua blok Penggerak Mahasiswa (GERAK) dan Pro-Mahasiswa (Pro-M) dilihat masih berkampung di sekitar KPS bagi meyelesaikan proses penamaan calon.
Penamaan calon kali ini yang menggunakan sistem e-pencalonan dilihat bukan memudahkan mahasiswa.
“kalau dulu, senang je nak selesaikan penamaan calon. Isi borang kat tempat yang ditetapkan. Tapi kali ni dah la nak beli pin berapa kali nak kena merayu.”
“Hari ni pula nak bantah kena beli juga, sekali bantah RM25, rayuan pun RM25. Semua nak kena guna duit. Dah tu nak kena ulang alik juga naik pejabat HEP.” ujar seorang mahasiswa yang ditemui.
Berikutan sistem yang seolah-olah direka khas untuk menyusah pihak tertentu. Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) , Saudara Farid Jalpah ketika dihubungi menyatakan rasa kesal beliau terhadap sikap HEP yang tetap men’tadika’kan mahasiswa.
Beliau turut mempertikaikan Rohana yang sebelum ini pernah berjanji akan memastikan PRK kali ini akan berlaku dengan telus dan adil semasa perjumpaan khas pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) bersama beliau yang lepas.
“Dia (Rohana) pernah janji dengan kita dulu waktu kita (PMIUM) jumpa dengan dia (Rohana) waktu dia (Rohana) mula-mula naik dulu. Dia (Rohana) akan pastikan PRK kali ini bersih dan adil. Tapi apa yang berlaku kini sangat mengecewakan kita.” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Naib Yang Di Pertua PMIUM siang tadi ada berbincang dengan HEP mengenai ketidak telusan yang berlaku dan meminta HEP bersikap adil. Bagaimanapun, HEP dilihat masih berdegil apabila masih tidak menerima beberapa calon yang dicalonkan untuk bertanding.
“Tak sepatutnya mereka (HEP) halang mahasiswa yang nak bertanding. Ini PRK mahasiswa bukan PRK tadika. Biarlah siapa-siapa pun nak bertanding. Ini hak mahasiswa untuk bertanding. Kenapa HEP pula yang nak menilai siapa yang layak dan siapa yang boleh bertanding. ” Ujarnya.
Antara alasan HEP yang menolak pencalonan siang tadi adalah kelewatan penghantaran borang pencalonan dan kegagalan calon tersebut untuk hadir ke bengkel calon yang telah ditetapkan.
Terdahulu HEP telah mengadakan bengkel calon yang membincangkan mengenai peraturan PRK, Visi Misi UM dan amanat khas dari Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon.-Umkini

TNC OH TNC..
Sehingga petang ini pihak pentadbiran Universiti Malaya masih lagi belum memberikan sebarang berita berkenaan masalah calon yang digantung kelayakan mereka untuk mendaftar sebagai calon.
Saudara Sobri ketika ditanya berkata mereka akan tetap menunggu sehingga TNC turun berjumpa,dan jika tidak maka mereka akan membuat sidang media berkenaan ketidak telusan HEP dalam menguruskan pilihanraya kampus kali ini.
”Jika TNC masih berdegil,kami akan menghebahkan kepada satu malaysia tentang kelemahan pengurusan di Universiti Malaya” tegas beliau.
Khabar angin juga mengatakan TNC tidak berada di dalam pejabat kerana sudah keluar melalui pintu belakang.
Sebelum ini 4 calon Pro-Mahasiswa tergantung kelayakan mereka dan menurut maklumat yang baru diperolehi 2 calon sudah diterima.Kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Mahasiswa masih berharap dua lagi calon yang dihantar oleh mreka diterima oleh pentadbiran.
Di pihak Penggerak Mahsiswa pula masih tidak kedengaran sebarang masalah,namun timbul spekulasi mengatakan ada calon daripada Penggerak Mahasiswa yang juga turut ditolak pemohonannya tetapi tidak berani untuk melawan HEP.
Proses penamaan calon Pilihanraya Kampus Universiti Malaya bermula awal pagi tadi dan berakhir sekitar jam 11 pagi tadi,sehingga sekarang suasana masih belum reda. UmKini.
Tuntut hak
RIBUT PRK 2011
Kehangatan Pilihanraya Kampus Universiti Malaya sepanjang hari penamaan calon hari ini (Khamis) telah mendapat ‘pengajaran’ berguna apabila satu kejadian ribut kencang dan hujan lebat telah berlaku petang tadi.
Kejadian ribut petang tadi yang secara tiba-tiba berlaku telah menyebabkan dua buah kenderaan milik mahasiswa UM telah dihempap sebatang pokok besar dan diberitakan hampir empat batang pokok besar telah tumbang di empat tempat berasingan. Kereta tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk namun tiada kemalangan jiwa didapati berlaku.
Kejadian ribut itu berlaku sebaik sahaja sidang media selesai dibuat oleh pihak Pro-Mahasiswa UM di Dataran Gazebo, Kompleks Perdana Siswa (KPS) dan hampir 200 mahasiswa telah berada di sekitar tempat KPS ketika itu.
Sebaik sahaja berita tentang kejadian pokok tumbang itu dilaporkan, sekumpulan pengawal keselamatan UM yang sebelum itu ‘berhimpun’ di Dataran Gazebo KPS terus bergegas ke tempat kejadian. Kelihatan mereka bertungkus-lumus membersihkan kawasan yang terjejas secepat mungkin bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk.
Kira-kira hampir satu jam masa diambil untuk membersihkan beberapa batang pokok yang menghalang laluan utama warga kampus. Empat batang pokok besar yang tumbang itu menyebabkan kawasan persekitaran UM akan semakin panas selepas ini dengan ketiadaan pokok-pokok tersebut yang sebelum ini menjadi tempat teduhan.
Ribut kencang itu dipercayai telah mula reda sekitar pukul 7 petang waktu tempatan. UMkini
Gambar 1


Gambar 2

Gambar 3

AKHIRNYA 19 CALON UMUM, 50 CALON FAKULTI DISAHKAN
Universiti Malaya : sekitar jam 6 setengah petang tadi seperti yang dijanjikan pihak pentadbiran sudah mengumumkan calon-calon yang layak bertanding diperingkat umum dan juga fakulti.
Di pihak Pro-Mahasiswa menghantar 9 calon umum dan 19 calon fakulti selepas 2 orang ditolak pencalonan mereka atas alasan lambat menghantar permohonan.
Sementara itu di pihak Penggerak Mahasiswa juga menghantar 9 calon umum dan 24 calon fakulti. Manakala bebas mengantar 1 calon umum dan 10 calon fakulti.
Kedua-dua belah pihak sudah mula mengambil borang untuk berkempen yang disediakan oleh pihak pentadbiran dan menghantar banner kepada HEP untuk di semak.-UmKini


Nantikan calon-calon umum anda bertemu anda

E-KEMPEN-18 FEBRUARI 2011
Pasti semua pembaca dah dapat gambaran PRK kampus kali ini menerusi rencana yang diberitakan oleh UMkini. Sehingga hari ini, saya hanya mahu mengungkapkan, bahawa dalam PRK kali ini, saya rasa kali ini UM sangat sunyi. Bermula pagi tadi saya keluar ke Fak Pendidikan, menghadiri kelas, saya lihat tiada suasana PRK seperti tahun-tahun sebelum ini yang sangat meriah. Entah apa yang kurang saya pun tidak pasti. Mungkin disebabkan lahirnya system 4E itu, jadi mahasiswa menjadi senyap, sebab semuanya menggunakan online sahaja. Lalu dah berkurang satu peluang di situ. Peluang bersatu padu antara mahasiswa, baik di peringkat Pro Mahasiswa mahupun Pro Penggerak Mahasiswa.
Sampainya saya di Fak Pendidikan, barulah saya lihat poster-poster oren dari ‘makhluk oren’ ditampal memenuhi bustop Fak Pendidikan. Tiada lagi poster-poster ‘makhluk kuning’. Mata saya menangkap kiri kanan jalan Fak Pendidikan sudah dipenuhi dengan Banner calon-calon. Namun, saya pelik sendiri. Tiba-tiba pula ada banner bewarna kuning oleh ‘makhluk kuning’. Bukankah mana-mana calon yang bertanding tidak boleh menunjukkan identiti masing-masing, malah ada juga tercatat akta kesalahan itu di dalam pemasangan kain rentang @ Banner. Hmm..
Destinasi saya ke Audi Utama Fak Pendidikan. Ketika saya jejakkan langkah ke perkarangan fakuliti itu, serentak saya bertakbir.. Allahu Akbarr.. Ada pokok tumbang. Alhamdulillah pokok itu tidak sampai mencecah bangunan di Fakulti Pendidikan. Saya terus sahaja mengambil gambar pokok-pokok itu. Melihat cara tumbangnya sehingga terbungkas akar dari tanah, membuatkan betapa jiwa saya bergetar kuat, mengalunkan kebesaran Allah. Itu baru pokok tumbang. Tidak lagi langit atau bukit yang tumbang. Allahhu Akbar.. Teringat juga dengan kejadia rebut petang kemarin, saya langsung tidak menyangkakan akan berlaku kejadian pokok tumbang. Seingat saya, petang kelmarin hanya hujan biasa. Rupanya ribut. Kebetulan pula saya tidak berada di luar pada waktu itu.
Selepas mengambil beberapa gambar, saya lajukan langkah kaki masuk ke kelas. Saya lihat juga, Fakulti Pendidikan juga masih kelihatan kosong. Masih tiada banner-banner calon yang digantung. Mungkin masih awal pagi agaknya.

Gambar 1

Gambar 2

Ketika waktu-waktu belajar sudah hampir tamat, kami yang sedang belajar di dalam Audi Fakulti Pendidikan itu dikunjungi oleh calon-calon yang mahu memperkenalkan diri dan membentangkan manifesto mereka. Mereka dengan sopan meminta kebenaran dari pensyarah kami, Dr. Ghazali Darussalam. Lalu kesempatan itu Dr. izinkan kepada mereka untuk berkempen dan membentangkan manifesto masing-masing. Kebanyakan mereka adalah di kalangan pelajar tahun 1,2 dan 3. Mereka ini juga adalah adik-adik saya juga. Bangga saya melihat wajah-wajah mereka yang sungguh penuh semangat. Bukan kerana harta atau pangkat, tetapi demi memperjuangkan kebajikan mahasiswa, juga membawa agenda perubahan untuk mengharmonikan Uni Malaya ini juga. Kebetulan saya ada membawa kamera, lalu berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya snap.

Calon-calon mesra memperkenalkan diri dan
membentangkan manifesto masing-masing

Memilih pemimpin, bukanlah satu perkara mudah, semudah kita mengingat nama dan nombor undian. Tetapi memilih pemimpin itu beratnya pada timbangan hadaf dan matlamat yang dibawa oleh bakal-bakal pemimpin itu. Jika berasa ragu-ragu, maka kembalilah merujuk kepada Al-Quran dan AsSunnah. Jika tidak ketemu juga, maka pilihlah mereka yang ingin membawa Islam di dalam gerak kerja. Jika kita tidak mampu menjadi pendokong. Sudah cukuplah kita menjadi penyokong. Maka, sokonglah mereka yang berjuang kerana Allah, demi kebajikan mahasiswa. Itulah yang bernama perjuangan. Kalau dulu, perjuangan Muslim semuanya dalam neraca peperangan. Tetapi sekarang, neraca siasah di kampus yang menjadi medan peperangan. Peperangan dahulu dengan senjata perang. Peperangan sekarang dengan akal, mental, fizikal dan saraf. Apa-apa sahaja, semuanya menuju kepada hadaf, membawa gerak kerja Islam demi menyempurnakan visi dan impian Rasulullah s.a.w, mahu mencapai hadaf mendaulah Islamkan Negara. Uni Malaya ini sama seperti satu Negara Malaysia ini juga. Jika ada yang dapat menawan Uni Malaya, sama juga seperti menawan Malaysia.
Saya teringatkan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Kota Konstantinopel. Subhanallah..
Kota Konstantinople atau namanya sekarang Istanbul merupakan harapan dan amanat Nabi s.a.w kepada ummat Islam.
“Kota Konstantinople hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik..,”
Begitulah  maksud hadis yang dinyatakan Nabi s.a.w, yang dituturkan oleh Syeikh Bayram semasa sedang mengajar ilmu hadis di Masjid Yeldrim Beyazid Kulliyesi selepas solat Subuh. Kuliah itu didengari Sultan Murad yang selalu datang ke masjid itu menunaikan solat. Kata-kata itu amat terkesan di hati Sultan Murad, sehingga bagind bercita-cita mahu menawan Kota Konstantinopel itu. Sudah beberapa kali baginda cuba menawan kota itu, tetapi tetap tidak berjaya.
“Sudah hampir 800 tahun Nabi Muhammad s.a.w menuturkan hadis itu namun harapan dan wasiat baginda masih belum menjadi kenyataan. Apakah selama ini tidak ada ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik di Negara-negara Islam?”
Syeikh Bayram menundukkan kepalanya.
“Apakah pada zaman pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abasiyah tidak ada pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik?,” tanya Sultan Murad lagi.
“Tuanku, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bukan seorang ahli nujum dan bukan juga seorang tukang tilik. Namun apa yang disabdakannya pasti benar berlaku kerana baginda mendapat wahyu daripada Ilahi. Ingatkah tuanku apa yang berlaku ketika baginda bersama-sama orang ramai menggali parit sebagai persiapan Perang Khandaq yang berlaku pada 5 Hijrah?,”
“Wahai tuan, apakah kisahnya?,”
“Semasa mereka sedang menggali parit, mereka terjumpa sebuah batu besar. Orang ramai cuba memecahkannya tetapi tidak Berjaya. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w mengambil penukul, baginda berdoa lalu memukul batu itu. Pada pukulan pertama kelihatan percikan api dan batu itu pecah separuh. Pada pukulan kedua kelihatan lagi percikan api dan batu itu pecah semuanya. Kemudian baginda bersabda yang bermaksud, “Pada pukulan pertama, aku melihat gedung dan istana-istana kisra di Hirah (Parsi). Pada pukulan kedua, aku melihat istana-istana merah di Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka,”
Sultan Murad fokus dengan apa yang diceritakan oleh Syeikh Bayram itu.
“Tuanku..hadis itu terbukti kebenarannya apabila akhirnya dua kuasa besar itu dapat dikalahkan oleh tentera Islam. Parsi dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar dan Rom dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Umar. Sebab itulah kita mesti yakin dengan apa yang disabdakan oleh baginda s.a.w, semuanya adalah benar-benar belaka,” tekan Syeikh Bayram lagi.
“Subhanallahh..namun, bilakah ummat Islam akan berjaya menakluk Kota Konstantinopel? Saya tidak sabar mahu melihat kejatuhan Kota Konstantinople, ujar baginda Sultan lagi.
“Wahai tuanku, tuanku memang seorang pemimpin yang baik. Namun, sekiranya mahu berjaya menawan Kota Konstantinople, tuanku pastikan dahulu tentera dan rakyat tuanku juga baik. apabila pemimpin baik, tentera baik dan rakyat baik, barulah hadis Rasulullah s.a.w itu menjadi kenyataan,”
“Tuan seorang yang alim. Berdoalah semoga kota itu berjaya kami tawan pada zaman pemerintahan saya,” ujar Sultan Murad penuh berharap.
“Wahai tuanku.. Mengikut firasat saya yang dikurniakan Allah, bukan tuanku yang menawan Konstantinopel tetapi putera tuanku,”
Sultan Muhammad A-Fateh juga sejak di dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin al-Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad, “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinopel tetapi anak yang sedang berada di dalam buaian itu,” sambil menunjukkan bayi yang sedang berada di dalamb buaian.
Sejak itu Muhammad Al-Fateh dilatih hidup bersederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Baginda membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
Saat kelahiran putera itu, saat itu Sultan Murad sedang membaca Al-Quran di bilik solat. Baginda segera bersujud syukur setelah mendapat berita kelahiran puteranya. Baginda mengulang ayat yang baru sahaja dibacanya saat kelahiran puteranya itu.
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata,” –al-Fath: 1
“Itu petanda baik. Allah pasti memberi kemenangan kepada kita,” ujar adinda baginda, Panglima Tharhan.
Setelah baginda mengalunkan azan, baginda lalu berkata,”
“Saya namakan Muhammad. Semoga dia mendapat berkata sempena nama junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,” ujar baginda kepada penghuni istana.
Syeikh Bayram dan anak muridnya, Syeikh Syamsuddin al-Wali turut hadir ke istana Sultan Murad. Ketika keduanya datang, putera comel itu sedang tidur di dalam buaian. Syeikh Bayram dan Syeikh Syamsuddin al-Wali merenung wajah bayi yang sedang tidur nyenyak itu. Kemudian, Syeikh Syamsuddin al-Wali berkata, “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinopel tetapi anak yang sedang berada di dalam buaian itu. Dia diutuskan oleh Tuhan bagi menjadi pemimpin yang baik dengan pasukan tentera yang baik dan dibantu oleh rakyat yang baik,”
Mendengar kata-kata ulama itu, Sultan Murad berasa amat terharu sehingga mengalirkan air mata. “Saya serahkan anak ini kepada tuan supaya dia dididik dengan ilmu agama dan disiplin tarekat,” ujar Sultan Murad lagi.
“Saya terima tanggungawab itu kerana Allah. Selain ilmu agama anak itu juga mesti dididik dengan ilmu kepahlawanan dan peperangan,” kata Syeikh Syamsuddin al-Wali pula.
“Tugas mendidik ilmu kepahlawanan dan peperangan itu, saya akan serahkan kepada adik saya, Panglima Tharhan. Dia mempunyai banyak pengalaman terutama dalam ilmu peperangan,” balas Sultan Murad.
“Saya juga terima tanggungjawab itu kerana Allah dan perjuangan Islam,” jawab Panglima Tharhan.
Akhirnya, baginda Sultan Muhammad Al-Fateh menaiki takhta pada umur 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik bagi mendidiknya mengenai adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi baginda menolaknya lalu menyuruh guru-guru itu pulang. Kemudian baginda membina benteng Rumelli Hissari yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri yang membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir sehingga ulama-ulama dan menteri-menteri turut ikut melakukannya.
Sultan Muhammad Al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian baginda menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya baginda menakluk Italia, Hungary dan Jerman. Ketika berada di kemuncak kegemilangannya, Sultan Muhammad Al-Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian baginda membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi mangkat kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.
Sultan Muhammad Al-Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu mangkat pada 2 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.
Subhanallah.. Allahhu Akbar.. 

Pimpinan perlu relakan pundak kecinya menggalas amanah yg berat
demi Allah dan perjuangan Islam, untuk kebajikan Mahasiswa
dan keharmonian Uni Malaya

Pimpinan perlu ada di jiwanya rasa kwajipan mahu memimpin kerana kesedaran diri sebagai
khalifah di bumi Allah, bukan hanya kerana kuasa, pangkat dan nama
Tiba-tiba saya terbayangkan andai Kota Konstantinopel ini adalah bumi Uni Malaya ini. Mengapa tidak kita memilih pimpinan yang terlebih dahulu menjadi rakyat yang baik, tentera yang baik dan pimpinan yang baik? Dalam erti kata zaman kini, menjadi mahasiswa Islam yang baik, ‘amilin atau jentera yang baik dan pemimpin yang baik? Jika kesemua karakter ini ada pada pimpinan yang kita pilih itu, maka tidak mustahil Allah akan membantu mereka menggalas amanah dan tanggungjawab itu. Biarlah pimpinan yang kita pilih itu merupakan pimpinan-pimpinan yang terlebih dahulu ditarbiyah dengan ilmu agama, ilmu kepahlawanan, ilmu ketenteraan, ilmu tipu helah musuh dan ilmu dalam memimpin.
“Kota Konstantinople hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik,”
Lalu mudah-mudahan satu hari nanti, kita akan berjaya menggapai impian Nabi s.a.w untuk menawan dunia ini menjadi Negara daulah dan khilafah Islam. Tetapi bila? Sudah tentu saya yakin untuk ulangkan kata-kata sabda Baginda s.a.w..
“Kota Konstantinople hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik,”
Cuma dalam versi saya,
“Daulah dan Khilafah itu hanya akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik,”
Jadi, siapa pula yang akan realisasikan impian Nabi s.a.w ini? SIAPA LAGI jika bukan KITA..
Wallahhu’alamm..

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
18 Februari 2011, 15 Rabi’ulAwal 1432H, 5.46p.m



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...