BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 1, 2011

CERPEN : Tatkala Teratai Berbunga (Bhgian 1)



Bhgian 1

“Ustaz, macam mana sambutan jualan kuih raya balai Islam di sebelah block lelaki?,”
“Alhamdulillah.. mendapat sambutan. Ada pada Saiful Bahri. Hmm..tengoklah siapa yang jadi duta kuih raya? Haha..,”
“Elleh ustaz ni.. tengoklah siapa yang bagi idea untuk jadikan ustaz sebagai duta kuih raya tu?,”
“Iye la.. terima kasih juga pada ustazah ya. Nanti ana belanja ustazah ya,”
Ulya tergelak sendiri.
..Nabil ni dah berapa kali cakap nak belanja. Tak belanja-belanja juga..
Ulya menggeleng-gelengkan kepala. Adakalnya Nabil ini sukar diduga anginnya. Sekejap-sekejap bertiup ke timur, eloklah dia. Kalau anginnya dah menyongsang ke barat, sukar juga marahnya mahu reda. Teringat Ulya, semasa baru sahaja mahu mulakan bisnes kuih raya itu, dia mula terfikirkan strategi, bagaimana nak lariskan jualan kuih raya itu? Akhirnya dia terfikir untuk mencari seseorang untuk menjadi duta kuih raya. Saat itu juga, Universiti Malaya tengah fasa nak demam-demam Pilihan Raya Kampus. Namun, saat itu tidak dikenalpasti lagi bila tarikh pembubaran MPMUM.
Dalam target Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Muhammad Nabil Imran antara individu yang akan dihantar sebagai calon Pro Magnet untuk PRK sesi kali ini. Nabil mempunyai sektor yang kukuh untuk dinaikkan sebagai calon. Nabil juga seorang aktivis mahasiswa. Dahulu sewaktu berada di Maktab Mahmud Yan, Nabil memegang jawatan ketua umum pelajar. Bila masuk ke Universiti Malaya, Nabil aktif di dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Malah Nabil juga sangat aktif di kolej. Di kolej Nabil menjadi Pengarah dalam beberapa projek kolej. Antaranya, sebagai Pengarah Ihya’ Ramadhan tahun lepas. Juga sebagai Pengarah Malam Mahabbah Kolej Kinabalu untuk semester ini.
Ekoran dari keaktifannya, Nabil diterima menjadi Pembantu Mahasiswa sempena Minggu Haluan Siswa 2008 / 2009 di kolej kediaman ke lapan. Malah akhirnya Nabil ditaklifkan sebagai Pengerusi Balai Islam untuk sesi 2008/2009 ini. Memandangkan Nabil bakal menjadi calon PRK UM kali ini, jadi Ulya memikirkan baik juga jika Nabil menjadi duta kuih raya balai Islam itu. Itu sebagai publisiti untuk semua orang mengenali Nabil juga. Kempen tidak rasmi. Ulya tiba-tiba teringat saat mereka bermesej dan Ulya mencadangkan idea agar Nabil menjadi duta kuih raya itu.
“Ustaz, ana ingat nak jadikan ustaz sebagai duta kuih raya balai Islam 8th. Cuma, ana tidak ada gambar ustaz yang cantik-cantik nak letak sebagai cover iklan kuih raya,”
“Hmm..bagus cadangan tu. Kempen cara saraf tu. Bagus..bagus. Strategi yang cantik! Hmm..tak apa, ana boleh beri gambar ana yang cantik, sesuai untuk buat cover depan iklan kuih raya tu,”
“Okeh..Boleh..Boleh..cepat sikit ya ustaz bagi ana. Petang ini kita dah kena lekat iklan, poster dan edarkan handbil untuk promosikan kuih raya balai Islam 8th ni,”
“Insya’allah, ana hantar gambar ana ke emel ustazah sekarang juga ya,”
“Ok,”
Dan sejak itulah, gambar-gambar Nabil semuanya terpampang di muka pintu setiap bilik-bilik warga Kolej Kediaman Kinabalu ini. Nabil sendiri yang menjadi duta kuih raya dan Nabil sendiri sebagai Pengerusi Balai Islam kolej 8th yang menurunkan cop mohor Pengerusi Balai Islam 8th ke setiap iklan, handbill dan poster kuih raya itu. Ulya mencapai semula telefon bimbitnya. Mahu membalas mesej Nabil yang tadi.
“Hmm.. tak payahlah ustaz nak belanja-belanja ana. Adikberadik segerak kerja tak payah nak berkira sangat. Gerak kerja untuk Islam. Tak payah berkira sangatlah ustaz. Hmm..kalau ustaz nak belanja sangat, dipersilakanlah ustaz beli juga kuih raya ana ni. Hmm..dah nama duta kuih raya, takkan tak nak beli kuih raya ana ni, buat buah tangan raya untuk family kat kampung?,”
“Hmm..iyela ana beli. Kuih apa yang paling best?,”
“Almond London? Tart nenas? Mini popia?,”
“Hmm.. Semua tu mak ana dah beli dah kat rumah. Nuril tu hantu kuih raya. Awal-awal sebelum raya lagi, dia dah booking dah kuih tunjuk,”
“Hmm.. Ustaz ambillah satu aje pun. Bukannya nak suruh borong semua kuih ni. Syarat aje. Dah nama duta kuih raya kan. Nuril mesti lagi suka. Perempuan kan suka makan kuih. Apa salahnya ustaz beli lebih sikit kuih,”
“Hmm..iyela. ana nak beli almond london sahaja ya.”
“Ok,”
“Ustazah, macam mana pula sambutan jualan kuih raya di block perempuan?,”
“Alhamdulillah.. jualannya lumayan. Cuma, jualan gambar duta kuih raya tu lagi lumayan lagi. Semua orang dah kenal ustaz dah kat floor perempuan ni. Kalau tanya kat kucing, dia kenal tak gambar siapa yang ada kat pintu tu? Sure kucing tu akan cakap, ‘meow..meow’.. maksudnya.. ‘kenal..kenal..hehe,”
“Hehe..ada pula kucing boleh jawab macam tu ya ustazah? Bukan kucing tu bunyi meow tu sebab dia lapar ke ustazah?,”
“Hehehe..,”
Ulya menekup bibir. Menahan ketawa. Akhir-akhir ini, dia memang terasa lebih akrab dengan Nabil. Rupanya Nabil yang sekarang ni lebih mudah didekati dan dibawa berbincang. Tidak seperti Nabil yang dahulu, sewaktu di sekolah dahulu. Serius dan tegas. Namun, kerana serius dan tegas itulah yang buat Ulya kagum dan hormati Nabil. Dalam diam dia menyimpan hati pada Nabil. Hingga dia sendiri yang menyatakan hasrat hati mahu berkawan dengan Nabil sewaktu di sekolah lama mereka dahulu di Maktab Mahmud Yan, Kedah.
“Haaa.. ni apa yang ketawa sorang-sorang ni?,” Asma’ yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu, kelihatan hairan melihat telatah Ulya saat itu. Tergelak sorang-sorang.
“Hehe..Nabil ni banyak buat lawak la Asma’.hehe..,”
Asma’ tersenyum. Tahu sangat dah dia. Ulya, kalau dengan Nabil, memang tidak kering gusi ketawanya. Tapi, itu pun saat Nabil mesej dengan Ulya sahaja. Teman yang sudah akrab dengannya sejak di bangku sekolah lagi. Kalau dengan siswi lain, Nabil serius dan keras hati macam batu.
“Mesej tentang apa tu sampai gelak-gelak macam ni?,”
“Hehe..Nabil ni, dia tanya macam mana sambutan jualan kuih raya kat sebelah block perempuan ni. Ulya beritahulah dia yang gambar-gambar dia memang berlambak-lambak tertampal kat pintu-pintu bilik kat seluruh block perempuan ni, sampai kucing pun dah boleh kenal dia dah. Ulya mesej lagi, kalau dia tanya kucing, kenal tak gambar siapa kat pintu-pintu bilik tu? Pasti kucing akan cakap, ‘meow..meow’.. maknanya, ‘kenal..kenal..’. Lepas tu Nabil tanya Ulya balik, ‘ustazah, kucing tu bunyi ‘meow..meow tu bukan sebab dia lapar ke ustazah?’.. haha..lawak kan Asma’?,”
Asma’ turut ketawa.
“Laa..pasal kucing rupanya. Hmm..bagus kan Nabil ni jadi duta kuih raya. Semua orang dah kenal dia. Lepas ni, kalau tak menang PRK, tak tahulah apa yang tak kena,”
“Hmm.. Insya’allah..Kemenangan itu biar dengan usaha Asma’. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan kemenangan PRK tahun ini milik Pro Magnet,”
“Insya’allah, moga Allah permudahkan. Eh, kak Annur dan Ustaz Iman apa cerita?,”
“Hmm..alhamdulillah, mereka sudah berlepas ke Makkah, mengerjakan umrah. Sampai juga hajat kak Annur tu nak tunaikan nazar dia. Buat umrah dengan ustaz Iman,”
“Alhamdulillah.. mudah-mudahan selamat semuanya kan,”
“Insya’allah..sama-sama kita doakan mereka ya Asma’. Amin,”
“Amin Allahhumma Amin,”
Ulya kembali ke meja belajarnya. Fikirannya menerawang seketika. Rindu pula dia pada Annur. Segera ada senyuman yang menguntum kembang di bibirnya saat itu. Mindanya tiba-tiba terdetik wajah Nabil.
..Kak Annur dah dapat kebahagiaan hidup bersama ustaz Iman. Ya Allah, adakah aku akan berjodoh dengan Nabil? Nabil, apa ketetapan hatimu saat ini? Adakah kau masih menyimpan ruang untukku di hatimu?..
Kata-kata itu kerapkali bersoal di naluri hatinya. Teringat pula Ulya pada Nabil saat pertemuan mereka semula di Akademi Pengajian Islam.
“Assalamualaiki..,”
“Waalaikissalam..,”
“Enti ni Ulya, kan?,”
“Na’am..Ustaz, sila panggil ana ustazah.Ustazah Ulya,”
“Ohhh..dah jadi ustazah rupanya enti,”
“Ustaz..Bukan enti..tapi ustazah,”
“Yela ustazah Ulya.Kenapa nak kena panggil ustazah?Tak boleh panggil enti?,”
“Sebab ana nak dipanggil ustazah, insya’allah, moga ukhwah ini lebih terjaga,”
Ulya tersenyum sendiri bila mengingatkan detik pertemuan semula itu. Namun dikulum sahaja perasaan yang sudah lama tersimpan itu. Dibiarkan sahaja ruang hatinya kosong semata-mata dia tidak ingin terisi dengan hati yang lain selain Nabil. Nabil yang dikenalinya sewaktu di sekolah dulu tetap Nabil yang sama. Sengal-sengal orangnya. Akhirnya dia menguntum senyuman bersahaja. Di dalam hati, berdoa semoga Allah sahaja yang mampu menjaga hati mereka. Biar hubungan itu tidak ada ketetapan, asalkan hati mereka lebih terjaga untuk berurusan. Lebih-lebih lagi mereka masih sama-sama memegang jawatan di dalam persatuan. Malah mereka juga sebagai da’ie yang memegang taklifan sebagai naqib dan naqibah yang menjadi model dan ikutan kepada mad’u khususnya pada adik-adik junior.
Ulya membuka nota subjek Psikologi, yang diajar Dr. Mariani. Dia menelaah sebentar nota subjek itu. namun saat terpandangkan lukisan bunga teratai indah itu, hatinya semakin dipagut kerinduan pada orang jauh yang saat itu sedang berumrah di Makkah. Ulya merenung lama ke lukisan bunga teratai itu. Lukisan itu adalah lukisan yang dilukis dan dihadiahkan oleh Annur kepadanya.
“Ulya, jadilah seperti bunga teratai ini sebab bunga teratai bukan terletak di jambangan, bunga terletak di dahan pokok, bukan juga terletak di hujung pucuk daun. Tapi, bunga teratai hidupnya di dalam air. Susah dan payah. Sesiapa yang mahu dapatkan biji benihnya, perlu meranduk air untuk dapatkannya. Sesiapa yang ingin melihat kecantikannya, perlu mencari paya, danau, tasik dan kolam. Kerana pohon teratai tidak ada di mana-mana di daratan. Hanya ada di dalam tempat yang penuh berselut dan berlanyau. Bunga teratai ibarat seperti seorang mujahidah, yang dididik dengan kesusahan dan kepayahan. Agar dengan kepayahan itulah akhirnya ia kembang menjadi bunga yang sangat cantik. Oleh itu, jadilah seperti bunga teratai yang merupakan khazanah dunia ini. Biar yang sanggup bersusah payah sahaja yang akan berjaya melihat, memetik dan menikmati kecantikannya..,”
..Ya kak Mia sayang.. Ulya juga mahu jadi seperti bunga teratai.. Ulya mahu jadi sekuat dan setegar akak..
..Ya Allah, tsabatkan aku terus berada di jalan dakwah ini.. amin..

Kolej Kediaman Kinabalu (8th)
Universiti Malaya Kuala Lumpur,
1 Mei 2011, 27 JamadilAwal 1432H, 11.03pm.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...